Ahad, 11 September 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Mydin Buka Pasaraya Besar Keenam <b>Di Seremban</b>

Posted: 07 Sep 2011 11:31 PM PDT

SEREMBAN – Mydin Mohamed Holdings Bhd akan membuka cawangan pasarayanya yang ke-enam, yang melibatkan pelaburan RM10 juta, di Terminal 2, di sini, pada hujung bulan depan.

Pengurus Kanan Mydin dari pejabat Kuala Lumpur, Norman Rajen Abdullah berkata pasaraya besar itu akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 400 hingga 500 orang.

"Kita akan menyewa bangunan dua tingkat di Terminal 2 di mana tingkat bawah akan menempatkan pasaraya manakala tingkat atas menempatkan bahagian seperti pakaian, barangan elektrik, alat tulis, kraftangan dan aksesori.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program pemadanan perniagaan antara 70 usahawan industri asas tani serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpilih dari Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor dengan Mydin anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan di sini Khamis.

Katanya Mydin kini mempunyai rangkaian 90 cawangan pasaraya besar, pasar raya, pasar mini dan bazar di seluruh negara.

Walaupun terdapat pasar raya di bandar ini, namun beliau yakin Mydin mempunyai tarikannya yang tersendiri terutama dari segi harga barangannya yang berpatutan, selain terdapat pelbagai produk tempatan dan tradisional, katanya.

Mengenai kedai 1Malaysia, beliau berkata Mydin merancang untuk membuka satu atau dua cawangan kedai tersebut di setiap negeri.

Katanya Mydin kini mengendalikan tiga cawangan kedai 1Malaysia di Lembah Klang.

Sementara itu, Pengarah Fama Negeri Sembilan A. Rahaman Suleiman berkata program itu bertujuan membantu para usahawan berkenaan untuk menerokai dan menembusi pasaran yang lebih meluas.

"Ia juga sebagai usaha untuk mendapatkan ruang pasaran baru bagi produk keluaran mereka, di samping ruang pasaran sedia ada dan membuka peluang penjualan secara pukal dan borong, khususnya melalui rangkaian pasaraya besar dan pasar raya Mydin di seluruh negara," katanya.

Di Negeri Sembilan, katanya kini terdapat 301 usahawan industri asas tani dan PKS yang telah didaftarkan di bawah sistem direktori usahawan (E-IAT) yang dibangunkan oleh Fama. – BERNAMA

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Unhealthy Air In <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 08 Sep 2011 11:49 PM PDT

KUALA LUMPUR – The Nilai area in Negeri Sembilan recorded an unhealthy air quality, with an air pollutant index (API) reading of 101 at 11am today, the Department of Environment said.

Thirty-five other areas recorded a moderate air quality while the air quality in 15 other areas was good.

The reading in Bukit Rambai, Melaka was 96 at 11am while Petaling Jaya was at 94, Shah Alam (93) and Port Klang and Batu Muda at 88.

An API reading of between 0 and 50 is considered good, 51-100 (moderate), 101-200 (unhealthy), 201-300 (very unhealthy) and 301 and above (hazardous).

The department said in a statement yesterday that it expected the haze to persist in the next few days and advised the public not to carry out open burning – BERNAMA

Related posts:

JJCM Bersama Serina Redzuan <b>di</b>~Ayam Golek Dara,<b>Nilai</b>,<b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2011 06:47 AM PDT

 Golek kiri golek kanan 
Nak separuh boleh,seekor boleh.Nak semua?Meletup kang perut!
Hah meh sini nak cerita lokasi JJCM bersama Serina.Dia dan krew JJCM datang sini pada tahun lepas,hari yang sama diorang pergi Ice Room Nilai.Tempat ni memang femes nak2 lagi masa bulan Ramadan,terbayang-bayang Ayam Golek Dara tiap kali cari idea,nak berbuka beli apa.
Diorang datang pada 23/2/2010
Apa yang ada di sini hinggakan JJCM pun singgah?
Sudah tentulah Ayam Golek Dara yang sedap sekali.Terasa perapan bawang2,halia,serai,madu dan lain2 lagilah
Kuah cecah yang membangkitkan selera
Semua pelanggan cukup suka makan ayam dengan nasi lemak.
Suka sambal ikan bilis ni sedap,banyak bawang dan hish sukalah!
Di sini ada juga Sate Negeri,tapi hari ni kitorang nak layan ayam je nyummm....nyum.....
Taraaaa......inilah kedainya!
Terletak di tepi jalan Nilai-Seremban.Selalu penduduk di Nilai/Salak Tinggi nak pergi Seremban/Seremban 2,suka ikut jalan lama.Mesti akan lalu kedai ni.
Brother ni sibuk betul hari ni.Pelanggan datang tanpa henti.Ada juga yang tempah sedari awal untuk majlis kenduri sebanyak 25 ekor.Tu takpe lagi,kite baca kat satu board tempat catit 'booking',ada yang dari KL order 120 ekor untuk kenduri tahlil.
Ramai yang balik kerja terus singgah makan di sini.Meja hujung tu betul2 1 Malaysia,bos diorang cina,staff dia melayu dan india pun ada.Meja banyak,tempat makan luas,parking ada kat dalam tapi terhad.Ada yang suka parking kat luar kalau setakat nak 'take away'.
Ni beratur bagi yang nak 'take away'.Bagi yang nak makan kat sini,korang tunggu je nanti pekerja datang ambil order.

Ni peta di business card yang kite ambil.Kot sesat korang tanya jelah penduduk area sini.Tak pun telefon jelah no yang tertera di;
Klik untuk tumbesaran sihat
Kedai ini beroperasi dari pukul 5.30 petang sebaik sahaja ayam berjaya digolekkan dengan jayanya.Pada bulan Ramadan pula,ia dibuka seawal 4.30 petang.Apalagi jom support produk tempatan dan berbuka puasa dengan AYAM GOLEK DARA~Nilai.Jumpa lagi di lain entri.Assalammualaikum.......

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


fairus.com: SEJARAH PERPECAHAN UMAT ISLAM <b>DI</b> MALAYSIA <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2011 12:00 AM PDT

Pengkalan Kempas ialah sebuah kampung kecil yang terletak di tepi Sungai Linggi. Pada suatu masa dahulu, jalan ke kampung ini cuma melalui Sungai Linggi.

Sambutan Kerajaan Melayu Melaka terhadap ulama-ulama dan guru-guru Islam menyebabkan ramai pendakwah Islam dari pelbagai mazhab sampai ke sini. Pengajaran mereka dihayati oleh orang-orang Melaka yang mahu belajar sebanyak boleh mengenai Islam. Tetapi ada pendakwah yang tidak mengutamakan Islam sebagai satu agama sebaliknya lebih menekankan mazhab mereka sendiri sehingga merendah-rendahkan mazhab-mazhab lain.

Penduduk tempatan yang BERSATU PADU PADA MASA ITU MULA BERPECAH MENGIKUT KUMPULAN. Apabila perpecahan yang senyap-senyap itu kian menjadi jelas dan menggugat kedudukan Melaka, Sultan Mansur Syah (1458 - 1477) telah mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan.


Kerajaan Melayu Melaka dan penduduk tempatan menganut mazhab Shafie. Sheikh Ahmad Majnun pula mengetuai satu mazhab yang lain dan mula mencari pengikut. Kumpulan itu berpindah ke kawasan Linggi dan kegiatan-kegiatan mereka mula menganggu keharmonian masyarakat Islam di sana. Bendahara Tun Perak mengetuai angkatan bersenjata untuk berhadapan dengan Sheikh Ahmad Majnun di Linggi pada tahun 1467.

Sheikh Ahmad Majnunpun menentang angkatan Tun Perak di sungai Linggi. Kumpulan Sheikh Ahmad Majnun tidak berupaya menentang kekuatan angkatan Melaka dan akhirnya Sheikh Ahmad Majnun terbunuh bersama-sama penganut ajarannya. Bagaimanapun sebilangan pengikutnya yang selamat berjaya melepaskan diri dan membawa bersama jenazah ketua mereka.


Selepas peritiwa itu, tiada ajaran sesat di kawasan ini. Sheikh Ahmad Majnun dikebumikan di Pengkalan Kempas.

PENGAJARAN :

Perbezaan pendapat / mazhab dalam Islam mampu memecahbelahkan umat Islam. Justeru itu, perbincangan harus dilaksanakan bagi memastikan urusan perjalanan agama Islam dijalankan adalah selari dengan kehendak Islam yang sebenar. Sejarah yang sedia ada hendaklah dihayati agar ia tidak lagi berulang pada masa kini.

P/S : Sedih tengok umat Islam di Malaysia berpecah belah sesama sendiri.








ads