Ahad, 15 April 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Jenayah <b>di Negeri Sembilan</b> turun 81 kes - Utusan Malaysia Online <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 07:34 PM PDT

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes


ABDUL Manan Mohd. Hassan memeriksa barisan kawalan kehormat pada Majlis Perbarisan Hari Kor Kadet Polis Ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson, semalam.


TELOK KEMANG 13 April - Kadar kes jenayah di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini menurun sebanyak 81 kes atau 5 peratus kepada 1,519 kes berbanding 1,600 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Mohd. Hassan berkata, jenayah kekerasan didapati meningkat kepada 418 kes tahun ini berbanding 311 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu, iaitu sebanyak 34.41 peratus.

Beliau berkata, kes jenayah harta benda mencatatkan penurunan iaitu 1,101 kes pada tahun ini berbanding 1,212 kes tahun lepas.

"Kedudukan kes bagi jenayah jalanan menyaksikan kenaikan sebanyak 15 kes iaitu dari 119 kes tahun lalu kepada 134 kes tahun ini," katanya ketika berucap pada Perbarisan Hari Kor Kadet Polis ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson di sini semalam.

Beliau berkata, pasukan Kor Kadet Polis seharusnya berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Keahliannya juga telah meningkat kepada 110,740 orang berbanding 1,960 orang pada awal penubuhannya," katanya.

Menurutnya, anggota Kor Kadet Polis yang bakal mewarisi negara ini seharusnya menunjukkan teladan yang baik serta mempertingkatkan mutu kerja.

"Naluri remaja yang mudah terpengaruh serta mempunyai sifat ingin mencuba sesuatu yang baru seharusnya dijaga supaya tidak tersilap langkah," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads