ads

Khamis, 6 Jun 2013

05 di rasah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 May 2013 11:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2013 11:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Suasana ceramah <b>di Rasah</b> Jaya : PakatanRakyatNS

Posted: 28 Apr 2013 10:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Jom makan malam bersama Husam Musa,program anjuran Ustaz Khairil Anuar calon DUN N20 Labu dan Saudara Teo Kok Seong calon Parlimen Rasah malam ini jam 9 malam di bilik Gerakan Pas Kg Jijan · Siapa bilang ...

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2013 11:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Potensi BN menang <b>di</b> Senawang dan <b>Rasah</b> amat besar

Posted: 22 Apr 2013 11:48 AM PDT

RASAH 22 April - Rakyat tidak perlu ragu untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini kerana BN terbukti memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah berkata, janji sudah ditepati dan semakin ramai rak-yat menolak pembangkang.

''Pengundi sudah bosan dengan corak kempen mereka yang asyik bercakap soal janji, sedangkan hakikatnya, tidak ada janji yang ditepati pembangkang.

''Hari ini yang membela nasib rakyat ialah BN dan itu pembangkang tidak boleh nafikan kerana ia telah dibuktikan," katanya ketika mengiringi calon BN bagi kawasan Parlimen Rasah, Teo Eng Kian dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Senawang, David Choong Vee Hing di sini hari ini.

Katanya, dalam kempen pemimpin mesti bersikap jujur kepada pengundi dan menyatakan apa yang dibuat bukan sekadar retorik untuk memancing undi.

''Pembangkang kata mereka bukan kerajaan yang memerintah dan sebab itulah tidak berupaya bantu rakyat. Bagi kita, itu bukan alasan kerana membantu rakyat tidak perlu menunggu ada kerajaan.

''Jika mereka tidak tahu menjaga rakyat, serahkan sahaja tugas itu kepada BN. Kami tahu apa hendak dilakukan," katanya.

Sementara itu, Vee Hing berkata, kawasan DUN Senawang mempunyai potensi besar untuk dimenangi kerana rakyat tahu calon DAP, P. Gunasekaren tidak banyak menyumbang untuk membangunkan kawasan, apatah lagi mensejahterakan rakyat.

''Mana bukti pembangunan yang dilakukan oleh DAP di Senawang, kalau bukan semuanya adalah usaha dan komitmen kerajaan BN," tegasnya.

Bagi Eng Kian, walaupun cabarannya besar dalam kerusi Parlimen Rasah ini, ia bukan halangan kerana BN telah lama berkhidmat di sini berbanding penyandangnya yang dahulu, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook.

Katanya, sebab itulah Siew Fook melarikan diri ke Parlimen Seremban dan memberikan kerusi 'malang' DAP itu kepada bekas ADUN Bahau, Teo Kok Seong.

''Kita yakin dengan kerja keras yang dilakukan BN dan jentera parti, Parlimen Rasah akan dirampas semula dari DAP. Rakyat dan akar umbi sudah pun menolak DAP sejak beberapa tahun lalu dan kini mereka mahukan BN di kawasan Parlimen ini," katanya.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KELAS HANAN BAKERY <b>DI RASAH</b>, SEREMBAN - "Moh maSak <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 11:33 PM PST

Assalamualaikum Bersyukur pada mu ya allah atas kekuatan dan semangat yg telah engkau berikan pada ku' dalam sarat2 mengandung 7bulan ni, semangat buat kelas dan order semakin membara2....seronok lepas pindah bakery baru di rasah ni, setiap mgg sibuk dengan aktiviti, jika tiada kelas, ada order, dan jika banyak order tak buat kelas..baby dlam kandungan semakin aktif dan perut semakin memboyot kehadapan...Insyallah March 2013 ..lahir la seorg putera Abdullah sani.... yg tak sabar-sabar menghitung hari adalah kakak-kakaknye.... husna, huda dan hanan' tiap2 hari melayan tendangan di perut ibu'..kekadang ada je soalan yg kelakar di tanyekan'...Ibu' baby bangun ke tdo?....hari ni dia dah tendang ke belum.... Jarak umur baby dengan hanan ...7tahun'....mungkin bila dah lama tak ada adik yg kecil...masing2 rasa seronok dan semuanya baik hati membantu ibu di dapur' alhamdulilah' Lambat saya update blog bulan dec ni, sbb sibuk dengan kelas dan order' tp hari ni ada kelapangan di bakery' sy nk upload beberapa gambar kelas dan tempahan beberapa gambar tak dapat di upload....sbb blurrrr..nnti sy cuba lagi

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 11:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2012 11:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

cerita maya persada: Pemilihan Perajurit Akhir <b>Di</b> Kem <b>Rasah</b>

Posted: 22 Nov 2012 12:50 AM PST

Letihnya tak hilang lagi sehingga hari nie....
Pagi-pagi dah bangun lepas subuh nak bertolak dari Melaka ke Kem Rasah di Seremban...(tak tahu lokasi kat ner)
Kali ini training di Kem Rasah untuk pemilihan terakhir 2012. Anak aku yang bujang nie memang dah minat dia ke arah tu...(semoga perginya tak kembali lagi macam dulu..)
Tepat jam 7.30 p.m aku telah sampai di hadapan Kem Rasah (Markas 1 Briged) rupa-rupanya kem nie dekat sangat dengan Hospital Tuanku Jaafar Seremban, ramai gak yang dah tiba di sana, cari parking and then masuk ke dalam kem (parent dibenarkan masuk, kalau di PUSASDA parent tak dibenarkan masuk) Ramai gak bebudak lelaki yang terpilih ke pemilihan kali ini...
Jam 8.00 a.m ada lak kapten askar nie cakap pada parent @ waris supaya tak perlu tunggu, kalau nak tunggu gak duduk ler di surau di dalam kem dan rehat di sana. Tetapi aku tak, lepas tu aku terus g ke bandar Seremban (siap tanya MP kat mana nak pergi ke sana, maklum ler aku dah lama tak gi..)
(Apa aku buat di Seremban nanti aku citer kemudian..ok...)
Training satu hari di sini termasuklah cek satu badan di RSAT (jangan tanya aku apa tu RSAT aku pun tak tahu), latihan matematik, latihan fizikal berlari 2 round dengan masa yang ditetapkan. Ada gak yang gagal bila diperiksa kesihatan gigi berlubang banyak kalau tak silap tak boleh lebih dari 2 lubang, gagal tapak kaki flat (macam itik lol), ada buasir (nie yang seram bila kapten perempuan periksa satu badan tanpa pakaian tau...he he he), latihan fizikal larian tak capai target dan banyak ler .....akan di reject kalau tak capai peraturannya...
Tu dia anak aku yang pakai beg sandang hijau askar...
Anak aku habis training sampai petang, 6.30 pm baru tamat. Makan dan minum disediakan dan berjemaah bersama abang-abang askar lagi. Bila lulus, surat pemilihan dan penyerapan kemasukan tentera darat akan dapat pada pertengahan Disember nanti dan terus berdaftar dengan tentera darat pada awal januari 2013 di PUSASDA.
Panjang citer lak kali nie...banyak lagi nak citer tapi dah penat jejari nie nak menaip lagi dan lagi......

Bilik Untuk Disewa – Dekat Hospital Tunku Jaafar ,Jalan <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2013 05:22 PM PDT

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

Rooms for rent near hospital tunku jaafar and imu, by walking distance can reach,very near to hospital.
-new fully room funish
-one person rm200 per month(included bills)
-two person rm350 per month(included bills)
-washing machine and refrigerator
-March onwards,to move in = 1month rental+1month deposit
-prefer who are working in hospital.

By rumahsewa.com

Bilik Untuk Disewa – Dekat Hospital Tunku Jaafar ,Jalan <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2013 05:22 PM PDT

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

Rooms for rent near hospital tunku jaafar and imu, by walking distance can reach,very near to hospital.
-new fully room funish
-one person rm200 per month(included bills)
-two person rm350 per month(included bills)
-washing machine and refrigerator
-March onwards,to move in = 1month rental+1month deposit
-prefer who are working in hospital.

By rumahsewa.com

05 di mambau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di mambau - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2013 03:01 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Calon N23 <b>Mambau</b> : Datuk Yu Chok Tow | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 11:24 AM PDT

Datuk Yu Chok Tow adalah satu  nama besar yang bakal merampas kembali kerusi DUN Mambau dari Pakatan pembangkang di DUN  N23 Mambau.Nama  Datuk Yu tidak asing lagi dan  dihormati oleh penduduk di Mambau kerana jasa beliau kepada penduduk di sini ketika beliau menjadi ADUN Mambau dahulu.

Berlatar belakangkan pendidikan tinggi dan memiliki ijazah B.A Hons dalam pendidikan dan juga pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguran Raja Melewar adalah lebih jauh taraf pendidikannya dari calon DAP.

Beliau juga telah memegang berbagai bagai jawatan dalam Wanita MCA dan mula berpolitik semenjak 1996. Datuk Yu disenangi oleh semua kaum dan pengundi Mambau diharap tidak membuat keputusan yang salah . Undilah calon N23 Mambau Dato Yu Chok Tow.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2013 03:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 04:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 03:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cetusan Mukara: Analisa PRU 13 Parlimen <b>di</b> Negeri Sembilan <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 01:09 AM PST

Parlimen Rasah begitu sinonim dengan kekuatan pengaruh DAP di Negeri Sembilan selain daripada Parlimen Seremban. Kedua-dua institusi ini kebetulan berada dalam satu Daerah Seremban. Dahulu ketika era awal PRU 1959, Rasah dikenali sebagai Parlimen Seremban Barat yang terdiri daripada dun Rantau, Labu dan Rahang.
Rasah juga melalui keadaan yang sama dengan Seremban yang beberapa mengalami perubahan sempadan pilihanrayanya. Kini Rasah terdiri daripada dun Labu, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau dan Senawang.

PRU 2008 lalu menyaksikan PR melalui DAP menguasai kemenangan di Rasah dengan memenangi parlimen dan dun Mambau, Bukit Kepayang, Rahang serta Senawang. Manakala Labu dimenangi oleh Umno-BN. Sebagaimana Seremban, wakil BN iaitu MCA dan Gerakan tewas di semua tempat yang ditandingi dalam Rasah.
MCA tewas di Mambau dan Rahang manakala rakan mereka, Gerakan tewas di Bukit Kepayang dan Senawang.

Pengerusi DAP NS, Loke Siew Fook menang dengan majoriti besar iaitu 13,151 undi, peningkatan sebanyak 65.30 peratus daripada majoriti terdahulu yang dimenangi oleh calon MCA-BN, Goh Siow Huat pada PRU 2004. DAP memperolehi undi popular sebanyak 60.5 peratus. Rasah boleh dianggap sebagai manifestasi penolakan masyarakat Cina kepada pengaruh BN yang paling jelas di Negeri Sembilan. Ini kerana empat daripada lima dun dalam Rasah merupakan kawasan majoriti Cina.

Pertarungan di Rasah pada PRU 2008 merupakan pertandingan antara 'kepala' parti iaitu Pengerusi DAP NS melawan Ketua MCA Rasah-Dr Yeow Chai Thiam ( gambar kiri).

Sejarah awal pernah mencatatkan Rasah (Seremban Barat) pada PRU 1959 telah dimenangi oleh calon bebas-Quek Kai Dong yang mengalahkan calon MCA-Perikatan. Lebih manis, calon Front Sosialis menang di dun Labu, Rantau dan Rahang.

Bekas penyandang wakil rakyat Rasah dari MCA-Goh Giat Siow pada PRU 1999 dianggap sebagai 'giant-killer' kepada BN setelah menewaskan tokoh terkemuka DAP-Dr Chen Man Hin dengan majoriti 1,288 undi.

Calon

Loke Siew Fook (gambar kiri) dijangka akan dicalonkan semula sebagai calon DAP bagi Rasah. Walaupun beberapa bulan lalu, beliau pernah memaklumkan tidak akan bertanding di Lobak dan memilih untuk bertanding Chennah pada PRU-13. Atas kapisiti beliau sebagai Pengerusi DAP NS, kebarangkalian untuk menampilkan calon baru di Rasah amat rendah dan kedudukan beliau sebagai calon utama agak terjamin.

Malah Ketua MCA Rasah sendiri-Dr Yeow Chai Thiam ingin 'melarikan' diri dengan menyatakan hasrat untuk bertanding di Seremban. Sebagaimana Loke, beliau sebagai Pengerusi Perhubungan MCA NS mempunyai kapisiti untuk bertanding mana-mana parlimen dalam negeri ini. Namun begitu, hasrat Dr Yeow tidak dipersetujui oleh beberapa pemuka MCA Seremban. Hakikatnya pengaruh MCA dan Gerakan telah 'merundum' longlai di Rasah, Seremban dan Telok Kemang.

Dua nama yang telah disebut-sebut sebagai cadangan calon MCA melawan Loke adalah bekas senator, Lee Chee Keong dan Timbalan Ketua MCA Rasah, Yip Chee Kiong.

Potensi

Agak sukar buat BN samada melalui MCA atau Gerakan untuk membantu merampas kembali Rasah. Kemenangan DAP-PR di Mambau, Bukit Kepayang, Senawang dan Rahang memperlihatkan sokongan kuat lebih 70 peratus pemilih Cina dan kebetulan kempat-empat dun ini adalah kawasan majoriti Cina. Cuma Umno dilihat masih sedikit bernafas utk mempertahankan kemenangan di Labu. Andainya BN menang besar di Labu dan memanipulasi undi tentera di Rahang sekalipun, jika pemilih di Mambau, Bukit Kepayang dan Senawang memihak lebih 60 peratus kepada PR, harapan BN untuk merampas Rasah sangat tipis.

Kajian sokongan oleh BN mengklasifikasikan Rasah sebagai kubu kuat PR dan sukar untuk dimenangi. Namun sekali diingatkan kepada PR, usah terlalu selesa kerana mempertahankan kemenangan itu lebih sukar daripada bertanding untuk memenangi sesuatu kawasan.

Kepastiannya, BN bakal gagal lagi di Rasah kali ini untuk PRU-13.

Bengkel Seri Sembilan bantu OKU | n9kini.net

Posted: 20 Nov 2012 11:47 PM PST

SEREMBAN – "Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini, bukan ku minta kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati."

Pekerja bergambar di hadapan bangunan Bengkel Seri Sembilan, Mambau di Seremban.

Apabila mendengar bait lagu ini, pasti hati akan tersentuh, apatah lagi dinyanyikan dengan melodi muzik yang penuh emosi.

Keadaan itu bukan sesuatu yang asing malahan lagu itu banyak hubungannya dengan golongan orang kurang upaya (OKU), apatah lagi dalam aspek survival mereka untuk mencari sumber kewangan bagi membantu keluarga dan diri sendiri.

Atas kesedaran itulah, Bengkel Seri Sembilan yang terletak di Mambau dekat sini, menjadi teras latihan kepada golongan OKU untuk berdikari sekali gus menambah pendapatan harian mereka.

Pengurus bengkel, Kasim Yunus berkata, objektif penubuhan pusat latihan itu adalah bagi membantu menggalakkan golongan OKU menjalani program peningkatan hidup di bawah latihan kemahiran dan kecekapan kerja.

"Di bengkel ini, kita mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU dan hasilnya, ramai yang mendapat faedah dengan wujudnya bengkel ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambah Kasim, bengkel itu dibuka dan digunakan golongan OKU yang cacat anggota, pendengaran, penglihatan dan masalah akal.

"Sumber kerja utama di sini ialah membuat sampul surat pelbagai saiz dan bentuk yang ditempah pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

"Mereka yang bekerja di sini juga dilatih dalam kerja menjahit dan sejak itu, bengkel ini menerima tempatan jahitan baju kurung dan baju Melayu, kemeja, cadar serta baju korporat," ujarnya.

Menurut Kasim, dia berharap dapat menjadikan Bengkel Seri Sembilan sebagai sebuah institusi latihan kemahiran OKU yang besar serta dilengkapi pelbagai kemudahan.

"Sudah sampai masanya bengkel ini dinaik taraf dan saya mahu melihat suatu masa kelak, semua pekerja dan pihak pengurusan di bengkel ini dikendalikan sendiri golongan OKU. Kebanyakan mereka telah menetap di sini dan cukup komited dalam memajukan diri," tegasnya.

Jelas Kasim, semua pekerja di bengkel ini mendapat gaji bulanan dan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selain bantuan elaun pekerja cacat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kami menyediakan kemudahan tempat tinggal, makan, tempat riadah dan aktiviti sukan serta kebudayaan. Saya mahu mereka merasai hidup seperti di rumah sendiri," jelasnya.

Tambah beliau, golongan OKU yang mempunyai kemahiran menjahit boleh ke bengkel itu untuk bekerja di samping menjadi tenaga pengajar kepada rakan-rakan mereka dan boleh menghubunginya di talian 012-4026158.

rumah nabil <b>di mambau</b> dipecah masuk sekumpulan penjenayah

Posted: 29 Feb 2012 04:00 PM PST

Nak Sihat, Nak Kurus??Cuba tengok kat sini
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

SEREMBAN 29 Feb. – Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran.

"Saya nampak pintu belakang rumah sudah terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah sebuah bilik tingkat bawah.

"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis semua pakaian sudah bersepah di atas lantai," katanya ketika ditemui di rumah itu hari ini.

05 di tampin - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Jangan sebar berita palsu kematian tahanan <b>di Tampin</b> – Polis | N9 <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2013 06:50 AM PDT

SEREMBAN 2 Jun – Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.

"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah straight forward case yang mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenal pasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementara menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya. – BERNAMA

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Sesi Stargazing <b>di</b> Balaicerap <b>Teluk Kemang</b>, PD – 31 Mei 2013 <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2011 12:00 AM PST

BCTKBagi follower Falak Online dan ahli Kelab Astronomi Amatur Malaysia (KAAM), jika mempunyai masa terluang hari ini, jemputlah menghadiri sesi Stargazing yang akan diadakan di tempat dan masa berikut:

  • Lokasi: Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson.
  • Tarikh: 31 Mei 2013
  • Masa: Selepas Maghrib, sehinggalah sekitar 11 PM.

Sila bawak peralatan sendiri jika ada, seperti teleskop atau binokular. InsyaAllah kita akan

  • Mencerap planet Zuhal
  • Menjejaki Star Clusters di sekitar langit sebelah Selatan.

Kita jumpa di Restoren Klana Resort, selepas solat Maghrib dan mula pasang teleskop sekitar jam 8 PM.

Jom jumpa di sana!

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Bermula Ceritaku: Roti Jala <b>di</b> Stadium <b>Paroi</b>,Negeri Sembilan

Posted: 02 Jun 2013 04:22 PM PDT

Kalau ke Negeri Sembilan jangan lupa singgah di gerai menjual roti jala.Bermacam pilihan kuah roti jala ikut selera anda.
Sebenarnya pemilik roti jala ini adalah kepunyaan arwah bapa saudara saya (sebelah bapa) dan kini disambung usaha perniagaan itu oleh isteri dan anak-anak beliau.
Kesempatan berkunjung di Negeri Sembilan (tempat ayah saya),untuk menziarahi saudara yang sakit,kami gunakan untuk singgah di gerai mereka.

Pengunjung yang ramai walaupun ketika itu hampir menunjukkan jam 7 petang,bermakna hampir ke penghujung masa perniagaan mereka.
Silalah berkunjung ke sana jika anda berkesempatan ke sana.

Pesanan:Saya tetap bayar walaupun mereka tetap tidak menerima pembayaran dari kami.Merekakan berniaga.

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Hari-Hari Mau: Sepetang <b>di Port Dickson</b>

Posted: 03 Jun 2013 06:57 AM PDT

Semalam punya hal la ni.

Tak plan pun sebenarnya. Plannya nak bermalas-malas kat rumah je weekend. Kata penat sampai seret kaki kan. Tapi pastu bosan pulak. Dasar sangat perangai ko kan kakjeng. Time penat kemain, dah bosan pun kemain jugak perangai.

"papa, jom pegi pidi, kat pesbuk cakap pidi dah tak jem dah sekarang, boleh tengok matahari terbenam"

Ok ok, korang pasti dah tahu jawapan stended badang. Beliau memang ok sesajork.

Maka kitorang pun selepas itu berada dalam kereta hihihihi

 Cincin jelly-jelly itu saya beli dekat H n M singapore. Padahal Malaysia ada je. Takpelah. Kenangan.

Oleh kerana tak plan. Maka baju pun takyah la nak vogidevas sangat. Sauk baju nak pakai tido terus aje lah. Pakai t-shirt bunge jumping kat bali ritu. Pakai cardigan cotton on kalau x silap. Shawl beli kat tesco RM10, Erm skirt beli kat errrrr errrrrrrr lupa haaa kat times square. Seliper beli masa kat hong kong disneyland. Itu longchamp beli masa kat changi singapore. Spek mata adelah Fendi beli kat publika kot. Ha apa lagi. Yang dalam-dalam kalau nampak pun saya rasa nak bgtau kahkahkah #lempangkakjeng


Kitorang memang pegi semata-mata nak tengok senja je. Tapi sesampainya di sana... Nisa dan Anoi telah berlari masuk ke dalam air HAHAHA. Redha je la mak bapak ko ni kan.

Ini adelah Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Sini pemandangan dia cantiklah. Biasanya kitorang pergi Teluk Kemang je. Ada la datang sini. Tapi jarang la. Ntah la macam saya tak pernah pergi sini time senja. Tak sangka cantik sangat.

Kebetulan ombak kuat. Angin kuat. Air pasang. So bertambah la cantiknya. Sukeeeeeeeeeeee. Bunyi ombak dia hmmmmmmmmmmmmmmm. Damai je rasa.

Kalau la air dia pun bersih jernih membiru. Kalau la persekitaran dia bersih. Pasti lagi cantikkannnn.

Gambar-gambar ni semua dari iphone saya je. Kameremeng ni banyak jugak snap gambo. Tapi tak transfer lagi kat PC. Nanti saya share kat fesbuk ek. Cantik la kat sini, sesuai la nak buat fotoshoot gambar kawen kan.

Kat jambatan. Ntah la apa nama jambatan ni.

Budak-budak dah basah :p

Rasa macam best pulak duk seremban.
Rasa nak tengok laut pegi je PD. Anitaim also can. Teragak tetengah malam pun bolehh.
Rasa nak shopping gi KL.

Tak jadi la nak pindah Shah Alam. Eceh.



Kitorang berjalan sampai ke hujung. So budak-budak beralih mandi belah sini pulak. Sini lebih bersih dan lebih cantik :)

Kitorang. Makjeng dan PakBadang. Eh mcm kat sinar fm plak kan, abang jem dengan mak banang. HAHAHAHAHA

Nah keek

Ok tu je
Sepentang senja di PD

:)


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

hainom OKje....: Enjoy <b>di PORT DICKSON</b>

Posted: 03 Jun 2013 05:01 PM PDT

Assalamualaikum!!!
Tak jawab berdosa...... hehe.......

Baru sempat mengadap lappy pagi ni..........  psst...... Ambik kesempatan sat! Sementara Arjuna duk bermalas-malas kat atas tu! Cuti lagilah tue!.....
Nak menghantar SA balik hostel hari ni katanya!......

OKje beradu kat hotel ni....


Deluxe room, 2 biji katil Queen size dengan harga RM288 termasuk breakfast untuk 2 orang! Kalau bukan cuti sekolah, boleh dapat RM250 rasanya.....
( Sumbatkan aje anak beranak dalam satu bilik ....... Senang! haha..... )

Seaview, pantai pun belakang tu aje!.... Senang nak bercanda! hehe......

Agenda utama kalau pergi Port Dickson ni, mencari resort yang ada private beach! Senang sikit, lepas mandi, dengan basah-basah tu boleh terus naik bilik! haha.... Tak senonoh punya perangaikan!..... Yang paling seronok, tak hengat dunia tentulah TLBD!....... Sebab dialah yang beria mengajak ayah dia jalan Port Dickson! Tapi bila sampai Port Dickson, bukan TLBD aje yang seronok
mandi pantai, yang lebihnya. emak dialah seronok duk merangkak  ( bukan berenang ! hehe )  dalam laut macam dugong! haha......
Gelakkan OKjelah tue! .......
Apa pun.... Terima kasih bang...... kerana bawak kami enjoy di PORT DICKSON.... 
OKlah.... nak buat sarapan dulu ( nak masak apa pun tak tau ni! ) ..... Takkan nak bersarapan kat luar lagi kottt! ......Memang melampau le! hehe.......

ceramah umum <b>di port dickson</b> - pakatan rakyat negeri sembilan

Posted: 01 May 2013 09:34 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Berita dari gunung berkata... Pengakuan Ustaz yang meniti di tebing Aqidah >>> http://www.youtube.com/watch?v=tjqGwRqDPp8. 02 Mei, 2013 13:33 · Catat Ulasan · Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama. Langgan: ...

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


Kadang-Kadang Teringin Jua....: Sungai <b>Serting</b> memang tidak <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2013 07:44 PM PDT

Salam...
Cuti minggu baru ni kome berlima berpeluang ke salah satu jermai yang terdapat di Sungai Serting untuk mencari ikan di situ.


Jermai merupakan satu kaedah perangkap ikan yang berlesen. Dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dan nilainya ialah RM25 setahun.
Dianggarkan lebih daripada 45 buah jermai yang terdapat di Sungai Serting dan Sungai Bera. 
Setiap jermai dilengkapi dengan pondok menunggu, fiber dan kelengkapan lain yang perlu.
Jaring yang dijalin membentuk bujur meliputi sepanjang permukaan lebar sungai dan panjangnya sehingga mencecah 50 meter.
Di sebelah hujung jaring diletakkan "kandoi" iaitu tempat terakhir ikan tersangkut.
Kaedah jermai sebenarnya sedah lama digunapakai oleh masyarakat di sini, dan kos bagi pembinaannya boleh mencecah sehingga RM15,000 bergantung kepada berat tali dan pukat yang digunakan.
Daripada segi undang2, kaedah jermai tidak menjadi kesalahan kecuali jika tidak membayar lesen yang dikenakan.
Lepak sambil sambil mencari ikan di jermai amat menyeronokkan, apatah lagi jika musim ikan banyak mengilir terutama musim air sungai melimpah.
 Operasi menaikkan ikan  yang terkandas di sekeliling takungan jermai.

 Pastikan ikan yang terperangkap tidak terlepas dari jermai yang diangkat.

 Kerja2 menaikkan ikan yang terperangkap di dalam jermai

 Ikan yang diangkat dari kandoi jermai dicurahkan  ke dalam fiber bersama2 sampah dan kerja2 pengasingan perlu dijalankan bagi memilih ikan yang tertimbus disebalik daun2.

 Kelengkapan memasak yang cukup disediakan.

 Kebetulan pada masa kome pergi Ikan kerai banyak mengilir, jadi tangkapannya amat lumayan.

 Inilah semua hasil yang diperolehi semalaman kome berada di situ

 ikan kecil yang sangkut di jaring berjaya dibawa pulang.

Hasil setelah dibahagi sesama rakan....bolehlah dibuat perkasam.

Penjaga jermai banyak kali berpesan kepada kome, seandainya ingin merasakan keseronokan bermain dengan air Sungai serting sambil lepak2 menghilangkan bosan, bolehlah berkunjungi lagi ke situ. Dan sekiranya kebetulan air sungai yang cantik arusnya, Insyaalah.....memang tidak menghampakan...

Sekian....

smk bandar baru <b>serting</b>: Selamat Bertugas <b>Di</b> Tempat Baru...

Posted: 29 Jan 2013 04:15 AM PST

Watak penting di smkbbs iaitu Cikgu Hamdan Husin telah naik pangkat dan bertugas di tempat baru. Sesungguhnya rakan-rakan di smkbbs sangat terharu di atas perpindahan ini.  Terharu kerana  kehilangan seorang guru dan rakan yang baik, pemurah, penyayang, suka belanja rakan-rakan dan sangat mengambil berat. Selain itu, rakan-rakan yang tinggal rasa terharu kerana  'terpaksa' bersama-sama menggalas tugas-tugas yag ditinggalkan. Antara tugas besar yang beliau tinggalkan  ialah Setiausaha PIBG, Bos  Besar Majalah, MC Majlis-majlis Perdana,  Pakar Rujuk PBS, dan kadang-kadang menjadi pakar rujuk apabila rakan-rakan mengalami masalah rumah tangga! 
Sekarang fahamlah kami betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul oleh Cikgu Hamdan selama ini..
Cikgu.... Selamat bertugas di tempat baru. Pandai-pandailah membawa diri.. Didoakan berjaya dan cemerlang di sekolah yang baru.


05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Perompak ditahan lima minit selepas rompakan kedai emas <b>di Lukut</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2013 05:29 PM PDT

Port Dickson: Tindakan pantas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menjalankan operasi memburu penjenayah berjaya menahan perompak tidak sampai lima minit selepas kejadian rompakan di sebuah kedai emas di pekan Lukut, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.35 pagi, dua daripada empat suspek kes rompakan bersenjatakan pistol di Jalan Besar Lukut itu ditahan polis di Kampung Sri Parit berhampiran lokasi rompakan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, rompakan berlaku ketika pekerja kedai emas terbabit sibuk mengemas dan menyusun barangan kemas untuk memulakan perniagaan.

"Berdasarkan maklumat awal, empat suspek memakai topi keledar penuh dan bersarung tangan dengan menaiki dua motosikal meluru ke arah kedai emas itu.

"Seorang suspek menunjukkan pistol sebelum melepaskan sedas tembakan ke arah cermin sebelum rakannya memecahkan cermin pameran menggunakan tukul besi dan mengambil barang kemas lalu dimasukkan dalam dua beg hitam.

"Selepas itu, semua suspek melarikan diri dengan dua motosikal. Polis yang mendapat maklumat segera menjalankan operasi memburu suspek dan seorang daripada mereka ditahan tidak sampai lima minit kemudian di Kampung Sri Lukut ketika cuba bersembunyi di situ.

"Suspek kedua ditangkap hampir 500 meter dari tempat suspek pertama ditangkap iaitu 25 minit kemudian ketika mencari tempat persembunyian.

"Dua suspek masing-masing berusia 43 tahun dan 25 tahun ditahan untuk siasatan manakala, dua lagi penjenayah diburu polis, termasuk menggunakan anjing pengesan," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut pasukan forensik polis di lokasi kejadian rompakan menemui satu serpihan peluru dan dua penukul besi.

Menurutnya, jumlah kerugian masih dalam siasatan dan siasatan awal mendapati lebih 16 dulang emas dilarikan suspek dalam kejadian rompakan itu, selain itu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga akan diteliti polis bagi membantu siasatan.

Dua beg hitam diisi dengan hasil rompakan dapat dilarikan dua perompak yang masih dalam buruan, begitupun polis berjaya mendapatkan semula 20 utas rantai emas daripada suspek yang berjaya ditangkap. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat (FIPA) 1971. -hmetro

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved