ads

Sabtu, 22 September 2012

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Hotel <b>Di Bahau</b>, Negeri Sembilan | Tales of life

Posted: 26 Jun 2012 09:04 PM PDT

Nak share.. Bebaru ni, takdelah baru sangat. Adik no.3 da selamat di ijabkabulkan Bulan March hari tu di Bahau, Negeri Sembilan. Rumah Perempuan di Felda Serting Hilir, N9. March? Did I say March? Ya hampunn, bulan mac punya cerita baru nak masukkan kat entry?
Maafkan mak, nakk.. Mak busyy. Kalah boss busynyer. Boss pun tak sebizi daku. Wahah. Yelaa, da boss kejenyer menyuruh je,kan. Kulilaa buat semua. Now da free. Bolehlaa bertenet. Tak free pun, ada je keje. Ada 4 folder masih pending. Tak tau biler nak buat. Nak tulis blog ada masa plak.
Eh.. where was I? Back to cerita hotel di Bahau.
Susahnya nak cari hotel nak memuatkan 20 keluarga manusia. Yang setiap keluarga mempunya anak-anak dan cucu-cucu. Untuk pergi menikahkan adikku yang ke-3 ni. Nak cari hotel selesa pun susah.
And.. Bulan December lepas. Makku booking hampir 20 biliks. Pergh. Letak plural S supaya nampak banyak kat biliksss tu. Ahaks.
Tak amek plak gamba bilik, sebab teruja. Wah, lawa and selesanya Hotel ni. What do you expect? Kat kawasan yang agak kecil macam ni, masih boleh untuk selesa macam ni. Best.
Kalau nak booking, ini nombornya. Mana taukan ada urusan kat sana. Atau nak cuti-cuti Malaysia melawat pokok kelapa sawit ke. Nak tunjuk kat anak.. Nihlaa pokok kelapa sawit. Hehehe. Rates pun berpatutan. 


Kiara Inn, Bahau, Negeri Sembilan
Add: Lot 121-B, Pusat Perniagaan Kiara, Bahau, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: 06-4548333

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


<b>TELUK KEMANG</b>, 20 JULAI 2012 – MUFTI Negeri Sembilan, Datuk <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 05:02 PM PDT

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


Majlis Berbuka Puasa PM Bersama Rakyat <b>Di Paroi</b> 2 Ogos 2012

Posted: 01 Aug 2012 06:45 AM PDT

Perdana Menteri , Dato Seri Najib Razak akan bersama dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat yang akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Paroi. Pada majlis itu Perdana Menteri akan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, berbuka puasa dan solat tarawih bersama rakyat.
Menurut Menteri Besar Negeri sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kehadiran Perdana Menteri itu akan disambut lebih 10,000 rakyat di masjid berkenaan, kira-kira pukul 6 petang esok.

05 di jelebu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


inilah kisah kami..: Berhari Raya <b>di</b> Kg. Sungai Buloh, <b>Jelebu</b>

Posted: 29 Aug 2012 06:21 PM PDT


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433 HIJRAH
Berhari Raya di Kg. Sungai Buloh, Simpang Durian, Jelebu
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

05 di port dickson - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Bercuti bersama yang tersayang <b>di Port Dickson</b> - Epal Merah Epal <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 07:30 PM PDT


Sebenarnya perancangan nak g sana bulan 6 lagi..
Nak sambut ulang tahun katakan..
tapi bnyak pula masalahnya..
last-last pas raya gak kiteorang betul-betul dapat pergi...
Sapa yang tengah mencari tempat penginapan di port dickson boleh la baca smpai habis OK cerita saya ni..mana tau masa nak search tetiba saya punya blog paling atas list..hehehe berangan

Kiteorang nak g PD hari sabtu pagi..tapi hari jumaat baru terhegeh-hegeh nak search tempat penginapan yang cantik dan berbaloi..

Akhirnya,dengan budget yang ada..kata sepakat telah memilih hotel sri malaysia...pilih jer lom booking pon..tawakal je hope ade bilik kosong..


Hajat dihati nak tengok matahari terbit..so dari KL,kul 4.30pg dah bngun..prepare ape yang patut then kul 5.30 bertolak..
kul 6.30 dah sampai PD..after solat subuh terus g cari hotel dulu..
mau booking untuk masuk petang nnti..

seb baik u..bilik tinggal 2 je kosong..itu pon bilik 2 katil single...nak tak nak ambik gak la..nak cari hotel yang lain...check semalam kat tenet bnyak yang dah full...hotel 1 bintang adalah..tapi xbest kot..xde pemandangan yang cantik gitew...

Bilik untuk 1 malam hanya RM 170 include dengan breakfast...ok la kan..harga ni untuk hari sabtu Ahad,kalau hari biasa lagi murah tapi kalau public holiday lagi mahal..

Bila semua dah setel..time to mandi pantai..seb baik laki aku ni dah familiar dengan tempat ni...dia p cari port yang best sikit..tak ramai orang sangat..ala kat blue logoon ..atas sikit dari teluk kemang kot..dah la air pasang,rasa cam dah jauh je pergi..bila dah bngun...ala baru kat pinggang ke..??best woo..3 jam gak la berendam..pas tu bila matahari dah naik..tak tahan panas..terus naik,mandi balik kat toilet.toilet kat sini memang bersih dari tempat yang lain cam teluk kemang..kat dalam pon xde la berpasir je lantai..selesa..then,kiteorang menuju destinasi seterusnya ke teluk kemang,mencari makan...lapar kot...kat kawasan tu ada cam bazar...dapat la cari souvenir tuk bawak balik...

abaikan botol kat belakang..cam ne leh tak perasan...rosak gambar gua..


muka kebulur...seb baik bawak bekal..





bila dah kenyang,tgk jam baru kul 1.00,lagi 2 jam tuk check in..penatnya...
lepak kat depan hotel je la..cian laki aku..sampai tertidur..ponat ye bang..
receptionist pon cam paham2 je..kul 1.30 dia kol cakap bilik dah siap..yeeeehaaaa..
Mandi...Solat....then tidurr....krohhhhh

kul 5ptg baru bngun..pedihnya mata,tak nak tidur petang..kang sakit kepala..terus bukak internet...seb baik ada free wifi..

Perut dah lapar ni,,,pas maghrib terus ke medan selera ikan bakar..
seb baik g awal...kalau lambat sikit..mesti penuh giler..






boleh tahan sedapnya..harganya takde la mahal sesangat...
Total semua air + lauk + nasi 3minggan = RM42.00

Jom ambik angin malam kat pantai jap..seb baik hotel kat depan pantai je...park kat hotel pas tu jalan kaki je p pantai...so tak de la nak berebut parking...
kul 11 dah..balik tidor la...Esok kene bngun awal,free breakfast..dari kul 7.30 sampai 10.00 sahaja..
Menu pagi tu..
1)Nasi Lemak = boleh la
2)Mee Goreng = Boleh tahan
3)Bubur nasi = Sedap
4)Roti bakar = i like
5)cereal = i like
6)buah betik = tawar la
7)air teh = humm dap
8) air kopi = wooo,pekatnya
9)air orange = masamnya
kesimpulannya,semua menu dapat ku rasa..tamaknya...
Dah kenyang,lepak je la kat bilik sampai kol 12..tunggu untuk check out je...
bila dah check out,tekak terasa nak makan ais cream plak..
pusing-pusing kat situ terus jumpa ice room..




kul 3.00petang,kiteorang dah sampai umah..PENATNYA

*akibat aku hanya makan ais cream..perut aku lapo..
terus rendam maggi..asal rasa pelik plak maggi hari ni..??
masuk angin ke..??lapar punya pasal..licin gak aku makan..
cik suami..??dah lama diulit mimpi...
2 jam kemudian..perut start memlas-mulas
ah sudah..kene cittt biittt la plak.tak brehenti-henti ulang alik p tandas..
complete ngan muntah skali...mc la jawabnya esok hari...hummm

05 di linggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


aku&sesuatu: Semalam <b>di</b> Kuala <b>Linggi</b>...

Posted: 18 Sep 2012 12:07 AM PDT

Baru-baru ini aku baru sahaja selesai melaksanakan program hari keluarga sebagai aktiviti tempat kerja,oleh sebab-sebab tertentu nampak gayanya pergi bujang le...depa pun tolak aku pegi dulu sebab nak jaga hadiah yang berlambak-lambak. Bertolak dari Hulu Kelang ke exit Pedas-Linggi dalam sejam ada kot campur tolak jammed dekat MRR2. Dari tol Pedas-Linggi nak ke destinasi le tahan jauhnya dalam 45min kalau laju kalau santai dekat sejam jugak,layan je la. Sepanjang perjalanan diiringi dengan suasana kampung,ladang getah dan kelapa sawit,bukan selalu dapat cuci mata macam ni,hari-hari duduk dekat hutan batu. Dipendekkan cerita teringat akan kisah Kota Kuala Linggi di sinikah tempatnya?Memang tak tersangka rupanya lokasi tempat bersejarah itu tidak jauh dari chalet,jalan kaki pun sampai,alhamdulillah...
Akhirnya tak tersia pergi awal dapat tengok tempat bersejarah,mengikut empunya cerita kota dibina atas dasar perdamaian antara Belanda dan Orang Bugis,hasil perjanjian tersebut Belanda dibenarkan menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di situ. Kota ini berbentuk segi empat dan dibina dari susunan batu laterit. Di setiap empat penjuru telah dibina separuh bulatan bagi menempatkan meriam untuk tujuan pertahanan. Selain dikenali sebagai "Supai Fort", kota ini juga dikenali dengan nama For Filiphina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak perempuan Gabenor Belanda ketika itu. Tidak lebih dan kurang sebenarnya kota ini amat menarik tetapi agak menyedihkan kerana ianya nampak terbiar begitu sahaja,dan ianya bersambung dengan sebuah restoran terapung ikan bakar Fort Supai.Mungkin tidaklah keterlaluan boleh dikatakan aku bertuah dapat melihat tempat-tempat bersejarah yang memang bersejarah tapi tidak dapat dirasai oleh orang lain,semuanya secara kebetulan...semalam di Kuala Linggi...














Mana Hebat Orang Melayu,
Jika Tanpa Mulianya Ilmu,
Mana Tinggi Nilai Bangsaku,
Jika Tanpa Islam Padamu.

Tautan Kasih Waris Tok <b>Linggi</b> « Wadah Orang Kampung

Posted: 16 Sep 2012 05:30 AM PDT

Pagi tadi jam 10.00 pagi berlangsung satu peristiwa yang agak penting dalam menyusur Riwayat Tok Linggi, orang yang membuka Kampung Relong. Peristiwa ini berlangsung bukan di Relong, tidak juga di Lembah Bama tetapi di Desa Putra, Pinggiran Putrajaya. Saya diminta sebagai panel dalam forum Majlis Tautan Kasih Waris Tok Linggi. Dalam Forum itu saya fokuskan bicara saya kepada Terembe Tok Linggi yang saya nukilkan seperti berikut:

TEREMBE TOK LINGGI

 1.0       Sejarah Penulisan Terembe

            Terembe yang kita semua tahu ialah satu cacatan silsilah keturunan yang ada dalam simpanan sebahagian penduduk Kampung Relong. Tarikh yang tercatat pada terembe ialah 1795. Tercatat nama orang yang membuka Kampung Relong iaitu Tok Linggi bersama-sama dengan anak-anaknya (Imam Munah, 'Alas, Amat, Mamat, Timah, Salleh dan Ali). Salinan asal yang pertama dikatakan ditulis pada 28 Oktober 1907. Perkembangan berikutnya dibuat oleh Imam Talib bin Usoh bin Somat bin Amat bin Tok Linggi (generasi ke 4) ditambah oleh Ibrahim bin Bilal Ishak (generasi ke 5) diperbaiki oleh Haji Abdul Karim Ali (generasi ke 6). Semua catatan terembe ini adalah dalam tulisan Jawi. Disamping itu terdapat individu yang boleh mensurahkan jalur keturunan Tok Linggi ini secara lisan. Tujuan utama terembe ini diwujudkan adalah untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dikalangan anak cucu cicit Tok Linggi.

2.0       Autentisi Terembe

Imam Talib bin Usoh, orang yang menulis terembe adalah generasi yang ke 4 dalam catitan terembe. Sudah pasti beliau mengetahui siapa yang ada dalam generasi ke 3 dan ke 2. Manakala generasi pertama hanya ada tujuh orang sahaja (anak-anak Tok Linggi). Ketulenan maklumat dari jalur-jalur keturunan ini dapat dipastikan kerana cucu cicit Tok Linggi belum terebar luas dan ketepatan maklumat dapat dipastikan dengan adanya mereka yang mampu mensurahkan atau menghafal susur galur keturunan secara lisan.

Anak cucu Tok Linggi tinggal dalam satu lokaliti yang tertutup iaitu di Lembah Bama. Perkahwinan adalah dikalangan mereka sahaja. Tiada sebaran keluar kawasan lokaliti. Kalau ada pun nama mereka dicatat dalam terembe seperti yang berlaku kepada mereka yang membawa diri ke Bertam, Gua Musang atau mereka yang pergi membuka tanah di Lubuk Kulit atau Kampung Keledek. Sekiranya terdapat orang luar mengahwini penduduk tempatan, mereka juga dapat di kesan dan dicatat dalam terembe. Maka fakta-fakta yang disebut di atas ini mempastikan bahawa terembe yang ada ini adalah betul dan tepat.

3.0       Usaha memberi kefahaman

Catatan asal terembe menggunakan tulisan Jawi, lantaran itu ramai anak muda masa kini melihat terembe ibarat tikus melihat besi. Mereka tak faham dan tak tahu kegunaan lakaran catitan terembe itu. Sebab itulah sebelum tahun 2001 tidak ramai penduduk Kampung Relong dan anak keturunan Tok Linggi ambil kesah tentang terembe ini terutamanya dikalangan anak muda.

Satu Seminar kesedaran tentang terembe telah dibuat dalam tahun 2001, di Masjid Lama Relong (kini Perpustakaan Desa Kampung Relong). Terdapat enam matlamat yang perlu dicapai oleh seminar ini, iaitu;

Pertama, seperti yang ketahui umum, bahawa terembe' yang berbentuk seperti 'peta minda'  itu adalah dalam tulisan jawi. Oleh itu wajarlah ada usaha untuk menyalinnya ke dalam tulisan rumi agar ramai dikalangan generasi muda dapat memahami dan mengahayatinya.

Kedua, kalau dahulu perkahwinan anak Relong biasanya dengan anak Relong juga. Seolah-olah ketika sebelum merdeka (1957) penduduk Relong merupakan satu masyarakat yang tertutup dari segi keturunan tetapi masa kini boleh dikatakan kebanyakan anak Relong berkahwin dengan orang di luar Daerah, di luar Negeri atau luar Negara. Jadi keturunan Tok Linggi ini sudah tersebar ke serata tempat. Oleh itu perlu ada kesediaan, kefahaman dan kesefahaman untuk mengalur keturunan dimasa depan.

Ketiga, kini sudah ramai anak-anak Kampung Relong yang merantau keluar kampung sama ada berkerja atau bersemenda, maka ada keperluan untuk memantapkan penggunaan terembe dikalangan mereka bagi mengetahui jalur keturunannya bagi memudahkan silaturrahim seketurunan nanti.

Keempat, semenjak FELDA diwujudkan telah ramai pasangan anak Relong berhijrah ke Felda seperti Lurah Bilut, Lembah Kelau, Sungai Koyan, Gugusan Jengka, Gugusan Karatung, Bukit Mendi dan sebagainya. Sesekali akan ada anak cucu cicit yang mencari leluhur mereka dan terembe akan dapat menyelesaikan masalah jejak jalur keturunannya.

Kelima, menambahkan bilangan mereka yang boleh mensurahkan terembe secara lisan sebagai tempat rujukan kepada mereka yang mencari waris keturunan Tok Linggi. Saya hanya sempat bertemu dengan dua orang yang boleh mensurahkan susur galur keturunan Tok Linggi secara lisan iaitu Kak Hawa Salim dan Abang Abdul Aziz Mamat. Sewajarnya kita memerlukan lebih ramai lagi yang dapat mensurahkan secara lisan susur galur keturunan Tok Linggi, kalau tak boleh semua, memadai mengambil satu jalur dari anak-anak keturunan Tok Linggi.

Keenam, membina jalur sendiri atau jalur keluarga sendiri. Untuk mampu mengingat secara lisan memerlukan kekutan ingatan yang bukan semua orang ada kemampuan itu. Alternatifnya ialah setiap orang dapat membina jalurnya sendiri dari dirinya sehingga ke Tok Linggi, melalui ibu atau bapanya atau ibu atau bapa sahaja.

4.0       Program-program penyedaran

Selepas diadakan seminar tentang terembe tahun 2001, maka kita mula mengadakan majlis jamuan tahunan memperkenalkan terembe kepada semua anak keturunan Tok Linggi, bermula di Tapak Kilang Rotan, Dataran Masjid Relong dan juga di Dewan Orang Ramai Relong. Usaha merumikan tulisan terembe berjalan secara beransur-ansur yang dibuat oleh Tuan Haji Mohd Yusop Derus. Wujudnya terembe bertulisan rumi menambah minat khalayak melihat dan memahaminya. Kalau dulu terembe hanya dilihat oleh beberapa orang sahaja (pandai jawi) tetapi kini ia sudah menjadi satu fenomena di kalangan anak cucu Tok Linggi.

Sebagai satu aktiviti kesedaran kepada generasi muda, khususnya murid sekolah, Program menggalurkan terembe telah dilaksanakan. Dari program ini didapati minat anak-anak kita agak memberangsangkan. Oleh itu aktiviti ini perlu dibuat setiap tahun kepada anak-anak keturunan Tok Linggi sama ada yang tinggil di sekitar Relong atau yang sudah merantau.

5.0       Kesan daripada program penyedaran

            Buat masa kini Pak Itam Mat telah berjaya membina terembe tulisan rumi yang menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui jalur keturunannya. Manakala minat sebahagian dari kita sentiasa meningkat dari masa ke masa yang dapat ditandai dengan bertambahnya mereka yang menziarahi Pak Itam Mat untuk mengetahui terembe itu.

            Ada pun terembe yang ada itu belum lengkap dan terkemas kini, kerana setiap masa ada penambahan kepada jalur keturunan. Adalah sukar hendak memasukkan semua keturunan Tok Linggi pada sehelai kertas. Oleh itu digalakkan setiap keluarga mengadakan majlis penerangan sendiri kepada saudara mara mereka dengan membina tambahan kepada terembe induk yang ada.

            Telah ada beberapa keturunan membina sendiri tambahan kepada terembe itu, dan menghebahkannya kepada kumpulan mereka, antara yang sudah siap mengadakan ialah:

  • Keluarga Ibrahim Timah, yang membuat perjumpaan keluarga mereka pada 23 Sept 2009
  • Majlis Tautan Kasih Husin Tekah yang mengadakan perjumpaan pada 3 Sept 2011
  • Perhimpunan Keluarga Hamisah Bakar pada  19 Ogos 2012 (keluarga Haji Akher / Hamisah Bakar)
  • Manakala keluarga Ibrahim Shah telah menyediakan terembe tambahan mereka sendiri.
  • Keturunan Mahudin telah meng upload terembe keluarga mereka dalam blog, http/ainhizcom.blogspot.com

Apa yang menarik dan bersifat semasa ialah adanya usaha membuat face book dikalangan cucu cicit Tok Linggi bagi meraih kesedaran kepada semua. Sembang-sembang buku muka ini sangat sesuai dalam mencari susur galur sendiri dan dapat juga mengerat silaturrahim antara kita.

Selain itu perjumpaan tahunan sempena kehadiran Syawal setiap tahun juga dapat menambah peluang dan ruang untuk menghebahkan tentang terembe Tok Linggi. Perjumpaan seperti hari ini sudah pasti dapat mengeratkan siliturrahim, saling perkenalan dan menambah jaringan terutama dikalangan cucu cicit yang merantau di sesuatu lokaliti yang bersifat metripolitan.

            Kalau wujudnya terembe boleh menjadi daya pengikat antara keturunan Tok Linggi, maka silaturrahim yang terbina wajarlah ditambah maknanya dengan usaha mempelbagai wadah dan jaringan. Untuk itu satu data base perlu dibina. Data base dalam berbagai aspek seperti; business, pendidikan, perkhidmatan, sosial dan politik perlu dibina. Selepas itu perlu ada jaringan dan pertemuan.

            Antara data base yang perlu dibuat ialah mendaftarkan kemahiran dan kepakaran cucu cicit Tok Linggi dalam berbagai bidang. Saya bersama-sama saudara Abd Hamed Akob dan Haji Zahari Haji Uda insya Allah akan mendaftarkan graduan anak Relong dan menerbitkan abstrak kertas projek tahun akhir setiap graduan dalam jangka waktu yang terdekat.

Bagi memastikan kesinambungan usaha mengekalkan terembe ini kita perlu juga melatih mereka yang mampu mensurahkan terembe secara lisan seperti yang boleh dibuat oleh Kak Hawa Salim disamping mengemaskini terembe bertulis. Walau bagaimana pun terembe bertulis jawi yang asal mesti juga difahami oleh generasi masa kini.

Satu kebijaksanaan yang perlu dilihat pada terembe ini ialah bentuknya seperti 'peta minda' yang bermula di tengah dan memancar keseluruh arah merupakan satu idea yang unik. Ini bermakna Imam Talib bin Usoh,orang yang memulakan penulisan terembe ini adalah orang yang genious atau dia mewarisi kebolehan ini dari satu warisan yang berpusat di istana. Perkara ini boleh dibahas secara terperinci.

WARGA TUA DIHORMATI WARGA MUDA DIKASIHI.

Saya sebagai orang yang memulakan proses mengguna semula terembe sejak 2001 dahulu terasa sangat gembira dengan sambutan dari generasi muda yang menganjurkan perkara ini. Terima kasih kepada Dato Zohari Haji Akob dan seluruh keluarga dan kerabatnya yang memberikan sokongan semenjak awal dahulu dan kepada waris-waris yang sangat membantu menjadikan terembe ini satu fenomena dikalangan waris tok linggi.

Sekian TK.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved