ads

Isnin, 13 Januari 2014

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


liyanadz.blogspot: Tahun baru <b>di port dickson</b>

Posted: 09 Jan 2014 02:18 AM PST

Dah masuk pertengahan bulan 1/2014 baru nak buat entri. .. act tak dirancang pun. Malam sebelum pergi tu sepupu mengusul plan kat group whatsapp. Aku ok je... mentang2 rumah kat sendayan dekat dengan pd.. haha.. tapi apa2 plan pun subject to approval from husband gitu... hehe
Ok la demi Faiq.. husband cakap jom la... ajar Faiq main pasir. So pagi tu pergi ramai2 la naik 1 kereta je. Naik kereta sepupu. Kete besar.. boleh la sumbat ramai2.  Heh.
Sampai pd g sarapan dulu. Lapar wey. Kena ngap dulu la.... makan nasi lemak kat kedai apa entah. Pedas nak mampus! Tak tertelan haku. Sepupu cakap semalam sedap je nasi lemak dia. Hari yang kitorang pergi tu tak sedap la pulak bahaha. Kedai apa pun lupa. Kat area teluk kemang tu ler.. kemain ramai la orang kat situ haa.. malam tu kan sambut new year... ada konsert kot... kemain ramai budak motor. Bising dengan bunyi motor pret pret eh. Yela zaman muda mudi khennn.. hakak pahammm ahaks!
Disebabkan terlalu ramai orang kat teluk kemang tuh... kitorang naik atas lagi... aku tak ingat la.. rasa macam teluk cenang ke ape? Bahaha. Clean n clear orang. Bagusss! .
Terus ajak Faiq main pasir. Kemain lagi orang bujang tu eeee... eee... macam geli sangat tengok pasir. Ayola anak bujang den ni punnnn.... menurun ke sape pulakkk... ehh? Haha
Alah bisa tegal biasa. Lama2 seronok lak deh main pasir timbus2 kaki. Buat istana pasir. Main kejap pastu bawak g berendam dalam air. Takde beli pelampung ke apa. Main redah je. Faiq suka giler. Hahaha menjerit2. Dekat 2 jam kot dalam air tak reti keluar. Hahah. Agaknya dah haus n lapar.. mula la cari aku. Ngamuk dah dia. Aku pun dah lapar jugak sebenarnya..  bawa naik g mandi air bersih.. sabun n mandi betul2.  Bawak naik surau kejap g susukan Faiq.  Sian anak ibu penat n lapar.
Next time boleh la pergi lagi. Tapi kitorang kena bawa kereta sendiri sebab payahla ada anak kecik ni. kena bawak air bersih sendiri. Senang nak mandikan faiq lepas tu nanti. And aku tak payah berendam pun takpe. Hehe. Leceh nal ganti2 baju. Amik masa sebab orang adalah ramai.
Pastu kena bawak la bekal sendiri. Dah mandi lapar woi. Gigil!! Kedai makan terhad .. orang ramai... n kadar kebersihan tu macam tak berapa kena kat mata aku hehehe dasar memilih
Sori la gambar pun ni je yang ado. Hp iols dalam kereta.  Curik kat fb sepupu. Screenshot je malas nak crop. Kemain oren seluar aku hahahaha

05 di jelebu - Google Blog Search

2 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


Nasir Catering Group @ NC Group <b>Jelebu</b> Negeri Sembilan - LoNG TT

Posted: 01 Jan 2014 12:38 AM PST

                                                           SEJARAH RINGKAS AKU
Aku telah melibatkan diri dalam dunia penyediaan makanan atau katering sejak tahun 2007 bersama NC Group (Nasir Catering).Penglibatan aku mulanya sekadar suka-suka untuk mengelakan bosan dgn ketiadaan aktiviti dirumah semasa hari cuti.Sesudah hampir setahun maka minat aku untuk menambah pendapatan makin bersemangat.Maka itu aku secara seriusnya dan sepenuh masa (Hari tidak bekerja) aku ditugaskan membantu pelbagai tugasan di dewan memasak,di stor dan tugas-tugas layanan tetamu VIP mahupun awam.
Tugas-tugas memasak dikendalikan sepenuhnya oleh Big Boss kami (Tok Nasir) bersama pembantu khas memasak dan tugas aku hanyalah kerja-kerja akhir sebelum makanan ini dibawa ke lokasi Majlis.
Aku bersyukur dgn Izin Nya aku diberi tenaga,kesihatan dan semangat untuk terus bekerja disamping menambah pendapatan bagi menyara keluarga.Dalam masa yang sama juga aku membekalkan terus Nasi Lemak untuk kantin Sekolah berdekatan.Mungkin juga semangat aku bersama dunia peenyediaan makanan ini telah disemai sejak aku bersekolah lagi krn suatu masa dulu aku pernah membantu keluarga berniaga makanan di Jelebu Estate (1988~1994) dan berniaga Satay di Petaling,Ladang Jelebu dan Titi (1998~2004)
                                                  
NASIR CATERING @ NC Group
Sekitar Daerah Jelebu nama Nasir Catering tidak asing lagi dan amat dikenali penduduk setempat.Tempahan juga boleh dipertimbangkan sekiranya lokasi berada diluar Daerah Jelebu seperti persempadanan daerah dan Negeri.Antara lokasi yang pernah mendapat khidmat tempahan makanan dari Nasir Catering ialah Putrajaya,Semenyeh,Sendayan,Seremban,Lui,Jempol,Bahau,Pasoh dan beberapa lagi tempat yang sekitarnya berdekatan.Tempahan biasanya boleh dibuat seawal mungkin untuk menetapkan tarikh dan berkaitan menu dan harga boleh dibincangkan terus dengan Big Boss kami.
   Antara menu menarik ialah-Masakan Tradisional N9,Masakan 1 Malaysia,Masakan halal Esotik,Ulam-Ulaman  dan pelbagai hidangan dengan harga pakej menarik yang tentunya tidak membebankan.
   NC Group juga sedia menerima sebarang tempahan untuk sebarang majlis-Jamuan VIP,Politik,Perkahwinan,Doa kesyukuran,Berkhatan,Cukur jambul dan apa jua keramaian.
   Pakej yang disediakan juga terdapat pelbagai pilihan.Antaranya-Hidangan pengantin,Hidangan meja VVIP,Santapan beradat dan juga menerima tempahan masakan lauk pilihan.
 Sebarang tempahan dan rundingan boleh dibuat terus kepada Big Boss (Tok Nasir) atau Penyelia (Pn. Maa Mah).Boleh juga terus ke Dewan masak tertletak di Jln Teriang Kg.Baru Petaling atau ke Pejabat Am di Tmn Irama Jalan Titi.




Terbaik dari NC Group

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


memburu ikan parang <b>di</b> kelong mamud kuala <b>lukut</b> - cerita pakej <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 06:48 AM PST

Pakej yang aku bawa ni dah pernah naik di Kelong Pozi bersama group Ika. Mereka hanya bertiga sahaja. Pada mulanya , mereka nak naik kelong Pozi, tetapi aku menasihatkan mereka naik kelong Mamud sahaja kerana arus agak perlahan dan selain itu, aku dapat maklumat bahawa ikan parang masih ada di kelong Mamud.
Mereka bertiga ikut sahaja, Jadi aku hanya menyediakan 50 ekor udang hidup sahaja memandangkan umpan udang hidup kurang laku di Kelong Mamud. Betul jangkaan aku, tak sampai 20 ekor udang yang digunakan. Ikan tamban hidup atau tamban potong yang menjadi pilihan di sini.
Semasa awal petang, kami naik kelong. Kami layan mancing tepi karang menggunakan umpan udang dan tamban potong. Ada beberapa ekor tetanda saiz tapak tangan saja yang dapat dinaikan. Selepas air dah pasang penuh sahaja, tak ada langsung ragutan ikan. Aku terpaksa menggunkan teknik lain pula memandangkan arus agak laju. Aku mengharapkan ikan parang masuk tepi kelong. jangkaan aku tepat, semasa arus sedang surut laju joran aku mendapat beberapa ragutan dari ikan parang. 5 ekor parang sebesar tapak tangan menjadi habuan Edi dan rakan2nya. Bukan main gembira mereka melayan ikan parang di selang seli dengan sentapan ikan todak.
Pada malam tu aku cuba juga memujuk jenahak dan senangin dengan umpan sotong kurita dan tamban hidup tetapi pujukan aku tak mendapat respon langsung. Nampaknya malam tu sunyi sahaja jadi aku pun banyak layan tidur sahaja. 
Keesokan pagi aku agak terlewat bangun.Sedar sahaja, aku dah lihat 2 ekor talang sudah dinaikan Edi dan rakan2nya. Tetapi sayang, pagi tu ikan parang agak jauh mengejar kumpulan tamban. Ada beberapa ekor bawal pinang dalam saiz 3 hingga 4 kilo sedang mengutip teritip dan siput di tiang kelong. Hanya dapat tengok saja memandangkan ikan tu asyik berkeliaran di tepi tiang saja. 
Tengahari tu, Edi dan rakannya nak pulang awal. Aku dan Rizal tetap meneruskan aktiviti memancing nak cari lauk pula. Nampaknya selepas ramai pemancing dah pulang dan keadaan kelong agak sepi baarulah ikan galak meragut umpan semula. Beberapa ekor parang berjaya dinaikan dan seekor telinga gajah yang memakan umpan di tepi kelong turut dinaikan.
Jika ada sesiapa berminat nak mengikuti pakej saya ke kelong Mamud atau Kelong Pozi boleh menghubungi di talian 012 6804742 sabri.








 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved