ads

Selasa, 22 Oktober 2013

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


PD Weekend Getaway : Part 1 - wanderlust dj - Blogger

Posted: 16 Oct 2013 04:00 PM PDT

masa aku kat melben aritu lg anim dah tag kat fb yg dia dah beli coupon di agoda utk penginapan di Port Dickson..dia belanja katanya...utk ktorg, dia amek studio berharga dkt RM400, utk abg n family amek superior dalam RM300...so anim pilih weekend sebelum raya haji aritu utk ke sana...so hari sabtu, kul10pg, lepas makan nasi lemak n sambal udang mak yg marvelesss giler tu...ktorg pun gerak ke PD...aku ikut jalan dlm sbb katanya hiway jammed gilerr...ye la, org nak balik kg raya haji kan...hehuuuuu smpai je PD, ktorg jumpa abg n family di golf club...sbb abah n abg akan pi main golf...sementara kami yg pompuan2 ni akan terussss ke Teluk Kemang, Batu 8 utk peknik...hehehe so apa lagi, jommmsss....smpai sana, br teringat tak bawak tikar..dlm duk cari tikar, rupanya now kat situ leh sewa khemah + meja n kerusi sekali dah...punya la lama takpi kelah kan...tak tau pun...mmg mudah la kan kalo diorg buat mcm ni....cuma perlu bayar RM30 sahaja utk seharian di situ...so lepas pilih lokasi khemah yang kami nak, bayar dan letak laa semua makanan di atas meja...angin bertiup sugguh kuat...mmg best!
sementara aku siap2 letak makanan atas meja semua, diorg pi crik baju swimming zara jap...memandangkan yg lama dah tak muat!hoih budak ni...hehehe pastu apa lg, sesi makngah melayan zara la...1st time zara pi mandi laut..dulu masa kecik pnh bawak, tp letak2 gigi air je...hehe now dah besar kan, leh jalan sndiri plak tu...tp memula letak dia atas pasir tu, dia geli...hahaha laju je dia suh dukung smula...tp pastu, dah mula main pasir...letak plak alatan2 main pasir tu..sakan laaa...hehehe pastu ktorg bawak plak masuk dlm air laut..memula takut..ewahhh lama2 dia syok plak kan...smpai tenggelam2 dia kan...hehehe mmg seronoklah tgk telatah dia main air tu...hehehe
lepas dah syok bermain...perut pun lapar la kan..haaa apa lagi....ktorg rehat jap sambil menikmati nasi lemak tersedappp di doooniaaa tu...dgn sambal udang...ayam goreng...sandwich...popiah..perghhh meletoppss..hehehe terbaiklah masakan mak...so dah kenyang, layan jap zara main pasir lagi...suka sgt la plak dia kan...tp tak lama pun...pastu kami siap2 laaa berkemas...utk balik....
dr Pantai Teluk Kemang, kami terus menuju ke Avillion Admiral Cove!hoiihhh rupanya ada 2 Avillion kat PD ni...aritu ada tgk Supermeng pi Avillion, aku teruja okeh tgk gmbar AviSpa tu...berangan dah nak pergi...rupanya tak sama tmpt daa...tu Avillion mahal adik aku ckp..hehehe takpela, cantik juga Avillion Admiral Cove yang ini...building baru...so smpai hotel br jam 2.30ptg...takleh check in lg..nasib baik lobi dia luas, siap ada day bed lagi..apa lagi, landing la kan...kul3 lebih br leh masuk bilik...yeahhh...cantik biliknya..ada katil king...pastu ada day bed juga...siap ada pantry lagi...dlm toilet pula, toiletries dia tulis AviSpa la...ada kaitan la kot Avillion sini ngn Avillion yang mahal tu kot...tp tak pasti apa...hehehe tp yg pasti, memang selasa dan cantik la hotel ni...so semua pun tido jap melepaskan lelah...lagi2 si kecik yg main sakan tu...
dalam kul5 lebih semua pun dah bangun n siap2...rupanya mak dah siap order room service lagi...order kueh teow grg je pun tp smpai RM28..hoih harga dahsyat...hehehe so aku layan snap kejap gambar view laut dr balkoni bilik...siap ada tempat parking kapal lagi kat hotel ni...pastu ada banglo2 kat tepi laut tu..sape la punya eh....org kaya mana tu...hehehe pastu ktorg pun terus la turun ke bawah jalan2 sekitar hotel..tgk swimming pool...zara tak tenteram tgk pool...tp tak bg mandi lagi la..tadi dah sakan mandi...sok br bawak dia mandi pool...lepak tepi laut angin menderu2...mmg best...pastu abah n abang pun balik...sementara diorg rehat n mandi, ktorg terus pi PD Waterfront...wah makin meriah situ...mcm2 kedai makan berwarna-warni ada...so kami memula nak beli Starbucks drive thru je...skali terlepak plak tepi laut tu tgk ramai org main layang-layang...siap pi makan McD nak alas perut katanya...hehehe gmbo mmg takdan amek wpun kamera diusung...sbb kena layan dan bambam tu...hehehe
pastu kami balik semula ke bilik...lepak jap..tak lama lepas tu, pas maghrib, kami pun gerak keluar nak cari seafood!pd aku kat PD takde la tmpt best sgt nak makan...tp sempat buat search sikit aritu, so decided nak dinner di Restoran Seri Mesra di Batu 7..ramai yg suggest kedai ni...betul di sebelah bangunan supermarket Mesra dan di depannya ada Petron station...tp sayang tutup pula malam tu bila kami pergi...so kami gerak ke depan lagi dan berjumpa dgn Restoran Nasreen Seafood...terus je la stop n masuk...kami order ketam masak cili, sotong tepung, udang butter, ayam halia, ayam kicap, tomyam, sayur...servis kedai ni ok la..takde la lembab giler wpun org ramai..cumaaaa aku tak puas hati sbb ada a few order tak smpai..nak kena ingatkan, tp smpai bila kami dah abes mkn...huhuhu pastu lauk dia plak mmg tak bape nak kena tekak..lagi2 ketam cili dia dah beriya sgt rempah dia..dah mcm rendang tak jadi pun ye jugak...hohoho sotong tepung dia dah mcm cekodok sotong!pastu udang butter yg smpai lepas smua dah cuci tgn tu plak, besar mmg besar udangnya, tp ada rasa sumthing yg tak kena kat tekak tp tak tau apa...hohoho overall, takkan dtg dah kot..hehuuuu total makan okla dlm RM115..nasib tak mahal sgt...dah kenyang, terus balik tidoo....

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


seri <b>di paroi</b>-berada di kedudukan kedua kumpulan - gomo kelate <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 12:33 AM PDT

Ini lah skuad yang diturunkan semalam bertemu Negeri Sembilan FA di Paroi.

1-1.. Itu lah keputusan penuh perlawanan antara Kelantan FA dan Negeri Sembilan FA yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi semalam. Gol hasil jaringan Dickson bagi Kelantan FA dan Fabio bagi Negeri Sembilan FA menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.


Keputusan tersebut meletakkan Kelantan FA yang berkongsi 5 mata dengan Pahang FA yang mencatat 1 kemenangan dan 2 keputusan seri. Perbezaan jaringan meletakkan Pahang FA berada di kedudukan pertama, diikuti Kelantan FA, Negeri Sembilan FA ditempat ketiga dan Terengganu FA di tempat keempat.

Penyokong kedua-dua pasukan sangat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan. Penjaga gol Kelantan FA, Khairul Fahmi Che Mat merupakan individu yang paling disukai ramai penyokong apabila berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti.

Kelantan FA nampaknya sekali lagi mengulangi kesilapan ketika bertemu Pahang FA pada perlawanan pertama dahulu. Mereka mendahului lawan dan tidak mampu menambah jaringan dan akhirnya kubu pertahanan melepaskan 1 gol bagi pihak lawan menyamakan kedudukan.

Ini menunjukkan Kelantan FA mempunyai 2 krisis yang harus diperbaiki sebelum bermulanya saingan kedua peringkat kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013 ini. Tidak dapat menambah jaringan dan pertahanan yang mudah ditembusi adalah perkara yang harus ditangani segera. Apa yang dapat diperhatikan, corak permainan Kelantan FA dalam saingan Piala Malaysia 2013 ini agak rumit untuk menjaringkan gol. Mungkin Bojan Hodak boleh melakukan sedikit perubahan yang boleh memberi kesan besar kepada corak permainan Kelantan FA.

Untuk pusingan kedua kumpulan C, Kelantan FA akan menerima kunjungan Negeri Sembilan FA pada 31 Ogos ini dan akan bertandang ke Kuala Terengganu sebelum bertemu Pahang di Kota Bharu untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

6 mata yang diperolehi dalam saingan peringkat kedua nanti sudah pastinya akan melayakkan Kelantan FA bermain di peringkat suku akhir dan akhirnya mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu.

Sama-sama kita doakan kejayaan skuad Kelantan FA dan saya pasti Stadium Shah Alam akan menjadi saksi kejuaraan kita nanti.

Gomo Kelate Gomo.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


saluran kumbahan bocor dalam siling, <b>di</b> bandar sri...

Posted: 11 Oct 2013 05:46 PM PDT

En. Qazi yang tinggal di Bandar Sri Mahkota, Nilai, Negeri Sembilan telah menghubungi saya tempohari. Permasalahan yang beliau hadapi ialah siling dirumahnya telah dipenuhi dengan kesan tompokan air. Beliau telah beberapa kali mengupah kontraktor-kontraktor bagi membaiki punca kebocoran itu. Namun kebocoran itu menjadi semakin banyak. Lalu beliau meminta saya mencari punca kenapa kebocoran itu masih berulang lagi. Sebelum ini saya telah pernah menyiarkan entri-entri yang hampir sama permasalahannya di sini dan sini. Gambar-gambar dibawah ini akan menerangkan punca terjadinya kebocoran itu.
Keadaan siling rumah yang dipenuhi dengan tompokan-tompokan air bocor.
Ini adalah saluran paip jenis UPVC. Ia terletak didalam siling bagi rumah kediaman yang bertingkat (seperti rumah teres 2/3 tingkat, rumah flet, apartmen, kondominium dan sebagainya.
Gambar ini menunjukkan kesan kerja-kerja penampalan yang telah dibuat oleh kontraktor-kontraktor yang telah dipanggil oleh En. Qazi. Setiap kontraktor yang dipanggil ada yang menampal dengan gam 2 dalam 1, menggunakan silikon dan pelbagai lagi jenis gam. Kelihatan gambar diatas terdapat kesan gam berwarna merah, silikon berwarna putih dan juga tompokan berwarna hitam.
Saya telah dapat mengenalpasti punca kebocoran ini berulang. Ia berpunca dari pintu angin saluran UPVC. Sebelum proses membuka pintu angin ini dilakukan, saya telah membuang dahulu kesan-kesan gam dan silikon yang terdapat pada saluran tersebut.

Ini adalah proses membuka pintu saluran angin. Ia terdapat di saluran kumbahan.
Ini adalah pintu saluran angin.  Saya akan terangkan bagaimana ia berfungsi. Sila lihat penerangannya dibawah ini.

Gambar disebelah kiri adalah pintu angin yang baru, ia akan dipasang semula dan gambar disebelah kanan adalah pintu angin yang lama.
Pintu angin dan saluran paip UPVC yang baru telah dipasang semula. Saya dimaklumakan oleh En. Qazi, tiada lagi air kumbahan yang menitis ke siling rumahnya lagi.

Saluran air kumbahan jenis UPVC adalah saluran utama dari wc tandas yang membawa air kumbahan ke mainhole. Saluran ini mempunyai satu ruangan pengaliran udara. Ia terletak didalam siling bagi rumah-rumah yang bertingkat seperti rumah teres 2 tingkat atau lebih, flet, apartmen dan kondominium.
Pintu angin ini berfungsi bagi melancarkan laluan air. Sekiranya kaedah pemasangan pintu angin ini tidak sempurna/betul ia akan menyebabkan kebocoran. Kaedah penyapuan gam disekeliling pintu angin hendaklah dilakukan dengan sekata agar ia tidak longgar. Apabila ia longgar sebahagian air kumbahan yang sepatutnya mengalir terus ke salurannya akan mengalir masuk ke pintu angin. Dan ini akan menyebabkan siling rumah sentiasa basah dengan titisan air kumbahan.
Proses untuk membaiki semula pintu angin ini bergantung kepada keluasan tempat tersebut. Sekiranya ruangan itu luas dan boleh memuatkan orang maka mudahlah proses ini dilakukan. Jika ruangan itu sangat terhad amat sukarlah kerja-kerja pembaikan itu dilakukan dan berkemungkinan kos membaikinya akan bertambah.



05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


Rumah sewa <b>di Serting</b> Ulu musnah terbakar ABN News | BM

Posted: 13 Aug 2013 11:57 PM PDT

JEMPOL – Sebuah rumah kampung yang disewa lima rakyat Indonesia di Kampung Serting Ulu dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketika kejadian, kesemua penghuni rumah itu keluar makan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Halim Khamis berkata, kebakaran dilapor pada pukul 10.47 malam dan api dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 12.20 tengah malam.

"Ketika dua jentera dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang dan Bandar Seri Jempol tiba di lokasi, kesemua struktur rumah habis dijilat api," katanya ketika dihubungi hari ini.

Turut hangus ialah sebuah motosikal.

Beliau berkata, kerugian dianggar RM90,000 dan punca kejadian masih disiasat. – Bernama

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Ismail Lasim menang <b>di Kuala Pilah</b> - Utusan Online

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Ismail Lasim (enam dari kiri) bergambar bersama kepimpinan baharu selepas pengumuman keputusan pemilihan UMNO di Dewan Datuk Bahaman Shamsudin, Kuala Pilah, kelmarin.

KUALA PILAH 20 Okt. - Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim kekal sebagai peneraju UMNO bahagian berkenaan bagi penggal keempat selepas menewaskan Datuk Abdul Samad Ibrahim pada pemilihan semalam.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling memperoleh 485 undi manakala Abdul Samad yang juga ADUN Seri Menanti mendapat 262 undi dalam persidangan yang diadakan di Dewan Datuk Bahaman Shamsudin, di sini.

Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada para perwakilan kerana terus memberi kepercayaan kepadanya untuk terus memimpin UMNO bahagian tersebut untuk penggal yang keempat.

"Di peringkat bahagian Kuala Pilah, saya akan terus berusaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO agar lebih mantap.

"Selepas pemilihan parti, saya berharap seluruh ahli dan kepimpinan baharu yang dipilih melipat gandakan usaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Tambahnya, beliau berharap UMNO Bahagian Kuala Pilah bertambah mantap serta sokongan sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diperlukan untuk bekerjasama memastikan kejayaan parti.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian yang dikosongkan oleh Datuk Hasan Malek kini diisi oleh bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian, Adnan Abu Hassan yang meraih 392 undi daripada 752 perwakilan yang mengundi.

Beliau yang juga bekas ADUN Pilah menewaskan ADUN Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail yang mendapat 223 undi dan Kamarulzaman Kamdias yang memperoleh 123 undi.

Adnan berkata, beliau tidak menyangka keputusan itu dan berterima kasih kepada para perwakilan yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mengisi barisan kepimpinan UMNO bahagian berkenaan.

"Walaupun saya bukan lagi wakil rakyat, saya masih membuat kerja parti dan berkhidmat kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, jawatan Naib Ketua Bahagian juga memperlihatkan calon baharu dengan kemenangan ADUN Johol, Abu Samah Mahat ke atas Datuk Mohamad Kamel Mohd Yusoff.

Abu Samah memperoleh 378 undi manakala Mohamad Kamel mendapat 358 undi.

05 di bahau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di bahau - Google Blog Search


Pantau jualan arak di kawasan majoriti Islam <b>di Ampangan</b>, Seremban

Posted: 10 Aug 2013 03:25 AM PDT

2 Syawal 1434 H / 7 Ogos 2013
Bandar Baru UDA, Ampangan adalah sebuah bandar kecil dipinggir kawasan Majlis Perbandaran Seremban dan penduduknya adalah rata-ratanya orang Melayu. Kawasan ini boleh dikatakan ialah kawasan rizab Melayu.
Yang hendak saya sampaikan ialah bagaimana sebuah pasaraya di kawasan Melayu ini ada menjual arak sedangkan kebanyakan orang yang datang membeli-belah adalah orang yang beragama Islam dan mereka yang bertugas di kaunter bayaran serta pekerjanya yang lain adalah orang Islam.
Diharap pihak yang berwajib berhubungkait dengan agama mengambil perhatian dan jika boleh memberikan syarat tertentu supaya penjualan arak dipremis jualan minuman keras di pasar raya berkenaan ditiadakan. Memandangkan ia tidak sesuai dijual ditempat dimana majoriti penduduknya terdiri orang Islam.
Tidak dinafikan pasaraya ini dibenarkan menjual arak kerana setiap pusat membeli-belah yang besar dibolehkan kerana mempunyai lesen perniagaan untuk menjual makanan ataupun minuman yang tidak halal tetapi apabila pasar raya tersebut terletak dikawasan penduduk majoritinya 95 peratus orang yang beragama Islam adalah rasa agak janggal dan sangat tidak sesuai.
Walaupun nampak saperti perkara remeh temeh dan kecil sahaja tetapi impaknya besar dari segi sudut agama kerana apabila disesuatu kawasannya itu ada perkara haram atau maksiat berlaku tetapi dipandang enteng oleh masyarakat Islam sekeliling, maka keberkatan kawasan itu akan hilang dengan sendirinya.
Syed Abdullah Syed Osman ,
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved