ads

Rabu, 18 Disember 2013

05 di ampangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di ampangan - Google Blog Search


Projek Benteng Haram Tenggelamkan Kg <b>Ampangan</b> | Selangorkini

Posted: 06 Mar 2012 10:54 PM PST

[unable to retrieve full-text content]TANJUNG KARANG, 7 MAC: Pembinaan benteng di Tanah Simpanan Kekal Pembuangan Air (Water Encashment Area) Sungai Tengi oleh Kerajaan Pusat telah menyebabkan beberapa kawasan di Kampung Ampangan ...

05 di jempol - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di</b> Tampin, <b>Jempol</b> pada 8 Okt - AANS BLOG

Posted: 04 Oct 2013 04:45 AM PDT

SEREMBAN, (Bernama) - Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini (8 Okt) berikutan kerja penambahbaikan loji rawatan di Pasir Besar, Gemas dan Jempol.

Menurut kenyataan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), gangguan di kawasan Tampin membabitkan seluruh Felda Sungai Kelamah, Kampung (Kg) Sungai Dua, Kg Tenai, Kg Air Gelugor, Kg Gedok Sawah, Majuternak, Kg Kurnia Diraja, Kilang Papan Jalan Gemas, Kg Londah, Kg Ladang, Kg Bangkahulu, Kg Ulu Ladang, Taman Halacara Baru, Ladang Tabung Haji, Felcra Jelai, Felda Jelai 1,2,3 dan 4, Felda Pasir Besar, Kg Pasir Besar serta Felda Palong 1. Di Jempol, kawasan yang terlibat ialah Felda Raja Alias (1,2,3 dan 4), Air Hitam, seluruh kawasan Lui (Lui Barat, Timur, Selatan dan Sg Lui), Bahau, Serting Hilir, Serting Hulu, Gekko, Ladang Gaddes, Serampang Indah, Bayai dan Batu Kikir.

pistol nakal: Orang Felda <b>Di Jempol</b> Lapar Duit, Kata Kak Ecah

Posted: 06 Nov 2013 01:33 PM PST


Dalam keghairahan Si Ecah tu bercermah dan berkempen di Sungai Limau, dia masih ada ruang untuk menghasut rakyat agar membenci pihak kerajaan.

Sambil menyifatkan Kerajaan BN yang ada hari ini suka dengan penyelewengan dan pembaziran, Si Ecah tu juga turut menuduh rakyat seolah - olah lali dengannya.

Si Ostazah Ecah tu memberi gambaran bagaimana dia menghadapi kempen Pilihan Raya Umum yang lalu ketika berjumpa dengan orang ramai.

Kata dia, puas dia merayu untuk kepada mereka agar berubah. Tetapi, Si Ostazah Ecah ni menuduh orang dikawasan bertanding tu semuanya dah sedap kena sogok.

Jelas Si Ostazah Ecah, pengundi dikawasan dia tu semuanya dah 'Sakan Hindu' bila dapat duit dari calon BN yang bertanding menentang dia.

Dalam erti kata lainnya, Si Ostazah Ecah ni menuduh pengundi - pengundi di kawasan Jempol yang majoritinya datang dari kawasan Felda tu semuanya 'Lapar Duit'.

Tu pasal la dia boleh keluarkan ayat 'Sakan Hindu' tu dalam ceramah dia malam semalam. Begitu la hinanya rakyat ni dimata Si Ostazah Ecah ni.

Cuma yang herannya, dia tak sedar pulak yang dia selama hari ni pun lebih kurang sama je dengan rakyat biasa. 'Sakan Hindu' jugak dia bila dapat duit.

Bila tak dapat, mula dia mengarut benda yang bukan - bukan. Macam - macam benda yang dia taburkan untuk melepaskan geram dia kepada orang lain. [SELANJUTNYA]

#Lapor duit engko kata... Engko tu lapor pangkat engko tak kira? Setakat pilihanraya lepas datang Jempol tayang muka dekat pasar tani, engko bajet engko meletop macam retis korea ke? Engko ke, Ebi Abadi ke, kalau datang Jempol, orang nak tengok dekat-dekat sebab korang retis je. Nak pilih parti engko memerintah? Jangan haraplah... Dah kalah, engko meroyan burukkan orang Jempol dekat Sg. Limau pulak ye? Ape engko ingat orang Jempol ni semua BN yang bagi makan? Abah kau!!!

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di jempol</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 03:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pas calonkan penyanyi "Janji Manismu" <b>di Jempol</b>-PRU-13 <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 05:33 AM PDT

Aishah  Pas calonkan penyanyi Janji Manismu di Jempol PRU 13:

KUALA LUMPUR 4 April – Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Aisah yang cuba dihubungi Utusan Online tidak menjawab panggilan telefon manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar sehingga kini tidak dibalas.

Sementara itu, portal berita Antara Pos melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik daripada Antara Pos hari ini.

Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon bagi PRU-13. – UTUSAN ONLINE-

321 total views, 9 views today

05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


(Gambar) Kemalangan Maut <b>Di Senawang</b> Melibatkan Enam <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2013 03:47 AM PST

Oh! Media ada melaporkan tentang satu kemalangan lebih kurang jam 4:45 petang di Lebuhraya PLUS Arah Selatan yang membabitkan 6 buah kenderaan berhampiran exit Senawang menghala ke Pedas.

Kemalangan melibatkan sebuah tanker, trailer, Myvi, Innova dan Kawasaki RR. Driver bas meninggal dunia. Baby dalam Myvi cedera manakala ibunya dan bapanya meninggal dunia. Pemandu trailer selamat. Penunggang motosikal patah kaki.

Myvi hancur menyebabkan mayat si ibu dan bapa tidak dapat dikeluarkan. Bayi terselemat kerana si bapa sempat memeluk bayi tersebut. Si ibu dilaporkan mengalami kecederaan yang mengerikan di mana hancur keseluruhan badan.

Innalillah. Takziah dari buat semua keluarga mangsa yang terkorban.

Gambar:






Laporan Kami Petang tadi:

Akibat kemalangan ini, lebuhraya PLUS kedua-dua arah sesak sepanjang lebih 8KM. Dinasihatkan pengguna jalanraya untuk membuat lencongan bagi tidak tersangkut di dalam kesesakan ini.

KEMASKINI:

Bayi yang terselamat pada awalnya akhirnya meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

REMBAU: Tiga termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Km244.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, pemandu bas persiaran warga Singapura Ahmad Zaki Kassim, 33, dan Rasidah Abdul Latip, 30, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak Rasidah yang berusia 10 bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Sementara suami Rasidah, Khairul Nazri Yusof, 34, dan seorang penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki yang dalam perjalanan dari Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan dan berpusing.

Katanya akibat itu lori berkenaan kemudian merempuh kereta Myvi yang dinaiki Rasidah bersama suami dan anak mereka serta dan sebuah teksi.

"Kereta Myvi yang dipandu Khairul Nazri terperosok di belakang lori tangki itu sebelum dirempuh pula teksi berkenaan," katanya di lokasi kejadian.

Jurucakap itu berkata tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori seberat 16 tan, sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal yang mengekori dari belakang turut merempuh lori tangki itu.

"Bas persiaran yang tidak berpenumpang itu yang dipandu Ahmad Zaki melanggar bahagian badan lori tangki berkenaan sebelum lori lain yang membawa bahan binaan dan sebuah motosikal turut melanggarnya," katanya.

Katanya pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – AWANI

Gambar dan punca model wanita dibunuh kejam <b>di Seremban</b>

Posted: 24 Nov 2013 08:11 AM PST


Gambar dan punca model wanita dibunuh kejam di Seremban - Seorang wanita yang bekerja sebagai model sambilan di Kuala Lumpur ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah longkang di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Labu selepas mati dibunuh oleh penjenayah.

Jom daftar percuma di SMART POINTS untuk kumpul points anda dan TEBUS dengan barangan Laptop, Camera, Smart Phone, LCD dan banyak lagi.

Cheok Hui Min, 22, yang berasal dari Ampang, Selangor dan tinggal bersama ibunya dipercayai pernah menyertai Pertandingan Ratu Cantik anjuran sebuah akhbar berbahasa Cina awal tahun ini.

Menurut bapa kepada mangsa, kali terakhir dia menghubungi anak bongsunya itu ialah minggu lalu untuk bertanya khabar namun tidak menyangka berkesudahan dengan pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Setakat semalam, polis belum mendedahkan punca pembunuhan, bagaimanapun, mangsa berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan tersebut. Ini berikutan pihak polis tidak menemui apa-apa dokumen pengenalan diri dan dompet anak turut hilang.


Mydin buka pasar raya terbesar <b>di Seremban</b> 2 - Utusan Online

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

SEREMBAN 13 Dis. - Mydin memperuntukan sebanyak RM275 juta untuk membuka cawangan baharu yang juga pasar raya ke-13 dan terbesarnya di negara ini, di Seremban 2 di sini hari ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya besar baharu itu beroperasi dalam bangunan empat tingkat berkeluasan 950,000 kaki persegi memiliki 250 lot perniagaan yang disewa kepada peniaga.

''Sejak kita membuka pasar raya besar pertama tujuh lalu di Mydin Subang Jaya, Mydin Seremban 2 menelan belanja RM275 juta merupakan yang terbesar di negara ini.

''Kita memilih untuk beroperasi di sini kerana populasi penduduk yang mencapai saiz 100,000-150,000 orang di Seremban, tambahan pula ia adalah antara bandar yang kian membangun dan faktor jarak dekat dengan Lembah Klang," katanya selepas merasmikan perasmian pasar raya besar Mydin Seremban 2, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas merangkap Pengerusi Kumpulan Mydin, Mydin Mohamed.

Kata beliau, Mydin Seremban 2 juga memperkenal sistem pengimbas layan diri yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara di mana teknologi itu merupakan revolusi baharu bagi meningkat kecekapan operasi.

''Teknologi ini menjimat masa pengguna ketika membuat bayaran dan mampu menjimat masa ketika beratur.

''Perkhidmatan e-bayar juga diperkenalkan bagi memudahkan urusan beli dan paling istimewa, kad Touch & Go boleh diguna untuk membuat pembayaran dengan ini pengguna mempunya pilihan dalam kaedah urus niaga di sini," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Ameer Ali berkata, Mydin juga akan membuka lima lagi cawangan baharu yang juga pasar raya besar di tiga buah negeri melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM650 juta pada tahun hadapan.

Ujarnya, lima cawangan baharu dijangka dibuka pada Mac hingga April 2014 di Semenyih, Selangor; Gong Badak, Terengganu; Taman Rinting dan Pelangi Indah masing-masing di Johor Bahru.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


cerita tentang SEGALA: Cuti-Cuti <b>Teluk Kemang</b>, PD

Posted: 03 Dec 2013 08:54 PM PST

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
28 November yang lalu, saya ke PD kerana masa off yang agak lama dari mengawas SPM. Comfident jugak nak drive sebab dah pernah pergi sebelum ni. Jalan pun tak susah, ikut je highway dan baca je signboard, In Sha Allah sampai ke tempat yang di tuju. Destnasi kali ni ke Teluk Kemang. Sebelum datang tu ada la saya survey dua tiga hotel, menjadi pilihan adalah hotel yang berdekatan pantai supaya senang nak ke laut. Kebetulan sepupu Mok Ja bekerja di PD, jadi beliau telah membookingkan Hotel Cozzi buat kami. Rupa-rupanya sama dengan pilihan saya semasa mencari di internet.
Kami bertolak dari CH dalam pukul 8.15 pagi dan sampai di sana dalam pukul 2 lebih. Agak mudah jugak nak cari lokasi hotel tersebut. Ambil je laluan Teluk Kemang dan terus sehinggalah sampai ke SMK Teluk Kemang. Dari situ dah boleh nampak signboard hotelnya. Selepas check in, kami terus mencari kedai makan dek kerana perut yang sudah berkeroncong. Jangan risau, di kawasan berdekatan ada banyak kedai makan yang menawarkan pelbagai menu. Selepas makan tengah hari, konon nak ke ladang burung unta, tetapi tak jadi sebab bajet tak ada. Selepas ke Teluk Kemang, kami akan ke Melaka, sebab itulah kena save budget. Untuk jalan-jalan ke PD dan Melaka ni, kami dah kumpul duit sebanyak RM350. Agak-agak cukup tak?
Oleh kerana pantai berdekatan hotel ni adalah pantai awam, maka ramailah pengunjung yang datang. Di sini juga ada disediakan jet ski, banana dan juga bot. Kalau ada bajet bolehlah sewa mana-mana yang disukai. Saya tak ambil pun, sekadar berjalan2 tepi pantai kerana cuaca pun masih terik lagi. Tak koser sebenarnya nak mandi laut time panas-panas tu.
Kalau ke pantai, teringin nak naik benda ni tapi takut. Tambah-tambah pulak bila memikirkan harga sewanya yang agak mahal. Mampu tengok sajalah..
Pada sebenalah petangnya, turun jugaklah ke pantai sebab dak Naim dah meminta-minta. Kalau ikut hati malas jugak nak turun. Bila dah jejak ke air, saya mendapati air pantai tu agak kotor dengan keladak hitam, tak tahulah serbuk kayu ataupun sampah sarap. Sekejap sahaja di sini dan kami balik ke hotel. Nasib baik di sana ada disediakan kolam renang...
Jalan-jalan ke pantai... Di PD ni, ada banyak pantai rupanya. Setiap bahagian dipisahkan dengan nama pantai yang tertentu. Bertuah sungguh orang PD, dengan pesisir laut yang panjang, membolehkan sektor pelancongan berkembang pesat.
Cantik. Suka dengan pemandangan begini. Terasa begitu dekat dengan jiwa saya!
Di satu lokasi menarik tepi pantai. Di hujung benteng, ada laluan ke pondok. Selalu nampak dalam drama Rosyam Nor. Suka sangat. Hati berbunga-bunga dapat mengabadikan gambar di sini. Nak sampai ke pondok ni boleh tahan gayat jugak!
Panorama biasa di pantai peranginan. Ada menjual pelbagai benda. Sewaktu kunjungan kali pertama, di sinilah saya beli FM. Harganya pun ok-ok lah...tak ada mahal sangat.
Kaki-kaki yang montok semuanya!
PAnorama pagi 29 November, berlatarkan rumah api. Sepatutnya di pantai ni boleh tengok matahari terbenam tetapi tak nampak sebab cuaca mendung. Sekarang ni di kebanyakan tempat cuaca dan mula memasuki fasa musim tengkujuh. Hujan di mana-mana.
Setelah semalaman di PD, tengah hari keesokannya saya bertolak ke Melaka. Budjet sepanjang di PD dalam RM150 gitulah, termasuk makan, tol dan hotel, (hanya membayar RM40 untuk hotel, terima kasih pada En Rawi yang membelanja RM100 untuk penginapan...)

05 di kuala klawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 11:39 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Oct 2013 11:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) - <b>Kuala Klawang</b>

Posted: 05 Aug 2013 08:59 PM PDT

Pada 27 Julai 2013 yang lepas, IKRAMTeens Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) bertempat di Masjid Jamek Kuala Klawang. Program yang julung-julung kali diadakan di Kuala Klawang ini disertai seramai 46 remaja di sekitar Kuala Klawang dan dikelolakan seramai 14 orang fasilitator.

Program bermula pada pukul 10.30 pagi dengan Slot - Ice Breaking, diikuti dengan Ceramah - "Ramadhan Aku Datang" yang disampaikan oleh Abang Mohd Saiful Iman. Slot ceramah ini yang memakan masa selama 3 jam lebih menceritakan persedian menghadapi bulan Ramadhan di samping menyentuh sirah di zaman Rasulullah apabila tibanya bulan Ramadhan. Slot - LDK selepas itu lebih kepada perbincangan peserta dengan fasilitator mengenai salah faham dalam bulan Ramdhan. Perbincangan ini lebih kepada penerangan musykilah yang sebenar ketika bulan Ramadhan. Slot - Kreativiti Lailatul Qadar adalah slot di mana para peserta diminta melakarkan gambaran mengenai Lailatul Qadar dalam kumpulan. Ini adalah untuk melihat sejauh mana kefahaman para peserta mengenai malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Majlis diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh En. Shah, Setiausaha Masjid Jamek Kuala Klawang dan diikuti dengan Majlis Iftar bersama dengan ahli kariah masjid.

Secara keseluruhannya, program ini menerima sambutan yang baik dari pihak peserta dan pihak masjid. Pihak IKRAMTeens Negeri Sembilan berharap program ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan dapat membantu golongan remaja ke arah program yang bermanfaat. Golongan remaja ini adalah aset yang cukup bernilai dan perlu dijaga sebaik-baiknya demi kebaikan agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 11:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Aug 2013 11:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jul 2013 11:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 11:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 11:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2013 11:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 11:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 11:42 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 12:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 11:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

mayat tergantung menghantui pembangkang <b>di</b> <b>...</b> - Semut Hitam

Posted: 12 Mar 2013 08:45 AM PDT

Huh! Bahaya jugak ni. Nampak gayanya di Kuantan dah kena serangan Mayat Hidup. Semuanya akibat keceluparan Si Mayat Hidup tu jugak.

Siapa lagi kalau bukan Si Tian Chuak. Akibat kelantangan mulut dia yang tak berinsuran tu telah membangkitkan kemarahan rakyat.

Bagi menunjukkan kemarahan tersebut, patung berwajahkan Si Tian Chuak tu telah pun digantung baru - baru ni. Gempar jugak dibuatnya. Ingatkan mayat betul tadi.

Inilah akibatnya kalau ada mana - mana pihak yang tak reti bahasa dan tak tau nak menghormati orang ni. Ditegur cara baik, diorang tak nak dengar. Cara ini je yang menjadi.

Puak - puak Pakatan tu katanya tak puas hati dengan tindakan tersebut. Huh! Diorang tak puas hati apa pasal pulak. Bukan ke diorang jugak yang buat benda tu dulu?

Sebelum ni, diorang buat patung DS Najib dan TS Isa Samad dan disalib kat depan Pejabat Felda tu. Yang itu bukan tanda diorang tak hormat pada orang lain? Tolong la!!! Jangan setakat cakap je pandai. Kaji diri sendiri tu dulu baru nak salahkan orang lain!!!

Kemarahan orang ramai terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, hanya sandiwara UMNO belum reda dengan pelbagai pihak terus berhimpun dan membuat laporan polis. 

Di JELEBU, lebih 100 orang mengadakan demonstrasi bagi membantah kenyataan biadab Tian Chua sebelum membuat laporan terhadap pemimpin PKR itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu. 

Yang turut sama dalam demonstrasi di tapak Pasar Tani Kuala Klawang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Di TANAH MERAH, lebih 300 ahli beberapa NGO Kelantan dan Felda Kemahang di sini, berhimpun bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan kewarganegaraan Tian Chua. Mereka seterusnya membuat laporan polis. 

Kolonel Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Tanah Merah, Datuk Ir. Shahri Hassan berkata, kenyataan Tian Chua mempersendakan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu memalukan dan mengguris hati rakyat negara ini. 

Di PASIR MAS, seramai 200 orang penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal yang mewakili 15 NGO, berhimpun secara aman sambil membawa sepanduk dan membakar replika Tian Chua di luar pekarangan Balai Polis Bukit Yong dekat sini hari ini. 

Wakil NGO terbabit, Mohd. Ashari Daud berkata, penduduk membantah keras tindakan biadab Tian Chua itu kerana disifatkan sebagai berniat jahat. 

Di KAPIT, sekumpulan bekas anggota Iban Trackers dan ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kapit mengadakan demonstrasi aman dan membuat laporan polis bagi menuntut Tian Chua memohon maaf di atas kenyataan biadab terhadap anggota keselamatan negara. 

Pengerusi PBTM Cawangan Kapit, Wilfred Billy Panyau berkata, tindakan Tian Chua yang mendakwa pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO adalah keterlaluan. 

Di JOHOR BAHRU, seramai 50 orang penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara dan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat bantahan secara aman terhadap kenyataan biadab Ahli Parlimen Batu itu, semalam. 

Mereka yang mula berkumpul pada pukul 5 petang itu, membuat laporan polis sambil membawa sepanduk dan membakar patung yang dianggap sebagai Tian Chua.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Nov 2012 11:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Terowong Emas <b>di</b> Jelebu Bukan Dongeng | Hargaemas

Posted: 29 Oct 2012 08:21 PM PDT

lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu

JELEBU: Kerja menarah bukit di belakang pasar awam pekan Titi di Kuala Klawang, di sini, sejak awal tahun ini membawa penemuan empat terowong di situ yang menurut penduduk, dianggap sebagai kisah dongeng sebelum ini kerana lokasi sebenarnya tidak pernah diketahui dengan terperinci.

Sejak puluhan tahun lalu, kisah terowong berkenaan hanya diceritakan generasi tua di pekan didiami kira-kira 20,000 penduduk itu, namun tiada pihak tampil untuk melakukan kajian.

Tinjauan mendapati empat terowong itu terletak berasingan dengan setiap satu dibina kemas dengan dinding dibuat daripada batu dan boleh dimasuki secara berdiri oleh orang dewasa.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa terowong itu mungkin dibuat pencari emas berdasarkan kewujudan beberapa lombong sekitar kawasan itu dan menolak ia mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas komunis Penoreh getah, Siow Yoke Kim, 54, berkata generasi tua di pekan itu pernah bercerita mengenai terowong untuk mencari emas, namun tidak menyatakan lokasinya sehingga awal tahun ini, ada pihak menarah bukit di belakang pasar.

"Kami terkejut kerana terowong yang diceritakan itu terletak di belakang pasar yang penduduk kunjungi setiap hari.

"Saya percaya terowong itu dibuat pencari emas, malah jalan utama pekan ini dinamakan 'Kim Loong' atau naga emas dalam dialek Hakka," katanya ketika ditemui, semalam.

Peniaga, Lee Ah Chai, 51, pula mengaku pernah memasuki terowong itu, tetapi mendapati lubang itu terlalu panjang.

"Saya tidak masuk terlalu dalam kerana bimbang terowong runtuh. Pihak berkaitan terutama pengkaji sejarah wajar melakukan kajian terperinci bagi memastikan sejarah sebenar terowong itu sama ada digali oleh pelombong emas atau mempunyai kaitan dengan aktiviti komunis," katanya yang menolak kemungkinan terowong itu digali pengganas komunis.

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Rafizi Cabar Khairy Buktikan Menang <b>Di Rembau</b> Tanpa Penipuan <b>...</b>

Posted: 20 May 2013 02:08 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA, 20 MEI: Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin dicabar agar membuktikan kemenangannya di parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke13 lalu bukan disebabkan penipuan pilihan raya.

di negeri sembilan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


KISAH TUAN TULIS <b>DI NEGERI SEMBILAN</b> | Kisahteladan.info

Posted: 03 Jul 2012 03:52 AM PDT

TUAN TULIS membeli burung yang terkurung dan membebaskannya. Bagaimanapun beliau sendiri memelihara ratusan ekor burung merpati yang dilepas bebas, diberi makan dan minum secukupnya dan  disediakan rumah burung untuk mereka berteduh, bertelur dan beranak-pinak.

TUAN TULIS membeli burung yang terkurung dan membebaskannya. Bagaimanapun beliau sendiri memelihara ratusan ekor burung merpati yang dilepas bebas, diberi makan dan minum secukupnya dan disediakan rumah burung untuk mereka berteduh, bertelur dan beranak-pinak.

Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin Hussein, terkenal sebagai seorang wali Allah yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah. Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah, khususnya di kalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Namanya turut dikenali di kalangan kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kerana beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar yang pertama yang uzur di London pada tahun 1925, sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis sebenarnya sudah meninggal dunia.

Tuan Tulis dilahirkan dalam keluarga miskin (tarikh kelahiran beliau tidak dapat dipastikan), namun beliau sangat tekun mendalami ilmu walaupun terpaksa menempuh berbagai kesukaran. Dengan berjalan kaki, beliau merantau hingga ke Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Di sana beliau menemui guru yang membimbingnya dengan ilmu dan amal. Dengan guru itu juga beliau mendalami soal-soal kerohanian. Tok Ayah Man adalah guru utama kepada Tuan Tulis. Beliau adalah seorang alim lagi wara', berhijrah dari negeri Kelantan dan menerokai Kampung Lubok Kawah pada sekitar penghujung kurun 18 Masihi. Beliau mendirikan pusat pengajian yang masyhur pada masa itu dan muridnya datang dari merata negeri. Menurut mereka yang ditemui, Tok Ayah Man adalah seorang yang ahli dalam hal-hal kerohanian dan pernah berhadapan dengan karenah gangguan jin jahat sewaktu pembukaan kampung itu. Dengan Tok Ayah Man, Tuan Tulis menadah kitab bersama pelajar-pelajar lain. Oleh kerana miskin, beliau tidak dapat membeli kitab-kitab yang menjadi teks pengajian sebagaimana yang dimiliki oleh pelajar-pelajar lain, lalu beliau berusaha menyalin kesemua matan kitab yang dipelajari. Beliau juga mencatat apa saja isi kuliah yang disampaikan oleh gurunya.

Setiap malam beliau menyalin matan kitab yang akan dipelajari pada keesokan harinya dengan cara meminjam daripada kawan-kawannya. Begitulah tabiatnya, cerita Tuan Haji Ismail Haji Hussein, imam Masjid Tuan Tulis di Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Melihat kepada tabiatnya yang rajin dan tekun menulis itulah, guru dan sahabat-sahabat sepengajiannya memanggil beliau 'Ismail Tulis'. Gelaran ini sungguh mesra sepanjang beliau dalam pengajian itu. Apabila tamat mengaji, orang­ orang kampung menghormatinya pula dengan panggilan 'Tuan Tulis'. Kerja-kerja menyalin kitab itu dilakukan secara istiqamah (berterusan) sehingga setiap kitab yang khatam diajar oleh gurunya itu turut siap disalin oleh beliau dengan tulisan tangannya sendiri. Maka banyaklah kitab yang telah siap disalinnya. Yang masih ada dalam simpanan ialah jilid pertama kitab Tafsir Jalalain manakala jilid keduanya sudah hilang bersama banyak lagi kitab lain. Juga masih ada dalam simpanan ialah 30 juzuk Al Quran yang disalin pada masa-masa lapang semasa masih menuntut. Kitab-kitab dan Al Quran yang disalin dengan tulisan tangannya sendiri itu ditulis dengan dakwat yang dibuat sendiri. Antara campurannya ialah arang para dan getah limau kasturi. Penanya dibuat daripada bilah segar kabung.

Suatu ketika, tukang cukurnya masuk ke dalam rumah untuk mengasahi pisau, dia terperanjat apabila mendapati Tuan Tulis sudah tidak ada di atas kerusinya. Tuan Tulis telah menghilangkan diri. Tidak lama kemudian Tuan Tulis muncul semula."Ke mana tuan pergi tadi ?" tanya tukang cukur kehairanan.

"Aku ke Makkah, bantu memadamkan api kebakaran besar di sana," jawab Tuan Tulis selamba. Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 1900.

Tuan Tulis kembali ke rahmatullah pada tahun 1922. Bagaimanapun, pada tahun 1925, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Pertama, Tuanku Muhammad ibnu Tuanku Antah, diberitakan telah diziarahi oleh Tuan Tulis ketika sedang terlantar uzur di London. Mereka memang saling kenal-mengenal kerana Kuala

Talang tempat tinggal Tuan Tulis berdekatan dengan istana Sri Menanti yang juga dalam daerah Kuala Pilah. Dalam pertemuan di London itu, Tuan Tulis meminta segelas air lalu menjampinya. Air jampi itu disapu di tempat sakit dan selebihnya diminum oleh Tuanku Muhammad. Seketika itu juga Yang Dipertuan Besar merasa sembuh dari penyakitnya. Kemudian Tuanku Muhammad masuk ke dalam bilik untuk mengambil sesuatu (mungkin hadiah). Apabila keluar dari bilik, baginda mendapati Tuan Tulis sudah ghaib. Dalam kehairanan itulah Tuanku Muhammad barn sedar bahawa sebenarnya Tuan Tulis sudah meninggal lebih tiga tahun sudah. Dan kehadiran Tuan Tulis itu secara kerohanian. Pada masa itu juga hati baginda berniat, apabila kembali ke tanah air, baginda akan menziarahi maqam Tuan Tulis. Niat Yang Dipertuan Besar itu ditunaikan beberapa tahun kemudian. Baginda juga menitahkan supaya dibina bangunan di maqam Tuan Tulis di Kuala Talang yang masih wujud hingga sekarang.

Demikian kejadian luar biasa yang merupakan karamah yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada Tuan Tulis. Kelebihan seumpama itu ALLAH kumiakan kepada hamba­hambaNya yang dikehendaki dan disayangi. Mereka yang mendapat kurniaan itu bukan saja dapat menolong orang yang dalam kesempitan secara kerohanian bahkan dapat membantu tentera Islam di medan peperangan menghadapi tentera kafir musyrikin.

Banyak lagi perkara pelik yang diceritakan orang mengenai Tuan Tulis. Peerah berlaku ketika Tuan Tulis mengerjakan sawah bendang dengan dibantu oleh anak-anak muridnya, beliau menyajikan mereka buah tamar yang masih segar seolah­olah baru dipetik sedangkan di kawasan itu memang tidak ada pokok tamar. Selain dari bertani, Tuan Tulis juga banyak menternak kerbau. Anehnya, kerbau-kerbau peliharaannya tidak seperti kerbau orang lain. Tuan Tulis pernah berpesan kepada kerbau­kerbaunya: "Kamu, makan rumput saja, jangan makan padi orang." Dan semua kerbau Tuan Tulis sudah dikenal pasti tidak makan padi walaupun dibiarkan merayau tanpa ditambat. Ini satu keganjilan yang benar-benar berlaku.

"Sebab itu orang kampung tidak halau kerbau milik Tuan Tulis yang masuk bendang," cerita Tuan Haji Isa Jaafar, 67 tahun, penduduk di kampung yang berhampiran dengan Kuala Talang. Kehalusan budi Tuan Tulis bukan saja kepada sesama manusia tetapi juga kepada binatang. Satu hari di perjalanan, beliau terserempak dengan sekumpulan semut yang tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dihalangi oleh lopak air. Tuan Tulis berhenti dan membuat jambatan kecil sehingga semua semut itu dapat menyeberangi lopak itu.
Beliau tidak sanggup melihat burung yang terseksa dalam kurungan. Pernah Tuan Tulis membeli burung yang terkurung dan membebaskannya. Bagaimanapun beliau sendiri memelihara ratusan ekor burung merpati yang dilepas bebas, diberi makan dan minum secukupnya dan disediakan rumah burung untuk mereka berteduh, bertelur dan beranak-pinak.

Selepas kematiannya, sewaktu jenazah Tuah Tulis dibawa ke tanah perkuburan, beratus-ratus burung merpati peliharaannya terbang mengiringi dan melindungi jenazah beliau daripada pancaran matahari terik. Dan setelah selesai pengkebumian, kesemua burung merpati itu menghilang entah ke mana, tidak pulang-pulang lagi ke sarangnya. Wallahu a'lam.

Sebagai seorang tuan guru yang berwatak pemimpin dan pembimbing, Tuan Tulis menyebarkan ilmu dan mendidik masyarakat secara halus. Baginya pendidikan tidak semestinya berlangsung secara formal di kelas-kelas pengajian atau di masjid dan surau malah yang lebih berkesan pendidikan secara tidak formal (tidak rasmi).

Tuan Tulis suka bergaul dengan orang­orang jahil dan sentiasa pula menanyakan masalah-masalah yang mereka hadapi. Beliau sentiasa bersabar dengan kerenah mereka dan terus mendampingi mereka untuk tujuan dakwah.

"Berdakwah secara menunjuk contoh teladan (lisanul hal) ini amat berkesan di mana akhirnya orang-orang jahil yang liar dengan agama itu terpengaruh dan terikut-ikut dengan tingkah lakunya yang mulia itu," cerita Tuan Haji Isa Jaafar. Menurut Tuan Haji Isa, Tuan Tulis juga menjadi tempat rujuk masyarakat bagi menyelesaikan masalah yang timbul, baik yang berhubung dengan rumahtangga, pertikaian sempadan sawah bendang, kes-kes kecurian dan lainnya. Dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian, Tuan Tulis tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menunjuk jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah mereka.

"Cara beliau Yang penuh hikmah itu dapat memuaskan hati semua pihak yang terlibat dalam sesuatu perbalahan," kata Tuan Haji Isa. "Bagaimanapun imej beliau bukan saja sebagai seorang warak yang bijak membuat keputusan tetapi juga seorang tuan guru yang sangat disegani khususnya bagi penduduk
Kuala Pilah," katanya lagi.

Selain mendidik masyarakat secara tidak formal, Tuan Tulis juga mengadakan kelas-kelas pengajian secara formal di surau dan kadang-kadang di rumah. Lama selepas itu, beliau berusaha mendirikan sebuah masjid di Kampung Kuala Talang. Masjid ini didirikan secara gotong-royong bersama penduduk kampung selama dua tahun dan siap dibina pada tahun 1922. Di masjid inilah Tuan Tulis kemudiannya mengajar, mengimami sembahyang jemaah serta membimbing orang ramai dengan ilmu dan amal. Ketika itu pengaruhnya memang sudah besar bukan saja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga di kalangan masyarakat sekitarnya. Mereka mengenali beliau sebagai seorang yang alim lagi warak serta seorang wali ALLAH.

Menurut Imam Masjid Tuan Tulis sekarang, Tuan Haji Ismail Haji Hussein (namanya kebetulan sama dengan nama sebenar Tuan Tulis), 75 tahun, Tuan Tulis biasanya pakai kain pelikat atau berseluar jerut, baju Melayu atau baju labu ng ahli zikir, dan banyak membaca Al Quran. Ibadahnya kemas dan istiqamah. Selang beberapa bulan selepas menyiapkan pembinaan masjid di Kuala Talang, Tuan Tulis jatuh sakit (sakit tua) dan kembali ke rahmatullah pada hari kesepuluh bulan Ramadhan. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk menemui kekasihnya, ALLAH SWT, sewaktu sedang bertafakur selepas sembahyang Subuh pada kira-kira jam 7.30 pagi. Beliau tidak meninggalkan zuriat dengan isterinya dan tidak juga meninggalkan wang ringgit dan harta melainkan murid-murid yang mendapat ilmu daripadanya serta jariahnya membina masjid yang kekal digunakan sehingga sekarang.

None found.

05 di serting - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Dec 2013 03:24 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Nov 2013 03:08 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cerita Kami...: Majlis kenduri kahwin Akhmal <b>di Serting</b>

Posted: 24 Jun 2013 08:12 PM PDT

Sabtu lepas telah berlansungnya majlis kenduri Akhmal di Serting. End of June dulu kat belah perempuan di Sepang. Ceritanya Di Sini

Kali ni kat belah lelaki pula. Kami adik beradik hanya dapat sampai pada hari langsung. Hari Sabtu lah ya... Kira pagilah jugak sampai. Dengarnya ada yang bertolak dari KL selepas subuh...... Aku kalau tidak pun pagi juga sampai tapi disebabkan sesat barat makanya dalam pukul 11 baru sampai. Kira pagilah jugak kan???? Lagi pun masa aku sampai tu, tetamu jemputan abang aku tak ramai lagi yang sampai..... kira selamatlah..... kalau tidak mampus kena kutuk.......
Aku kalau ke rumah abang aku ni kalau tak sesat tak sah. Setiap kali kerumahnya mesti sesat barat. Tanah rancanganlah katakan, banyak sangat simpangnya........ konfius sekejap.......
Rasa bersalah tu ada jugalah, sebab sepatutnya kat rumah adik beradik kena awallah sampai, tapi disebabkan bekerja so hari langsunglah sampainya. Lagipun nak berewang, orang-orang Felda dah ramai. Kami sampai-sampai pun hanya duduk lepak-lepak ajer........

ahli keluarga Linggi sedang bergossip
pengantin..... pelamin kat luar rumah......
pengantin kat meja santapan
jiran tetangga yang datang menolong
mereka-mereka yang menyediakan juadah kenduri......
blogger Yati yang sedang menikmati juadah pengantin...... Lepas ajer pengantin dan ahli keluarga belah perempuan bangun maka meja santapan ni diserbu oleh ahli keluarga belah Linggi pula.......
adik aku yang kat Pandan tu dengan husbandnya......
meriah sungguh....... Pak Cik ngan Mak Su pun joint sekali........
Kami semuanya bertolak balik kerumah masing-masing petang tu jugak, setelah menolong mengemas serba sedikit (buat syarat ajer)........ hahaha.... terukkan....... Sempat lagi tu membungkus makanan..... penuh bonet kereta masing-masing......
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved