Isnin, 13 Januari 2014

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


liyanadz.blogspot: Tahun baru <b>di port dickson</b>

Posted: 09 Jan 2014 02:18 AM PST

Dah masuk pertengahan bulan 1/2014 baru nak buat entri. .. act tak dirancang pun. Malam sebelum pergi tu sepupu mengusul plan kat group whatsapp. Aku ok je... mentang2 rumah kat sendayan dekat dengan pd.. haha.. tapi apa2 plan pun subject to approval from husband gitu... hehe
Ok la demi Faiq.. husband cakap jom la... ajar Faiq main pasir. So pagi tu pergi ramai2 la naik 1 kereta je. Naik kereta sepupu. Kete besar.. boleh la sumbat ramai2.  Heh.
Sampai pd g sarapan dulu. Lapar wey. Kena ngap dulu la.... makan nasi lemak kat kedai apa entah. Pedas nak mampus! Tak tertelan haku. Sepupu cakap semalam sedap je nasi lemak dia. Hari yang kitorang pergi tu tak sedap la pulak bahaha. Kedai apa pun lupa. Kat area teluk kemang tu ler.. kemain ramai la orang kat situ haa.. malam tu kan sambut new year... ada konsert kot... kemain ramai budak motor. Bising dengan bunyi motor pret pret eh. Yela zaman muda mudi khennn.. hakak pahammm ahaks!
Disebabkan terlalu ramai orang kat teluk kemang tuh... kitorang naik atas lagi... aku tak ingat la.. rasa macam teluk cenang ke ape? Bahaha. Clean n clear orang. Bagusss! .
Terus ajak Faiq main pasir. Kemain lagi orang bujang tu eeee... eee... macam geli sangat tengok pasir. Ayola anak bujang den ni punnnn.... menurun ke sape pulakkk... ehh? Haha
Alah bisa tegal biasa. Lama2 seronok lak deh main pasir timbus2 kaki. Buat istana pasir. Main kejap pastu bawak g berendam dalam air. Takde beli pelampung ke apa. Main redah je. Faiq suka giler. Hahaha menjerit2. Dekat 2 jam kot dalam air tak reti keluar. Hahah. Agaknya dah haus n lapar.. mula la cari aku. Ngamuk dah dia. Aku pun dah lapar jugak sebenarnya..  bawa naik g mandi air bersih.. sabun n mandi betul2.  Bawak naik surau kejap g susukan Faiq.  Sian anak ibu penat n lapar.
Next time boleh la pergi lagi. Tapi kitorang kena bawa kereta sendiri sebab payahla ada anak kecik ni. kena bawak air bersih sendiri. Senang nak mandikan faiq lepas tu nanti. And aku tak payah berendam pun takpe. Hehe. Leceh nal ganti2 baju. Amik masa sebab orang adalah ramai.
Pastu kena bawak la bekal sendiri. Dah mandi lapar woi. Gigil!! Kedai makan terhad .. orang ramai... n kadar kebersihan tu macam tak berapa kena kat mata aku hehehe dasar memilih
Sori la gambar pun ni je yang ado. Hp iols dalam kereta.  Curik kat fb sepupu. Screenshot je malas nak crop. Kemain oren seluar aku hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads