ads

Isnin, 8 Ogos 2011

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Jiwa Niaga: Mesin Mengeram Telur, Kini <b>di Bahau</b>, N9

Posted: 25 Jun 2011 03:18 AM PDT

Assalammualaikum,
Pihak JiwaNiaga ingin melebarkan sayap perniagaan inkubator kami di seluruh Malaysia. Bagi kawasan utara, operasi pusat kami berada di Kulim, Kedah dan segala urusan pengeposan inkubator di buat di Penang.

Untuk pengetahuan semua, mesin kami juga telah terjual sehingga ke Brunei. Kami juga sentiasa menerima tempahan dari Sabah dan Sarawak. Walaupun harga pengeposan ke sana lebih mahal, pihak kami sentiasa memberi pilihan kepada pelanggan di sana untuk mengurangkan kos pos inkubator.

Untuk urusan di Negeri Sembilan, anda boleh berurusan dengan saya ( Mohd Ammar, 013-2996820). Sekiranya anda mempunyai inkubator lama untuk diperbaiki, boleh juga dihantar kepada saya.

Untuk makluman semua, kos penghasilan inkubator di sini ( Bahau ), lebih mahal dari di Negeri Kedah. Sesetengah bahan tidak dapat diperoleh di sini, dan jika diperoleh, harganya meningkat 2x ganda. Antara bahan yang sukar diperoleh ialah termostat dan lampu jernih 5watt.

Berikut merupakan gambar inkubator yang dihasilkan :-








Saiz inkubator
Panjang - 17 inci
Tinggi - 10 inci
Lebar - 14 inci

Kapasiti telur = 40 biji lebih ( telur ayam kampung )
free = Buku manual, tray telur

hubungi : 0132996820 (ammar)

p/s : juga menyediakan perkhidmatan mengeram telur unggas.
Perbezaan harga inkubator RM300 dan Inkubator RM180


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


BESI WAJA: Menghadiri Bengkel Pembelajaran Alquran Braille <b>Di Paroi</b>

Posted: 01 Jun 2011 08:16 AM PDT

Pagi tadi, saya telah menghadiri satu bengkel yang dinamakan sebagai Bengkel Amalan Pembalajaran Alquran Braille. Bengkel berkenaan telah berlangsung di Pusat Dakwah Islamiyah di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Penganjur utama bengkel berkenaan ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Antara tujuan utama bengkel berkenaan ialah untuk mengenengahkan Alquran Braille dalam khalayak masyarakat umum khususnya di Negeri Sembilan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan sebagai asas kepada kelas pembelajaran Alquran Braille yang telah dirancang untuk diadakan dalam masa yang terhampir. Bengkel ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengalaman individu tertentu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Alquran Braille selama ini.

Antara peserta bengkel ini ialah kakitangan Pusat Dakwah Islamiyah Paroi sendiri serta kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Selain itu, beberapa orang ahli PERTIS Negeri Sembilan turut hadir dalam bengkel berkenaan.

Bengkel ini akan berjalan selama dua hari, iaitu hari ini (Rabu) dan juga esok)Khamis). Beberapa orang telah dan akan berkongsi pengetahuan, kemahiran serta pengalaman masing-masing mengikut topik yang telah diberi. Saya sendiri telah diamanahkan selaku pembentang kertas kerja yang pertama untuk hari ini.

Topik yang telah diberikan kepada saya untuk dikongsikan dengan para peserta lain ialah "Alquran Braille Cetakan Malaysia: Satu Pengenalan". Dalam membicarakan tajuk ini, saya telah cuba berkongsi mengenai sejarah Alquran Braille khususnya di Malaysia. Saya juga turut berkongsi mengenai sejarah ringkas penyalinan dan penerbitan Alquran Braille dari sejak ianya bermula sehinggalah kepada yang terkini.

Selain saya, antara pembentang lain termasuklah daripada Darul Quran Kuala Kubu Baru, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta pasukan penyelidik daripada UTM Skudai yang akan membuat pembentangan pada petang esok. Selain itu, Ustaz Fauzi daripada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang, turut akan berkongsi mengenai software Iqra' untuk kegunaan mereka yang cacat penglihatan yang telah beliau bangunkan.

Bagi saya, bengkel seumpama ini amat bermanfaat. Ia telah dapat mengenengahkan kepentingan dan kegunaan Alquran Braille khasnya kepada mereka yang cacat penglihatan. Selain itu, menerusi bengkel ini juga, ia dapat membetulkan persepsi sebahagian masyarakat kita yang mengatakan Braille hanya untuk mereka yang cacat penglihatan semata-mata. Sebenarnya Braille adalah untuk mereka yang meminati dan mencintainya. Guru-guru saya pada masa lalu sebahagian besarnya adalah merupakan mereka yang berpenglihatan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Norakyairee Mohd Raus daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah bekerja keras untuk menjayakan bengkel kali ini. Katanya, bengkel kali ini merupakan siri 1. Siri-siri yang berikutnya akan menyusul pada masa yang akan datang.

Oleh kerana ada beberapa urusan lain lagi yang perlu saya uruskan, maka selepas makan tengah hari saya sekeluarga terpaksa meninggalkan Pusat Dakwah Islamiyah Paroi dan kembali semula ke Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di rembau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Dato Mahfuz Omar <b>di Rembau</b> 6 Ogos 2011

Posted: 02 Aug 2011 09:18 AM PDT

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di gemencheh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemencheh - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Pencerobohan Pengambilan Pasir <b>di Gemas</b>, N <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2011 08:59 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PENCEROBOHAN PENGAMBILAN PASIR
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Saya sebagai anak jati Kg Kurnia Di Raja Pasir Besar di Gemas N Sembilan sangat tidak berpuas hati dengn pengurusan kampung.

2 orang ketua kampung dan seorang Iman yang berkompromi dengan tauke pasir di kg ini menjual pasir iaitu harta kerajaan pada waktu yang tidak di tetapkan pada pukul 4.00pg – 5.00 pagi iaitu di luar waktu operasi 8.00pg – 5 .00ptg.

Kerja-kerja pencerobohan pengambilan pasir ini telah terlalu berleluasa sehingga mengakibatkan jalan laluan penduduk kg rosak dan menyebabkan hakisan tanah yang teruk.

2 orang ketua kampung ini begitu tidak bertanggungjawab dengan membiarkan tauke pengorek pasir ini bermaharajalela tanpa sebarang pantauan.

Saya amat berharap pihak berwajib dapat turun padang melihat sendiri keadaan kg kami dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pencuri-pencuri harta kerajaan ini.

By: Anak Jati

http://www.aduanrakyat.com.my/pencorobohan-pengambilan-pasir

Antara beberapa kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan bagi tahun 2009 ialah pengurusan pengambilan pasir yang kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air tidak dilaksanakan. Laporan audit tersebut dan beberapa gambar masalah penagmbilan pasir di pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved