ads

Jumaat, 22 Julai 2011

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Diari Hymni: Majlis Bersama Habib Yusuf <b>di Bahau</b>

Posted: 14 Jul 2011 08:57 AM PDT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi Saya peluang untuk mengikuti majlis bersama Habib Yusuf pada 14 Julai 2011 bersamaan Hari Khamis di Masjid Jamek Bahau. Saya bersama beberapa pelajar tingkatan 5 dan majori pelajar Senawi 3 Maahad STAM.

Saya ke sana kerana dipelawa oleh Ustaz Nasir bagi membuat persembahan Madaih dan Qasidah. Syeikh memberi Tazkirah dan Ceramah mengenai Siapa kita sebenarnya terhadap Allah S.W.T. Majlis bermula selepas Solat Isyak.

Syeikh menyatakan bahawa kita ini adalah hamba sehamba-hambanya. Tidak layak bagi kita untuk menyatakan bahawa kita memiliki sesuatu perkara atau benda. Badan yang kita ada ini pun bukan milik kita, inikan pula perkara lain. Kita umpama mncri sifat yang Allah miliki yang tidak selayaknya kita gunakan dan ianya pasti ada hukuman. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kehambaannya kepada Allah dengan menerima dengan hati yang terbuka apabila diberi perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Kata-kata beliau diterjemahkan oleh Ustaz Nasir supaya dapat difahami oleh tetamu yang hadir. Majlis berlangsung selama 2 jam. Majlis selesai dengan jamuan dan bersurai. Kami sempat bergambar sebagai kenang-kenangan dan pengubat rindu kerana sudah lama tidak berjumpa dengan beliau. Beliau mengatakan bahawa beliau akan berada di Malaysia selama 6 bulan bermula pada bulan Syawal.

Majlis ini turut dihadiri oleh Syeikh Rohimuddin al-Bentani, anak Habib Yusuf, anak-anak murid Habib Yusuf dan beberapa orang guru Maahad.

Sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di senawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di senawang - Google Blog Search


JUAL RUMAH <b>DI</b> SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: 22 hb Julai 2011. Taman <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2011 10:42 PM PDT






Taman Baru di Sikamat, Seremban.

Pelancaran Rumah Contoh!!!

Tarikh : 23hb & 24hb Julai 2011
Hari :Sabtu & Ahad
Masa : 10:30 pagi hingga 6 ptng.

Hubungi NIK 016 - 213 3802 atau 017 - 601 8021,
untuk temujanji dan lawatan lokasi projek.

Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


batu|belog|batu|bertangkup: Mengecas <b>di</b> Kongkoi, <b>Kuala Klawang</b>..

Posted: 19 Jun 2011 07:22 PM PDT

Assalamualaikum.. Lama btul aku x menulis dlm blok aku ni... bz sesgt ngan keja n famili.. Tp la ni aku nk citer gak pengalaman aku ngan bdk2 RRA( Raja Rimba Adventure)  dlm aktiviti 4x4 di kongkoi pada 18hb dan 19hb June .. Tempat yg menarik penuh dgn jln berliku dan keindahan alam.. Bergerak dari Bengkel RRA kira-kira jam 8 mlm bersama sama 5 lg kenderaan RRA iaitu 08,04,05,018 dan warga terbaru RRA 025 .. seramai 14 org warga RRA mengikuti aktiviti kali ini diketuai oleh Presiden RRA , Sham , pak mail, Mus, Shukor, Aku sendiri, Man Phg , Harry, Dira dan anak-anak serta beberapa org askar dari Perindu.. perjalanan msuk penuh cabaran bermula pada jam 9.45 malam.. powill aku menjadi mangsa pertama tersangkut dlm lubang dan berjaya ditarik kuar oleh 08 dlm msa x smpi 5 minit.. kira prob kecik je.. tp yg penting pengalaman.. smpi di camp site kira2 jam 10.30 malam.. Rupe2 nya ada 2 lg rakan telah smpi awl disna iaitu Brader Jimmy dari melaka dan Brader Rosli (014). Kami terus memasang khemah smbil memulakan upacara membakar kepak ayam dan mengoreng  sosej utk mkn mlm.. syok2.. perut lapar jd kenyang pas mkn.. pastu masing2 melakulkan aktiviti memancing dan menidurkan diri.. ahaks.. pg berikutnye aku , pak mail , dira , mus dan askar2 nya merentas hutan untuk mengambil gmbr.. media (dira) puas mengambil gmbr.. sesi ptg dihabiskan dgn mencari kunci keta aku yg hilang xtau kemana.. last2 terpaksa panggil 2 mcgyver( sham dan mus) untuk memecah kunci keta aku bg menghidupkn enjin.. Setelah hidup enjin keta aku kami trus menuju ke matau bg sesi fotografi terakhir sblm blik.. rasa puas tidak terkata dengan pengalaman ini.. smpi dirumah pkl 6.30 ptg , aku mandi.. x smpi 2 jam pastu mata pun mula terlelap.. sdr2 dah pkl 7 pg .. Letih x ilang lg dah kna keja smula... adios ... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


My New Contact Information « BLOG OF KNOWLEDGE

Posted: 22 Jul 2011 01:22 AM PDT

SALAM,

Dear my weblog readers,

Alhamdulillah, I am very delighted to inform you that I have successfully obtained my Ph.d and now back in Malaysia for good.

Any future correspondence, you may either contact me via e-mail zul361977@yahoo.com or send a letter to the following address:-

Faculty of Shari'ah and Law
Islamic Science University of Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan
Malaysia

Many thanks for your supports and responses on every updates, issues and information posted in my weblog. I will continue this small endeavor and consider it as one of my humble contributions to the knowledge on the subject.

Best Regards
DR. ZULKIFLI HASAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


Nagari Nan Tuo: Kepenatan 2...................

Posted: 08 Jul 2011 03:22 AM PDT

Isnin, 27 Jun, jam 9 pagi, saya bersama rakan-rakan dari Muzium Adat meneruskan penyelidikan kami mengenai masyarakat Bugis di Linggi di mana kami berkumpul di Muzium Negeri. Kebiasaannya kami akan membuat panggilan telefon atau temu janji sebelum berjumpa responden namun pada hari tersebut kami tidak membuat sebarang temu janji. Ini adalah kerana kesuntukan waktu untuk membuat temu janji. 

Lokasi pertama yang kami tujui ialah rumah bekas Dato' Syahnbandar Sungai Ujong, Dato' Shaari bin Hassan di Kampung Belangkan. Malangnya beliau telah keluar kerana ada urusan kerja di mana kami terlewat lima minit. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah emak saudara saya bagi mendapatkan maklumat mengenai Linggi. Kami mendapatkan senarai individu yang boleh ditemubual. Saya sempat mengambil gambar peralatan yang sering digunakan oleh masyarakat Linggi iaitu 'capah'. Capah digunakan di dalam penyediaan pulut kuning, memerah santan dan lain-lain. Ia mempunyai tiga saiz yang berbeza iaitu besar, sederhana dan kecil.

Capah bersaiz kecil

Kami meneruskan perjalanan ke rumah Imam Masjid Linggi. Kami diberitahu bahawa imam tiada di rumah kerana ke pasar. Kami mengambil keputusan ke rumah Imam Masjid Kampung Permatang Pasir dan Imam Masjid Kampung Pengkalan Dian...........Nama sebenarnya kampung ini ialah Pengkalan Dian bukan Pengkalan Durian. Dian membawa maksud pelita, lilin atau lampu. Saya kurang faham kenapa ia menjadi Pengkalan Durian. Mungkin pihak yang berkenaan beranggapan dian bermaksud durian. Memang panggilan durian bagi penduduk Negeri Sembilan ialah dian tetapi bagi kampung ini adalah kurang tepat........kampung ini merupakan pengkalan yang penuh dengan cahaya pelita dan jamung pada waktu malam ketika Linggi menjadi pelabuhan pada zaman kegemilangannya.

Malangnya, kedua-dua imam tidak ada di rumah kerana ada urusan kerja di Port Dickson. Seterusnya, kami menuju pula ke rumah Ketua Kampung Linggi di Rumah Rakyat Linggi. Kami dapati beliau juga tiada di rumah. Selepas berbincang, kami mengambil keputusan untuk ke rumah Imam Masjid Kampung Linggi semula dengan harapan beliau telah balik dari pasar. Alhamdulillah, beliau ada di rumah dan kedatangan kami memang dinantikan. 

Banyak maklumat yang kami perolehi di dalam temu bual dengan imam. Sejarah Linggi, kedudukan Linggi di Negeri Sembilan, adat dan budaya Linggi dan lain-lain. Imam Mustapa merupakan bekas British Army di mana beliau begitu bersemangat menceritakan peperangan ketika Tanah Melayu dijajah oleh Jepun dan juga keadaan zaman darurat. Beliau memaklumkan bahawa salah seorang pegawai tentera Melayu yang dibunuh oleh Jepun kerana mempertahankan prinsip ialah Kapten Yazid Ahmad. Kapten Yazid Ahmad merupakan anak kelahiran Linggi. Mereka diberi pilihan sama ada menyertai pasukan tentera Jepun atau menanggalkan pakaian tentera dan pangkat dan pulang ke kampung. Kesemuanya menolak kedua-dua pilihan yang diberikan oleh Jepun maka mereka telah dibunuh. Rupa-rupanya ramai pemuda Linggi yang menjadi askar ketika zaman penjajahan Jepun dan zaman darurat di mana ada yang terkorban dan ada yang terselamat.

Mungkin ada yang bertanya apa kaitan cerita tersebut dengan adat dan budaya masyarakat Linggi. Memang ada perkatiannya dari segi kehidupan dan latar belakang asal usul orang Linggi itu sendiri. Insya Allah, ia akan dikupas di dalam penyelidikan kami mengenai 'Adat dan Budaya Masyarakat Bugis Linggi di Negeri Sembilan'. Apa perkaitannya dengan Rembau, Naning dan Sungai Ujong, bagaimana corak pemerintahannya di dalam institusi Adat perpatih dan juga adat yang diamalkan oleh masyarakat Linggi.

Temubual

Bentuk rumah di Linggi

 Bentuk rumah di Linggi

__________________________________

P/S : 

haghi ni tak do komen.... sobab ponek....ni duk lam utan..ado kojo skit...nasib baik line internet ando.....bulih juo ngomeh an blog nie....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Pasar Tani Berkembang Pesat <b>Di Negeri Sembilan</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 22 Jul 2011 12:52 AM PDT

Oleh Razali Pilus

SEREMBAN – Setelah dua setengah dekad pasar tani diperkenalkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), ia kini dilihat terus berkembang pesat di Negeri Sembilan.

Bermula dengan sebuah pasar tani di Ampangan pada tahun 1985, kini terdapat 29 buah pasar tani yang beroperasi di seluruh negeri ini.

"Mereka yang berniaga kini mencapai 1,072 orang, berbanding 20 orang pada awal penubuhannya. Nilai jualan tahun ke tahun juga didapati semakin meningkat.

"Jualan yang dicatatkan pada tahun 2010 mencapai jumlah RM17.9 juta, berbanding pada 2009 berjumlah RM16.9 juta. Adalah dijangkakan berdasarkan prestasi jualan semasa dari Januari hingga April 2011 sebanyak RM7.1 juta, jualan pada akhir tahun 2011 diunjurkan mencapai RM21.3 juta," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan Datuk Yunus Rahmat kepada Bernama di sini.

Katanya peningkatan jualan ini mungkin boleh dikaitkan dengan beberapa faktor seperti pertambahan bilangan pasar tani atau peningkatan pelanggan yang berbelanja di pasar tani atau pun peningkatan permintaan berikutan pertambahan bilangan penduduk.

LEBIH BAIK JIKA HARGA MURAH

"Bagi saya sekiranya ia disebabkan faktor pertambahan bilangan pasar tani atau peningkatan permintaan akibat pertambahan penduduk, ia adalah dijangkakan, tapi sekiranya disebabkan oleh semakin ramai orang yang berbelanja di pasar tani maka tentunya di sana ada faktor daya tarikan tersendiri," katanya.

Antaranya harga lebih murah serta kompetitif, barangan yang diniagakan lebih segar dan berkualiti, keadaan kebersihan kawasan, layanan yang baik, kepelbagaian produk jualan dan lokasi strategik yang mudah dikunjungi.

Dalam hal ini, lebih baik jika orang ramai gemar berbelanja di pasar tani berikutan faktor harga yang kompetitif selain beberapa faktor lain.

Dan sepatutnya begitulah, berikutan peniaga di pasar tani pada konsep asalnya terdiri daripada pengeluar sendiri iaitu kalangan petani, penternak, nelayan dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

"Namun kita mengambil maklum bahawa kini perubahan berlaku akibat pengaruh persekitaran pasaran sehinggakan peniaga pasar tani yang dahulunya pengeluar, bertukar menjadi peniaga sepenuh masa.

"Peniaga pasar tani seharusnya sedar bahawa institusi pasar tani ini adalah suatu mekanisme bagi memendekkan rantaian pasaran dengan meminimum pemain di sepanjang rantaian pasaran ini iaitu dalam erti kata lain mengurangkan penglibatan orang tengah dengan tujuan memberi peluang kepada pengeluar mendapat pulangan yang setimpal dan keuntungan lebih tinggi sementara pengguna menikmati harga yang lebih murah, munasabah dan berpatutan.

"Saya amat tertarik hati dengan konsep pasar tani dari segi prinsip ekonomi iaitu keuntungan yang paling besar sekali ialah kalau kita berada dekat atau berhampiran dengan pasaran.

"Kalau kita bergantung kepada orang tengah untuk memasarkan hasil keluaran, maka keuntungan yang diperoleh tidak setinggi mana atau tidak berbaloi berbanding sekiranya kita sendiri terlibat secara langsung di peringkat pemasaran.

PELBAGAI KONSEP PASAR TANI

Pengarah Fama Negeri Sembilan A. Rahaman Suleiman pula berkata Fama memperkenal pelbagai konsep pasar tani selain pasar tani runcit.

Antaranya Pasar Tani Mega, Pasar Tani Kekal, Teman dan Pasar Tani Karavan, yang bertujuan menyediakan luang pasaran yang mencukupi serta mempermudah aktiviti pemasaran hasil tempatan.

Penubuhan pasar tani seumpama ini dilihat selaras dengan keperluan untuk membangunkan kemudahan prasarana pemasaran dan logistik di dalam pengurusan rantaian bekalan dari peringkat ladang ke pengguna khususnya di Negeri Sembilan.

Katanya pengwujudan pasar tani juga selaras dengan keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran dan diselarikan dengan perkembangan aktiviti pertanian di peringkat domestik di samping sebagai inisiatif mempercekap dan meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti pemasaran.

MASIH NEGARA PENGIMPORT

Pengerusi pasar tani Paroi Jaya, Abdul Manap Ahmad, 58, berkata sektor pertanian adalah satu daripada sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia masa kini kerana menghasilkan bekalan makanan dan bahan mentah kepada penduduk dunia.

Katanya kemampuan sesebuah negara untuk memajukan sektor pertanian menggambarkan keupayaan negara dalam membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyat.

"Oleh yang demikian kita lihat negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Belanda dan Jepun tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian malah ia dimajukan sebagai entiti perniagaan yang berdaya saing dan menguntungkan.

"Negara kita masih tergolong sebagai negara pengimport makanan dan ini dapat dilihat pada bil imbangan dagangan makanan negara yang tidak pernah mencatatkan nilai lebihan. Pada 2010 nilai import makanan negara menjangkau kira-kira RM28 bilion dan Perdana Menteri menyarankan agar nilai import ini dapat dikurangkan separuh sehingga RM14 bilion setahun.

"Dengan langkah ini kita akan dapat menghalang pengaliran wang keluar negara dan menjimatkan perbelanjaan bagi tujuan mengimport makanan. Peningkatan bil import lambat laun akan memberikan impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara sekiranya tiada langkah mengatasinya dilaksanakan.

HARGA KOMPETITIF

Sementara itu, peniaga ikan pasar tani Rembau/Tampin, Rahim Idris, 38, merasakan pasar tani boleh dijadikan tempat memasarkan hasil keluaran tempatan khususnya bagi pengguna tempatan.

Mengenai hasrat kerajaan negeri agar sekurang-kurangnya 30 peratus hingga 40 peratus keluaran tempatan dapat dipasarkan dalam pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan dalam negeri atau setempat, beliau berkata ini diharapkan menjamin pengguna tempatan mendapat bekalan yang mencukupi.

Mereka juga boleh menikmati harga yang lebih kompetitif dan murah setelah dapat memendekkan rantaian pemasaran dengan mengehadkan penglibatan orang tengah yang sering memanipulasi harga.

"Kita tidak mahu keluaran tempatan dipasarkan ke luar dari Negeri Sembilan sedangkan pada masa yang sama kita kekurangan bekalan dan terpaksa pula membawa masuk bekalan dari luar, contohnya dari Pasar Borong Selayang.

"Tambah teruk lagi apabila hasil yang dijual keluar, akan dijual semula di dalam pasaran Negeri Sembilan. Kitaran ini akan mengakibatkan harga menjadi lebih tinggi berikutan tanggungan kos pengangkutan serta lain-lain kos yang terlibat," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Cake-A-Licious: KARNIVAL USAHAWAN DESA 2011 <b>DI KUALA PILAH</b>

Posted: 03 Jul 2011 07:48 PM PDT

Pada 1-3 Julai 2011, Cake-A-Licious telah menyertai Karnival Usahawan Desa 2011 di Mini Stadium Kuala Pilah dimana usahawan-usahawan di bawah bimbingan agensi kerajaan seperti MARA, KEMAS, FELCRA & KEJORA telah dipilih untuk membuat jualan di karnival ini. 
Cake-A-Licious adalah usahawan di bawah bimbingan FELCRA (dari segi bantuan pinjaman) & KEMAS ( dari segi bantuan mesin & peralatan).
 Inilah rupa booth Cake-A-Licious
 Banner Cake-A-Licious didesign oleh Eya..cantek sgt kan..ramai gak pengunjung yg puji..
(anyway, banner tu sebenarnya bkn sengaja ditutup oleh papan tu yer, papan tu ekceli papan tanda utk gerai usahawan Felcra, da terbalik ditiup angin...huhu)
 cantek kan alas meja cupcake ni?...ramai juga pengunjung yg nak beli alas meja ni....alahai, sori yerr...limited edition ni dek oii...klas kan...
 antara cupcake yg dijual....ni da tggl sikit je nak perabih....hari kedua karnival, cupcake laku mcm goreng pisang panas smpi kotak cupcake abess....huhu
 stand cupcake utk display cupcake kepada pengunjung...ada gak org tanya 'jual tak stand ni?'.... LOLOL
crispy coconut cookies...rm10 jer..and sedapp sangat....
selepas Karnival Usahawan Desa di Kuala Pilah ini, Cake-A-Licious akan join several lagi karnival yg akan dikomfemkan dgn FELCRA and KEMAS...yg terdekat this 26th -31st July di Paroi, Seremban......org2 Seremban jgn lupa cari kami di karnival tu nanti yer.....yeeehaaa!!!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


9W2DNI - MALAYSIAN AMATUER RADIO STATION: KOTA <b>LUKUT</b> & PORT DICKSON

Posted: 08 Jul 2011 06:27 AM PDT

HH Raja Bot bin Jumaat, regent of Selangor and Raja Lukut(1910).courtesy of Arkib Negara. (This is my great great grandfather yeah!!!)










Hari ni siap sedia untuk pergi bercuti bersama keluarga. Destinasi tak jauh pun, Port Dickson je. Walaupun perjalanan tu tak la jauh mana akan tetapi preperation punyalah banyak. Tak pasti mengapa..Ok trip kali akan menggunakan laluan Elite ke KLIA pastu ikut jalan kampung terus ke Lukut. Setibanya di Lukut singgah jap di Kota & Muzium Lukut. Memang dari dulu ada keinginan nak pergi ke Muzium ni..nak buat kaji selidik tentang asal-usul empunya diri ini. Nak cerita panjang-panjang pun nanti orang malas nak baca hehehe..jadi tengok je gambar-gambar yang diambil semasa di kawasan muzium Lukut tu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


ceritaapaapasaja: Budak <b>Serting</b> Yang Kutemui <b>di</b> London

Posted: 18 Jun 2011 09:01 AM PDT


Seperti sering kutemui di Seremban, Shahhilan juga begitu sewaktu kutemui di Malaysia Hall, London pada suatu pagi musim luruh. Aku tidak sangka, kami bertemu di situ setelah bertahun-tahun tidak bersua muka. Shahhilan rakan sesama stringer.
       "Bila sampai warih?," sifat keterujaannya yang tinggi, manifestasi kuatnya ikatan persahabatan kami berdua.
        Tubuhnya tidak berubah - kurus, kecil dan kecil juga jumlah rambut di kepala.
       "Berapa hari di London?," keterujaannya masih tinggi tapi soalan-soalan yang tidak terarah selepas itu mula mengundang kecurigaanku. "Lalok," getus hatiku.
       Begitulah yang sering diadu oleh rakan-rakan lain apabila memperkatakan Shahhilan. Sifat cincai dan selambanya kadang-kadang menjengkelkan - memalukan profesion kewartawanan. Mengapa tidak? Dia gemar benar cuma berkemeja `T' sewaktu ke assignment. Seluarnya, jeans lusuh.
       "Boleh aku pinjam kamera video kau? Aku ada projeklah. Nanti aku datang jemput di Manchester," katanya sambil menghabiskan sisa-sisa makanan di pinggan.
       Seperti di Seremban, Shahhilan sering tidak menepati janjinya. Hinggalah aku pulang ke Malaysia, dia tidak pernah bertandang.
       Hendak dikatakan sibuk belajar, dia mengaku sudah lama berhenti. "Aku kerja dengan syarikat forwarding," katanya terus-terang. Itu sifat positifnya yang paling nyata, - berterus-terang walaupun akan menyusahkan dirinya kemudian hari.
       Setahu aku dia pinjam duit Yayasan belajar perfileman. Bidang yang dipilih adalah penerusan minat kewartawanannya. "Tok Isa yang tolong. Tapi duit Yayasan tu tak cukup untuk hidup di London warih. Patah kandar dibuatnya," ceritanya berterus-terang lagi.
       Hanya apabila aku bertemu dengannya semula setelah pulang, aku dapat cerita sebenar. "Sebenarnya duit yang Yayasan beri itu, kawan aku pinjam. Tak pulang-pulang sampai sekarang. Itu sebab aku tak bayar yuran universiti. Bila tak bayar, siapa hendak ambil belajar!," katanya jujur yang menyebabkan kami berdua ketawa berdekah-dekah.
       Kami terus semakin rapat dan berkongsi syarikat – Image & Sound Craft. Pada masa yang sama jejaka terlajak umur ini dipinang gadis jelita yang masih muda. Anak Ustaz lagi.
       Hijrah. Shahhilan menurut jejak Rasul. Bersama-sama isteri dan anak sulung, mereka ke Kuala Lumpur membangun kerjaya. Aku bangga, namanya tercatat sebagai Editor Berita akhbar Mingguan Watan yang diterbitkan kembali. Bila Mingguan Watan tidak terbit lagi, credit titles namanya  aku lihat di TV1 pula. 
       Dua minggu lalu aku bertemunya di Gerai Jalan Penghulu Cantik, Seremban. Dia yang telefon aku untuk bertemu. Wajahnya penuh ceria.
       "Warih! Aku ingat hutang aku. Sesiapa yang berhutang, tidak akan ke syurga walaupun dia mati syahid di medan perang," katanya bersemangat.
       Ah! Memang dia sudah jauh berubah.  Segala-galanya positif kini.
      "Sekarang ini cuma sehari aku kerja di RTM. Hari lain aku berniaga warih! Berniaga nasi lemak di Putrajaya.
       "Jadi, aku datang ni nak minta tolong kau. Kalau ada sesiapa hendak buat jamuan, kau rekomenkan aku. Peralatan masak dan katering dah ada. Benar kata agama, sembilan daripada 10 rezeki itu datangnya daripada berniaga," juga dalam nada penuh bersemangat bagai seorang motivator ternama.
       Aku menarik nafas syukur dan terdetik pula di hati. "Bertuah Shahhilan! Walaupun jauh lebih muda, anak Ustaz itu bukan sahaja mampu memberinya zuriat tetapi mampu melahirkan Shahhilan baru."
       Tanpa disedari, terasa suamnya air jernih mengalir di pipi.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pameran ThinkQuest & PBL <b>di</b> SMK <b>Serting</b> Hilir Kompleks - Blogger

Posted: 22 Jun 2011 04:05 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pameran ThinkQuest & PBL di SMK Serting Hilir Kompleks. Posted by BRIGED at 04:05 · Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz. 0 comments: Post a Comment. Newer Post Older Post Home ...
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved