Rabu, 13 Mac 2013

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


kelateloni: Sekitar Majlis Pekembumian Arwah Prebet Ahmad <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 12:12 AM PDT

Jenazah Wira Lahad Datu, Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas jam 12.30 tengahari tadi. Jenazah yang tiba jam 10.00 pagi tadi di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Kota Bharu di bawa ke kampung halamannya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas kira-kira jam 10.30 pagi. Rombongan jenazah tiba di rumahnya jam 11.00 pagi dan disembahyangkan di rumahnya sebelum dibawa ke tanah perkuburan menaiki Van Jenazah ATM. 


Rombongan diketuai oleh pemimpin-pemimpim Kerajaan Pusat dan Negeri selain barisan anggota PDRM dan ATM. Prebet Ahmad Hurairah Ismail berumur 23 tahun dan hampir 4 tahun berkhidmat di Kem Tawau, Sabah. Mengikut ahli keluarganya, arwah dijangkan akan melangsungkan majlis pertunangannya pada cuti sekolah Mac ini. Abang kandungnya juga turut berkhidmat sebagai anggota tentera di Kem Gemas Negeri Sembilan. Berikut gambar-gambar sekitar majlis pekembumian Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail pada pagi tadi.





Dianggarkan seramai hampir 2,000 orang membanjiri perkarangan rumah Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail semasa menunggu ketibaan Wira Negara yang gugur di medan perang. Ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat dan meratapi pemergian seorang wira negara.




Kelihatan anggota ATM menabur bakti buat kali terakhir untuk rakan seperjuangan yang telah SYAHID di MEDAN Perang.


Termasuk adik arwah yang bekemeja petak, turut membantu kerja-kerja pekembumian. Hati sayu melihat.
Moga rohnya ditempatkan di kalangan shuhada'..majlis bacaan talkin oleh Imam Mukim. Abang arwah memakai T-Shirt Hijau yang kini sedang berkihdmat sebagai ATM Kem di Gemas, Negeri Sembilan.
Sedekahkan Al-Fatihah buat Sang Wira Negara, Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail. Kelihatan YB Dato' Sri Mustapa Mohamad, Ahli Parlimen Jeli merangkap Ketua Perhubungan UMNO Kelantan meluangkan masa mengikuti majlis pekembumian Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail pagi tadi.


Hati mana tidak tersentuh bilamana ayah arwah menyiram air mawar di pusara anakanda tercinta...Wira Harapan Negara.


Pusara Wira Negara, Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang selesai dikebumikan tengahari tadi. Sama-samalah kita renung pemergiannya mengadap ilahi semasa bertugas demi NEGARA Tercinta..


Wajah-wajah syahdu hanya Allah yang tahu. Bapa kepada Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail.


Tiada ulasan:

Catat Komen

ads