ads

Sabtu, 8 Mac 2014

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Feb 2014 11:44 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2014 11:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2014 11:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Dec 2013 11:08 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO <b>Rasah</b> pergiat kempen penerangan GST kepada masyarakat

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

FAUZIAH Abu Zarim (berdiri, kanan) memberi penerangan dalam Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu dekat Rasah, Negeri Sembilan, kelmarin.

RASAH 29 Dis. - UMNO Bahagian Rasah akan mempergiatkan kempen penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketuanya, Datuk Hasim Rusdi berkata, kempen penerangan itu bertujuan memberi pemahaman kepada rakyat mengenai tindakan kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan yang dijadualkan bermula 1 April 2015.

Beliau yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri berkata, pemahaman itu sangat penting kerana dasar mengenai GST masih baharu di negara ini walaupun telah dilaksanakan di lebih 160 negara di dunia.

"Pada masa ini terdapat pihak yang cuba memesongkan fikiran masyarakat dengan membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan mengenai GST dengan tujuan mendapatkan sokongan peribadi.

"Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini terus berlarutan begitu sahaja dan kerana itu UMNO Bahagian Rasah akan turun padang bagi memberi penjelasan mengenai GST," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu semalam.

Taklimat GST itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Kastam II (Unit Tugas-Tugas Khas GST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Fauziah Abu Zarim.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Hassan Datuk Ayop dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hapsah Hamid.

Hasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labu memberitahu, UMNO Bahagian itu bercadang mengadakan taklimat kepada kumpulan masyarakat yang lebih kecil seperti peringkat Dewan Undangan Negeri dan cawangan parti.

"Kita akan mendapatkan kerjasama Jabatan Kastam bagi membolehkan para pegawai mereka yang pakar dalam hal-ehwal GST untuk memberikan penerangan tersebut.

"Selain memberi penerangan, orang ramai juga boleh bertanya atau mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan GST," katanya.

Dalam majlis itu, sebanyak 200 keluarga menerima bantuan beg sekolah daripada UMNO Bahagian tersebut sempena musim persekolahan baharu yang akan bermula minggu depan.

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


Azab 10 minit ditoreh suami bingai <b>di Ampangan</b>, Seremban

Posted: 02 Dec 2013 02:22 PM PST

Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat," kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

05 di lenggeng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lenggeng - Google Blog Search


kursus <b>di</b> intan bukit kiara dan salji <b>di</b> Indonesia - memmetlenggeng

Posted: 23 Jan 2014 06:21 AM PST

Hari ini adalah hari kedua saya berkursus di INTAN Bukit Kiara. Kursus penilaian projek. Untuk yang selalu terlibat dalam makmal atau lab (istilah di guna untuk bengkel yang menganalisis projek yang sedang dirancang - bukan lab kimia itu) memang sangat sesuai menyertai kursus ini.

Tapi point saya bukan hendak cerita tentang kursus itu. Saya cuma ingin minta maaf kerana menyepi bila ada kerja macam ini dan tiada respon. Lagi satu, saya nak beri tips tentang permohonan kursus di INTAN Bukit Kiara. Memang agak sukar untuk berjaya dalam permohonan di sini. Ia bergantung pada rezeki dan relevan beban kerja kepada kursus yang dimohon juga. Jadi tipsnya, di ruangan yang terakhir borang (online), perlu terangkan dengan jelas senarai tugas terlibat dengan kursus dikehendaki. Bagi pegawai yang mohon atas kapasiti Jabatan mungkin tiada masalah. Lagi satu, mohonlah pada awal tahun, kerana awal tahun biasanya belum ramai mengisi borang. Apapun semoga berjaya.

Sekarang kecoh tentang video berita salji di Indonesia pula. Saya fikir itu berita tipu sahaja. Kalau betul, kenapa tidak diberitahu dimana tempatnya. Tambahan ada kolam yang langsung tidak terjejas dalam video itu (kalau dianalisis betul-betul). Tidak logik langsung. Senang benar orang Malaysia kena tipu. Adalah lebih baik kita menyiasat sesuatu berita betul-betul sebelum mempercayainya. Video itupun 5 bulan lepas yang punya. Kenapa sekarang di Malaysia baru nak kecoh. Indonesia tak kecoh pun. Jelas sekali palsu.

Tetapi kalau Tuhan benar-benar hendak turunkan salji di mana-mana bahagian dalam dunia ini,  bukan menjadi tanggung jawab kita untuk mempertikaikannya.


MEMMETLENGGENG: pengalaman <b>di</b> Sabah : Tanjung Simpang <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2014 01:39 AM PST

Ok, ini adalah entry terakhir saya berkenaan perlancongan di Sabah dalam edisi 2013. Yang lain-lain ada di sini, sini, sini, sini dan sini. Terima kasih kerana sudi baca. Maafkan juga kerana entry ini adalah entry yang paling banyak gambar rasanya, fahamilah, saya sangat teruja.

Tanjung Simpang Mengayau. Terus terang cakap, dalam banyak-banyak perlancongan sebelum ini dan segala macam tempat yang telah saya lalui di semenanjung ataupun Sabah, inilah tempat pertama yang paling mengujakan. Tempat yang biasa-biasa sahaja, tidak grand, tiada mewah, jalan  kemari pun agak menyedihkan, tapi keindahannya amatlah memukau mata (untuk orang macam saya). Kali pertama menjejakkan kaki, iaitu jam lebih kurang 3 petang, 13 Disember 2013, saya hampir menitiskan airmata tapi mulut tersengih lebar macam kerang busuk kerana terpaku dengan hebatnya ciptaan Tuhan. Subhanallah. Memang saya naif dan tidak pernah melihat tempat secantik ini sebelum ini. Tahniah kepada pembaca lain yang mungkin pernah berjumpa tempat yang lebih cantik.

Saya yakin, ramai yang sudah tahu tentang pantai ini dan keistimewaannya. Tapi saya tetap gatal tangan untuk menunjuk pandai sekali lagi, macam saya terer sangat. Abaikan itu.

Tanjung Simpang Mengayau atau nama gahnya, Tips Of Borneo adalah satu tempat yang dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah'. ia jadi kebanggaan penduduk Kudat dan rakyat Sabah. Hebatnya kawasan ini kerana ia merupakan tempat pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Kalau berdiri di hujung tanduk itu, anda boleh nampak disebelah kanan ialah Laut Sulu, manakala disebelah kiri ialah Laut China Selatan. Laut yang membiru dengan ombak-ombak jernih memukul batu-batuan tepi pantai menghasilkan pemandangan yang begitu seni dan indah. Angin pula bertiup agak kencang, menjadikan suasana lebih dramatik. Dalam bulan-bulan tertentu sepanjang tahun, terdapat satu fenomena pertembungan kedua-dua laut ini. Malang sekali, kami pergi pada bulan 12, fenomena itu tidak kelihatan. Itupun sudah cukup cantik. Kalu dapat lihat sunset, lagilah cantik agaknya.


Walaupun dilarang turun, tetapi saya yang merupakan seorang anak bongsu yang sangat degil dan agresif, tetap turun untuk merasai sendiri air laut itu. Sebelum itu, dalam perjalanan berkali-kali saya membuka map google untuk menilai kedudukan kedua-dua laut. Dasarnya memang kelihatan sama, tapi ia berbeza! Namun saya tidak galakkan orang lain turun, terutama kanak-kanak, kerana ia amat merbahaya dan boleh mengancam keselamatan mereka. Jangan tiru saya.

Perjalanan ke Tanjung Simpang Mengayau

Perjalanan dari KK ke sini ada seperti di entri ini. Anda hanya perlu ikut sign board yang menuju ke Kudat. Dalam perjalanan itu anda akan bertemu dengan sign board menuju ke Tanjung Simpang Mengayau. Terdapat dua jalan yang boleh pergi ke sini. Satu dari bandar Kudat sendiri dan satu seperti yang saya sebutkan tadi. Kalau sudah bertemu dengan sign board ini, tidaklah susah sangat. Cuma jalannya kurang elok, tidak setanding dengan keindahan tempat itu. Ada baik juga. Kalau ramai sangat pelancong datang ia hanya akan merosakkan. Maklumlah, bukan semua orang tahu menjaga kebersihan alam sekitar, terutama rakyat Malaysia sendiri.


Keselamatan

Saya tidak galakkan pelancong mandi manda di sini. Walaupun nampak cantik dan landai, ia sebenarnya pantai yang berbahaya. Memang sepanjang persisiran ada banyak kesan tapak kaki, namun tiada seorang pun yang mandi. Pernah seorang pelancong Korea lemas di sini, ia jatuh dan terus tenggelam tidak timbul. Sampai terpaksa membawa bomoh untuk memanggil mayatnya (itu kata pemandu kami yang berasal dari sini). Selain itu, hempasan ombaknya juga agak tinggi dan kuat.


Keadaan pantai

Dari jalan masuk ke sini, kita akan bertemu beberapa gerai dan resort yang dipanggil Tommy's Place. Berhadapan resort itulah pantai laut China Selatan yang membiru dan luas. Terdapat rakyat tempatan yang menjual batu karang di sini. Jarak pantai dan resort ke tanjung itu tidaklah jauh sangat, tapi saya kira, mengah juga kalau berjalan kaki.

Kalau nak dibanding dengan mana-mana pantai di semenanjung, jujurnya pantai disana jauh ketinggalan. Pantai di sini tidak tercemar, airnya biru kehijauan. Kalau di Port Dickson, penuh sampah. Di sebelah timur semenanjung pun tidak dapat pemandangan yang menarik seperti ini. Kecuali mungkin beberapa tempat di Langkawi, seperti pantai di kawasan The Datai. Tapi anda mestilah harus mempunyai pendapatan melebihi RM 5 angka sebulan untuk menikmati pantai itu. Pantai-pantai lain, biasa sahaja.


Struktur tanjung

Jika naik kenderaan pula, selepas mendaki tanjung, terdapat satu lot parking. Dari lot parking itu, haruslah berjalan kaki lagi beberatus meter untuk sampai benar-benar ke hujung 'Tanduk'. Perjalanan beberatus meter itupun sudah jadi perjalanan yang menarik dengan pohon-pohon ru yang menghijau dan awan yang biru, apatah lagi bila sampai ke tempat kejadian sebenar. Tapi iyalah, lain orang, lain pula perasaannya. Ada orang mungkin tak kisahpun dengan suasana begini, mungkin cuma saya dan rakan-rakan sahaja yang excited sangat.



Sebuah tugu dibina dikawasan ini sebagai  tanda ia adalah tempat yang sangat istimewa.
Struktur tanjung "tips of Borneo ini, seperti yang telah saya katakan, agak sedikit berbahaya. Ia sangat curam. Untuk turun, pelancong harus memanjat struktur-struktur melengkung yang terbentuk akibat mendapan pasir yang mengeras. Sebenarnya di sebelah atas itu sudah ditampal kenyataan, tidak dibenarkan turun sehingga ke bawah. Tapi ada yang degil untuk turun, termasuklah saya. Cuma tidak ramai yang berani. Salute kepada pemandu kami, katanya, dia sendiri tidak pernah turun sampai kebawah, tapi hari itu untuk menjaga saya dan seorang lagi kawan yang berani, diapun turut turun. Dialah yang mengambil gambar-gambar kami.

Tanjung itu terbentuk dari batu-batuan yang menarik. Terdapat juga lubang-lubang air yang berisi ketam kecil dan ikan. Aluran air melalui celah-celah batu setiap kali ombak menghempas, menyebabkan kami harus menunggu air surut sebelum melompat dari satu batuan ke satu batuan. Kalau pakai kasut bertumit, memang mudah tergelincir, mujurlah saya pakai sneakers. Kawan-kawan lain hanya perati dari atas. Kalau berat badan lebih 80 kg, dengan ketinggian kurang 155cm, memang tidak sesuai langsung untuk turun.





Saya teringin sangat nak bergambar masa ombak menghempas batuan. Tapi sukar berposing dengan baju dan tudung yang ditiup angin kuat, sementelah pula muka saya ini sangat tidak fotogenik. Hah hah. Selain itu, saya takut juga nak dekat-dekat dengan ombak yang besar, silap-silap, kena telan pula. Dalam hati sempat terfikir, kalaulah tiba-tiba air naik atau tsunami, memang boleh terperangkap dibuatnya, maklumlah, tiada tangga, nak naik kena panjat batu-batuan dan pasir keras itu. Cuma saya kurang senang kerana ada emak bapak yang tidak prihatin membawa anak-anak kecil turun ke bawah. Tidakkah mereka sayangkan anak? I wonder. Jangan gadaikan nyawa anak, walau secantik manapun kawasan itu

Selain tanjung ini, terdapat juga sebuah teluk kecil dengan pantai berpasir yang sangat menawan seperti dalam gambaran filem-filem mat salleh. Tetapi tidak boleh pergi ke sana, tiada jalan, hanya boleh melihat dari jauh. Gambar tidak ada ada, kerana saya terlalu leka sampai lupa nak snap.

Sekian entry saya kali ini. Datanglah ke Sabah, anda tidak rugi. Dalam negara sendiripun banyak tempat yang menarik juga. Dibawah adalah gambar-gambar sahaja, ada juga video bagi yang sudi nak melihat.













05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Catuan air akan dilaksanakan <b>di</b> Gemas dan <b>Tampin</b> - Harakah Daily

Posted: 05 Mar 2014 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) akan melaksanakan pelan catuan air di kawasan Gemas dan Tampin berikutan Sungai Muar, yang membekalkan sumber air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru menyusut ke paras kritikal.
    
Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), pihak Sains telah memohon melaksanakan catuan itu dan akan mengumumkan perincian catuan itu dalam masa terdekat.
    
"LRA Gemas Baru kebiasaannya merawat air sebanyak 27.7 juta liter sehari (JLH), kini hanya mampu mengeluarkan 12 JLH sahaja iaitu pengurangan sebanyak 15.7 JLH atau 57 peratus," kata kenyataan itu.
    
Pengurangan pengeluaran air di loji itu akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna di Daerah Jempol dan Tampin khususnya di kawasan Felda Palong, Felda Bukit Jalur serta sebahagian kawasan Gemas dan Tampin.
    
"Adalah dianggarkan sebanyak 13,263 akaun pengguna akan terjejas bekalan air," kata kenyataan itu.
    
Menurut kenyataan itu Sains mencadangkan supaya kawasan-kawasan di daerah Jempol dan Tampin dibahagikan kepada empat zon dan setiap dua zon akan menerima bekalan air selama 24 jam secara berselang iaitu sehari mendapat bekalan air dan sehari dicatu sehingga diberitahu kelak.
    
"Sains akan mengumumkan perincian catuan seperti senarai kawasan yang terlibat, jadual catuan serta lain-lain maklumat penting di media massa dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.
    
Tambah kenyataan itu, Sains juga memaklumkan bahawa Empangan Gemenceh kini menyusut dengan kadar yang membimbangkan.
    
Sains sedang memantau rapi paras air di empangan itu dan akan merujuk kepada Span sekiranya catuan di daerah Rembau diperlukan, kata kenyataan itu. – Bernama

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Hadiah untuk pengundi <b>di</b> DUN <b>Paroi</b>?

Posted: 02 Mar 2014 11:31 PM PST



Mesin parkir bermeter 'telan' duit
Beberapa pengguna kenderaan di sekitar Dataran Senawang mengadu banyak mesin parkir bermeter di pusat komersial berkenaan tidak berfungsi dengan baik dan mendakwa mesin parkir bermeter tersebut 'telan' duit.
Omar Ismail, 72, yang sering meletakkan kenderaan setiap minggu di Dataran Senawang untuk mendapatkan rawatan terapi di salah sebuah pusat kesihatan di situ; mendakwa mesin parkir bermeter sering bermasalah dan gagal berfungsi dengan sempurna.
Omar berkata ada di antara sahabat-sahabat beliau yang turut meletakkan kenderaan ketika datang untuk mendapatkan rawatan terapi di Dataran Senawang, dikompaun oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban.
Siaw Min Sim, 24, seorang jurutera perisian pula berkata ada beberapa mesin parkir bermeter mengundang masalah kepada beliau.
Won Hon Ping, 23, seorang jurujual pula berkata apabila beliau memasukkan syiling, skrin meter berparkir itu tidak menunjukkan apa-apa bacaan minit.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek berkata ada pegawai bank yang beliau temui mengadu bahawa sistem pas bulanan yang diperkenalkan oleh syarikat yang mengendalikan operasi parkir bermeter ini hanya menawarkan pas bulanan untuk tempoh minima selama enam bulan.
"Saya difahamkan tidak ada pas bulanan untuk satu bulan tetapi paling minima pas yang ditawarkan adalah untuk enam bulan.
"Ini membebankan lagi pengguna kenderaan kerana pengguna perlu membayar RM360.00 sekali harung untuk dapatkan pas untuk enam bulan," kata Mohd Taufek lagi.

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Rozmal bin Malakan: Hujan lebat <b>di Rembau</b> hari ini

Posted: 02 Mar 2014 06:17 AM PST

Pagi tadi berkesempatan menghadiri majlis selawat, qasidah dan marhaban di Madrasah Al Islamiah Tuan Haji Ibrahim di Bongek. Antara yang hadir ialah Tuan Guru Abdul Raof Nurin dari Pondok Tampin dan Ustaz Mohd Khairddin Yusof , Mudir Madrasah Tuan Haji Ibrahim.
Sungguh panjang majlis selawatnya, namun tidak terasa jemunya yang dipimpin sendiri oleh Tuan Guru Abdul Raof.
Selesai solat Zuhr apabila pulang ke rumah, tidak berapa lama kemudian awan mula mendung, guruh kedengaran di langit, mula-mula hujan renyai dan terhenti seketika. Kemudian hujan turun dengan lebat sekali selama beberapa minit membasahi bumi Rembau yang telah lama kering kontang.
Selepas Asar saya berkesempatan menziarahi Ustaz Hj Zakaria Talib, Mudir Madrasah Az Zakirin juga di Bongek. Katanya apa yang berlaku sekarang ini dulunya hujan lebat, sehingga banjir teruk di Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak, kini musim kering dan kebakaran hutan di sana sini kerana ALLAH ingin menunjukkan tenteraNya. Air, Angin, Api dan Tanah adalah merupakan tentera-tentera ALLAH.
Baliklah pada yang asas, kurangkan berhujjah, banyakkan selawat, berzikir, ambil berat masalah saudara mara dan jiran tetangga hanya kerana ALLAH. Hidupkan masjid dengan solat jemaah dan majlis ilmu.

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


memburu ikan parang <b>di</b> kelong mamud kuala <b>lukut</b> - cerita pakej <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 06:48 AM PST

Pakej yang aku bawa ni dah pernah naik di Kelong Pozi bersama group Ika. Mereka hanya bertiga sahaja. Pada mulanya , mereka nak naik kelong Pozi, tetapi aku menasihatkan mereka naik kelong Mamud sahaja kerana arus agak perlahan dan selain itu, aku dapat maklumat bahawa ikan parang masih ada di kelong Mamud.
Mereka bertiga ikut sahaja, Jadi aku hanya menyediakan 50 ekor udang hidup sahaja memandangkan umpan udang hidup kurang laku di Kelong Mamud. Betul jangkaan aku, tak sampai 20 ekor udang yang digunakan. Ikan tamban hidup atau tamban potong yang menjadi pilihan di sini.
Semasa awal petang, kami naik kelong. Kami layan mancing tepi karang menggunakan umpan udang dan tamban potong. Ada beberapa ekor tetanda saiz tapak tangan saja yang dapat dinaikan. Selepas air dah pasang penuh sahaja, tak ada langsung ragutan ikan. Aku terpaksa menggunkan teknik lain pula memandangkan arus agak laju. Aku mengharapkan ikan parang masuk tepi kelong. jangkaan aku tepat, semasa arus sedang surut laju joran aku mendapat beberapa ragutan dari ikan parang. 5 ekor parang sebesar tapak tangan menjadi habuan Edi dan rakan2nya. Bukan main gembira mereka melayan ikan parang di selang seli dengan sentapan ikan todak.
Pada malam tu aku cuba juga memujuk jenahak dan senangin dengan umpan sotong kurita dan tamban hidup tetapi pujukan aku tak mendapat respon langsung. Nampaknya malam tu sunyi sahaja jadi aku pun banyak layan tidur sahaja. 
Keesokan pagi aku agak terlewat bangun.Sedar sahaja, aku dah lihat 2 ekor talang sudah dinaikan Edi dan rakan2nya. Tetapi sayang, pagi tu ikan parang agak jauh mengejar kumpulan tamban. Ada beberapa ekor bawal pinang dalam saiz 3 hingga 4 kilo sedang mengutip teritip dan siput di tiang kelong. Hanya dapat tengok saja memandangkan ikan tu asyik berkeliaran di tepi tiang saja. 
Tengahari tu, Edi dan rakannya nak pulang awal. Aku dan Rizal tetap meneruskan aktiviti memancing nak cari lauk pula. Nampaknya selepas ramai pemancing dah pulang dan keadaan kelong agak sepi baarulah ikan galak meragut umpan semula. Beberapa ekor parang berjaya dinaikan dan seekor telinga gajah yang memakan umpan di tepi kelong turut dinaikan.
Jika ada sesiapa berminat nak mengikuti pakej saya ke kelong Mamud atau Kelong Pozi boleh menghubungi di talian 012 6804742 sabri.








05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


Catuan Air <b>Di Gemas</b> Dan Jempol Bermula | Umum - Rakyat News

Posted: 06 Mar 2014 01:00 AM PST

alt

SEREMBAN 5 Mac - Catuan air akan mula dilaksanakan di Negeri Sembilan melibatkan kawasan di Jempol dan Gemas berikutan Sungai Gemas mula surut akibat cuaca kering dan panas yang berterusan sejak sebulan lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Datuk Seri Mohammad Hassan berkata, 3,000 pengguna dari Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan, sebahagian pekan Gemas dan markas tentera Syed Sirajuddin.

"Catuan air akan dilaksanakan secara bergilir-gilir. Bagi kawasan di Jempol, kita akan mengagihkan air dari loji di Jempol dan bagi kawasan Gemas bekalan akan diberi dari loji Sawah Raja di Rembau.

"Lori tanki akan digunakan bagi kawasan yang terjejas. Ekoran kawasan yang jauh, kita akan menggunakan seberapa banyak tangki yang mungkin,"katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Mohammad, sungguhpun pejabat gerakan kemarau kini telah digerakkan dengan kerjasama semua jabatan dan agensi, ianya masih belum mencukupi untuk menyelesaikan masalah ini.

"Saya telah meminta jawatankuasa terlibat untuk mnyelesaikan masalah kemarau ini yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi berbincang bersama Persatuan Lori Tanki Negeri Sembila untuk menyewa lori mereka.

"Saya rasa, ini akan menjadi lebih efektif untuk membekalkan air ke kawasan terjejas. Kita juga akan mengerahkan sukarelawan terutamanya askar yang juga akan bertindak memantau situasi di kawasan terlibat," katanya lagi.

Sementara itu, beliau catuan air akan diperluas ke kawasan lain termasuk Tampin, Gemencheh dan sebahagian kawasan Gemas dan Rembau melibatkan 30,000 pengguna akan dilaksanakan pada 25 Mac sekiranya musim kering berterusan.

"Walaubagaimanapun, kita berkarap hujan di kawasan empangan akan turun atau catuan akan bermula pada 25 Mac. Empangan Gemencheh adalah unik kerana ianya di disalurkan dari dua sungai.

"Salah satunya telah kering dan satu lagi hanya tinggal 10 peratus," tambahnya lagi.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved