ads

Isnin, 10 September 2012

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


Rumah Nabil Raja Lawak <b>di Mambau</b> kena pecah masuk | Chegu <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 01:11 AM PST


Kediaman pelawak terkenal  tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali  sebagai Nabil
dipecah masuk sekumpulan  penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini  hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55  pagi apabila penjenayah itu memecah masuk  rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu  yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui  bahagian belakang rumah itu.
Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff,  55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di  rumah selepas pulang menghantar anak  perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat  beli-belah berhampiran.
"Saya nampak pintu belakang rumah sudah  terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah  sebuah bilik tingkat bawah.
"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam  rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis  semua pakaian sudah bersepah di atas lantai,"  katanya di sini hari ini.
Menurut Rahmat, setelah diperiksa, sebuah  komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang  berharga RM3,000 lesap.
"Ini kali pertama rumah ini dipecah masuk. Saya  kemudian membuat laporan di Balai Polis  Mambau sejurus selepas kejadian," kata Rahmat  yang menetap di rumah itu sejak dua bulan lalu.
Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini  menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke  rumah itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten  Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika  dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan  berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457  Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. 

Rumah Nabil <b>Di Mambau</b> Dipecah Masuk | MyNewsHub

Posted: 29 Feb 2012 01:10 AM PST

SEREMBAN – Kediaman pelawak terkenal  tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali  sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan  penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini  hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55  pagi apabila penjenayah itu memecah masuk  rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu  yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui  bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff,  55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di  rumah selepas pulang menghantar anak  perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat  beli-belah berhampiran.

"Saya nampak pintu belakang rumah sudah  terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah  sebuah bilik tingkat bawah.

"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam  rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis  semua pakaian sudah bersepah di atas lantai,"  katanya di sini hari ini.

Menurut Rahmat, setelah diperiksa, sebuah  komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang  berharga RM3,000 lesap.

"Ini kali pertama rumah ini dipecah masuk. Saya  kemudian membuat laporan di Balai Polis  Mambau sejurus selepas kejadian," kata Rahmat  yang menetap di rumah itu sejak dua bulan lalu.

Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini  menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke  rumah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten  Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika  dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan  berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457  Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Guru Rugi RM6,000 Rumah Dimasuki Pencuri

Mampukah Nabil Naikkan Rating Suria FM?

Remaja Terlibat 10 Kes Pecah Rumah Ditahan

Tiga Lelaki Terlibat Pecah Rumah Diburu

Polis Cari Suspek Pecah Rumah Berkereta Kancil

Polis Tumpas Geng Pecah Rumah Di Cheras

Pecah Rumah: Tiga Pelajar Antara 10 Ditahan

Tukang Paip Disyaki Terbabit Kes Pecah Rumah

Pasukan Khas Kesan Kumpulan Pecah Rumah

Nabil Bakal Timang Anak Perempuan?

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

ayam kampung andak, sate itam, nasi ambeng jiran

Posted: 09 Sep 2012 05:31 PM PDT

sabtu. jam 2:00 makan tengah hari 'raya' rumah andak.
di batang benar...orang negori panggil 'batang bona'
aku sampai jam 3:00 sebab tunggu eril & erol balik sekolah ganti.
ikutkan erin pun ada sekolah ganti, sebelah petang, kira ponteng aje la.
wifey pun kerja separuh hari. sebab hari ni giliran dia alternate.

usu, acik, atih dan kak lang & famili dah sampai.
"huh...dah start...!" aku berseloroh sebaik memberi salam dan menjengah masuk ke rumah.
"masuk la...baru je start!" sambut andak.

menu yg memang jadi sasaran dan permintaan kami.
masak lomak cili padi, ayam kampung.
sebab ayam daging dah biasa sangat dapat kat kedai.
andak memang bela ayam kampung. sebahagian dimakan, sebahagian lagi dijual.
selain tu, andak juga ada bela kambing.
untunglah duduk rumah kampung, boleh menternak.
duduk kawasan rumah teres, apa yg boleh dibela?

kemudian along pun sampai.
lepas sesi borak-borak kami pun dah mula nak bergerak ke rumah itam pula.
sebelum tu, isteri andak bekalkan setiap famili masak lomak cli padi, ayam kampung.
"sengaja masak lebih, boleh buat makan malam" katanya.
pucuk dicita, ulam mendatang.

5:30 sampai di rumah itam.
minum petang 'raya' katanya.
hujan, tidak menghalang kami untuk ke rumah itam, di mambau.
menu utamanya, sate dan mee sup.

berlidi-lidi eril, erol dan erin makan sate yg memang feberet mereka.
berlawan sapa makan paling banyak cucuk dengan geng sepupu diorang.
dekat nak maghrib baru balik dan sampai rumah.

sebelah malam. makan malam 'raya' rumah jiran pulak.
kali ni, nasi ambeng.
menu jawa, kata tuan rumah.
apa-apa sajalah.

gambar?
eh segan pulak nak ambik gambar, beraya rumah orang....

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Family Holiday : Jln2 <b>Di Teluk Kemang</b> - THE SWEET ESCAPE OF <b>...</b>

Posted: 30 May 2012 05:30 PM PDT

Last day at Port Dickson on Sunday. Kitorang nak check out anytime. No time frame.

Pagi2 tu spt biasa pg balun swimming dulu sebelum bergerak balik. Mmg swimming kaw2 punya sampai kecut satu badan. Ahaksss :) Dah swimming haruslah lapar kan. Pagi tu just having a simple breakfast. Sempat lagi dorang prepare lunch sebelum kitorang semua bergerak balik. Dan sempat jugak tidur sejam dua. Ater takde time frame kan.

Siap berkemas semua, after Zohor kita bergerak balik. Tinggal kenangan kami di apartment tuh. Tapi sebelum meneruskan perjalanan ke Klang, tak sah klu tak singgah Teluk Kemang. Dr apartment nak ke Teluk Kemang tu 5 minit jer. So jalan2 lah cuci mata. Kot lah ada sape2 nak beli buah tangan.

Actually takde ape pun yg menarik kat Teluk Kemang tuh. Balik2 jual benda yg sama jer. Makanan jgn ckp lah. Byk, tapi semua hampeh belaka. Beli keropok lekor kemain keras mcm batu. Lepas tu rasa tepung jer. Lyn jeluak kan balik. Nak meniaga agak2 ler. Jual mknn takde kualiti langsung. Tau nak untung jer.

Sapa2 nak naik kuda, kereta kuda, kereta kecik ker ape2 lah. Semua ada. Tapi ada sesuatu yg baru di situ. Sebelum ni pergi tak ada.

P1100674 Tu dia. Extreme drift cycle nama dia. Basikal baring kata org melayu. hehehe. RM5 tuk 10 minutes. Berbaloi lah tuk sapa2 yg nak naik. Lepas gian kan. hehehhe

Ni semua anak2 buah Lyn. Budak2 ni yg conquer main menatang ni. Masa tu serious takde org main. Bila time anak2 buah Lyn naik, kemain plak ramai org. Sampai ada yg menunggu. Pembuka rezeki betullah. hehehe

page11 Puteri pun naik jugak uolsss. Reti lak dia. Tapi yg buat kitorang gelak, dia break guna kaki. Padahal break kat tgn. Kata dia break tu ketat, susah nak tekan. Budak kecik 6 thn kot. Mane lah kuat nak tekan kan.

Budak2 ni bercerita, mmg syok naik basikal baring ni. Tapi bila dah stop, ketar2 lutut. Hahaha. Ape taknya, kayuh smbil baring uolssss.

P1100683 Sebahagian dari my family. Yg lain2 kemana ntah perginya mencari barang. We just spent almost 1 1/2 hours at Teluk Kemang. Pukul 4pm kita dah bergerak balik. Isi minyak siap2 then terus pecut.

Tak de nak pecutnya. Hujan lebat bila exit Seremban/Kuala Lumour. Serious tak nampak jalan. Dgn accident lagi. Haruslah jem. Tak berhenti mane2 R&R pun. Sampai rumah lebih kurang 6.15pm. Alhamdulillah.

We had fun together especially with my beloved family. Tinggalkan kenangan yg terindah di Port Dickson.

Selepas ni InsyaAllah, kami ke Pantai Timur plak :)

<b>TELUK KEMANG</b>, 20 JULAI 2012 – MUFTI Negeri Sembilan, Datuk <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 05:02 PM PDT

BBQ di Taman Wetland Putrajaya, Picnic <b>di Teluk Kemang</b>,Port <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 10:04 PM PDT

Assalamualikum.

*Sila abaikan tajuk entri yang sangat panjang*


Sambungan entri Trip Ke Port Dickson Setahun Lepas !


Cerita ini sebenarnya sudah agak lama dan basi tapi takde la lama macam cerita Trip Ke Port Dickson Setahun Lepas. Cerita ini berlaku minggu lepas yang bertarikh 2 Jun 2012. Aku mengikuti rombongan Cik Kiah iaitu geng-geng SRMUKM berkonvoi sakan dari pagi sampai malam.

Pemandangan Di TAMAN WETLAND PUTRAJAYA Untuk pengetahuan korang, pengunjung tidak dibenarkan membawa kereta sehingga ke kawasan BBQ. Mereka hanya dibenarkan parkir kereta di luar seterusnya berjalan sehingga ke kawasan BBQ. Kami yang kurang pengetahuan mengenai Taman Wetland ni suka hati je main redah. Tiga buah kereta berkonvoi pada hari berkenaan. Aku naik kereta saga biru.

BBQ DI TAMAN WETLAND PUTRAJAYAIni tempat korang nak BBQ. Pekerja taman tersebut akan menghidupkan api di tempat BBQ and then anda boleh start membakar. So, tak perlu nak bawak arang atau mancis bagai. Just bawak ayam yang hendak dibakar. Senang bukan. Huhu.

Sebelum membakar, pastikan anda menempah terlebih dahulu tempat tersebut di meja pendaftaran bagi memudahkan sebarang urusan. *ayat skema budak UPSR* Wajib menempah ok. Wajib.

Taman Wetland PutrajayaSesi membakar ayam, daging burger dan hotdog sudah tamat. Tak lama pun masa yang diambil untuk ayam masak sebab memang tempat BBQ tu panas gila tak percaya sila letak tangan kau atas tu gerenti masuk wad nanti. Haha. Kak Ya dan Al-Amin sedang mengemas dapur dengan tekun sekali.

Bergambar DI TEPi TaSik Taman Wetland Putrajaya Sebelum bergerak ke Port Dickson, sempat juga bergambar kenang-kenangan di tepi tasik Taman Wetland. Pemandangan kat sini memang sangat cantik la wa cakap lu ! Sesuai sangat kalau kata Nisa Kay nak photoshoot kat sini. Haha. *sempat lagi seru nama Nisa kay*

Teluk Kemang Port Dickson Hampir tiga jam perjalanan sampai juga kami di Teluk Kemang, Port Dickson. Pelik sebab lama sangat nak sampai? Tak payah nak pelik sangat sebab hari tu memang jem tak hengat. Start jalan keluar Bangi pun dah jem. Mujur Khoiri mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila memandu.

Sampai sana terus cari port yang sesuai nak makan BBQ dan mee goreng yang sedap itu. Lapar gila dah nie dari pagi tak makan. Padahal tadi kat Taman Wetland dah habis sepinggan bihun goreng.. Herherherrrr..rr.. 

Tengah-tengah syok makan tanpa mempedulikan orang meminta seketul ayam bahagian isi, tiba-tibaaa

Selamat Hari Jadi Kek Hari Jadi SUPRISEEEE!!!!! Sempat lagi buat SUPRISEE kat Ilyani, birthday girl pada hari kejadian. Pandai je Ilyani buat muka excited padahal dia dah tahu kot orang nak buat surprise kat dia. Haha.

"Happy birthday Ilyani semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jangan lupa Apih Apijo tau Yani. Hahaha."

Yani kira beruntung sebab memang kitorang takde pun spare tepung atau telur nak baling kat Yani. Hehe. Selepas tamat sesi makan dan sesi bergelak ketawa di hadapan makanan, kami pun bergerak ke Pantai Teluk Kemang yang cantik itu.


Di tepi pantai Teluk Kemang Haaa, tudia. Tepi Pantai Teluk Kemang. Ramai jugak la orang harinie.
Seronok tengok orang lompat-lompat atas ombak.
Seronok tengok orang bina istana pasir. *Eh,ada ke*
Seronok tengok orang berkhemah bawah pohon rhu.
Seronok tengok orang main banana boat tapi tak berkesempatan nak main pun.
Seronok tengok banana boat terbalik pastu orang yang naik jatuh gedebukk dalam air. Harharhar. *huduh beno suke*

Bergambar Di Tepi Pantai Teluk Kemang Port Dickson                      wiwiwiiwiiittt.. wiiwiiiiitttttttt…. wiiiittttttttttttttttttttttttwiiiittttttttttttttt… LOL !

Selepas penat bergambar sakan di tepi Pantai Teluk Kemang yang cantik,
selepas penat bermain baling piring terbang *nama spesifik dia aku tak tahu*,
selepas maigrain kepala berjemur di bahan terik matahari,
kami pun mencari tempat berteduh. Dahaga sangat ni main panas.

Berehat Di Bawah POKOKBerehat puas-puas di bawah pohon asmara. Tetibe asmara dapat nama. Haha. Penat gila muka Khoiri tu. Rehat puas-puas sebab selepas ini kami akan bergerak ke Rembau pulak. Malam nanti ada kenduri kat sana, kenduri rumah Syazwan. Syazwan takde pulak dalam gambar nak tunjuk kat korang. Hohoho. Seharian berjalan nampak Apih Apijo? Well orang ajak I on je !

Rupanya majlis tahlil di rumah Syazwan. Ingatkan kenduri kawin ke apa kan. Dahla pakai baju pun macam nak pergi daki Broga Hill. Haha. Dah orang ajak tebalkan juga muka masuk dalam rumah tanpa mempedulikan lagi baju dan seluar yang sangat sempoi untuk ke majlis tahlil.

Memang terbaik lauk ikan keli yang kami makan kat rumah Syazwan. Nama apa ntah lauk tu. Aku pandai makan je nama lauk mana aku nak tahu. Hihihi. Ini juga merupakan kali pertama aku merasa masakan orang Negeri Sembilan.

Baby baru kami Haa, inilah dia. Gambar kenangan di Rembau. Sila abaikan muka super excited orang dalam gambar tersebut seterusnya fokus dekat baby yang comel itu. Baby ini pandai tahu. Dia suka betul aku dukung dia. Dengan orang lain dia taknak. Dengan aku dia laju je nak suruh aku dukung. Olo tomey tomey. Nama baby comel nie aku tak tahu. Aku dengar orang panggil dia Bunie so aku pun terus panggil dia Bunie. Sweet kan aku? Hahaha.

Hajat di hati nak sambung konvoi pergi rumah Khoiri pulak di Melaka. Hajat jela. Tak pergi pun. Selepas meminta diri untuk pulang, kami terus berkonvoi balik ke Bangi. Kejam Amin tak kasi aku tidur dalam kereta. Konon tak adil buat si pemandu dan penumpang yang lain. Fine Amin.

p/s: hoi I'm really really happy maaa konvoi dengan korang. tenss aaa lootttt !

*entri panjang nak mampos ko ade*

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Berada <b>di Port Dickson</b> Golf & Country Club | blogr.my

Posted: 05 Sep 2012 04:44 AM PDT

Berada di Port Dickson Golf & Country Club

4 hari lepas oleh gnesop di sop.name.my

Selamat sejahtera kepada semua rakan.Sop dari semalam berada di Port Dickson Golf & Country Club atas urusan kerja. Sop sampai di Port Dickson Golf & Country Club jam 1.30 petang.Dari Kuala Lumpur ke Port Dickson tidak jauh pun, kan? Nasib baik masa bertolak tidak hujan seperti sebelah petang sehingga banjir teruk! Sebelah malam baru Sop tahu yang Serdang dan Kuala Lumpur banjir.Sop pertama kali berada di Port Dickson Golf & Country Club, Negeri Sembilan ini. Semasa lihat peta dari Google

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


Sejarah Kampung Relong - Dato <b>Linggi</b> - Perbadanan <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2012 05:55 PM PDT


Asal usul Kampung Relong menurut fakta sejarah dan salasilah yang ditinggalkan oleh datuk-nenek moyang menunjukkan bahawa nama kampung Relong diberikan oleh seorang yang bernama Tok Linggi pada tahun 1790. Tok Linggi berasal dari Kampung Bukit Meninjau,Sumatera Barat Indonesia. Sejarah kedatangan Tok Linggi ke kampung ini bermula dimana beliau bersama lima orang adik-beradik telah datang ke Tanah Melayu di mana destinasi pertamanya ialah Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan, adik-beradik ini telah berpecah dengan merantau dimana seorang daripadanya ke Negeri Perak. Seorang ke Negeri Johor, dan seorang lagi ke Negeri Selangor. Manakala Tok Linggi dan bersama seorang adiknya meneruskan perjalanan mereka dengan berjalan kaki ke Negeri Inderapura (Pahang) hingga sampai ke tempat yang dinamakan Semantan di Daerah Temerloh.
            Tok Linggi meninggalkan adiknya di Semantan, sementara beliau bersama 80 oarang pengikutnya meneruskan perjalanan dengan menggunakan perahu, mudik ke hulu Sungai Pahang dan Sungai Jelai dengan dibantu oleh seorang pedagang. Tok Linggi bersama rombongan yang pertama telah sampai ke satu tebing sungai berpasir yang landai dan cantik serta banyak ikan sia datang bermain-main. Beliau telah menamakan tempat tersebut dengan nama Pasir Sia. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan dan mendarat di Kampung Beralas dan Kampung Perlak. Mereka meneruskan perjalanan di darat dan berehat di sebuah tanah lapang yang menyerupai sebuah padang. Tok Linggi telah menamakan tempat tersebut sebagai nama Padang Tunggu, kerana di tempat tersebut mereka berehat menunggu rombongan kedua sampai. Kini tempat tersebut dinamakan Padang Tengku.
            Tok Linggi bersama rombongan pertama dan kedua seramai 80 orang telah meneruskan perjalanan hingga ke sebuah tempat yang bernama Sungai Damar. Tok Linggi dan rombongan meneruskan lagi perjalanan mereka sehinggalah sampai ke sebuah bukit yang tinggi. Dari atas bukit tersebut beliau telah melihat permandangan alam semulajadi yang indah serta bentuk di kawasan tersebut seolah-olah seperti sebuah kawah yang merelong. Bukit tersebut dinamakan Bukit Peninjau dan kawasan yang dilihatnya indah dan cantik itu dinamakan Kampung Relong. Tok Linggi dan rombongannya terus menjadikan Kampung Relong sebagai tempat kediaman, dimana tempat pertama beliau menetap adalah di kawasan yang dinamakan Binjai, dan kemudian beliau berpindah pula ke satu kawasan baru yang dikenali sebagai Kuala Teha dan akhirnya di Kuala Relong.
            Tok Linggi menetap di Kuala Relong dan meninggal dunia di Kuala Relong dan dikebumikan di sebuah kawasan di tepi Sungai Teris di antara Kuala Teha dan Kuala Relong. Tempat tersebut dinamakan Makam Pusara Tok Linggi hingga ke hari ini dan ia merupakan salah satu tempat bersejarah di Kampung Relong. Tok Linggi atau nama sebenarnya Raja Ahmad telah berkahwin dengan seorang perempuan tempatan di tempat yang bernama Lubuk Yong dan meninggalkan zuriat yang disebut sebagai keturunan Tok Linggi hingga ke hari ini. Tok Linggi telah menamakan beberapa tempat diantaranya ialah Pasir Sia, Perlak, Beralas, Bukit Penijau, Binjai, Relong, Kuala Teha, Kuala Relong, Sawa dan Geta dengan mengambil nama sempena nama-nama tempat yang terdapat di Sumatera Barat dan Bukit Peninjau juga merupakan tempat asal beliau.
            Dato'Linggi merupakan orang yang telah membuka perkampungan di Kampung Relong sekitar tahun 1795. Sehingga ke hari ini tidak banyak yang diketahui mengenai Dato' Linggi dan asal usulnya. Yang mana asalnya seorang Sultan Kerajaan Johor-Riau kemudiannya menjadi rakyat biasa. Hampir sebahagian besar daripada penduduk di Kampung Relong kini dan sebahagiannya di kampung berdekatan seperti kampung Berchang, Kampung keledek dan Kampung Lubuk Kulit ialah generasi Tok Linggi. Namun begitu,sekiranya kita bertanyakan mereka berkenaan dengan teremba mereka,pastinya jawapan mereka ialah ketidakpastian dengan keturunan mereka daripada anak Tok Linggi yang keberapa atau mereka sendiri dari keturunan mana.
            Teremba atau juga dikenali sebagai teromba merupakan 2 perkataan yang membawa makna yang sama. Terdapat banyak pengertian teremba atau teromba. Ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai perbilangan adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adapt Teremba atau Teromba dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adapt dan hokum-hukum hidup bermasyarakat. Manakala Kamus Dewan Edisi ke-4 memberi makna teremba sebagai salasilah atau susur galur keluarga atau family tree. Pada era globalisasi yang semakin menghakis nilai kekeluargaan ini, kepentingan teremba ini semakin disedari oleh sebahagian besar masyarakat yang masih lagi menghargai nilai kekeluargaan ini. Oleh sebab itulah, keturunan Dato'Linggi yang sebahagian besarnya berada di Kampung Relong, Kuala Lipis Pahang semakin membuka mata mereka untuk menjejak kasih dengan mengenali teremba Dato'Linggi ini memandangkan pentingnya kita mengenali asal usul kita dan perlunya kita mengenali keluarga kita serta insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim

SEJARAH DATO'LINGGI BERDASARKAN KOLEKSI CERITA-CERITA LISAN KETURUNAN DATO'LINGGI YANG MENETAP DI KAMPUNG RELONG

1.    Dato'Linggi nama asalnya Dato' Ahmad juga dikenali sebagai Lihi, Licu, Baginda Lingga
2.    Dato'Linggi pernah menjadi Sultan Kerajaan Johor-Riau
3.    Dato'Linggi pernah dijemput oleh Bendahara Pahang pada masa baginda sedang gering, menunjukkan baginda mempunyai pertalian dengan Bendahara.
4.    Dato'Linggi juga merupakan orang ahli agama, alim dan warak.
5.    Dato'Linggi dikatakan sampai ke Kampung Relong melalui jalan air (sungai) iaitu mudik Sg.Pahang, Sg.Jelai dan singgah di suatu tempat yang dianmakan 'Padang Tengku" bersempena dengan gelaran 'Tengku' yang diwarisi oleh Dato' Linggi. Dari sini beliau mudik sehingga ke Sg.Telang.
6.    Dari Sg Telang jong atau kapal yang dinaiki oleh Dato'Linggi telah ditarik dengan rotan sehinggalah sampai ke penghujung iaitu tempat yang dikenali sekarang sebagai Kampung Relong bersempena dengan keadaan kawasan yang lembah dan dikelilingi oleh banjaran/bukit (Relong). Kesan laluan jong tersebut membentuk alur sungai yang dinamakan Sungai Teris.
7.    Dato'Linggi datang bersama-sama rombongannya mendirikan perkampungan di Kampung Relong dan keturunannya menetap di sini sehingga ke hari ini.
8.    Dato'Linggi tidak memakai gelaran Sultan atau Tengku bagi menghindarinya daripada dikenali oleh orang luar yang mungkin datang untuk membunuhnya. Anak-anak Baginda juga tidak menggunakan gelaran tersebut.
9.    Dato;Linggi pernah dicari oleh orang-orang luar yang mengaku wakil Bendahara tetapi tidak berjumpa kerana Baginda menggunakan nama-nama lain seperti yang tersebut diatas.
 
Sumber.
Pepustakaan Desa Kampung Relong
dengan kerjasama Penyelia Zon 5 PD-PNM (Puan Faridah Mustafa)

Links:
1. toklinggi-zulkarnain.blogspot.com (salahsilah-tok-linggi-relong)
2. ainhizcom.blogspot.com (keturunan-mahudin-cucu-tok-linggi)
3. utusan (Perhimpunan 4,000 ahli keluarga keturunan Tok Linggi)
4. rajaahmad.blogspot.com (sejarah-dato-ahmad-dato-linggi-kg-relong)
5. relongkini.webs.com (sejarah)
6. artmelayu.blogspot.com (makam-tomb-of-tok-linggi-kampung-relong)

Gangguan kualiti air disebabkan penurunan kualiti air mentah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 02:53 AM PDT

SEREMBAN- Gangguan kualiti air yang dilaporkan di beberapa kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca daripada penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar kandungan ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut meningkat melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa.


"Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut menyebabkan kualiti bekalan air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air Sungai Linggi terjejas.

Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara punca aduan air berbau yang dilaporkan oleh pelanggan di kawasan terbabit," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti air di loji berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk mengurangkan kadar iron dan manganese.

Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan 'hydrated lime', mengaktifkan pengedosan 'activated carbon' bagi mengurangkan bau serta menjalankan pencucian kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap.

Azlan berkata pihaknya telah dan sedang melaksanakan pencucian paip 'scouring' dan kolam simpanan air di kawasan terbabit.

"Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air mentah di Sungai Linggi kembali pulih ke tahap yang asal," katanya.

Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap pemeliharaan sungai utama di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air, terutamanya Sungai Linggi untuk mengelak gangguan seperti ini daripada berulang.

Sumber: Bernama

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


AKU SUKA MEMANCING: EBEK <b>DI</b> KELONG POZI <b>LUKUT</b>

Posted: 24 Jun 2012 01:00 AM PDT

PENGALAMAN AKU MEMANCING DI KELONG POZI AGAK LAMA TETAPI ADA LAGI PEMANCING YANG LEBIH LAMA. BERDASARKAN PENGALAMAN AKU, TAHUN INI TAHUN 2012 IKAN EBEK AGAK KERAP MASUK KELONG DARI JANUARI HINGGA MEI. DULU AKU PERNAH MENULIS TIDAK MENGGUNAKAN UMPAN UDANG SEMASA PERGI KE KELONG POZI. NAMUN PENDAPAT AKU TU DAH BERUBAH PADA TAHUN INI KERANA AKU SENDIRI MENGGUNAKAN UMPAN UDANG HIDUP. DULU AKU TIDAK SUKA GUNA UMPAN UDANG HIDUP KERANA MEMBAZIR TETAPI SEBALIKNYA PADA TAHUN INI. BERMULA KEMASUKAN IKAN SUSU, AKU MULA MENGGUNAKAN UMPAN UDANG HIDUP. SELAIN SUSU, IKAN EBEK DAN DAUN BARU JUGA SUKA MENGHENTAM UMPAN UDANG HIDUP. JADI PENDAPAT LAMA AKU TU BOLEH DIUBAH MENGIKUT SITUASI. WALAUBAGAIMANAPUN, PENGGUNAAN UMPAN HIDUP LEBIH MUJARAB DIGUNAKAN PADA WAKTU SIANG WALAUPUN ADA JUGA KES2 TERTENTU ADA PEMANCING DAPAT IKAN PADA WAKTU MALAM MENGGUNAKAN UMPAN UDANG HIDUP. GAMBAR2 DI BAWAH MERUPAKAN EBEK-EBEK YANG BERJAYA DINAIKAN DI K DALAM TRIP2 AKU MEMANCING DI KELONG POZI. ADA RAMAI JUGA PEMANCING LAIN YANG BERJAYA MENAIKAN IKAN EBEK DI KELONG POZI. WAKTU EBEK MAKAN PULA TIDAK MENENTU IAITU KEKADANG SEWAKTU AIR PASANG HAMPIR PENUH, KEKADANG SEWAKTU AIR SURUT HAMPIR HABIS DAN KEKADANG SEWAKTU AIR MULA PASANG.






Teres Setingkat <b>di</b> D&#39;Ambang Kota <b>Lukut</b>-PORT - Blog

Posted: 03 Jul 2012 07:34 PM PDT

Teres 1 Tingkat Taman D'ambang Kota Lukut Port Dickson untuk dijual segera :
- Freehold
- Berdekatan Pantai Telok Kemang
- Berdekatan kem askar Port Dickson
- Rumah tidak pernah diduduki sejak dari rumah siap. Masih seperti baru
- Kedaan rumah amat baik
- Suasana kejiranan yang tenang dan aman
- Harga RM90,000 (nego sampai jadi)
- Berminat hubungi : eN. hiLmi-0199758782

Memancing <b>di Lukut</b>

Posted: 22 Feb 2011 07:56 AM PST

Setelah menikmati kejayaan mengapollo pada sessi pertama dengan gilang gemilang bersama bot Samad. Kini pakatan rakyat seramai 4 orang telah membuat rancangan terbaru..."komplot DLukutzzz". Antara salah sorang rakan yang terkene racun tu ialah Hadi..Jeng..jeng..jeng...hehehehe
Hadi(baju hitam,seluar pendek hitam), tenang melayan apollo diatas rumah api diLukut.
Bersama dgn geng2 yg sama waktu dengannya..

So,ari ni gua nak sentuh sikit pasal rakan gua si Hadi nih.
Hadi,kiranya kaki macing jugak. Bermula bab2 pancing lagi lama dari gua, malangnya beliau hanya kaki kolam dan juga pantai.Tapi,diatas beberapa sebab, kali ni beliau termakan racun tuba yg gua dah bagi...Powerrr racun gua tu bro....kekekeke
Gua tukang amik gambar...tapi mane lak gi sorang lagi member gua nih?
Baju putih depan tu Mandor Gua...blkg, Otai Jamal...
Pendek citer, bila tiba ditempat yg dijanjikan,kami semua terus naik atas bot tu. Bot agak kecik dan pendek sikit dari bot Samad Ofb. Gua pun dh lope nama tekong tu. Tapi tekong tu ada sebelah tangan jerr, yg sebelah lagi cacat dari kecik. Memula terasa cuak gak,boleh ke tekong ni handle bot guna sebelah tangan jer. Gua tau, semua geng2 gua dah terasa cuak...tp semuanya dok simpan dlm hati. Lagi satu gua tengok beliau tangkas membuat kerja, tak de ape pun yg menjadi masaalah....seolah2 beliau mempunyai dua tangan seperti manusia normal. Dalam hati gua berkata" walaupun hanya sebelah tangan,tapi gua mmg respek giler arr kat tekong nih"
Ape pun semuanya berjalan lancar, namun bila di boya pertama.....Tak sampai 10 minit....rakan baik gua si Hadi tu dah mula "berdangdut"....yeahhh...mari kita joggett sampaii pagiiii...hehehe...
"Aisehhhh....come on Hadi, jgn layan sangat"....gua sound kat dia. Tapi, bagaikan dunia ni dia yg empunye...Hadi akhirnye melentok jua diatas bot akibat mabuk free..Hanya sempat beberapa kali membuat balingan, Hadi gagal melayan kepeningan/mabuk halal tersebut...
Kerana kesiankan beliau,akhirnya tekong mencari rumah api...rumah yg memang khas utk kaki mabuk jerr(pic kat atas sekali tu)...hahahaha....
Sabo Hadi yerr...lu jangan maree sgt kat gua.....
Tak dak org len dah...ini gua la nih
Tu je la yg gua nak citer..hasil keseluruhan agak kurang memberangsangkan. Lagi teruk dari yang lepas. Ape pun kalau dah takat ni je rezeki kami, kami terima...Alhamdulillah.


Sessi pembahagian harta rampasan...
Ni la rezeki korang...jangan gadoh2 lagi dah

Note: Ini adalah antara permulaan gua dalam bidang pancing memancing ni. Dalam pada tu gua n super friend sempat gak layan kat Kelanang (Morib) tapi lagi kecewa beb!!..
kecewa dengan sikap tekong yang mementingkan diri sendiri. Tobat gua tak turun Kelanang lagi dah.
Pada gua dan rakan2, tekong tu yg menutup pintu rezeki tuk diri sendiri...dan mungkin juga utk keluarga beliau...ape nak buat...pemancing pasti mangharapkan sesuatu, kalau ada usaha tapi hasil tak de tak pe jugak...tapi kalau dah malass...sendiri mau ingat laaa...
Lu tanggung le sendiri..Lu ingat, pemancing skg jalan solo macam dulu2??...pemancing skg dh ade forum,kelab...lu buat taik kompom nama lu panazzzz!!!
Adiozzzzz.....sebelum gua merapu lagi teruk!!!

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Mekchu Situ Sana Sini: Raya kedua <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 26 Aug 2012 10:07 PM PDT

Petang raya pertama dah sampai pilah sampai lah raya ke-4 kat sana..
Memang mengikut kebiasaan tahun2 sebelum, raya ke-2 adalah untuk beraya di rumah keluarga di sekitar kuala pilah.. dokek2 yoo..
Baju raya ke-2 adalah recycle sajork.. Rambut pun main ikat pony tail je.. dah tau konpem panassssss dan rimasssss...
 baju ni nama dia baju cik abang sayang sbb memang kena mntak tlg papa-jit ikat kan reben.. tangan tidak kesampaian.. baju lain buleh je ikat sendiri.. 
Lepas tu kan.. lepas tu kan.. mekchu dapat duit raya.. hohoho sbnarnya dari malam raya dah tunggu sbb masuk kan duit raya sama2.. pas tu seharian raya pertama tunggu tak dpt2 jugak.. akhirnya pagi raya ke-2 baru sah dpt duit raya.. 

on my bended knee nak sambut duit raya.. nak dapat duit raya tebal lah katakan... dalam sampul tu ada berkeping-keping-keping.. sukeeeeee :) tp muka kerek papa-jit tak bleh blah.. 

10 minit dah sampai rumah pertama..
ohh penat iron baju, sampai2 dah kedut.. 
 mood abg long yang belum berapa nak ok lagi..

time makan mmg sekali jemput je mekchu dah sampai.. tak payah tuan rumah nak ulang2 suara menjemput makan.. 
Pegang kata2 doktor "raya nanti kena makan banyak2 tau".. baekkkkkk!!!!!

Lepas makan, bergambar sekejap sebelum gerak ke rumah ke-2 kat depan2 tu aje..
seriau tengok dia pegang camera tu.. kita nak tolong tak kasik.. mama tak sanggup ok kalau kena guna duit raya mama buat repair camera..

sorang teleng kiri, sorang kanan... 

Di rumah ke-2. Tuan rumah seru je perkataan makan, terus dah ada depan meja makan..
makan nasik lauk gulai ayam cili api.. terbaek wokkk!!

 tudung nenek pilah yg dah tak keruan.. hahahaha inner dalam dah dicabut ehh sbb panass.. 

so suweeeet 2 beranak ni.. 

 ehhh kami pun suweet jugak apa.. hahahaha.. 

Pagi tu masa tgh bersiap-siap, lama mi-cah tenung baju papa dia..

"papa, baju apa papa pakai tu?"
"baju raya papa lah"
"eeeee... buruknya..."

hahahahaha.. dia pun pelik dgn taste papa dia.. nak buat macam mana mi.. taste papa ngko masih macam orang muda..

tapi bila part bergambar, dia pelik dengan mama dia pulak.. kata soh wat peace, tapi kenapa kat mata?

Ok, selesai rumah ke-2... moh kita gerak rumah no-3 pulak..
tiada apa yang lebih best selain dari makan, makan dan makan... 

Cukup 3 rumah.. itu pun dah penat sbb cuaca panas membahang.. petang tu hujan lebat kan.. kat rumah korang hujan tak?
bukti orang yg paling penat beraya.. dahsyattttt...

Harap berat dah bertambah dan HB pun dah naik.. itu objektif raya tahun ni..

MAT SABU DIBUANG DAERAH <b>DI KUALA PILAH</b>!!!

Posted: 27 Aug 2012 05:36 PM PDT

Mat Sabu mendakwa Tun Ghafar akan menyertai Pas sekiranya Allahyarham masih hidup sama seperti yang dilakukan oleh anak Allahyarham, Tamrin.

Percaya kepada qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman. Takdir baik dan buruk seseorang hamba Allah samada di dalam soal jodoh, pertemuan, rezeki dan maut akan terhenti sebaik sahaja hamba Allah itu menemui ajal.

Manusia yang hidupnya "berkalau-kalau" adalah manusia yang tidak beriman dengan rukun iman. Manusia yang sentiasa "berkalau-kalau", juga adalah manusia yang tidak mahu menerima kenyataan hidup. Manusia jenis ini mahu supaya Allah menentukan takdir seseorang mengikut citarasa dan selera mereka.

Ketetapan buat Allahyarham Ghafar Baba sudah ditakdirkan meninggal dunia sebagai seorang Islam. Sudah ditakdirkan allahyarham meninggal sebagai ahli UMNO. Sudah ditakdirkan allahyarham hanya menjawat jawatan sehingga tahap TPM sahaja. Sudah ditakdirkan juga allahyarham gagal menjawat jawatan PM disebabkan "kena kencing" dek Anwar Ibrahim. Sudah ditakdirkan juga allahyarham menjadi mangsa politik rakus dan permainan politik wang terkotor dalam sejarah yang telah dilakukan oleh Anwar. Semua ini sudah menjadi ketetapan Allah. 

Ia tidak mungkin boleh diubah lagi. Samalah seperti ketetapan yang telah terjadi bahawa suatu masa dahulu Mat Sabu pernah didapati berkhalwat dengan isteri orang di bilik 121, Hotel Perdana. Samalah juga seperti yang telah ditakdirkan di mana negara kita pernah cuba dijadikan sebagai negara komunis oleh Chin Peng dan gerakan PKM yang dipimpinnya. Takdir juga telah menetapkan bahawa se inci bumi Malaysia pun tidak pernah dijajah oleh Komunis. 

Takdir juga telah tercatat bahawa ribuan nyawa perajurit dan rakyat yang tidak bersalah telah dibunuh oleh pengganas komunis.

Tetapi, bagi seseorang yang tidak beriman dan cuba melawan takdir, akan mencipta pelbagai "andaian" dan "kalau" untuk menolak sebarang takdir yang telah, sedang dan bakal terjadi. 

Apa yang lebih mengejutkan, "budaya melawan takdir" ini diamalkan oleh golongan yang mendakwa diri mereka berilmu, beriman dan berjuang di atas landasan Islam.

Kenapa budaya menolak takdir seperti ini boleh berlaku? 

Sudah pasti ada kesilapan atau kekurangan di dalam pegangan kepercayaan, pengakuan dan keyakinan kita kepada Allah. Juga terdapat kecelaruan dalam bab keyakinan, keikhlasan dan kejujuran kepada diri dan kepada Allah. 

Apabila pegangan keyakinan ini longgar dan celaru, maka suburlah budaya sombong, riak dan takbur di dalam diri. Bila wujud budaya sombong, riak dan takabbur, maka manusia jenis ini tidak akan terlepas dari sifat bohong, fitnah dan dusta di dalam apa juga kerja dan perbuatan yang dilakukan sepanjang hari.

Jika manusia jenis ini tergolong di dalam kategori ulamak, maka jadilah mereka ulamak yang membawa berita palsu. Jika golongan ini berada di dalam politik, maka jadilah mereka golongan politik yang sering berbohong, membuat fitnah dan menjadi pendusta.

Batang tubuh Mat Sabu sendiri boleh dijadikan bahan ekperimen bahawa apa yang saya perkatakan adalah benar belaka.

PAS Negeri Sembilan: Masalah air <b>di Kuala Pilah</b> berlarutan sejak <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 02:50 AM PDT

4 Ogos 2012
KUALA PILAH – Sejak kebelakangan ini, gangguan bekalan air yang sering berlaku di Kampung Ghalib, dekat sini, menimbulkan rasa tidak selesa segelintir penduduk terlibat terutama ketika menyambut Ramadan.
Penduduk, Khairudin Abas, 43, berkata, masalah air di kampung itu sudah berlarutan hampir beberapa tahun.
"Kampung ini sudah disediakan sebuah tangki pengepam air, tetapi masalah ketiadaan air sering sahaja berlaku.
"Meskipun tangki itu berada tidak jauh dari rumah saya, namun kami sekeluarga masih menghadapi masalah sama disebabkan tekanan air yang rendah," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah mengharungi kesengsaraan selama seminggu berikutan terputus bekalan air.
"Selama seminggu, saya sekeluarga terpaksa hidup dalam serba kekurangan kerana tiada bekalan air bersih. Aktiviti harian seperti memasak, membasuh baju, mandi dan sebagainya agak terbatas.
"Bagi jiran yang memiliki anak kecil, sudah pasti mereka berasa lebih sukar. Ini belum lagi Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti rumah saya nanti tiada air kerana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.
Katanya, tangki tersebut sudah tidak mempunyai air berikutan tanda paras air mencecah kepada bacaan kosong.
"Saya lihat tanda aras tong tersebut berada di aras kosong, ini bermaksud tong berkenaan tiada air. Berkemungkinan pelampung air rosak atau sebagainya. Sepatutnya, proses mengepam air secara automatik bukan secara manual.
"Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang bagi melakukan pemeriksaan lanjut supaya masalah ini dapat diselesaikan segera sekali gus tidak membebankan penduduk," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Meah Rampal, 78, melahirkan rasa kecewa berikutan masalah air masih belum selesai sehingga kini.
"Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal, air pasti tiada. Kadang-kadang anak-anak cucu juga kurang gemar balik ke sini kerana tiada air.
"Biasanya waktu kemuncak iaitu sekitar jam 6 pagi hingga malam tiada air. Bila tengah malam, barulah ada air. Esok pula, air kembali tiada hingga timbul rasa bosan kerana perlu menadah air setiap hari," katanya.

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


MB memeriahkan Rumah Terbuka ADUN <b>Serting</b> dan ADUN - N9 Kini

Posted: 26 Aug 2012 05:19 AM PDT

JEMPOL, 26 Ogos – Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar hadir di Majlis Rumah Terbuka DUN Serting yang dianjurkan oleh Dato' Shamsulkahar Hj Mohd Deli, petang tadi.

Beliau tiba pada pukul 2:30 petang dan disambut oleh Dato' Shamsulkahar Hj Mohd Deli dan barisan ahli jawatankuasa UMNO, MCA, MIC, Gerakan DUN Kawasan Serting.

Majlis Rumah Terbuka ADUN Serting, YB Dato' Shamsulkahar Hj Mohd Deli di adakan di Dewan Kompleks Rakan Muda, Serting Jempol bermula pukul 11:00 pagi sehingga jam 3:00 petang.

Turut hadir, Dato' Khalid Yunus, Bekas Ahli Parlimen Jempol, Dato' Mohd Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Dato' Zainal Abidin, ADUN Kawasan Lui, Dato' Hj Zainab Nasir, ADUN Kawasan Gemas juga Dato' Hasim Rusdi, ADUN Kawasan Labu, Dato' Mohamad Razi Hj Kail, ADUN Kawasan Juasseh dan Dato' Ismail Lasim, ADUN Kawasan Senaling.

Di kawasan DUN Kawasan Pertang, krew bertugas n9kini.com pula melaporkan, Rumah terbuka Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pertang, Dato' Razak Bin Mansor meriah dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Mansor, hari ini.

Walaupun majlis rumah tebuka ini bermula 3 petang, tapi penduduk mula memenuhi ruang khemah jam 2 petang lagi. Selain penduduk sekeliling, rakan- rakan beliau juga hadir sama menyerikan lagi majlis.

Menteri Besar Negeri Sembilan hadir pada pukul 4 petang sempat beramah mesra bersama-sama penduduk-penduduk sebelum menjamu selera. Selepas itu, beliau meluangkan masa bergambar dengan hadirin yang ada.

Hadir sama menyerikan suasana, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Mat Ali Bin Hassan dan isteri dan Menteri Komunikasi, Penerangan Dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim serta ahli-ahli komponen Barisan Nasional.

Hadirin dihidang dengan makanan tradisional dan moden seperti lemang, rendang, sate, meehoon, mee, dan kuey tiew. Majlis bermula 3 petang hingga 5 petang.

Lokasi Jempol : Dudi Aziz

Lokasi Simpang Pertang : Siti

Suara Generasi Baru » Majlis Rumah Terbuka Syawal Adun <b>Serting</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 12:36 AM PDT

BANDAR BARU JEMPOL – Bersempena dengan bulan Syawal, pelbagai pihak telah melaksanakan rumah terbuka termasuk yang terbaru, Adun Kawasan Serting, YB Dato' Shamsulkahar bin Hj Mohd Deli merangkap ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan telah meraikan penduduk di Dun Serting dengan pelbagai juadah yang pasti membuka selera.

Rakyat yang hadir tidak mengira kaum dan juga umur, sama-sama telah datang untuk meraikan hari raya bersama wakil rakyat kawasan mereka yang memang terkenal dengan keramahan dan keprihatinan terhadap rakyat.

Turut kelihatan bersama dalam rumah terbuka YB Shamsulkahar adalah kenalan dan sahabat handai daripada parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan juga MIC yang sama-sama hadir untuk memeriahkan suasana. Wakil rakyat kawasan-kawasan lain juga turut kelihatan seperti Dato' Hasim Rusdi, Adun Kawasan Labu, Dato' Ismail Lasim dan ramai lagi.

Antara keistimewaan jamuan pada hari tersebut adalah lauk pauk utama telah disediakan secara bergotong royong penduduk setempat. Suasana mesra dan harmoni jelas kelihatan sejak dari malam sebelumnya lagi dengan kehadiran ramai belia-belia setempat turun membantu untuk menyediakan persiapan makanan termasuk persiapan dewan.

Pengunjung-pengunjung juga turut dihiburkan dengan nyanyian daripada artis tempatan dan alunan muzik tradisional daripada awal program sehingga selesai. Ramai yang memuji kualiti persembahan dan sistem bunyi yang mana ia dikendalikan oleh pemuzik-pemuzik tempatan.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, menyatakan bahawa beliau dan keluarga saban tahun pasti akan menghadiri jamuan hari raya yang dianjurkan oleh YB Dato' kerana beliau amat mengkagumi kepimpinan yang ditunjukkan oleh YB Dato' terhadap permasalahan penduduk setempat. Beliau juga mengharapkan agar YB Dato' dapat dikekalkan untuk memimpin Dun Serting pada pilihanraya yang akan datang kerana banyak perubahan yang telah dibawa oleh YB Dato' kepada Dun Serting.

Seorang lagi pengunjung yang lebih dikenali sebagai Tok Jampi oleh penduduk setempat, menyatakan, beliau dan belia-belia dalam Dun Serting amat selesa bekerjasama dengan YB Dato' kerana beliau amat memahami kehendak dan suara belia di kawasan Dun Serting. Pelbagai aktiviti belia mendapat sokongan penuh YB Dato' dan sering menghadiri program-program yang dianjurkan oleh belia-belia Dun Serting.



40 Ahli Umno <b>Serting</b> Llir <b>Di</b> Jempol Sertai PAS ~ IdaMan

Posted: 19 Jun 2012 05:03 AM PDT

JEMPOL: Umno Cawangan Kampung Serting Ilir di Jempol, semakin tempang apabila seramai 40 ahli Umno cawangan tersebut mengucapkan "selamat tinggal" kepada Umno di dalam satu majlis ceramah khas yang diadakan di Batu 36 1/2, Kampung Serting Ilir, berhampiran Jalan Bahau.
Di dalam majlis yang diketuai Faizal Wahab itu, seramai 40 bekas ahli Umno itu menyerahkan borang keahlian PAS kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol, Abdul Rahman Ramli.
Justeru, sebuah cawangan PAS di Kampung Serting Ilir ditubuhkan dan diketuai oleh Faizal sendiri.
"Malam ini adalah malam bersejarah buat PAS Jempol apabila buat kali pertama kita berjaya memecahkan kubu kuat Umno 40 ahli Umno Serting Ilir sertai PASdi Kampung Serting Ilir yang mempunyai lebih 1,500 pengundi berdaftar.
"Malah inilah kali pertama sebuah ceramah anjuran PAS atau Pakatan Rakyat diadakan. Saya yakin ini petanda bahawa pengaruh Umno di Jempol akan ditamatkan oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," kata Abdul Rahman di hadapan lebih 300 hadirin.
Turut hadir dan menyampaikan ceramah ialah Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Azraie Omar; Ketua Penerangan, Ustaz Norazman Mohamad, Ketua Pemuda PAS Jempol, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa dan Naib Yang Dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli.

http://pas.org.my

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


17 bayi merdeka dilahirkan <b>di Negeri Sembilan</b> | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 08:36 AM PDT

SEREMBAN, 31 Ogos – Hari Kemerdekaan Ke-55 amat memberi makna kepada kaum ibu yang melahirkan bayi mereka pada tarikh istimewa ini.

Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin meluangkan masa melawat kaum ibu yang selamat melahirkan bayi mereka di Wad 1, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, di sini, hari ini.

Beliau yang hadir bersama ahli-ahli Pekerti beramah mesra bersama ibu-ibu di wad tersebut dan beliau turut menyumbangkan hamper berupa barangan bayi kepada semua para ibu .

Difahamkan, seramai 17 bayi merdeka dilahirkan di hospital kerajaan di negeri bermula tengah malam sehingga 12 tengah hari, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dato' Dr. Zailan Adnan.

Salah seorang pesakit yang telah melahirkan bayi lelaki di hari merdeka, Puan Zanariah Bt Yusof, 26, berkata,beliau selamat melahirkan bayi seberat 3.9kilogram pada jam 5.12 pagi tadi dan ini berupakan anak beliau yang ke-2.

Sementara itu, bapa kepada bayi merdeka, Shaiful Azmi, 35, yang berasal dari Kuala Pilah amat gembira sekali kerana rezeki beliau mendapat bayi merdeka seberat 4.0 kilogram pada 9.30 pagi tadi.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Reaksi positif Dialog Negara Islam <b>di Negeri Sembilan</b>

Posted: 03 Sep 2012 01:27 AM PDT

SEREMBAN 2 September – Siri Jelajah "Dialog Negara Islam" anjuran HizbutTahrir Malaysia (HTM) memasuki siri yang ke-5 di Negeri Sembilan. Dewan Teratai Hotel Sutera bertempat di Seremban 2 yang boleh memuatkan 150 orang dipenuhi dengan Muslimin dan Muslimat yang berminat mengikuti dialog kali ini.

Ustaz Abdul Hakim Othman dan Ustaz Abu Hafiz Ibrahim menjadi ahli panel dengan moderator dialog kali ini ialah Sdr Zubir Othman. Kedua-dua ahli panel dihujani dengan soalan dari para hadhirin baik secara lisan mahupun bertulis. Di samping itu, soalan paling banyak diajukan melalui sistem pesanan ringkas (sms) oleh para hadhirin dan juga para penonton yang menyaksikan secara langsung melalui laman web rasmi HTM (www.mykhilafah.com).

Persoalan-persoalan yang dilontarkan berkisar tentang metodologi HizbutTahrir dalam menegakkan Khilafah, status Malaysia sama ada Negara Islam atau bukan, hubungan HTM dengan gerakan-gerakan Islam yang lain, bagaimana HizbutTahrir ingin menyatukan umat Islam, peranan dan pandangan HizbutTahrir berkenaan revolusi di Timur Tengah, persoalan hudud dan banyak lagi. Abdul Hakim yang juga Presiden HTM menjawab kesemua persoalan dengan tuntas, ringkas dan padat dibantu oleh Abu Hafiz yang juga AJK Pusat HTM.
   
Daripada kehadiran dan persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh para hadhirin, menunjukkan kesedaran mereka akan kepentingan menyatukan umat Islam di seluruh dunia dan usaha inilah yang sedang dilakukan oleh HizbutTahrir dengan jalan menegakkan Negara Khilafah. Pada sesi rehat, hadhirin dihidangkan dengan tayangan video tentang perjuangan HizbutTahrir di seluruh dunia yang semakin membesar dan semakin diterima oleh umat Islam.

Di akhir majlis, Abdul Hakim menyeru agar para hadhirin khususnya dan umat Islam amnya turut serta bersama HizbutTahrir dalam perjuangan menegakkan Khilafah kerana ia merupakan sebuah kewajipan yang tidak boleh diabaikan oleh setiap Muslim. majlis berjalan dengan baik dan berakhir sekitar jam 1.15 petang.

Wanita Meninggal Dunia Akibat H1N1 <b>Di Negeri Sembilan</b> « Karim&#39;s <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2012 04:02 AM PDT

SEREMBAN, 22 Ogos (Bernama) — Seorang wanita berusia 27 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) di Negeri Sembilan beberapa hari lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata pihaknya telah melakukan siasatan terperinci dan keadaan adalah terkawal serta tiada penularan wabak itu.

"Kami telah menjalankan siasatan terperinci dan telah memastikan tidak ada di kalangan keluarga mangsa yang dijangkiti H1N1," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Dr Zailan berkata wanita yang bekerja di Singapura itu pulang ke negeri ini beberapa hari lepas untuk bercuti, dan telah jatuh sakit serta menerima rawatan di sebuah hospital, di sini sebelum meninggal dunia.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik atau membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu.

– BERNAMA

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved