ads

Isnin, 7 Januari 2013

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


Ceramah Motivasi Pelajar <b>di</b> SMK Seri <b>Ampangan</b>, Seremban

Posted: 03 Jan 2013 10:57 PM PST


4 Januari 2013, Seremban : Satu Program Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Seri Ampangan, Seremban. Program ini telah diadakan sebelum para pelajar Tingkatan 4 membuat keputusan di dalam memilih subjek elektif masing-masing yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2012 yang lalu.
Menurut En Faizal yang merupakan Kaunselor SMK Seri Ampangan yang juga merupakan penyelaras program ini, "Program ini merupakan program tahunan, dan slot ini diadakan bertujuan bagi mewujudkan motivasi di dalam diri para pelajar dan menyemat cita-cita untuk berjaya. Mereka juga diharapkan dapat menetapkan sasaran serta matlamat hidup mereka dan sentiasa menanam semangat untuk menjadi seorang pelajar cemerlang".
Ceramah Motivasi pada kali ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Ceramah selama 2 jam ini bermatlamat meletakkan para peserta program agar mengubah persepsi minda serta gaya pemikiran mereka dan berazam untuk me'rejuvenasi'kan pemikiran mereka agar boleh mendepani cabaran serta dugaan dewasa ini.
Menurut Sdr Syamsul "Rejuvenasi ini membawa maksud meremajakan pemikiran agar mereka tidak berfikir dengan cara baru kerana dibimbangi mereka akan ketinggalan di dalam menghadapi cabaran dan akhirnya mereka gagal di dalam pembelajaran, kerjaya dan kehidupan mereka. Atas dasar itu, menerusi slot ceramah ini kita harapkan mereka akan berjaya menetapkan matlamat yang sebenar agar mereka tidak lari dari landasan perjuangan mereka untuk menjadi seorang yang berjaya".
Ceramah selama 2 jam ini nyata tidak membosankan malahan berjaya menarik minat para peserta sejak mula hingga lah ke akhir ceramah ini berlangsung.
Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan jutaan tahniah di atas usaha serta inisiatif SMK Seri Ampangan di dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini serta didoakan selamat maju jaya buat para pelajar yang terlibat.
Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


S Balakrishnan Blog: Pendaftaran SPR <b>di</b> Taman <b>Rasah</b> Jaya <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2012 07:51 AM PST

11 Disember 2012,Sempena Majlis Makan Malam Deepavali 2012,Dr.Harris Abdullah dari Parti Progresif Penduduk NSDK dan Kelab PR1M telah mendaftar pengundi pengundi baru SPR di Dewan Bola Keranjang Taman Rasah Jaya Seremban.Antara Dr Harris team yang terlibat adalah Balakrishnan (Ahli Majlis Nilai),En.Haji Ghazali,En.Tham,En.Thamalingam dan Chandru.

Dr Harris team berjaya mendaftar lebih dari 51 pendaftaran baru dan 20 pendaftaran tukar alamat.

Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis makam malam ini adalah Menteri Besar Negeri Sembilan ,YB Dato Seri Utama Haji Mohammad Bin Haji Hassan, Adun Labu Dato Hasim bin Rusdi,Senator Dato Najeeb,Senator Dato Dr Yeow chai Thiam,Dan beberapa rakan rakan dari Barisan Nasional.

Kami dari PPP NS dan KelabPR1M ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan Perpaduan Hindu Tamizhar NS dan KRT Dun Mambau yang mengadakan majlis makan malam Deepavali 2012 dan membantu menjayakan pendaftaran SPR .

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


GELOMBANG BIRU <b>DI SEREMBAN</b> ESOK! - MHS

Posted: 06 Jan 2013 05:37 PM PST


Seremban  - Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin, Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan Lawatan Kerja ke Negeri Sembilan pada 08 Januari 2013, Selasa ini.
Lawatan kerja beliau diumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, di Wisma Negeri tengahari tadi, sejurus selepas mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri.
Program satu hari itu adalah seperti berikut ;
Masa : 10:00 pagi – Perjumpaan Bersama JKKK, KRT, ahli majlis PBT dan Kepimpinan Akar Umbi di Klana Resort, Seremban.
Masa : 2:30 petang – Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN Jeram Padang di Padang Awam Majlis Daerah Jempol, Bahau
Masa : 8:00 malam – Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Warga Negeri Sembilan berhampiran adalah dijemput beramai-ramai dan memakai pakaian berwarna biru.-n9KINI

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Penganjuran Pesta Seks <b>di Port Dickson</b> Tumpas.

Posted: 23 Dec 2012 06:13 AM PST

alt

 

PORT DICKSON  23 Dis. - Penganjuran Pesta Seks yang dirancang sekumpulan remaja di sini gagal diteruskan setelah diberkas pihak polis malam tadi.

Pesta Moon Soon Beach Party yang dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara dihidangkan dengan minuman keras dijangka disambut 100 remaja dari ibu Negara.

Pihak penganjur yang menawarkan tiket kepada setiap pengunjung dengan harga RM165 seorang telah menggunakan nama tema Tourism Malaysia dan sebuah Hotel terkenal sebagai daya tarikan pesta berkenaan.

Malah pihak pengunjung disaran berbikini dan berseluar pendek sebagai tema pakaian pada malam penganjuran tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun dalam satu kenyataan yang turut disiarkan menerusi akhbar Sinar Harian esok menjelaskan, satu siasatan bakal dijalankan bagi mengenalpasti tujuan Pesta tersebut dianjurkan.

Antara siasatan yang bakal dijalankan termasuklah mendapatkan maklumat orang awam yang mengetahui akan aktiviti tersebut.
 

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


Cetusan Mukara: <b>Linggi</b> Bukan Kubu Kuat Umno-BN

Posted: 16 Oct 2012 03:11 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Walaupun pada PRU 1955, Umno menang tanpa bertanding di Linggi melalui calonnya, Dr Muhd Said Muhammad, kedudukan Umno di Linggi telah berjaya digugat oleh DAP pada PRU 1969. Ketika itu calon DAP, Dr A.

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Banjir Kini <b>di Negeri Sembilan</b> : 2 Lagi Mangsa Maut.

Posted: 27 Dec 2012 06:32 PM PST

alt

 

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Kematian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban bencana itu meningkat kepada lapan orang.

Menurut laporan Laman Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu.

Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi.

Laman portal tersebut turut mengesahkan mangsa banjir di Pahang malam tadi meningkat kepada 448 orang berbanding 435 petang tadi.

 

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved