ads

Khamis, 30 Jun 2011

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Pertunjukan Tatu <b>Di Paroi</b> Jumaat Ini | MyNewsHub (BM)

Posted: 28 Jun 2011 03:36 AM PDT

SEREMBAN – Buat julung kalinya, gabungan pertunjukan tatu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini pada Jumaat ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pertunjukan tatu itu yang diadakan dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan bersempena 204 tahun PDRM, akan berlangsung selama dua setengah jam mulai pukul 8 malam.

Antara acara pada pertunjukan tatu itu ialah persembahan pancaragam PDRM dan ATM, kawad tanpa perintah oleh Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Johor tempur tanpa senjata oleh ATM, kawad patung oleh Pulapol Kuala Lumpur, persembahan akrobatik bermotosikal oleh PDRM dan ATM, unit berkuda dan Komando 69," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Katanya seramai 850 pegawai dan anggota dari kedua-dua pasukan keselamatan itu akan mengambil bahagian pada pertunjukan tatu itu yang diadakan secara percuma.

Beliau berkata antara objektif pertunjukan tatu itu ialah merealisasikan pendekatan kepada masyarakat berteraskan konsep berintegriti, tegas adil dan berhemah, selain mengeratkan hubungan polis dan masyarakat serta mempamerkan kemahiran, kecekapan dan semangat tinggi PDRM dan ATM dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Antara tetamu yang dijangka hadir pada pertunjukan tatu tersebut ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertunjukan Tatu <b>Di Paroi</b> Jumaat Ini | .:: A A N S ::.

Posted: 30 Jun 2011 06:35 AM PDT

SEREMBAN – Buat julung kalinya, gabungan pertunjukan tatu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini pada Jumaat ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pertunjukan tatu itu yang diadakan dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan bersempena 204 tahun PDRM, akan berlangsung selama dua setengah jam mulai pukul 8 malam.

Antara acara pada pertunjukan tatu itu ialah persembahan pancaragam PDRM dan ATM, kawad tanpa perintah oleh Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Johor tempur tanpa senjata oleh ATM, kawad patung oleh Pulapol Kuala Lumpur, persembahan akrobatik bermotosikal oleh PDRM dan ATM, unit berkuda dan Komando 69," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Katanya seramai 850 pegawai dan anggota dari kedua-dua pasukan keselamatan itu akan mengambil bahagian pada pertunjukan tatu itu yang diadakan secara percuma.

Beliau berkata antara objektif pertunjukan tatu itu ialah merealisasikan pendekatan kepada masyarakat berteraskan konsep berintegriti, tegas adil dan berhemah, selain mengeratkan hubungan polis dan masyarakat serta mempamerkan kemahiran, kecekapan dan semangat tinggi PDRM dan ATM dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Antara tetamu yang dijangka hadir pada pertunjukan tatu tersebut ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sumber: Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


JEJAK DARAH LANGKAT - Bahagian Akhir

Posted: 30 Jun 2011 06:26 AM PDT

Menerusi bahagian terakhir ini, akan dirumuskan segala cerita mengenai salasilah ataupun susur galur keluarga ini secara lebih terperinci dan berpandukan fakta-fakta sejarah yang benar. Garis masa peristiwa juga dibuat mengikut perkiraan berdasarkan anggaran-anggaran tertentu.

GARIS MASA PERISTIWA

1842 – Tahun anggaran Tukang Ali dilahirkan di Kampung Stabat Hinai, Langkat, Sumatera Utara.

1859 – Tahun anggaran Tukang Ali keluar merantau pada usia 17 tahun dan terus menetap di Kampung Bilah Indera Pura.

1862 – Tahun anggaran Tukang Ali berkahwin dengan seorang gadis tempatan di Kampung Bilah Indera Pura pada usia 20 tahun.

1869 – Tahun anggaran Tukang Ali mula bekerja dalam kapal api dan berlayar ke pelbagai tempat di sekitar Selat Melaka.

1870 – Tahun anggaran Tukang Ali mula menetap di Linggi dan berkahwin dengan gadis tempatan di Linggi. Ketika ini usianya dijangka 28 tahun.

1872 – Tahun anggaran Bujang, anak sulung perkahwinan kedua Tukang Ali, dilahirkan.


1877 – Tahun anggaran Aminah, anak keempat pasangan Rafeah & Silong, dilahirkan.

1892 – Tahun anggaran Aminah dan Bujang berkahwin. Aminah pada ketika ini berusia 15 tahun manakala Bujang berusia 20 tahun.

1893 – Tahun anggaran Bujang membuka tanah di Kuala Kubu bersama adiknya Sadin. Sadin dianggarkan meninggal dunia pada tahun yang sama pada usia 20 tahun.

1894 – Tahun anggaran anak sulung pasangan Bujang dan Aminah iaitu Wahab dilahirkan.

1902 – Tarikh sebenar Bujang, Aminah dan anak-anaknya berpindah dari Linggi ke Sungai Kembong.

1912 – Tahun sebenar anak kelima atau anak bongsu pasangan Aminah dan Bujang iaitu Harun dilahirkan.
1918 – Tahun sebenar Limah dilahirkan di Tebing Tinggi, Kabupaten Jambi, Sumatera.


1919 – Tahun sebenar Bujang meninggal dunia pada usia 47 tahun.

1923 – Tahun sebenar Limah berhijrah ke Malaya. Ketika ini usianya 5 tahun.

1933 – Tahun sebenar Harun dan Limah berkahwin. Harun pada ketika ini berusia 21 tahun manakala Limah berusia 15 tahun.

1935 – Tahun sebenar anak sulung pasangan Harun dan Limah, Mariam dilahirkan.


1938 – Tahun sebenar anak kedua pasangan Harun dan Limah, Zainal dilahirkan.

1942 – Tahun sebenar anak bongsu pasangan Harun dan Limah, Saodah dilahirkan.

1943 – Tahun sebenar Harun, Limah dan anak-anaknya berpindah dari Sungai Kembong ke Sungai Buah untuk meneroka tanah bercucuk tanam.

1945 – Tahun sebenar Harun meninggal dunia pada usia 33 tahun.


1948 – Tahun sebenar Aminah meninggal dunia pada usia 71 tahun.
TENTANG LANGKAT

Langkat merupakan sebuah daerah yang terletak di Sumatera Utara. Nama Langkat diambil dari nama Kesultanan Langkat yang dulu pernah ada di tempat yang kini merupakan kota kecil bernama Tanjung Pura, sekitar 20 kilometer dari Stabat.

Langkat sebelumnya merupakan bawahan pemerintahan Kesultanan Aceh sehingga awal abad ke-19. Pada saat itu raja-raja Langkat meminta perlindungan Kesultanan Siak. Tahun 1850 Aceh mendekati Raja Langkat agar kembali ke bawah pengaruhnya, namun pada 1869 Langkat menandatangani perjanjian dengan Belanda, dan Raja Langkat diakui sebagai sultan pada tahun 1877.

Amir Hamzah yang merupakan penyair terkenal merupakan kerabat diraja Langkat manakala Tengku Ampuan Rahimah yakni isteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah merupakan puteri kesultanan Langkat yang diputerikan di Istana Tanjung Pura, Langkat pada pada 4 Ogos 1927. Ayahandanya ialah Sultan Abdul Aziz Rahmat Shah ibni Sultan Abdul Jalil, Sultan Langkat yang bertakhta di Istana Tanjung Pura dari tahun 1894 sehingga 1927. Bonda Tengku Rahimah bernama Tengku Permaisuri Zaharah, anakanda Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Kelima yang bertakhta dari 1898 hingga 1938.

TERSURAT & TERSIRAT

Tukang Ali dikatakan merajuk kerana disisihkan dalam urusan peminangan kakaknya. Namun tidak dapat dipastikan mengapa Tukang Ali begitu merajuk sehingga meninggalkan keluarganya di Langkat. Adakah kerana dia tidak menyukai tunang kakaknya ataupun dia sendiri betul-betul kecewa kerana merasakan dia layak untuk dipanggil turut serta di dalam urusan peminangan itu. Semuanya tidak dipastikan.

Melemparkan batu ke dalam sungai adalah simbolik kepada tekadnya keputusan yang telah dibuat. Begitu juga dengan sesetengah orang yang pada masa dahulu yang menakuk tangga dan tidak akan kembali selagi takukan di tangga rumahnya tumbuh kembali.

Sepertimana sumpahnya juga, Tukang Ali tidak pernah kembali semula ke Langkat sehingga akhir hayatnya. Dia meninggal dunia dan dikebumikan di Pengkalan Durian, Linggi. Melalui cerita yang disampaikan sejak turun temurun, tidak pernah disebut nama kedua-dua isteri Tukang Ali sama ada isterinya di Bilah Indera Pura ataupun di Linggi.

Sama seperti ayahnya, Tukang Ali juga mahir bertukang. Dia juga cukup cekap membuat ukiran-ukiran kayu yang sungguh mempesonakan. Dia juga dikatakan terlibat secara tidak langsung dalam usaha menjatuhkan J.W.W Birch iaitu Residen British Pertama di Perak (J.W.W Birch dilantik menjadi residen pada tahun 1874 dan mati dibunuh pada tahun 1875). Oleh sebab itu, beberapa askar British menjejak Tukang Ali dan akhirnya berjaya sampai ke rumahnya di Linggi untuk menangkapnya tetapi pada ketika itu Tukang Ali sudah pun meninggal dunia. Askar-askar British itu kemudiannya merampas beberapa ukiran kayu yang diukir oleh Tukang Ali. Dikatakan ukiran-ukiran kayu itu ada dipamerkan di salah sebuah muzium di negara ini. Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran cerita ini.

Bujang pula pernah berguru dengan Syeikh Abdul Wahab Langkat. Syeikh Abdul Wahab Langkat atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Wahab Rokan Al-Kholidi Naqsyabandi merupakan seorang wali Allah yang memiliki keramat. Beliau dilahirkan pada tahun 1811 di Negeri Tinggi, Rokan Tengah, Kabupaten Kampar, di Riau. Wali Allah ini mengajar ilmu agama di sebuah pesantren (sekolah pondok) berhampiran Istana Langkat dan meninggal dunia pada tahun 1926. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada meninggalkan 40 wasiat yang menjadi panduan hidup kepada anak-anak muridnya

Bujang akhirnya meninggal dunia di Sungai Kembong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kota di Kampung Sungai Kembong. Dianggarkan beliau meninggal dunia pada tahun 1919 ketika berusia 47 tahun.

Berlainan dengan cerita yang pernah ditulis sebelum ini, terdapat satu versi yang berbeza yang ditampilkan pada 20 Jun 2011 (versi asal pernah dicatatkan pada 3 November 2003 menerusi pengkisahan untuk buku profil Badan Kebajikan Rafeah-Silong). Menurut cerita versi terbaru itu, Tukang Ali pada mulanya berhijrah ke Melaka dan berkahwin dengan seorang gadis tempatan sebelum berpindah ke Linggi. Anak Tukang Ali iaitu Bujang berkahwin dengan Aminah iaitu anak kepada Rafeah dan Silong di Sungai Jernih, Melaka. Mohamad Shah pula dibaham harimau ketika dia dalam perjalanan pulang selepas menemani bapanya meneroka hutan. Namun versi pertama dilihat lebih logik mengikut garis masa peristiwa yang dianggarkan.

Mengikut cerita Imam Haji Abbas Dolmat (yang lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Abbas atau Tok Ngah Abbas) lagi, moyang keturunan ini iaitu Rafeah adalah daripada suku anak Melaka Limau Perut manakala suku moyang Silong tidak dapat dijelaskan. Sejak Rafeah dan Silong berpindah ke Linggi, ahli keluarganya semakin bertambah dan beranak pinak dan berpindah ke kawasan-kawasan lain seperti Sendayan, Jimah dan juga Sungai Kembong.

Ibu Limah pula iaitu Jibah Binti Mat Jip merupakan kawan baik kepada Aminah semasa di Sungai Kembong dan usia mereka hampir sebaya. Persahabatan mereka mungkin menyatukan Limah (anak Jibah) dan Harun (anak Aminah) sebagai suami isteri. Bapa Limah iaitu Mustapha merupakan seorang guru silat.

Limah sendiri pernah bercerita kepada anaknya Zainal tentang kisah ibunya, Jibah semasa berusia sekitar 7 tahun. Ketika itu Jibah menetap di Tebing Tinggi, Muara Bungo, Jambi. Suatu ketika, kampung mereka dilanda kegelapan yang luar biasa selama tujuh hari tujuh malam. Jibah yang masih kecil pada masa itu tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku memandangkan pada zaman itu tiada hubungan komunikasi sepertimana hari ini. Mengikut garis masa peristiwa, kejadian paling tepat yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu adalah peristiwa letusan Gunung Krakatau di Selat Sunda di antara pulau Jawa dan Sumatera yang berlaku pada tahun 1883.

Apapun cerita mengenai susur galur keluarga ini merupakan perkara yang sangat penting dan merupakan warisan yang tidak ternilai. Walaupun cerita-cerita ini hanyalah menerusi lisan, namun ianya masih boleh diterima pakai berdasarkan logik masa dan juga keadaan dan suasana pada zaman itu. Semoga catatan ini menjadi suatu catatan yang menjadi rujukan untuk menjejak darah Langkat. Wallahua'lam.

TAMAT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Masjid Qariah <b>Lukut</b>: PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA MASJID 2011-2013

Posted: 29 Jun 2011 07:38 PM PDT

Aswt.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan,

Jabatan Agama islam Negeri Sembilan,

akan melantik Ahli Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Sembilan.

bagi pengal 2011 hingga 2013

Masjid Qaryah Lukut, akan mencalunkan Ahli Jawatankuasa Masjid mengikut ketogiri seperti berikut:-

> Ahli Qaryah yang mempunyai nilai-nilai murni dan bertaqwa kepada Allah

> Ahli Qaryah mempunyai nilai insan yang bertanggung jawab

> Ahli Qaryah sedia membantu hal ehwal pengurusan Masjid

> Ahli Qaryah sedia menjalankan tugas yang di amanhkan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masjid Qariah <b>Lukut</b>: CERAMAH SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ

Posted: 29 Jun 2011 05:01 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Assalamualaikum w.b.t. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk terus mentadbir Masjid Qariah Lukut bersama barisan AJK dan Pegawai Agama Masjid. Di atas amanah dan tanggungjawab ...

05 di bahau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di bahau - Google Blog Search


Anak Muda Kampung Nak Senang: Imam Masjid <b>Ampangan</b> Seremban <b>di</b> PECAT?

Posted: 29 Jun 2011 05:48 PM PDT

Imam Masjid Jamek Ampangan, Seremban di PECAT? Itulah yang hangat diperkatakan kini, dan sekarang SMS sedang berlegar di sekitar Negeri Sembilan berbunyi : "Bantahan Pemecatan Imam 1 Masjid Jamek Ampangan. Solat Hajat 30/6 selepas Solat Isya di Masjid Ampangan, Himpunan Bantahan Jamaah Masjid Ampangan selepas Solat Jumaat 1/7 depan Masjid Ampangan. Mengumpul tandatangan bantahan. Mengumpul dana untuk Tindakan Injunksi Mahkamah Tinggi Seremban".

Adakah Imam tersebut pendakwah, ulamak dan pakar motivasi terkenal di Negeri Sembilan iaitu Ustaz Norazman Mohamad?

Jika benar, ia satu kesilapan yang amat besar oleh sesiapa yang terlibat dalam usaha memecat beliau secara langsung atau tidak langsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved