Jumaat, 4 April 2014

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2014 12:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Mar 2014 11:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Feb 2014 11:44 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2014 11:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jan 2014 11:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Dec 2013 11:08 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO <b>Rasah</b> pergiat kempen penerangan GST kepada masyarakat

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

FAUZIAH Abu Zarim (berdiri, kanan) memberi penerangan dalam Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu dekat Rasah, Negeri Sembilan, kelmarin.

RASAH 29 Dis. - UMNO Bahagian Rasah akan mempergiatkan kempen penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketuanya, Datuk Hasim Rusdi berkata, kempen penerangan itu bertujuan memberi pemahaman kepada rakyat mengenai tindakan kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan yang dijadualkan bermula 1 April 2015.

Beliau yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri berkata, pemahaman itu sangat penting kerana dasar mengenai GST masih baharu di negara ini walaupun telah dilaksanakan di lebih 160 negara di dunia.

"Pada masa ini terdapat pihak yang cuba memesongkan fikiran masyarakat dengan membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan mengenai GST dengan tujuan mendapatkan sokongan peribadi.

"Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini terus berlarutan begitu sahaja dan kerana itu UMNO Bahagian Rasah akan turun padang bagi memberi penjelasan mengenai GST," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu semalam.

Taklimat GST itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Kastam II (Unit Tugas-Tugas Khas GST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Fauziah Abu Zarim.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Hassan Datuk Ayop dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hapsah Hamid.

Hasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labu memberitahu, UMNO Bahagian itu bercadang mengadakan taklimat kepada kumpulan masyarakat yang lebih kecil seperti peringkat Dewan Undangan Negeri dan cawangan parti.

"Kita akan mendapatkan kerjasama Jabatan Kastam bagi membolehkan para pegawai mereka yang pakar dalam hal-ehwal GST untuk memberikan penerangan tersebut.

"Selain memberi penerangan, orang ramai juga boleh bertanya atau mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan GST," katanya.

Dalam majlis itu, sebanyak 200 keluarga menerima bantuan beg sekolah daripada UMNO Bahagian tersebut sempena musim persekolahan baharu yang akan bermula minggu depan.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2014 11:32 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2014 11:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rumah Anak Yatim <b>Di Rasah</b> Terjebak Dengan Al-Arqam | n9kini.net

Posted: 04 Dec 2013 11:25 AM PST

SEREMBAN, 5 Dis – Berselindung atas nama rumah anak yatim, sebuah rumah kebajikan di Rasah Kemayan, dekat sini dipercayai ada kaitan dengan kumpulan al-Arqam.

Rumah yang menempatkan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dikatakan mempunyai ibu-bapa sendiri yang bekerja sebagai ahli perniagaan.

Difahamkan, mereka menggunakan nama rumah anak yatim bagi tujuan mendapatkan bantuan dan mengutip sumbangan pelbagai pihak.

Berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai, semalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Soalan 'siapa kenal Abuya?' turut  ditanya seorang Pegawai JHEAINS kepada kanak-kanak lelaki di rumah berkenaan menyebabkan mereka terdiam seketika.

Masing-masing saling memandang sesama sendiri walaupun sebelum itu mereka dengan lancar menjawab pelbagai persoalan diajukan pegawai JHEAINS yang melakukan pemeriksaan.

Malah, ketika ditanya tentang latar belakang keluarga mereka, sebahagian besar kanak-kanak memberitahu mereka mempunyai dua atau tiga ibu serta paling ramai mempunyai 20 orang adik-beradik.

Difahamkan, kanak-kanak yang masih mempunyai ibu-bapa itu tinggal sepenuh masa di rumah kebajikan berkenaan serta jarang pulang ke rumah, sebaliknya mengikuti pelbagai aktiviti dianjurkan di situ.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Amran Awaludin berkata, hasil risikan mendapati rumah kebajikan terbabit yang mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Arqam yang sebenarnya berselindung di sebalik nama rumah anak yatim dan miskin sejak lima tahun lalu.

"Jadi, kita dapati ada unsur penipuan atas nama rumah kebajikan yang digunakan bagi tujuan memperolehi bantuan dan sumbangan daripada banyak pihak," katanya.

Malah, katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia merupakan anak-anak ahli kumpulan al-Arqam yang ditinggalkan di situ.

Menurutnya, keadaan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa anak-anak itu terbiar daripada mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.

"Tidak mustahil kanak-kanak ini turut digunakan untuk aktiviti mengumpul dana atau derma kumpu-lan terbabit kerana ketika ditanya mereka memberitahu jarang pulang ke rumah kerana perlu mengikuti program diadakan.

"Namun, kita masih menyiasat keseluruhannya dan mengamalkan langkah berhati-hati," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, pemeriksaan turut dilakukan di sebuah lagi rumah kebajikan di Rasah Kemayan juga di bawah penyelia sama yang menempatkan 11 kanak-kanak perempuan berusia antara enam sehingga 12 tahun, termasuk sebuah pusat pengajian agama di Seremban 2 dan di Nusari Bayu.

Amaran berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan jabatan serta tidak berdaftar dan akan dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Perundangan dan Advokasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zaleha Wan Mohamed yang turut hadir mengesahkan dua pusat jagaan terbabit tidak berdaftar dengan jabatan.

Malah, katanya, ada yang memberi alasan masih dalam proses permohonan mendaftar dengan JKM.

Menjawab Provokasi ROBOH surau Kg. Pondok <b>Rasah</b> Bah.2

Posted: 07 Jan 2014 08:58 PM PST

Adapun jawapan ini kami sediakan buat mereka yang lapang dadanya mencari kebenaran dan bukan pada mereka yang busuk hatinya berterusan menghentam tanpa usul-periksa dan taasub pada Syeikh yang bukan-bukan seperti Mohd Tariq, Amin Tahir, Mohd Khalis, Siti Hajar Ahmad dan Ikhwan Tarekat Ahmadiah al-Linggi dibawah pimpinan Syeikh Mohd Paiz.
1. Surau dirobohkan atas asas untuk pembinaan baru yang lebih luas dan selesa serta 2 tingkat secara keseluruhannya. Sumbangan yang besar dari Kerajaan Pusat menjadi titik tolak hasrat ini direalisasikan.
2. Permulaan awal untuk membaikpulih bangunan asal surau tidak dapat dilakukan kerana kos yang hampir sama bagi mendirikan bangunan yang baru. Ini setelah mendapat nasihat dan perbincangan yang panjang dengan kontraktor/konsultan yang dilantik.
3. Secara luaran memang tidak jelas keuzuran pada fizikal surau, penilitian telah dibuat secara teliti dan terperinci untuk menjustifikasikan projek bagi pembinaan semula bangunan surau.
4. Juga diambil kira bagi bangunan yang baru ini untuk kemudahan dan keselesaan jemaah untuk tahun-tahun yang akan datang serta pertambahan masyarakat /penduduk Islam di kariah Rasah dan tidak mustahil keperluan masyarakat bagi masjid yang baru untuk menampung kepadatan jemaah yang kini dihadapi oleh masjid-masjid sekitarnya.
5.Jika dikatakan bahawa tapak surau itu adalah tanah milik, bagaimana mungkin Kerajaan Negeri membantu membaiki tandas dan tempat wudhu'  pada tahun 2008  dan mengapa pada masa itu tidak di tentang dari (kononnya) waris.
6. Mana lojiknya tanah surau adalah harta faraid sedangkan telah ramai ikhwan dan pihak luar menyumbang sebelum ini, adakah sumbangan-sumbangan sebelum ini adalah untuk pembangunan di atas tanah persendirian?. Dan kesannya jika tanah surau adalah harta keluarga, tidak mustahil satu masa kelak jemaah luar tidak dibenarkan untuk beribadat di situ kerana tanah persendirian adalah hak mutlak persendirian contoh surau Kg Ujong Pasir telah dikunci oleh waris pemilik asal kerana dia beranggapan yang mewakafkan surau itu adalah ayahnya tanpa hitam putih maka disebabkan tanah surau itu merupakan tanah persendirian sebagai waris kepada ayahnya dan dia tidak membenarkan penggunaan surau tersebut.
7. Jangan memesongkan fikiran orang jika tak tahu fakta, masjid Kg Paroi telah dirobohkan dan sekarang telah terbina Masjid At-Taqwa begitu juga Masjid Ulu Sepri di Rembau sebagai contoh.
8. Tanah tapak Surau te lah diserahkan kepada Kerajaan pada tahun 1990 oleh wakil berdaftar iaitu Mohd Abid dan Muhammad Paiz dan kemudiannya telah dirizabkn sebagai tapak surau di bawah kawalan Pengarah Jab. Agama NS dengan pewartaan dalam Gazet Kerajaan Negeri pada tahun 1993*, kenapa selama lebih 20 tahun ini tiada penentangan daripada waris-waris? jika alasan disebabkan "tidak tahu" maka ketidaktahuan bukanlah alasan atau pertahanan di aspek undang-undang.
*rujuk http://pondok-rasah.blogspot.com/2013/11/menjawab-provokasi-roboh-surau-kg.html
9. Adakah jika tidak suka kepada undang-undang kita boleh menolaknya? umpama kita memandu kereta mewah dan berkuasa tinggi di lebuhraya dengan kelajuan melebihi 110 km/jam sebab kita tidak suka had laju tersebut? banyak perkara yg kita tidak suka tapi terpaksa akur demi kebaikan semua.
10. Jika sumbangan Kerajaan Persekutuan adalah daripada sumber tidak bersih, apakah sumber-sumber yg bersih seratus peratus dalam sistem ekonomi kapitalis?
*Mohon Ustazah Siti Hajar Ahmad dan Ustaz Amin Tahir menjawab.
11. Allah perintahkan kita mencari akhirat tanpa mengabaikan dunia maka usaha-usaha baik yang dilakukan di dunia adalah untuk akhirat jua, mana mungkin mendapat akhirat tanpa amal di dunia?
12. kami telah mendiamkan diri sejak kebelakangan ini apabila berlaku pelbagai bentuk provokasi, intimidasi dan kekerasan ke atas kami seperti contoh beberapa jawatankuasa diserang dan dipukul di tempat awam sehingga patah bahu, diserang secara fizikal di dalam surau sewaktu melaksanakn gotong royong, banner2 dan kain2 rentang kami di dalam surau dibawa keluar, dikoyakkan dan dibuang, kunci-kunci surau ditukar, diletak 'jaga' di surau bertujuan mengusir dan memberi amaran kepada pihak-pihak lain daripada memggunakan atau mendekati surau.
13. Kenapa menolak kemudahan yang lebih cantik dan selesa? 
14. Tak perlu bangkitkan isu nostalgia dan warisan di aspek fizikal kerana semua buatan manusia hanyalah bersifat sementara@ tidak kekal.
14. Apakah imej yang nak ditonjolkan kepada dif-dif terhormat dari dalam dan luar negara yang sering berkunjung ke surau sejak kebelakangan ini dengan prasarana yg kurang selesa? 
15. Apa erti sms yg berbunyi demikian ( we declare war ) sejak 2 tahun yg lepas lebih-lebih lagi dari penjawat awam yang bernaung kerja di bawah Jabatan Peguam Negara?.  
16. Pembangunan surau yang berkonsepkn roboh dan bina sudah mendapat perakuan Jab. Mufti dan kebenaran Majlis Agama Islam, jadi apa masalahnya?
17. Sebelum ini mereka cuba mendapatkan  kunci Pusat Pengamalan, kenapa jilat benda yang dah diludah? sebab sebelum ni kata tu rumah burung trbengkalai… Kenapa nak direbutkan rumah burung' tu?  
18. Satu lagi tu Surau Almarhum Tuan Sheikh Hj Muhammad Said di Ampangan diruntuhkan buat projek perumahan? 
19. Menjawab persoalan dari pihak yang mengatakan bahawa cara roboh ke atas bangunan surau persis Yahudi yang merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin. 
Perancangan awal adalah mengambil tindakan satu persatu bagi membuka bangunan surau bermula dari mengosongkan premis, menanggakan peralatan elektrik dan wayar, mengeluarkan kesemua almari untuk disumbangkan pada pihak yang dijanjikan, menanggalkan papan dan kayu-kayan serta besi grill tingkap untuk dijual dan duit tersebut digunakan untuk menampung pembinaan surau dan pembelian peralatan surau yang akan datang. Namun hasrat ini terhenti setelah surau dikunci dan notis yang ditampal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mana pada pemerhatian kami akan merumitkan keadaan sementelah pula ada tangan-tangan gatal yang mengecat surau serta melakukan gotong-royong dan menyambung kembali elektrik premis. Juga mengambil kira nasihat pihak berwajib bagi mengelakkan insiden pergaduhan yang lebih teruk maka keputusan seperti ini yang kami ambil. Untuk makluman semua, pada hari kejadian merobohkan premis, satu tong diesel untuk jentera telah diambil tanpa izin sewaktu pekerja semua berehat makan tengah hari. Insiden ini telah disaksikan oleh kami yang berada di tempat kejadian.
Insya Allah, waqaf bagi pihak Tuan Syeikh Haji Ahmad dan Tan Sri Jamal serta ikhwan yang telah menyumbang akan diteruskan dan inilah harapan kami yang tinggi bagi hasrat murni beliau.
Kontraktor yang mewakili kami juga dihalang bagi kerja-kerja mengukur tapak surau dan menanggalkan notis dari pihak kontraktor bagi tujuan penaiktaraf ini.
Kami mengosongkan premis di awal Disember 2013 untuk tujuan yang dimaksudkan di atas.
20. Isu waqaf yang menjadi hak untuk kegunaan semua Jemaah Muslim itu adalah benar, namun sudah semestinya mengikut lunas peraturan yang sedia ada. Tiada masalah untuk berzikir dan bersolat di bangunan Surau Kg. Pondok Rasah ini tapi bagi menjalankan majlis sendiri sudah semestinya perlu meminta izin serta tidak melanggar enakmen kawalan tarekat bagi peruntukan yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya siapa kita untuk bercerita perihal ghaib, keberkatan dan nilai pada waqaf serta bala keatas kami bagi insiden di atas. Sesuatu yang berlaku pasti ada jawapan serta hikmahnya yang kadangkala tersembunyi dari ilmu yang kita miliki. Rujuklah pada yang ahli bagi mencari sesuatu jawapan andainya kita ini mengaku ikhlas dalam da'wah dan mencari ilmu. Sesungguhnya  setiap antara kita memiliki kelemahan yang tersendiri namun sifat muafakat dan musyawarah pasti akan meminimumkan kelemahan tersebut andainya kita ikhlas dan mengenepikan sentimen perasaan dan gelojoh dalam bertindak.
Gigih kau Khalis, kerrlllassss kau maria..

*Akan ditambah dari masa ke semasa.

Goods & Services Tax (GST) Malaysia: UMNO <b>Rasah</b> pergiat <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2014 06:06 PM PST


RASAH 29 Dis. - UMNO Bahagian Rasah akan mempergiatkan kempen penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.
Ketuanya, Datuk Hasim Rusdi berkata, kempen penerangan itu bertujuan memberi pemahaman kepada rakyat mengenai tindakan kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan yang dijadualkan bermula 1 April 2015.
Beliau yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri berkata, pemahaman itu sangat penting kerana dasar mengenai GST masih baharu di negara ini walaupun telah dilaksanakan di lebih 160 negara di dunia.
"Pada masa ini terdapat pihak yang cuba memesongkan fikiran masyarakat dengan membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan mengenai GST dengan tujuan mendapatkan sokongan peribadi.
"Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini terus berlarutan begitu sahaja dan kerana itu UMNO Bahagian Rasah akan turun padang bagi memberi penjelasan mengenai GST," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu semalam.
Taklimat GST itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Kastam II (Unit Tugas-Tugas Khas GST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Fauziah Abu Zarim.
Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Hassan Datuk Ayop dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hapsah Hamid.
Hasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labu memberitahu, UMNO Bahagian itu bercadang mengadakan taklimat kepada kumpulan masyarakat yang lebih kecil seperti peringkat Dewan Undangan Negeri dan cawangan parti.
"Kita akan mendapatkan kerjasama Jabatan Kastam bagi membolehkan para pegawai mereka yang pakar dalam hal-ehwal GST untuk memberikan penerangan tersebut.
"Selain memberi penerangan, orang ramai juga boleh bertanya atau mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan GST," katanya.
Dalam majlis itu, sebanyak 200 keluarga menerima bantuan beg sekolah daripada UMNO Bahagian tersebut sempena musim persekolahan baharu yang akan bermula minggu depan.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Oct 2013 11:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2013 11:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2013 11:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kem Tentera Baharu <b>Di</b> Port Dickson Ganti Kem <b>Rasah</b>

Posted: 18 Jul 2013 06:47 PM PDT



SEREMBAN 17 Julai - Kem tentera yang baharu akan dibina di Port Dickson bagi menggantikan Kem Rasah di sini, kata Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad.

Katanya, peruntukan RM118 juta di bawah 'Army Care' telah diluluskan untuk projek itu di kawasan seluas 68 hektar di Bukit Hitam, Sunggala yang dijangka bermula tahun depan dan mengambil masa di antara 24 bulan hingga 36 bulan untuk disiapkan.

"Sekarang ini kita telah berbincang dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) Jabatan Perdana Menteri mengenai perumahan di kem tersebut. Lakaran infrastruktur kem pun telah kita bincang," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Panglima 1 Briged di padang kawad 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Senawang dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, Panglima 1 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan secara rasmi menyerahkan tugas kepada penggantinya, Brigadier Jenereal Datuk Adnan Abu Bakar.

Sheikh Mokhsin akan menjawat jawatan Pengarah Infantri Markas Tentera Darat di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Razali berkata, apabila siap, kem baharu itu akan dijadikan 1 Briged Armor.
Markas 1 Briged di Kem Rasah bertanggungjawab mengawasi keselamatan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Terdahulu, Sheikh Mokhsin menerima tabik hormat daripada 14 pegawai dan 211 anggota lain-lain pangkat diketuai pegawai memerintah 15 RAMD Lt. Kol. Mat Noh Ngadiman pada upacara perbarisan perpisahan.

Adnan sebelum ini mengikuti pengajian di peringkat sarjana di Kolej Pertahanan di Amerika Syarikat selama setahun. Beliau sebelum itu adalah Ketua Pengarah Kor Armor Diraja dan Ketua Team Hala Tuju Tentera Darat selain pernah menjadi juruiring Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Razali turut melahirkan penghargaan kepada Sheikh Mokhsin sebagai Panglima 1 Briged yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.

"1 Briged bertanggungjawab mengawasi keselamatan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka. Selama satu tahun tujuh bulan Sheikh Mokhsin sebagai Panglima 1 Briged, saya amat berpuas hati dengan tugas yang dilaksanakan beliau.
"Saya harap Adnan dapat meneruskan tugas cemerlang ini," katanya.
Adnan pula berterima kasih kerana diberi tanggungjawab sebagai Panglima 1 Briged dan berjanji untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin. - BERNAMA

MP : Menghitung hari.......

yang bernama <b>Rasah</b> | JENDELA KAMILA

Posted: 08 Jun 2013 04:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]saya jarang benar mahu berkisah. salah satu lokasi yang bernama Rasah. yang menyimpan banyak memori dan sejarah. walaupun dilahirkan di ranah Kemaman, saya sebenarnya didewasakan di bumi Rasah. mengapa ...

Kem tentera baharu <b>di</b> PD ganti Kem <b>Rasah</b> | Berita Tempatan

Posted: 17 Jul 2013 01:33 AM PDT

SEREMBAN 17 Julai – Kem tentera yang baharu akan dibina di Port Dickson bagi menggantikan Kem Rasah di sini, kata Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad. Katanya, peruntukan RM118 juta di… …read more

Berita Penuh: Tempatan Utusan Malaysia

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Catuan bekalan air di beberapa kawasan <b>di Jempol</b> dan Gemas <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 10:43 PM PST

Sumber : Sinar Harian

SEREMBAN: Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas sudah kering.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna.

"Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau.

 "Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi.

"Oleh itu, saya juga telah minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka.

"Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas.
"Kita juga akan buat kerahan sukarelawan dengan anggota tentera akan bersama-sama memantau keadaan di kawasan terjejas," katanya.

Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini.

Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna.

"Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini.
"Empangan Gemencheh ini agak unik sikit sebab ada dua sungai sebagai sumber airnya.

"Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90 peratus airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya. – BERNAMA

Empat beranak maut dalam nahas <b>di Jempol</b> ABN News | BM

Posted: 26 Feb 2014 10:23 PM PST

JEMPOL – Sepasang suami isteri dan dua anak mereka maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Km 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata mangsa ialah Mohd Fauzan Abu Bakar, 33, Nurhidayah Ngah, 29, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.

"Semua mangsa yang tersepit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Terengganu ke Port Dickson.

"Dipercayai kereta yang dipandu Mohd Fauzan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain yang pemandunya Muhammad Fairahall Abbas, 45, patah kaki kanan," katanya.

Mayat mangsa dikeluarkan pihak bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. – Bernama

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2014 03:30 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taklimat sarana <b>di</b> SMK <b>Mambau</b>--30 Oktober 2013

Posted: 12 Dec 2013 12:08 AM PST

Alhamdulillah...akhirnya terrtunai jugalah hajat guru-guru di SMK Mambau dan nbiat saya untuk bersama mereka di dalam sessi penerangan mengenai program Sarana ibu bapa dan sarana sekolah.

Walaupun , sepatutnya saya berada di dalam satu majlis lain di Port Dickson, namun disebabkan pertemuan ini telah diaturkan terlebih awal, maka saya tidak dapat menolak permintaan mereka. Apatah lagi , kali ini saya berpeluang kembali ke sekolah yang pernah saya berkhidmat sebagai GPK Hem pada tahun 1998 dahulu.

Ternyata sekolah ini telah berubah jauh semenjak saya meninggalkannya pada tahun 1999 yang lalu. Tambahan dengan persekitaran yang baru, bangunan baru, kelas khas yang diwujudkan dan cat yang baru serta kemudahan yang hebat, sekolah ini telah mula mengukir nama yang hebat.

Saya rasa bertuah berkongsi tajuk Sarana dengan mereka dan ternyata mereka amat tertarik dan gembira dengan sessi penerangan tersebut. Dalam suasana petang Rabu , hujan yang lebat , sessi ini berjalan dengan penuh ceria dan mereka amat tertarik dengan paparan yang diberikan terutamanya berkaitan dengan perlaksanaan Program Sarana di SMKTTJ.

Sekolah ini adalah di antara sekolah yang menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap perlaksanaan Sarana. Sebelum ini , mereka telah menghantar hampir 90 orang peserta yang terdiri daripada PIBG, guru dan pelajar untuk melawat SMKTTJ dan mendengar penerangan daripada penjaga SMKTTJ  sendiri mengenai Sarana.

Hebat dan bersemangat sungguh guru-guru SMK Mambau untuk mendengar taklimat tentang Sarana ini. Walaupun ini merupakan kali ke 3 taklimat dan lawatan benchmark telah diadakan, namun mereka tetap bersemangat untuk mendengarnya.

Suatu yang menariknya, saya sempat berjumpa dengan beberapa rakan guru semasa saya menjadi GPK hem di sekolah ini pada 1998 dahulu. Mereka masih enmgenali saya dan saya masih mengecam muka mereka. Sempat saya rakamkan wajah mereka satu persatu



  Guru-guru ini amat sporting dan memang sesuatu yang paling membahagiakan apabila dapat berkongsi pengalaman dengan mereka semua.

Semoga sekolah ini akan terus cemerlang. Banyak sungguh perubahan fizikal yang berlaku di sekolah ini berbanding pada tahun 1998 dahulu. Tahniah, SMK Mambau!

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik <b>Di Port Dickson</b> | Fuh.My

Posted: 26 Mar 2014 05:39 PM PDT

PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson | Port Dickson, nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang gemar bercuti di pantai-pantai dalam Malaysia. Baru-baru ini, Dr Fuh berpeluang untuk bercuti ke Port Dickson selama 2 hari 1 malam bersama sahabat-sahabat media.

Walaupun dalam masa yang agak singkat, macam-macam aktiviti dapat kami lakukan kerana di tempat kami menginap terdapat pelbagai kemudahan dan juga aktiviti yang boleh dibuat. Nak tau di mana? Teruskan membaca artikel ini!

PNB Ilham Resort, nama yang tidak asing lagi Port Dickson. Pada awal penubuhan PNB Ilham Resort ini, Dr Fuh dimaklumkan penginapan di sini hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan dan juga beberapa syarikat lain yang ingin mengadakan kursus atau seminar. Tetapi setelah melihat potensi yang dimiliki oleh PNB Ilham Resort, kini resort ini dibuka kepada orang awam.

Kedudukan yang strategik iaitu berada 18 kilometer dari bandar Port Dickson dan cuma beberapa kilometer dari Pantai Teluk Kemang merupakan salah satu daya tarikan yang dimiliki oleh PNB Ilham Resort. Dikelilingi dengan hutan semulajadi yang dijaga dan dipelihara memberikan ketenangan kepada pelancong yang menginap di sini.

Kemudahan Yang Lengkap Untuk Aktiviti Team Building

pnb ilham PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson

Apa yang Dr Fuh lebih teruja adalah dengan kemudahan yang serba lengkap di sini. Pelancong berpeluang beriadah dengan menggunakan kemudahan dan kelengkapan yang disediakan oleh pihak PNB Ilham Resort seperti Gym, BQ Hut, Table Tennis, Squash, Board Games, Team building Zone (Rope Course/Abseiling/Paint ball/Water Confident etc), Pool Table,Fussball, Dam Aji, Kolam Renang dan banyak lagi.

team building pnb ilham PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson

Aktiviti yang sempat Dr Fuh dan sahabat media lain lakukan semasa disana adalah seperti abseiling, sea rafting, jungle tracking, rope course, mandi di kolam renang dan Dr Fuh sembat juga bermain pool dengan beberapa sahabat media yang lain.

sea rafting pnb ilham PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port DicksonPNB Ilham Resort Abseiling PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson

PNB Ilham Resort Tawarkan Penginapan Yang Selesa Dan Berpatutan

PNB ilham resort port dickson NS PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson

PNB Ilham Resort yang dikatakan mempunyai daya tarikan kerana kawasannya terkenal dengan nostalgia era Kesultanan Melaka dan penuh dengan kemudahan moden. Untuk penginapan di Port Dickson, PNB Ilham Resort menawarkan 65 unit apartmen dan hotel bilik, lengkap dengan ruang tamu dan ruang makan, bilik air, mini-bar, televisyen dan telefon.

PNB Ilham Resort PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson

master bedroom pnb ilham PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dicksonruang tamu pnb ilham PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dicksonbilik pnb ilham PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dicksonbilik air pnb ilham PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson

Dengan permandangan dari dalam apartmen yang sangat mendamaikan pasti memberi satu pengalaman indah kepada para pelancong yang menginap disini. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan kelengkapan dan kemudahan yang disediakan.

Masakan Tradisional Jadi Tarikan

chef pnb ilham PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson

Pada malam Dr Fuh dan sahabat media berada di PNB Ilham kami dihidangkan dengan makan malam yang sangat istimewa dari Chef terkemuka di sana. Pelbagai juadah dan lauk pauk tradisional disediakan kepada kami semua.

Apa yang lebih menarik, makanan yang disediakan adalah dari sumber yang segar bugar. Diantara menu special yang terdapat di PNB Ilham resort adalah seperti Gulai Lemak Ikan Patin, Kari Kambing Gear Box, Rendang Puyuh, ulam-ulaman segar dang banyak lagi juadah istimewa.

pnb ilham masakan tradisional PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson

So kepada pihak yang ingin mengadakan kursus atau apa-apa seminar memang Dr Fuh sangat sarankan supaya hubungi pihak PNB Ilham Resort ntuk tempahan di resort ini. Kepada yang ingin beristirehat menenangkan fikiran dan keluar dari kekusutan kerja juga bolehlah ambil sedikit masa bercuti bersama keluarga tercinta di sini.

Untuk maklumat lanjut bolehlah lawati laman rasmi PNB Ilham Resort di http://www.ilhamresort.com/ ataupun hubungi terus di talian 06-662 6800. Selamat bercuti!!

sahabat media pnb ilham PNB Ilham Resort Diantara Hotel Terbaik Di Port Dickson

Gambar – Todak Merah & Crew

Special Thanks – Santai Travel & Sahabat Media

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2014 03:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

fy: Santai Pemuda Gombak <b>di</b> Kelong Fauzi, <b>Lukut</b>...

Posted: 20 Nov 2013 12:30 AM PST

Terlupa pulak aku nak cerita pasal pengembaraan grup pemuda ni di Kelong Fauzi, Lukut. Dok tengok gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan aku, terselak pulak album ni...
Apa pun, aku tetap suka memancing di kelong ni. Walaupun hasil tangkapan tidak berapa, kelong ni tetap menjadi pilihan aku kalau aku nak pi memancing lagi.
Pada brader Fauzi, terima kasih kerana menyediakan tempat untuk aku melampiaskan otak. InsyaAllah aku dan rakan-rakan akan datang lagi.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Kami <b>di Negeri Sembilan</b> | Wellzone Ventures System | Produk <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2014 02:26 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kami akan berada di Negeri Sembilan sempena pelancaran Bio Mesona di Hotel Seri Malaysia Seremban pada 5 hb April 2014 jam 8 malam.Keterangan lanjut sila hubungi En. Azam di talian 017 7083384, En. Radhi 013 ...

ads