ads

Rabu, 13 Mac 2013

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


BBQ sesama sanak saudara <b>di Mambau</b> pada raya ke 5

Posted: 27 Sep 2009 07:37 AM PDT

Pada mlm raya ke lima, rumah kami menganjurkan majlis berbeku. Saudara mara blah mak dan ayah datang dari petang membantu proses mengemas, menyedia bahan mentah dan membakar. Rumah terbuka dan tertutup ni tuk kaum family dlm n9...yg jauh tu tp dkt dpt la dtg...kwn2 rapat adik2 dan jiran...idea nih timbul mse bergurau sesama Mak Chik Zamah mlm mak kluar hospital semalam...bnda tak rancang betul2 pn... Tp esok hari tu jadi gak BBQ...huhu...

  • Operasi menghidupkan api....Tugas Pak Chik Farid, Idam, Anip dan aku...Kasi bakar besar2....Muahahaha....!!
  • Operasi di dapur sblm perempuan melayu terakhir yg lain sampai...Mase ni Awe dan Mak Chik Dayang je ade kt dapur..Mak Chik Zamah kt dpn.
  • Operasi memulakan bakar ikan2, ayam, sosej dan prepare meja buffet...
  • Ayam yg mula2 aku bakar...baru siap satu meja...ade spagetti, nasi impit, laksa dan buah2an...
  • Operasi makan2...semua jamu selera. ambil sendiri. Ade awekz junior aku dlu, kwn adik aku, dh lawa2 dah...dorg igt aku tp aku je tak igt dorg...ampun...yg lelaki aku igt lg sbb aku ade jumpe dorg lg...
  • Adik mak, Pak Chik Din dan ayah mmg gila2 zaman bujang dorg..sampai tua pn sama lg...
  • Pak Chik Farid dan Mak Chik Zamah yg awal sampai pada hari tu.

  • Ikan talapia bakar yg tgh tunggu turn untuk dilapah...
  • Kucing aku, Mokdek yg tak lupe nak buat aku kabut sikit...Ko jgn curi ikan tu!
  • Si bujang dan si dara menjamu selera di ruang tamu...
  •  Mkn kt luar la...dpt duduk bersila sambil ambil angin...huhu...
  •  Pak Chik Tapa mencapai mknn lagi...Pak Andak Din dan mak melihat dgn sabar dan sedih sbb diorg berpantang mkn byk..sakit mcm2.. Pak Chik tu pn same gak tu...buat2 lupe..bg la yg kecik tu habiskan...hehe...

  •  Kawan2 Jaja, selaku budak bawahan aku mse sekolah dlu...apis, amri, amad, fizi, norsham, rabiatul, dan yg lain2 tu jgn kecik ati...aku igt korg...byk plak nk tulis nnt..
  •  Sepupu aku yg masih bersekolah...Semangat badan ko, Haikal!
  •  Maaf la korg mkn kt blkg kerusi...aku pn tak perasan...sian korg...

  • Ni lg 2 org...Iwan, Along...mkn kt dpn tu...jgn tgk tv plak kt sini... join kwn yg lain tu..

  •  Sampai masa tuk angkat kaki pulang...dah kenyang dah...Maaf Pok Ngah...hehe...

Selesai progam mlm tu...ape lg...letih la ktorg membasuh pinggan mangkuk dan mcm2 tu...nasib aku ade adik beradik ramai yg saiz pn ehem2...haha...selesai...tujuan program ni nk eratkan silaturrahim dan bg peluang yg muda2 nih bersosial sesama dorg...tak cukup dgn hp je bai...k..

05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


kelateloni: Sekitar Majlis Pekembumian Arwah Prebet Ahmad <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 12:12 AM PDT

Jenazah Wira Lahad Datu, Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas jam 12.30 tengahari tadi. Jenazah yang tiba jam 10.00 pagi tadi di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Kota Bharu di bawa ke kampung halamannya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas kira-kira jam 10.30 pagi. Rombongan jenazah tiba di rumahnya jam 11.00 pagi dan disembahyangkan di rumahnya sebelum dibawa ke tanah perkuburan menaiki Van Jenazah ATM. 


Rombongan diketuai oleh pemimpin-pemimpim Kerajaan Pusat dan Negeri selain barisan anggota PDRM dan ATM. Prebet Ahmad Hurairah Ismail berumur 23 tahun dan hampir 4 tahun berkhidmat di Kem Tawau, Sabah. Mengikut ahli keluarganya, arwah dijangkan akan melangsungkan majlis pertunangannya pada cuti sekolah Mac ini. Abang kandungnya juga turut berkhidmat sebagai anggota tentera di Kem Gemas Negeri Sembilan. Berikut gambar-gambar sekitar majlis pekembumian Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail pada pagi tadi.





Dianggarkan seramai hampir 2,000 orang membanjiri perkarangan rumah Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail semasa menunggu ketibaan Wira Negara yang gugur di medan perang. Ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat dan meratapi pemergian seorang wira negara.




Kelihatan anggota ATM menabur bakti buat kali terakhir untuk rakan seperjuangan yang telah SYAHID di MEDAN Perang.


Termasuk adik arwah yang bekemeja petak, turut membantu kerja-kerja pekembumian. Hati sayu melihat.
Moga rohnya ditempatkan di kalangan shuhada'..majlis bacaan talkin oleh Imam Mukim. Abang arwah memakai T-Shirt Hijau yang kini sedang berkihdmat sebagai ATM Kem di Gemas, Negeri Sembilan.
Sedekahkan Al-Fatihah buat Sang Wira Negara, Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail. Kelihatan YB Dato' Sri Mustapa Mohamad, Ahli Parlimen Jeli merangkap Ketua Perhubungan UMNO Kelantan meluangkan masa mengikuti majlis pekembumian Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail pagi tadi.


Hati mana tidak tersentuh bilamana ayah arwah menyiram air mawar di pusara anakanda tercinta...Wira Harapan Negara.


Pusara Wira Negara, Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang selesai dikebumikan tengahari tadi. Sama-samalah kita renung pemergiannya mengadap ilahi semasa bertugas demi NEGARA Tercinta..


Wajah-wajah syahdu hanya Allah yang tahu. Bapa kepada Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail.


 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved