ads

Jumaat, 15 Februari 2013

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Stesen keretapi <b>Tampin</b> – kenangan menyapa - Kamversation

Posted: 13 Feb 2013 03:53 AM PST

Bagi anak-anak tempatan dari Tampin, Pulau Sebang dan sekitarnya, yang telah berhijrah keluar, masih ingat tak lagi stesen keretapi Tampin?

Tahu tak, Stesen Tampin kini sebenarnya sudah dikenali sebagai Stesen Pulau Sebang/Tampin. Sumber maklumat ini saya dapat dari pengumuman yang terpapar di laman web KTMB di www.ktmb.com.my, yang dikeluarkan pada 4 Januari, 2013 dan bertajuk " Pertukaran Nama Stesen Tampin Kepada Stesen Pulau Sebang/Tampin."

Mungkin bagi yang tidak tahu mengenai Tampin tertanya akan sebab nama Pulau Sebang yang ditambah. Pada pendapat saya, nama itu sesuai memandangkan stesen tersebut yang kedudukan geografinya di Pulau Sebang.

Untuk makluman juga, sudah menjadi kebiasaan, bila Tampin disebut dalam perbualan ia secara umumnya merangkumi Pulau Sebang yang di sebelah dan ditadbir Melaka.

Itulah antara keistimewaan kawasan berkembar Tampin/Pulau Sebang berdasarkan letaknya di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.StesenPSTampin

Terkini, stesen keretapi tersebut sedang mengalami perubahan. Menarik lagi, artikel yang diterbitkan pada 6 Februari, 2013 oleh New Straits Times, bertajuk "Goodbye to Tampin rail station," menceritakan tentang pembanguan di stesen itu dan menyebut serba sedikit sejarah stesen tersebut yang rupanya sudah berusia 108 tahun. Artikel itu boleh dibaca di pautan berikut: Pautan.

Antara pengalaman-pengalaman zaman usia persekolahan saya ada yang dirakamkan di stesen tersebut dan sekitarnya.

Di tepi gudang bersebelahan bangunan stesen utama yang kecil dulu itulah saya ada menghabiskan waktu petang dan berteduh sambil menjaga lembu yang meragut makanan di sawah terbiar berhampiran — tugasan yang kadang-kadang dijalankan sendirian atau sambil menemankan abah.

Kantin di stesen juga dilawati untuk membeli minuman atau makanan.

Ada juga saya memerhati sambil cuba meneka apakah mesej yang cuba dikomunikasikan oleh pekerja stesen yang mengibar bendera ke arah petugas keretapi yang berlepas atau yang menghampiri stesen.

Bunyi tiupan wisel yang kuat juga adalah suasana rutin di stesen bersejarah itu.

Tak saya lupa kesesakan-kesesakan lalu lintas yang berlaku di jalan dari arah Tampin dan dari kawasan Pulau Sebang – disebabkan jalan ditutup dek pintu atau "gate," untuk memberi laluan kepada keretapi yang kadang-kadang sarat dan berjela-jela panjangnya.

Anak sungai berdekatan dan selari dengan bangunan-bangunan di stesen itu, juga menjadi tarikan untuk menghabiskan masa cuti sekolah dengan aktiviti termasuklah mencari ikan yang tak seberapa.

Tapi kan, itu dulu, sekarang dah lain.

Pembangunan rancak dijalankan di stesen keretapi di sebelah kampung saya.

Itulah kampung den.

Oleh: Kam Hashim

Nota: Artikel ini adalah salinan dari artikel yang ditulis oleh Kam Hashim dan disiar pada 11 Februari, 2013 di laman Facebook penulis sendiri.

 ***

05 di jelebu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Bekas Artis Aishah Bertanding <b>Di</b> Parlimen <b>Jelebu</b>?

Posted: 14 Feb 2013 06:59 PM PST

Aishah kini di Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu akibat demam panas.

KL:: Hari ini myMetro melaporkan, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin, 48, atau Aishah menyifatkan wujud spekulasi pihak tertentu mengatakan dirinya bakal diletakkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)bagi Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan hanyalah andaian semata-mata.

Aishah dilaporkan berkata demikian selepas sumber memaklumkan penyanyi itu adalah artis pertama negara yang bakal bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan akan diletakkan sebagai calon bertanding dalam PRU akan datang. Penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, beliau menyedari perkara itu hangat diperkatakan tambahan pula tarikh menjelang pilihan raya semakin hampir.

"Setakat ini saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh dapat kata putus," katanya.

Menurut Aishah, dia tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya 'cakap-cakap orang' mengenai penamaan itu. "Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tak tahulah, tunggu dan lihat saja," katanya ketika dihubungi, semalam. Ditanya sama ada akan bertanding sekiranya diberi peluang, Aishah berkata, dia perlu memikirkan sebaik-baiknya tambahan pula tanggungjawab untuk memimpin adalah sesuatu yang sukar.

"Kalau ada peluang, saya kena fikir tindakan selanjutnya, kena solat istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya," katanya tidak mahu menganggap spekulasi itu sesuatu yang serius.

Sementara itu, Aishah yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu akibat demam panas turut meminta rakan artis yang `berhijrah' tidak menghentam individu lain sebaliknya istiqamah dalam menambah ilmu agama.

"Pelek!,  mengapa myMetro yang pro BN, tolong kempen untuk Aishah yang jadi ahli PAS?" Komen seorang pembaca Metro, sewaktu ditemui weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi. (IH)

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved