ads

Selasa, 24 April 2012

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


Loke yang meminati Aishah

Posted: 20 Apr 2012 04:07 AM PDT

Hujung minggu lalu, saya cuba merasai dan menyelami kehangatan politik di Negeri Sembilan dan Melaka, dua negeri yang dianggap penting dan kritikal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sabtu dan Ahad itu saya manfaatkan untuk memahami situasi terkini, dengan menemubual pemimpin tertinggi Pakatan negeri-negeri berkenaan, di samping membaca realiti siasah yang mungkin tergambar di mana-mana.

Sememangnya impian rakyat untuk menggapai perubahan terjelma di merata tempat. Ia tidak dapat disembunyikan lagi. Pemimpin Umno serta para strategisnya (dibantu jentera perisikan polis, tentera dan yang diupah khas) tentu dapat mengesan gelombang kebangkitan ini dan bersiap dengan pelbagai tipu-helah.

Sebenarnya, selepas Mac 2008, tiada lagi wilayah, termasuk di Sabah dan Sarawak, yang boleh dipandang mudah oleh BN dan juga Pakatan Rakyat. Rakyat semakin bijak dan cermat untuk menilai, menghakimi dan membuat pilihan. Mereka berminat mendengar hujah dan pandangan semua pihak, sebelum memutuskan parti mana yang terbaik untuk membentuk kerajaan.

Meskipun bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin hanya membataskan Melaka, Johor dan Pahang sebagai negeri selesa untuk dipertahankan BN, namun banyak pihak menyifatkan kejutan boleh berlaku di mana sahaja.

Empat tahun lalu, Negeri Sembilan merupakan benteng terakhir di selatan, yang dapat menahan terjahan tsunami politik yang membadai Pantai Barat, bermula dari Kedah, merentasi Pulau Pinang, menjalar ke Perak, Wilayah Persekutuan dan merobohkan kubu kebal BN di Selangor.

BN Negeri Sembilan tidak lagi mempunyai majoriti dua pertiga dalam sidang Dun. DAP menjadi pemenang terbesar apabila menang 10 daripada 11 kerusi yang ditandinginya. PAS pula mendapat kerusi tunggal di Paroi, disandang Pesuruhjaya, Taufek Abd Ghani.

Berbekalkan 15 kerusi Dun, termasuk empat dimenangi KeADILan, Pakatan perlu menang sekurang-kurangnya empat kerusi lagi, untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Bersama wartawan kanan, Wan Nordin Wan Yaacob, yang juga menetap di Negeri Sembilan dan pemberita negeri, Faiz Abdullah, kami berbicara panjang dengan Pengerusi DAP Negeri,  Anthony Loke, yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, di sebuah restoran mamak, dekat Seremban, petang 14 April itu.

Adun Lobak sejak 2004 itu, dengan majoriti kemenangan terbesar 6,928 undi -- meraih hampir 80 peratus daripada keseluruhan undi yang dibuang -- ternyata dihormati penduduk sekitar. Ramai yang keluar masuk restoran menyapa dan bersalam dengannya.

Di peringkat Parlimen, pada 2008, beliau mengalahkan calon MCA di Rasah, dengan kelebihan 13,151 undi. Beliau turut dilantik menjadi anggota PSC penambahbaikan proses pilihan raya.

Saya tidak perlu lama mendengar pandangan politiknya sebelum berani merumuskan Loke memang berkeupayaan menggerakkan perubahan bersama rakan-rakan dalam Pakatan, sehingga mampu menumbangkan BN Negeri Sembilan dalam PRU13 nanti.

Sudah tentu tumpuan perbincangan kami lebih merujuk kepada kedudukan kerusi yang masih belum dimenangi Pakatan, khususnya kawasan majoriti Melayu, yang kebanyakannya ditandingi PAS.

Loke cukup prihatin dengan gambaran umum bahawa masyarakat Melayu, terutama di luar bandar, dilihat agak sukar untuk melakukan perubahan, sebaliknya masih mudah dipengaruhi propaganda dan dakyah perkauman Umno.

Beliau memberi jaminan akan bekerja lebih keras bagi memastikan pengundi Cina akan menyokong calon PAS sepertimana mereka memihak calon DAP. Katanya, beberapa kerusi Dun yang ditandingi PAS, yang mempunyai jumlah pengundi Cina agak besar, akan menjadi sasaran kempen DAP.

Semasa PRU12, ujarnya, masih ada masyarakat Tionghoa, yang ragu-ragu untuk mengundi PAS, tambahan pula ketika itu, tiada wujud kerjasama secara langsung di antara PAS dan DAP.

Secara jelas beliau menyebut, kerusi Dun Klawang yang ditandingi PAS pada 2008, yang mempunyai pengundi Cina lebih 30 peratus, berpotensi besar untuk menang jika DAP turun padang berkempen.

Ditanya kemungkinan DAP bakal menurunkan calon Melayu, tanpa ragu-ragu Loke menjelaskan, meskipun DAP parti berbilang kaum, ia akan mengkaji dengan rapi setiap strategi dan tindakan bagi mengukuhkan Pakatan.

Dan beliau amat menyedari isu calon Melayu DAP itu merupakan modal politik Umno untuk menakutkan orang Melayu.

"Kita tidak akan benarkan Umno menggunakan isu ini untuk takut-takutkan orang Melayu," tegasnya.

Walaupun menyedari MCA akan mengeksploitasi soal itu, seperti yang dilakukan di Perak apabila DAP bersetuju dengan perlantikan Dato' Seri Nizar Jamaluddin daripada PAS walaupun parti Islam itu mempunyai jumlah Adun paling kecil, Loke berkata, pengundi Cina lebih praktikal persepsi politik mereka.

"Rata-rata orang Cina tidak ada masalah untuk menerima menteri besar atau perdana menteri Melayu. Mareka lebih pentingkan dasar-dasar yang adil, telus dan kompeten. Dan mereka mahukan pemimpin yang cekap, tidak rasuah, adil dan melayan semua rakyat secara saksama," kata Loke lagi.

Apatah lagi, tambahnya, dasar dan persefahaman dalam Pakatan memilih konsep mentadbir secara bersama, menghormati pembahagian kuasa dengan tiada satu parti pun  boleh memutuskan semua perkara secara bersendirian.

"Di Negeri Sembilan, Pakatan Rakyat di sini merupakan yang pertama melancarkan manifesto PRU13, di Gemas, pada 15 Januari lalu. Ini mungkin satu petunjuk yang baik," katanya sambil ketawa kecil.

Loke nampak selesa berbual dan langsung tidak menunjukkan beliau mahu menamatkan wawancara hampir dua jam itu. Oleh kerana kami terikat dengan temujanji lain, saya agak berasa bersalah untuk meminta beliau merumuskan sesi sembang-sembang itu.

Katanya, sebagai panglima dalam PRU13 nanti, beliau harus berada dalam posisi menyerang meskipun terpaksa berdepan risiko yang tinggi.

Justeru, Loke akan berpindah daripada kawasan selamat di Lobak, ke Chennah, dalam Parlimen Jelebu yang diwakili Dr Rais Yatim, satu-satunya kerusi Dun ditandingi DAP yang kalah kepada calon BN empat tahun lalu, dengan perbedaan 1,298 undi.

Sekali lagi, tanpa sedar, penghormatan saya kepadanya meningkat.

Loke sempat bertanyakan perkembangan penyanyi Aishah, yang baru menyertai PAS. "Saya pun minat Aishah, lagu-lagu dia pun saya suka," katanya, sambil jarinya pantas berlari di atas skrin ipad Samsung. Dalam keriuhan restoran itu, terdengar lagu Janji Manismu ...

"Saya minat lagu-lagu Melayu sejak sekolah lagi. Selain Aishah, saya minat Zainal Abidin dan Amy Search," tambahnya. "Ada orang beritahu saya, PAS mungkin sesuai calonkan Aishah dalam pilihan raya nanti, lagipun, saya difahamkan dia orang Negeri Sembilan," ujarnya, tersenyum.

Wawancara penuh dengan Loke akan disiarkan dalam Harakah keluaran depan, dalam fokus politik Negeri Sembilan, selain temubual dengan Taufek, yang banyak membicarakan kompleksiti trend pengundian masyarakat Melayu pula.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 09:00 AM PST

JAWATAN:
1. Pegawai Undang-Undang Gred L1-1
2. Juruteknik Mekanikal Gred JA3-1
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (Pengawas) Gred N4-1
4. Pembantu Operasi Gred N5-1
5. Pembantu Kemahiran (Elektrik) Gred H4-1
6. Pembantu Awam Gred H5-1

IKLAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN
http://www.mpn.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=e9564f07-23d5-4df5-8c66-0604703354cc&groupId=70726

Tarikh Tutup : 5 Mac 2012

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


JANJI DITEPATI? Jalan Pasir Panjang – <b>Linggi</b>, Port Dickson

Posted: 11 Apr 2012 03:50 AM PDT

Kepada teman-teman serta warga Negeri Sembilan yang sering melalui jalan Pasir Panjang – Linggi di Port Dickson, mungkin boleh beri sedikit maklumbalas status projek tersebut yang terbengkalai sebelum ini. Di mana sebelum terbengkalai kosnya RM118 juta . Bila terbengkalai hendak dipulihkan semula kos tambahan ialah RM 200 juta pula. Selepas tambah RM 200 juta tersebut, adakah projek tersebut kini berjalan mengikut jadual? Adalah janji telah ditepati khususnya untuk penduduk di DUN Linggi, DUN Pasir Panjang?

JALAN PASIR PANJANG-LINGGI SIAP 6 BULAN LAGI

TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm

JAWAPAN JAWAB LISAN, ISU LEBUH RAYA SEREMBAN PORT DICKSON

21 October 2010

Merujuk kepada jawap pada soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa selesai pada pertengahan 2012.

Peningkatan harga dan juga kelewatan untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang ingin menjalan kerja-kerja tersebut.

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009

http://telokkemang.blogspot.com/2010/10/jawapan-jawab-lisan-isu-lebuh-raya.html

Isnin, 12 April 2010

BAKAR GERAN RUMAH PROTES PROJEK LEBARKAN JALAN

TELUK KEMANG 10 April - Geram dan kecewa dengan masalah yang timbul berikutan kelewatan projek pelebaran Jalan Pasir Panjang-Linggi dekat sini, menyebabkan beberapa penduduk bertindak membakar geran asal rumah mereka, hari ini.

Tindakan itu merupakan tanda protes penduduk yang sudah bosan dengan kemelut yang dihadapi termasuklah terpaksa berhadapan banjir lumpur, debu dan risiko kemalangan jalan raya.

http://gajahputihn9.blogspot.com/2010/04/bakar-geran-rumah-protes-projek.html

PORT DICKSON MENJADI MANGSA PROJEK RUNDING TERUS

Thursday, November 26, 2009

Contohnya projek membina jalan baru dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi telah dimulakan sejak 14 Febuari 2005 dan sepatutnya siap mengikut kontrak pada 12 Ogos 2007.

Projek ini telah dilaksanakan secara RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktornya, Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. Setelah gagal menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap projek (tanpa denda) ke Disember 2009.

http://chegubard.blogspot.com/2009/11/pd-menjadi-mangsa-projek-runding-terus.html

HARTAJAYA (M) SDN. BHD.

E-Mail srsgroup@tm.net.my

Contact Persons SRI RAM SARMA DATO'

http://www.maicci.org.my/directory/view.php?id=337&keepThis=true&TB_iframe=true&height=450&width=575

Maklumat Syarikat: HARTAJAYA (M) SDN. BHD.

CIDB : i) No Pendafataran : 1960906-SL005270

PKK : i) No Pendafataran : 1006 A 2005 0120

ii) Kelas : A

ROC : 155443X

Maklumat Ahli Lembaga Pengarah:

http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=32735

Company Name: AMR Jeli Sdn. Bhd. (321666H)

Address: 38-2, Lorong Haruan 5/2 Oakland Commerce Square, 70300, Seremban

http://smpkk.kkr.gov.my/subpkk/msInfo/admin/senaraihitam.php

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


UiTM cawangan <b>Negeri Sembilan</b> yang ketiga bakal <b>di</b> bina <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2012 07:18 AM PDT

REMBAU, 31 Mac – "Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya kelak." Ujar Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau petang tadi.

Beliau hadir bagi merasmikan Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Salak Nama, Rembau yang telah siap di bina dan menelan belanja sebanyak RM4.9 juta. Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi mengantikan bangunan lama dan membina bangunan baru di sekolah seluruh Negeri Sembilan.

Katanya lagi, "Saya mahu meniup semangat Pendita Za'aba ke atas anak-anak di negeri ini dan ketahui lah bahawa negeri ini adalah satu-satunya negeri yang mempunyai pendeta."

"Malah memang menjadi hasrat Kerajaan Negeri mahu menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu dan mengeluarkan seramai mungkin pelajar cemerlang dan cendekiawan yang  boleh dibanggakan malah menjawat jawatan penting di dalam Negara kelak."

"Menurut analisis dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Negeri Sembilan menduduki tangga kedua tertinggi pelajarnya berjaya memasuki sekolah berasrama penuh di seluruh Malaysia." Ujar beliau lagi.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Daerah Rembau serta guru-guru yang mendidik, ibu bapa dan anak-anak kerana tahun lalu, Jabatan Pelajaran Daerah Rembau paling cemerlang di dalam UPSR dan SPM  berbanding daerah-daerah lain.

"Melalui usaha yang berganda ini, maka ramailah kelak anak-anak negeri yang menyambungkan pelajaran di peringkat universiti dan kolej pula." Sambung beliau lagi.

Kerajaan Negeri turut menyumbangkan sebanyak RM20,000 bagi tujuan pembangunan pelajar-pelajar.

Menteri Besar turut memberi sumbangan khas kepada pelajar-pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Salak Nama.

Turut hadir ialah Dato' Abdul Halim bin Abd Razak, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Tn Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau, Dato' Dr. Hj Awaluddin Said, ADUN Kota, Tn Zaifulbahri Idris, ADUN Chembong dan Datin Hjh Naemah Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau.

Oleh : Dudi Aziz

Jenayah <b>di Negeri Sembilan</b> turun 81 kes - Utusan Malaysia Online <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 07:34 PM PDT

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes


ABDUL Manan Mohd. Hassan memeriksa barisan kawalan kehormat pada Majlis Perbarisan Hari Kor Kadet Polis Ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson, semalam.


TELOK KEMANG 13 April - Kadar kes jenayah di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini menurun sebanyak 81 kes atau 5 peratus kepada 1,519 kes berbanding 1,600 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Mohd. Hassan berkata, jenayah kekerasan didapati meningkat kepada 418 kes tahun ini berbanding 311 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu, iaitu sebanyak 34.41 peratus.

Beliau berkata, kes jenayah harta benda mencatatkan penurunan iaitu 1,101 kes pada tahun ini berbanding 1,212 kes tahun lepas.

"Kedudukan kes bagi jenayah jalanan menyaksikan kenaikan sebanyak 15 kes iaitu dari 119 kes tahun lalu kepada 134 kes tahun ini," katanya ketika berucap pada Perbarisan Hari Kor Kadet Polis ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson di sini semalam.

05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


ARTiculations: D&#39;Buai Angin Angau–bab 1

Posted: 23 Apr 2012 08:02 PM PDT

"Marsha, hahahahahaha…kau tertipu juga Marsha. Kau bodoh ke apa? Hahahahahaha….," gelak bapa tiri Marsha bertambah kuat.

Marsha menangis terisak-isak di atas lantai semen rumah teres dua tingkat itu. Dia meronta-ronta dan hampir melompat-lompat macam kera kena belacan. Namun pelukan ayah tirinya, Pak Mahat, amat erat sekali. Marsha dapat bau mulut Pak Mahat yang busuk tembakau kretek Sempoerna yang mungkin diseludup dari Indonesia tu. "Dasar jantan keparat…dah la peluk kita, mulut busuk isap kretek tak baya cukai…sial!", kata Marsha dalam hati.

"Hahahahaha….cough cough cough…,"gelak Pak Mahat terlampau kuat sehingga dia batuk.

"HAhahahaha…(kali ni dia tak batuk lagi), dulu aku tipu mak kau, skang ni aku tipu kau pula…hahahahaha…, pompuan bodoh…tak pakai otak….hahahahaha….," sambung Pak Mahat. Marsha terus dipeluk erat. Pak Mahat teramat syiok. Kopi Tongkat Ali yang diminumnya setiap hari nampak berkesan.

Marsha, atau nama penuh beliau, Puteri Nurul Marsha Shazreen Azlyn Tequila adalah anak tunggal Makcik Saodah dengan lakinya yang asal, Saad bin Lebai Mahsyur. Apabila Saad meninggal akibat kemalangan motosikal, di mana Saad telah melanggar se-ekor lembu besar yang merayau-rayau tak tentu arah setelah terlepas dari estet lembu di Gemas, Saodah telah bernikah dan berkahwin dengan si Mahat durjana ni.

Saodah mempunyai 7 orang anak, 3 lelaki dan 4 perempuan.  Marsha adalah yang bongsu. Sedih sekali, kesemua anak Saodah, kecuali Marsha telah tiada. Anak sulungnya, seorang lelaki, telah dikidnap oleh lelaki yang dipercayai memandu sebuah van putih semasa anaknya yang sulung , yang ketika itu berumur 4 tahun, pergi ke Kedai Mydin pada pukul 10 malam untuk membeli rokok daun lakinya, Saad.

Anaknya yang nombor dua mati lemas semasa dia berumur 3 tahun semasa dia mandi-manda di Port Dickson. Masa dia mati lemas tu, Saodah tengah khusyuk baca majalah Mangga.

Anak ke tiga Saodah mati semasa berumur 2 tahun apabila dia terkeluar dari tingkap kereta Kancil semasa di dalam perjalanan di lebuhraya PLUS pada 12 tengah malam. Saodah ketika itu tertidor.

Yang lain-lain tu pun hilang ataupun mati di dalam keadaan yang sama lah. Tak payah lah nak cerita panjang-panjang. Rugi kertas.

Saodah tak tahu bahawa si Mahat durjana ni sebenarnya adalah pembekal anak-anak gadis ke pusat-pusat pelacuran di Kuala Lumpur. Masa Mahat meminang Saodah setelah mereka berjumpa di luar Klinik Rakyat, Saodah amat terpegun dengan budi-bahasa Mahat yang amat cool. Mahat ada "swag", kata Saodah dalam hati.

Marsha adalah seorang anak gadis yang baik sekali. Dia bertudung setiap masa. Sejak berumur 2 tahun dia telah bertudung. Dia bangun pukul 5 pagi setiap hari. Setelah mandi dan sembahyang subuh, dia membaca Quran. Pastu dia pergi ke kebun getah untuk menoreh. Pastu dia perah susu lembu. Pastu dia ke ladang kelapa sawit mengambil upah mengutip kelapa sawit. Pastu dia buat bisnes internet lagi. Pastu dia juga menjadi telefonis Maxis dari rumah. Tapi dia tak tinggal sembahyang. Dia juga bertudung setiap masa. Pada hari minggu, dia mengajar bebudak kampung baca Quran. Walau umurnya baru 21 tahun, Marsha telah mempunyai banyak pengalaman hidup.

Pak Mahat dah lama stim tengok si Marsha ni. Tak tahan dia tengok t-shirt ketat Marsha tiap-tiap hari. Bila dia tengok seluar ketat yang dipakai Marsha setiap hari, dia terlebih lah stim. Tiap-tiap hari Mahat mengidam untuk menjamah body Marsha yang curvenya macam turn three kat Sepang F1 track.

Pak Mahat sememangnya banyak stim. Kalau dia balik dari lepak-lepak kat kedai kopi tu, maka Saodah pun kena la layan dia kalau dia nak berasmara. Sambil masak ker, iron baju ker atau aper ker, Saodah kener la berhenti untuk melayan si Mahat ni. Itu haknya, Mahat akan berkata. Dan saodah pun kener la memberi yang hak. Tapi bukannya lama pun, seminit setengah dah pun pancut. So, takder hal la sangat, Saodah pikir.

Semalam Mahat ajak Marsha ke Kuala Lumpur. Katanya nak minta tolong Marsha angkat peti sejuk yang dia nak beli. Marsha terpikir jugak, kenapa nak beli peti sejuk di KL? Kat Gemas pun banyak peti sejuk. Tapi takper la, pikir Marsha. Lagipun Marsha jarang-jarang ke KL. Syok jugak ke KL ni. Bley beli seluar ketat sehelai. Pikir Marsha.

Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Mahat membawa Marsha ke sebuah rumah teres dua tingkat. Di situ ada seorang tauke karaoke (fooh, it rhymes!)  sedang menunggu. Marsha diheret ke dalam bilik. Mahat yang dah lama stim tengok liuk lintuk tubuh badan Marsha di dalam t-shirt dan seluar ketat yang Marsah pakai tu dah tak tahan lagi.

Dia terus bawa Marsha ke bilik dan menghempas Marsha ke katil. Marsha melompat terjun ke lantai semen. Mahat terus mengganas. Dia rentap tudung Marsha. Baju Marsha hendak dikoyaknya. Tapi tebal sangat. Tak terkoyak. Dia merentak seluar ketat Marsha. Marsha terpegun dengan kerakusan Pak tirinya. Marsha menangis.

Pak Mahat sentap seluar ketat Marsha. Tapi ketat sangat sehingga tak boleh dilondeh. Celaka betul, pikir Pak Mahat. Namun dia tak give up.

Tiba-tiba, pintu bilik ditendang dengan kuat. "Hoi, orang tua….lu jangan rogol itu pompuan la…." jerit tauke karaoke tu kepada Mahat.

"Hah…apa lu kacau? Aku dah stim ni…aku nak kasik sikit ini pompuan…dah lama aku stim ngan dia….emak dia dah tak besh…aku nak dia….lu pegi mampus sana luar la apek…" jerit Mahat.

"Eh…lu dengar sini Mahat….lu janji mau kasi virgin…saya kata okay…bayar lu 3 ribu….kalau bukan virgin, gua bayar lu 100 saja…okay?," jerit tauke karaoke tu.

Mendengar ugutan itu, Mahat terus potong stim. "Ok ok lah….babi sial….ambik la….malas aku nak tengok muka krepot lu ….. kau tau Ah Beng, kau memang sial….buat pompuan macam barang dapur…kau lacurkan dia orang….dah….ambik la si pompuan ni….kasik aku 3000 tu…"jerit Mahat.

Marah sekali Mahat. Jelas sekali Mahat berasa mual dengan perangai Ah Beng yang membeli dan melacurkan perempuan–perempuan. Mahat rasa Ah Beng ni lah manusia yang paling tak berhati perut, macam binatang. "Ader ker boleh beli pompuan pastu paksa kejer kat karaoke," bisik hati Mahat yang meluap-luap.

"Eh Mahat, lu jangan kasi insult sama gue ok, nama gue bukan Ah Beng lah, gue ada nama English lu tau?" jerit Ah Beng.

"Hek eleh, muka macam tak siap nama Inggeris konon…porrrdah!", balas Mahat dengan meniru gaya pembuat roti canai kat depan head quarters DAP kat pekan.

"Eh, lu hormat la sikit Mahat, nama gue Hennessy Heng lu tau….Hennessy…bukan Ah Beng….lu sial…." pekik Hennessy Heng.

Hennessy Heng memberi RM3125.oo kepada Mahat. "Nah…skang kau belah…."

"Itu nama whisky la apek, lu nyer Bapak manyak original eh…, hahahahahaha" Mahat ketawa terbahak-bahak.

"Eh, Whisky Heng, kasik akunyer 3000, aku nak transport claim pun tau….2r0 ringgit…." jerkah Mahat. "Hennessy konon…cam sial…." bisik Mahat dalam hati.

"Eh…ini 3125.00 saja la, transport claim aku 250 ringgit lah…sial!" jerit Mahat.

"Kalau lu pakai Ron 97 gua bayar 250 ringgit la…ini ko pakai Ron 95 saja…gua bayar 125 saja…belah la lu….ini Marsha gua punya skang…." jawap Hennessy Heng.

Mahat mengambil wang tersebut. Sebelum beredar, dia merenung wajah Marsha sekali lagi. "Marsha, aku dah jual kau kat Cina karaoke ni…skang ko kejer la baik-baik dengan dia…jangan malukan nama keluarga kita….kita keluarga baik-baik, kita tak penah tipu orang, kita cari makan halal, tak mencuri, tak tipu….paham?", Mahat tekun memberi pesanan terakhir kepada anak tirinya itu.

Marsha menagis terisak-isak. "Sampai hati bapak jual saya…tapi takper lah…asalkan bapak take care emak, saya tak kisah…ini sebenarnya sudah takdir…saya terima nasib saya….drive baik-baik yer bapak…jangan langgar lembu macam bapak kandung saya…nanti takder sesaper yang nak jaga mak saya lagi…k bai…" kata Marsha ditengah tengah sedu sedan beliau.

"Okay, aku belah skang ni….", kata Mahat. Dia pun belah.

"Apa lu punya nama penuh ha?" tanya Hennessy Heng.

"Erm…Puteri Nurul Marsha Shazreen Azlyn Tequila", jawap Marsha.

"Howah…manyak panjang lu nyer namer ah…manyak glemer, tapi takper, gue panggey lu Marsha Tequila sajer…ok?" kata Hennessy.

"Guenyer namer Hennessy Heng, lu tau, ingat tu…" sambung Hennessy.

"Okay, Ah Heng…." jawap Marsha.

"Eh, Hennessy Heng, lu smart alec! Mulai sekarang, saya daddy awak,  awak tau? Who's your daddy" Jawap!" pekik Hennessy.

"WHO'S YOUR DADDY?" jerit Hennessy apabila Marsha tak jawap.

"You…you my daddy…" jawap Marsha. Nak ketawa pun ada. Tapi oleh lerana dia baru kena jual, maka Marsha pun jawap lah di dalam nada sedey.

"Hmmph…tau takper!", kata Hennessy Heng. Puas hati beliau.

Hennessy merenung wajah Marsha Tequilla yang ayu itu. Kulitnya yang putih melepak. Tubuhnya yang menggiurkan itu. Dadanya yang turun naik dibawah t-short ketatnya. Peha dan punggungnya yang pastinya meronta untuk keluar dari pelukan seluar ketat yang dipakai Marsha Tequilla itu.

"Fooh….patut ler Mahat stim. Aku pun stim. Tapi tak komplit ni. Kalau dier pakai cermin mata samak itu tudung, baru perfect!" pikir Hennessy Heng. Itu memangnyer fetish si Hennessy Heng. Macam sial.

"Hmmp….mulai hari ni, kau sini duduk. Aku kasik kau duit. Kau sini duduk sendiri. kau jangan cuba lari. Aku akan cari kau sampai lobang jamban kalo kau lari. Kau kerja di karaoke aku punya mulai malam ni. Paham?" kata Hennessy dengan tegas. "Who's your daddy?" tanya Hennessy, seperti beliau tidak puas dengan jawapan tadi.

"Er…erm…your my daddy. Saya paham. Saya takkan lari. Bayaran camner?" tanyer Marsha.

"Gua bayar lu 25 ringgit satu malam. Apa-apa customer belanjer, lu dapat 25% komisyen. Lu sini duduk free. Makan gua kasik," jelas Hennessy.

"Erm…okay," jawap Marsha.

"Sana karaoke, lu nyer nama glemer is Tequilla, lu paham?" herdik Hennessy Heng. "Who's your daddy?" sambung HH (eh…dah penat type nama penuh dier ni!).

"Erm…your my daddy. Okay. Memang dah lamer pun saya nak orang panggil nama saya yang glemer tu. Kat kampung orang panggey Sha sajer…" jawap Marsha.

"Okay, bagut. Ini malam, kul 8 lu get ready. Nanti saya pegi beli lu punyer pakaian ketat, mini skirt sama make up," kata HH.

"Yeaay…" bisik Marsha. Tapi oleh kerana dia baru kener jual, dia cuma menggangguk kepala saja.

"Okay, gua mau pegi keluar…" kata HH.

HH berjalan menuju pintu. Sebelum membuka pintu, dia menoleh dan merenung keayuan Marsha Tequilla sekali lagi. Bagai tak puas dia menengok wajah dan tubun Marsha.

"Who's your…."

Belum sempat habis HH menanya soalan cepu emasnya itu, Marsha menjawap…"your my daddy…"

*bersambung

 

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved