ads

Isnin, 16 Julai 2012

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Gangguan bekalan air dibeberapa kawasan <b>di</b> Jempol, <b>Tampin</b> dan <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 03:01 AM PDT

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Jempol, Tampin dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja pengalihan dan pemasangan paip, pam penggalak dan injap kawalan tekanan.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air mulai pukul 8 pagi hingga 7 pagi keesokannya (18 Julai) di Jempol melibatkan Palong 2 hingga Palong 16, manakala di Tampin melibatkan Palong 1, Felda Pasir Besar, Taman Pasir Besar, Pekan Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, kilang sawit dan rumah kakitangan Pasir Besar.

"Sementara, gangguan bekalan air mulai pukul 8 malam hingga 6 pagi keesokannya (18 Julai) di Seremban pula melibatkan seluruh Bandar Seremban, Rasah, Mambau, Rahang, Templer, Temiang dan Lobak," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Azlan berkata pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


Rumah Nabil <b>Di Mambau</b> Dipecah Masuk | MyNewsHub

Posted: 29 Feb 2012 01:10 AM PST

SEREMBAN – Kediaman pelawak terkenal  tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali  sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan  penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini  hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55  pagi apabila penjenayah itu memecah masuk  rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu  yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui  bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff,  55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di  rumah selepas pulang menghantar anak  perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat  beli-belah berhampiran.

"Saya nampak pintu belakang rumah sudah  terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah  sebuah bilik tingkat bawah.

"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam  rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis  semua pakaian sudah bersepah di atas lantai,"  katanya di sini hari ini.

Menurut Rahmat, setelah diperiksa, sebuah  komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang  berharga RM3,000 lesap.

"Ini kali pertama rumah ini dipecah masuk. Saya  kemudian membuat laporan di Balai Polis  Mambau sejurus selepas kejadian," kata Rahmat  yang menetap di rumah itu sejak dua bulan lalu.

Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini  menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke  rumah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten  Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika  dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan  berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457  Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. – mynewshub.my

Berita Berkaitan:

Guru Rugi RM6,000 Rumah Dimasuki Pencuri

Nabil Bakal Gantikan Sharifah Shahirah?

Mampukah Nabil Naikkan Rating Suria FM?

Tiga Lelaki Terlibat Pecah Rumah Diburu

Polis Cari Suspek Pecah Rumah Berkereta Kancil

3 Lelaki Geng Pecah Rumah Mati Ditembak Polis

Polis Tumpas Geng Pecah Rumah Di Cheras

Pecah Rumah: Tiga Pelajar Antara 10 Ditahan

3 Suspek Pecah Rumah Ditahan Polis

Tukang Paip Disyaki Terbabit Kes Pecah Rumah

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


TAMPIL BERSAMA WARGA TENTERA <b>DI PORT DICKSON</b>

Posted: 01 Jul 2012 10:40 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
PADA 30hb Jun baru-baru ini, sejarah tercipta buat aku apabila tampil di pentas ceramah umum di Batu 4, Port Dickson iaitu tempat di mana aku dilatih di dalam bidang ketenteraan dahulu.  Sasaran program tersebut sudah pastinya adalah warga tentera sekitar Port Dickson dan bekas-bekas tentera yang menetap di sana.
Atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) yang diwujudkan di dalam PKR Pahang, diasaskan oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman maka aku penuh yakin bahawa kali ini di dalam PRU akan datang, undi majoriti warga tentera akan berpihak kepada PR.  Kehadiran malam itu, majoritinya adalah warga tentera dan bekas-bekas tentera kerana telah diwar-warkan bahawa program malam itu memang khusus untuk golongan ini.
Malang sedikit, program malam tersebut tidak dapat menyaksikan kemunculan Brig Jen (B) Hadi, bekas Panglima dari TUDM yang ada kaitan dengan isu kontroversi kehilangan injin pesawat TUDM.  Beliau tidak dapat hadir di saat-saat akhir kerana keuzuran.  Namun, program malam tersebut dipanaskan oleh seorang tokoh muda yang hebat iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR Pusat.  Aku beranikan diri di pentas untuk bercakap berkaitan isu-isu tentera.
Di antara yang aku sebut adalah mengapa warga tentera mesti berpolitik.  Mengapa politik itu penting untuk warga tentera walaupun mereka dilarang untuk menyertai mana-mana parti politik.  Mengambil tahu tentang politik akan dapat memastikan bahawa warga tentera tidak boleh diperdayakan sesuka hati oleh pemimpin-pemimpin politik.  Aku juga menyentuh beberapa isu berkaitan aspek keselamatan dengan membawa kisah atau peristiwa Sauk (Al-Maunah) yang terjadi pada tahun 2000 yang lalu.  Terbaru, peristiwa pencerobohan kem tentera di Melaka.
Sesuai dengan tempatnya, aku juga menyentuh tentang janji-janji Isa Samad (Adun Bagan Pinang) sewaktu beliau berkempen di dalam PRK Dun Bagan Pinang sebelum ini.  Sdr Rafizi menambahkan lagi panas ceramah malam itu apabila beliau turut mendedahkan betapa Najib adalah pengkhianat negara kerana sanggup menjual rahsia keselamatan negara di dalam isu pembelian Scorpene.
Dan, banyak lagi isu-isu berkaitan dengan tentera disentuh malam itu bukan sahaja oleh KOBAT tetapi juga oleh Sdr Rafizi.  Aku merasa program malam itu sangat berjaya kerana bukan mudah untuk mengumpulkan warga tentera dan bekas-bekas tentera untuk hadir di dalam program ceramah seumpama ini.  Syabas pihak penganjur dan terima kasih kepada warga tentera serta bekas-bekas tentera yang sudi hadir./wfauzdin.blogspot.com

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved