ads

Isnin, 4 Julai 2011

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


Anak Muda Kampung Nak Senang: Imam Masjid <b>Ampangan</b> Seremban <b>di</b> PECAT?

Posted: 29 Jun 2011 05:48 PM PDT

Imam Masjid Jamek Ampangan, Seremban di PECAT? Itulah yang hangat diperkatakan kini, dan sekarang SMS sedang berlegar di sekitar Negeri Sembilan berbunyi : "Bantahan Pemecatan Imam 1 Masjid Jamek Ampangan. Solat Hajat 30/6 selepas Solat Isya di Masjid Ampangan, Himpunan Bantahan Jamaah Masjid Ampangan selepas Solat Jumaat 1/7 depan Masjid Ampangan. Mengumpul tandatangan bantahan. Mengumpul dana untuk Tindakan Injunksi Mahkamah Tinggi Seremban".

Adakah Imam tersebut pendakwah, ulamak dan pakar motivasi terkenal di Negeri Sembilan iaitu Ustaz Norazman Mohamad?

Jika benar, ia satu kesilapan yang amat besar oleh sesiapa yang terlibat dalam usaha memecat beliau secara langsung atau tidak langsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


PUSAT AKSES SMK <b>MAMBAU</b>: TAHNIAH KEPADA WARGA SMK <b>MAMBAU DI</b> ATAS <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2011 06:40 AM PDT


TAHNIAH! SYABAS SMK MAMBAU
DI ATAS KEJAYAAN MENLAKSANAKAN LARIAN 1M 1S DENGAN MERIAH SEKALI.
SEMUA GURU, STAFF DAN PELAJAR-PELAJAR MEMBUAT LARIAN 1.5KM!
PENGETUA, PENGERUSI PIBG, IBU BAPA PELAJAR DAN PK1, PK2, PK3 TURUT BERLARI.

WAH! MAMBAU BERPESTA!
SEMUA BERLARI BERAMAI-RAMAI TEPAT 7.45PAGI SELEPAS TONTON LIVE TELECAST/SIARAN LANGSUNG UCAPAN TPM DAN SEMBOYAN ISYARAT DIBUNYIKAN TANDA BERLARI  YANG DISIARKAN OLEH RTM/EDUWEB TV.

CIKGU CHIA, PENYELARAS BESTARI TELAH MERAKAM LAGU 1M 1S DAN SEDIAKAN ONLINE TV DI LAMAN WEB SMK MAMBAU BAGI MEMUDAHKAN SIARAN MELALUI INTERNET YANG DIPANCARKAN KE SKRIN BESAR MENGGUNAKAN PROJEKTOR. DAN  PA SYSTEM.

TAHNIAH KEPADA TN. HJ. MAGHRIB, PK KOKO DI ATAS USAHANYA. BELIAU SIBUK MEMASTIKAN LARIAN IM IS BERJALAN LANCAR. DAN HEBAT.

TAHNIAH KEPADA GURU-GURU YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI SELEPAS LARIAN
SEPERTI PERTANDINGAN BOLASEPAK DAN BOLA JARING. BANYAK PASUKAN YANG MENYERTAI. DAPAT HADIAH DALAM MAJLIS PENUTUPAN LARIAN 1M 1S.

TAHNIAH KEPADA PN. NORALISA YANG MEMBUAT TAWARAN CAT UNTUK PROJEK GOTONG-ROYONG MENGECAT DALAMAN KELAS SELEPAS LARIAN, BUKAN SAHAJA LARIAN BERJAYA, BANYAK KELAS YANG SUDAH CANTIK/CERIA!

TAHNIAH KEPADA GURU KELAS DAN PELAJAR YANG SUDAH CAT KELAS!

SYABAS! KEPADA PELAJAR-PELAJAR BAIK SMK MAMBAU YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN LARIAN IM IS DAN SEMUA AKTIVITI PADA HARI SABTU LEPAS, 2 JULAI 2011. PENGETUA BARU CIKGU ABD. HALIM ASYIK TERSENYUM DAN GEMBIRA MELIHAT USAHA WARGA SMK MAMBAU.

SATU LAGI LAKARAN SEJARAH SMK MAMBAU.
PASTI JADI INGATAN MANIS MASA TUA.
GAMBAR DAN VIDEO  AKAN DIMUATKAN KE LAMAN SMK MAMBAU,
SILA KLIK! SMK MAMBAU

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PUSAT AKSES SMK <b>MAMBAU</b>: SELAMAT BERPUASA SUNAT <b>DI</b> BULAN SYAABAN

Posted: 04 Jul 2011 05:49 AM PDT

SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAABAN KEPADA SEMUA WARGA SMK MAMBAU KHASNYA BERAGAMA ISLAM DENGAN INGATAN AGAR BERPUASA SUNAT SEKURANG-KURANGNYA 3 HARI SEBELUM KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. JANGAN LUPA MALAM NIFSU SYAABAN!

AGAMA MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN, KEBENARAN DAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Polis, sila BERSIHkan Pusat Judi HARAM <b>di Nilai</b>, N.<b>Sembilan</b>

Posted: 03 Jul 2011 12:50 AM PDT

Kepada abang-abang polis yang sibuk tangkap orang pakai baju BERSIH, terutama Timbalan Ketua Polis Negara yang berasal dari Negeri Sembilan, sila BERSIHkan Negeri Sembilan dari Pusat Judi Online HARAM tak BERLESEN ni yang bersepah di mana-mana tempat. Nak harapkan PERKASA, mengabihkan bogheh yo ! Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tak Nampak!

PUSAT JUDI ONLINE DI TAMAN PERUMAHAN CEMPAKA
Aduan Rakyat, 2 Julai 2011

Di sini saya ingin mengharapkan bantuan pihak berkuasa untuk membanteras operasi pusat perjudian online yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Bukan hanya satu tetapi lima pusat perjudian yang sangat berhampiran, tetapi malang nya pihak berkuasa seperti ambil sikap pejam mata. Pusat perjudian yang saya maksudkan terletak di Taman Perumahan Cempaka di Nilai.

Harap pihak yang berkenaan dapat membanteras pusat berkenaan dengan segera.

By: hasfian

http://www.aduanrakyat.com.my/pusat-judi-online-di-taman-perumahan-cempaka

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Eagle Ranch Resort <b>Port Dickson</b> 50% Discount Deal | PakJi.com

Posted: 04 Jul 2011 04:51 AM PDT

For travel lovers grab this 50% discount on your stay at Eagle Ranch Resort Port Dickson. Usual rate is RM466 however through this offer you can enjoy RM233 off your 2 nights stay. This resort deal includes 1 complimentary breakfast for 2 adults and children aged 4 to 12 years old can enjoy half the price for breakfast. Among attractions available in this western-theme Eagle Ranch are horse riding, canoeing, beach volleyball, swimming, futsal and also go-karting.

eagle ranch resort port dickson

Known as e-voucher, it is usable offline and transferable. The booking period is from 9th of July to 23rd of July 11. The Eagle Ranch Resort e-voucher is for staying period of first to 27th of August, or otherwise you can use it for stay on 1st Jan to 31st March 11.

This entry was posted in negeri sembilan and tagged eagle ranch resort, port dickson. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


sagahayat: JEJAK DARAH LANGKAT - Bahagian II

Posted: 25 Jun 2011 11:26 PM PDT

Usia dewasa bukan hanya untuk dihabiskan sisanya di tanah darah tumpah. Bertitik tolak dari situlah Bujang dan adiknya Sadin, mengikut jejak ayah mereka, berkelana, merantau dan meneroka tanah-tanah baru untuk membuka mata mereka dan belajar untuk berdiri dengan kaki sendiri.

Mereka mengembara sehinggalah tiba di Kuala Kubu. Bujang dan Sadin meneroka hutan dan mereka berhuma. Tuah ayam nampak di kaki, namun tuah Bujang dan Sadin tampak jelas pada padi-padi hasil tanaman mereka yang tunduk menguning. Berbudi pada tanah, rezeki Tuhan ternyata melimpah ruah buat mereka yang sama-sama bekerjasama membanting tulang mengerah kudrat. Keringat dan kepayahan mereka dibayar dengan hasil tanaman yang sungguh lumayan.

Suatu hari, Sadin adik kepada Bujang bersuara. "Abang, apa yang abang cakap sudah pun kita jumpa. Adat orang sedarah, sifat orang seperguruan". Bujang faham maksud adiknya. Adiknya akhirnya meninggalkan Bujang buat selama-lamanya dan jenazahnya disemadikan di tanah Kuala Kubu. Hasil pertanian dituai dan kemudiannya diserahkan Bujang kepada orang-orang kepercayaannya. Dalam keadaan duka, Bujang kembali ke Pengkalan Durian.

Setibanya di Linggi, Bujang disambut oleh isterinya, Aminah. Tahun-tahun seterusnya Bujang terus menetap di Linggi. Mereka suami isteri dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Wahab, Mahmud, Arifin, Salimah dan Harun. Suatu hari Bujang mengambil keputusan untuk berhijrah ke kawasan lain. Dia mahu mengubah untung nasib hidupnya yang tidak berapa menentu di Linggi.

Akhirnya Bujang menyiapkan kereta lembunya. Dia juga menyuruh isterinya bersiap-siap untuk menempuh satu perjalanan yang jauh ke tempat baru. "Minah, kau bersiap-siaplah. Kita akan ke tempat baharu. Sama-sama kita teroka dan bertani di Sungai Kembong nanti. Mat Tera, sahabat kepada abah sudah sampai pun di sana".

Kereta lembu milik Bujang mula merentas denai-denai kampung dan mula melewati rumah-rumah di hujung kampung di Linggi. Bujang bersama isteri dan anak-anaknya menuju ke Sungai Kembong, sebuah tempat yang tiada orang bermukim dan merupakan hutan belantara. Perjalanan mereka memakan beberapa hari. Ada ketika, semasa mereka bermalam di pinggir di sebuah bukit, ada pak belang mengaum dan berkeliaran berhampiran kereta lembu mereka. Mujur keluarganya tidak diganggu oleh binatang buas itu dan akhirnya Bujang selamat tiba di Sungai Kembong, tempat untuk dia bermastautin, memulakan hari-hari barunya, bersama Aminah dan lima orang anak mereka.

Di Sungai Kembong, mereka bersawah. Sudah banyak keluarga dari Linggi memulakan kehidupan baru di tempat itu. Mat Tera adalah antara yang pertama. Yang lain-lain termasuklah Tok Rasat, Tok Manaf, Tok Baki, Tok Sendeng dan Tok Maksit yang sama-sama mengembleng tenaga membuka tanah di Sungai Kembong. Ketika mereka baru tiba di sana, jambatan keretapi yang diberi gelaran Jambatan Lubuk Buaya yang merentangi sungai sedang dibina oleh pihak British di kawasan itu.

Hiduplah mereka disana. Sehinggakan Sungai Kembong menjadi sebuah kampung yang permai dan penduduknya saling bantu-membantu diantara satu sama lain.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


AKU SUKA MEMANCING: TIP ARUS DAN UMPAN <b>DI</b> KELONG POZI <b>LUKUT</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:07 AM PDT

Saya sememangnya suka memancing, tak kiralah di mana atau lokasi asalkan memancing dan dapat ikan. sewaktu mula memancing saya memancing dalam parit sahaja atau sawah padi. Pada masa tu, joran yang digunakan hanya batang bertam yang dibuat oleh mak saya yang juga kaki pancing dalam sawah. Ikan yang dipancing pon pada masa tu seperti puyu,keli,haruan,lundu dan ikan2 kecil yang lain.

Kalau hujan turun lebat, mak dan ayah saya tak dapat menoreh, jadi saya akan ajak ayah saya pergi cari umpan. Umpan yang popular pada masa tu pulak bukan senang nak dapat. Nak dapatkan umpan tu, ayah terpaksa korek busut dan bertarung dengan kongkiak(anai2 besar dan hitam). Apabila dikorek, maka dapatlah umpan tu.. kelkatu putih (muda) atau hitam(dewasa) yang lembut. Kalau kena gigit ngan kongkiak tu..ish..ish.. jangan cakap la.. sakit ooooo. kekadang sampai berdarah2 kaki saya. tapi nak buat cam na.. untuk mendapatkan umpan tu terpaksalah aku membuat pengorbanan. umpan kelkatu besar ni best, ikan keli dan puyu suka sangat umpan ni berbanding cacing. Bau kelkatu yang dikorek tu sudah cukup membuatkan ikan2 tak senang duduk.. terus ngap je kalau dijumpai ikan.

Walau bagaimana pun, saya tak dapat menandingi mak saya yang memang terrer memancing.. kalau saya dapat sekor, mak saya dah dapat lima ekor. Apa ilmu yang dia pakai pun aku tak tau, tapi kalau mak saya mancing memang tekun dan berusaha bersungguh untuk menaikan ikan.Iikan2 yang dapat tu selalunya mak saya masak asam pedas cair ngan batang keladi.. perghh.. masih menjadi kegemaran saya sampai sekarang.

Selepas masuk sekolah menengah, aku dah jarang mancing dek kekangan masa. Cuma sekali sekala aku layan gak la. Apabila saya masuk kolej, saya start balik mancing. Saya beli rod dan kekili. pada masa tu, Orang kampung saya yang paling muda minat mancing, selalu gak kena kutuk ngan kawan2 kerana tinggalkan aktiviti kampung kerana pergi memancing. Pada masa tu, saya redah je mancing kat sungai. kadang2 sampai pagi duduk tepi sungai tanpa memikirkan rasa takut dan juga bahaya. nasib baik lah saya tak dibelit sawa atau dibaham buaya. masih muda katakan, tapi sekarang ni saya lebih hati2 walaupun masih lagi berani pergi mancing sorang2. Bukan apa, fikirkan isteri2 dan anak2. Kalau apa yang terjadi pada saya, pasti menyusahkan mereka jugak. betulkan?

Setelah sekian lama memancing tanpa guru yang bertauliah ,saya ditugaskan bekerja di tapah,cenderiang. pergh.. dihantar bertugas kat lubuk ikan air tawar. Memang syok duduk kat sini. tiap2 petang saya pergi memancing. Dari sini lah saya cuba belajar memancing yang lebih efisien. belajar pulak dengan apek2 yang agak kreatif memancing ikan air tawar seperti tilapia, tongsan sisik halus,lampam, haruan dan tongsan sisik kasar,. saya akui, dia kat tapah ni memang kreatif memancing dengan pelbagai cara dan umpan. Saya pernah tengok apek2 ni memancing tongsan sisik kasar guna umpan pau cina sembahyang tu. taruk satu biji terus.Kat tapah jugak saya pandai pancing sembat guna mata tiga, sembat dekat pulak tu dan duduk ramai2 dekat2 je. kalau sesapa yang mula belajar memancing sembat jangan cuba masuk group ni, guarenti ada yang buta kena mata pancing. Bayangkan la, mata pancing yang naik dari air akan dipukul dengan rod lalu jatuh semula ke dalam air.perghhh.. ngeri bro.

Akhirnya saya juga berjaya mengusai teknik ni dan joint dengan group apek2. Pada masa tu pon saya sorang je melayu yang mancing cara tu. ikaan tilapia merah dan hitam yang bawah 600 gram lebih kurang lepas balik kerana masih kecil. pergh.. banyak sungguh ikan2 tilapia kat sini. Kalau tongsan sisik halus jangan cerita la.. panjang2 sedepa. selalu meletup tali pancing kalu kena sembat dek mata tiga.

Selepas tu,saya berhijrah ke Petaling jaya. Kat Petaling Jaya ni saya mula kenal mancing kat kolam bayar, tepi pantai atau sungai air masin. Semenjak itu, aktiviti memancing saya lebih menjadi ke pro sikit. mula kenal dengan rod dan reel yang lebih canggih. saya mula memancing laut dalam, kelong, tasik buatan, sungai air masin dan tepi pantai. Seluruh malaya saya jelajah untuk memancing serta menimba pengetahuandan pengalaman sehingga saya mendapat ramai kawan memancing dan mempunyai group sendiri memancing di laut dalam.

Walau bagaimana pun, saya lebih suka memancing di kelong kerana lebih rilex, senang pergi dan balik, tak meletihkan , dekat serta kurang belanja. kalau tak ada aktiviti memancing di tempat yang jauh, saya pasti pergi ke kelong tak kira air cantik atau tidak. Akhirnya setelah mengeledah 3 buah kelong, saya menjumpai beberapa lubang atau lubuk yang menarik. Di tambah dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman, saya agak selalu berjaya mendaratkan ikan yang agak memuaskan.

sesungguhnya aktiviti memancing ni akan menjadi lebih menarik dan seronok kalau kita tahu cara dan teknik yang betul. apa2 pun sesungguhnya ilmu dan rezeki itu hak milik Allah, kita hanya merancang dan berusaha, jadi kalau pergi memancing tapi hampeh je.. jangan marah dan putus asa. cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi...........

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Anak Muda Kampung Nak Senang: Anwar Ibrahim <b>di Kuala Pilah</b> 8 Mei 2011

Posted: 05 Apr 2011 12:00 AM PDT


MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH
Tarikh : 8 Mei 2011 (AHAD)
Jam 9 malam
di Kg. Seri Pilah, Senaling, Kuala Pilah, N.Sembilan

Bersama : Dato' Seri Anwar Ibrahim
Turut serta : Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin, Dato Kamarul Baharin Abas, Zulkefly Omar, Anthony Loke dan Zaharuddin Othman

Anjuran Parti keADILan Cabang Kuala Pilah

Semua dijemput hadir

Sumber http://jemapohku.blogspot.com/2011/05/mengombak-kemenangan-kuala-pilah.html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved