ads

Ahad, 15 April 2012

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Seremban</b>, Jelebu 17 April

Posted: 15 Apr 2012 02:06 AM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan bekalan air di Seremban membabitkan Taman Bukit Galena mulai jam 10 pagi hingga 4 petang manakala Kampung Mawar dan Kampung Baru Mambau mulai jam 10 pagi hingga 2 petang.

"Gangguan bekalan air di Jelebu pula mulai jam 8 pagi hingga 8 malam membabitkan Pekan Titi, Sungai Muntoh, Kampung Sungai Rotan 1 dan 2, Taman Mawar, Taman Desa Permai, Taman Sri Kenaboi, Taman Bukit Kempas, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Penjara Jelebu, Pusat Akidah, Pusat Serenti, Kampung Puom, Kampung Chennah, Kampung Chalin, Felda Titi dan Perikanan Jelondong," katanya di sini, hari ini.

Katanya, kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual ini adalah antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan.

Azlan berkata, bekalan air dijangka akan disambungkan semula secara berperingkat selepas tempoh tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya di kawasan mereka akan mengambil masa.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


C.E.R.I.T.E.R.A SARA: Lepak-lepak <b>di Teluk Kemang</b>

Posted: 14 Apr 2012 10:20 PM PDT

11 April 2012.. Cuti kan hari tu? Cuti pertabalan agong. Yeay! cuti!.. Heee...
Dan kebetulan pula kawan saya ajak temankan dia ke Seremban. Saya ok je.. Bab berjalan memang lajuuuu jee... ahaks..
Pagi-pagi lagi hujan dah turun dengan lebatnya.. tapi itu tidak membatalkan perancangan yang telah dibuat.. Pepagi lagi dah gerak ke Wangsa Melawati. Temankan Izyan ke rumah mak ciknya untuk ambil barang-barang yang hendak dibawa kepada emaknya di Seremban. Wee... dapatlah breakfast free.. Thanks mak cik dan pok cik!. Hee..
Hujan pun dah reda, kami pun gerak ke Seremban dengan jayanya.. AHaks.. Sekitar jam 12.30 tengah hari sampailah kami di Seremban. Selesai segala urusan, kami pun pergi ke Port Dickson. Nak balik KL macam awal lagi. Sepetang dihabiskan di tepi pantai.. Release stress.. Enjoy the day~

Indahnya dapat lepak-lepak di tepi pantai. Jujurnya, saya sukakan pantai! Hee... Angin laut sangat mendamaikan. Segala resah, masalah semuanya boleh dibuang laut ke tengah lautan.. Release minda seketika. Memang terapi minda yang terbaik!!..




Haaa... ingat tak? Petang tu jugalah berlakunya gempa bumi di Sumatera barat. Bergegar juga bumi Malaysia. Tapi masa tu saya dah dalam kereta.. On the way back to KL. Tak sedor pun ada gegor-gegor. Sampai dekat RnR seremban, tengok ada miscall dari emak dan kakak. Aih, emergency apa pula ni?? Cepat-cepat call semula.. Rupa-rupanya...
"Dekat rumah ni dah bergegaq-gegaq dah.. Gempa dekat Sumatera Barat.."
Owhhhh... Macam manalah nak rasa kalau dok dalam kereta.. Eheh..

05 di jelebu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Seremban, <b>Jelebu</b> 17 April

Posted: 15 Apr 2012 02:06 AM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan bekalan air di Seremban membabitkan Taman Bukit Galena mulai jam 10 pagi hingga 4 petang manakala Kampung Mawar dan Kampung Baru Mambau mulai jam 10 pagi hingga 2 petang.

"Gangguan bekalan air di Jelebu pula mulai jam 8 pagi hingga 8 malam membabitkan Pekan Titi, Sungai Muntoh, Kampung Sungai Rotan 1 dan 2, Taman Mawar, Taman Desa Permai, Taman Sri Kenaboi, Taman Bukit Kempas, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Penjara Jelebu, Pusat Akidah, Pusat Serenti, Kampung Puom, Kampung Chennah, Kampung Chalin, Felda Titi dan Perikanan Jelondong," katanya di sini, hari ini.

Katanya, kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual ini adalah antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan.

Azlan berkata, bekalan air dijangka akan disambungkan semula secara berperingkat selepas tempoh tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya di kawasan mereka akan mengambil masa.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di kuala pilah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


MB Selangor <b>di Kuala Pilah</b> 10 Mac 2012 - PAKATAN RAKYAT <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2012 06:14 AM PST


CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Tarikh : 10 Mac 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Pekan Seri Menanti, N.Sembilan

Penceramah :

~ YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

~ YB Dato Ir Amiruddin Hamzah, EXCO Kedah

~ YB Dato Abd Halim Hussein, Speaker DUN Pulau Pinang

JAMUAN MAKAN MALAM DAN SUMBANGAN DANA PRU13 PILAH

Tarikh : 10 Mac 2012, Sabtu

Masa : 8 mlm

Tempat : Hotel Melang Inn, Kuala Pilah, N.Sembilan

Bersama :

~ YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

~ YB Teresse Kok

~ YB Khalid Samad

Hubungi : Kamarul 012-6030042, Boy 013-6520582, Pak Mat 017-6469950

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Jenayah <b>di Negeri Sembilan</b> turun 81 kes - Utusan Malaysia Online <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 07:34 PM PDT

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes


ABDUL Manan Mohd. Hassan memeriksa barisan kawalan kehormat pada Majlis Perbarisan Hari Kor Kadet Polis Ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson, semalam.


TELOK KEMANG 13 April - Kadar kes jenayah di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini menurun sebanyak 81 kes atau 5 peratus kepada 1,519 kes berbanding 1,600 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Mohd. Hassan berkata, jenayah kekerasan didapati meningkat kepada 418 kes tahun ini berbanding 311 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu, iaitu sebanyak 34.41 peratus.

Beliau berkata, kes jenayah harta benda mencatatkan penurunan iaitu 1,101 kes pada tahun ini berbanding 1,212 kes tahun lepas.

"Kedudukan kes bagi jenayah jalanan menyaksikan kenaikan sebanyak 15 kes iaitu dari 119 kes tahun lalu kepada 134 kes tahun ini," katanya ketika berucap pada Perbarisan Hari Kor Kadet Polis ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson di sini semalam.

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


Pengajian Hadith <b>di</b> Surau <b>Serting</b> Tiga - PERSATUAN <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 11:18 PM PST






Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, segala pujian yang hanya layak dan mutlak bagi Allah 'Azzawajalla Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas para ahli keluarga Baginda Nabi SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda Nabi SAW yang suci lagi solehah, ke atas para sahabat dan hawari Baginda Nabi SAW yang setia, dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak. Amma Ba'du..

Alhamdulillah pada 21 Januari 2012 hari sabtu lepas kuliah pengajian hadith yang disampaikan oleh SF. Ustaz Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi bertempat di Surau Serting 3, FELDA Raja Alias 3, Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lebih dari seratus jemaah yang hadir untuk mendapat faedah dan manfaat ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rajab. Pengajian disini menggunakan buku yang disusun sendiri oleh SF. Ustaz Muhammad Rajab yang bertajuk "40 HADITH NABI SAW MENGENAI ILMU DARIPADA SOHIH IMAM BUKHARI DENGAN SANAD RIWAYAT AL-IMAM AL-ARIF SAYYID MUHAMMAD BIN IDRIS AL-IDRISI AL-HASANI" Setakat ini telah 32 Hadith yang telah ditamatkan pengajiannya di surau tersebut selama 4 tahun.

Apa yang menarik kuliah pengajian SF. Syeikh Muhammad Rajab adalah setiap kali pengajiaannya beliau akan menyebut sanadnya sampai kepada pengarang sohih bukhari iaitu Imam Bukhari. Juga dimaklumkan kitab ini mungkin dikhatamkan pada tahun ini dengan izin Allah 'Azzawajalla dan syafaat empunya hadith iaitu Baginda Rasullah SAW. Insya Allah 'Azzawajalla pengajian untuk bulan hadapan akan diadakan pada 18 Februari 2012. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved