ads

Selasa, 16 Julai 2013

05 di paroi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di paroi - Google Blog Search


JDT buru 3 mata berhasil <b>di Paroi</b> | Johor Fan Club

Posted: 02 Jul 2013 10:00 AM PDT

Pasukan kendalian Fandi Ahmad berjaya memperolehi 3 mata apabila anak buahnya berjaya membenam skuad Rusa 2-0 di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan. Kemenangan yang sememangnya diharapkan untuk pasukan bagi merebut Juara Liga dan Slot Piala AFC 2014 walaupun saingan semakin sengit diantara Lions XII dan Selangor.

JDT tampil cemerlang apabila meledak gol pertama hasil rembatan deras Jasazrin Jamaluddin pada minit 26′ meletakkan JDT didepan 1-0. Tuan rumah terlebih dahulu menyerang dengan beberapa percubaan pantas menerusi Nazrin hampir membuahkan hasil. Ketangkasan penjaga gol JDT berjaya menyelamatkan serangan.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa. Separuh masa kedua, pasukan tuan rumah seperti tenggelam dengan serangan bertubi pasukan pelawat. Hasilnya pada minit 70, JDT berjaya menambah gol kedua menerusi Nurul Azwan Roya hasil hantaran kemas Norshahrul Idlan.

Kemenangan ini sudah cukup untuk meletakkan JDT ditempat ketiga ketika ini dibelakang Lions XII dan Selangor. Bagaimanapun, dilaporkan Lions XII terlebih dahulu telah dinobatkan sebagai Juara Liga Super selepas membelasah Felda United dengan jaringan 4-0. Diikuti Selangor yang menewaskan T-Team 4-1. Bagi merebut slot APC 2014, JDT harus menewaskan Selangor di perlawanan terakhir pada 6hb Julai ini di Stadium Larkin.

Keputusan Penuh:

Negeri Sembilan (0)-(2) Johor Darul Takzim
26′ [0-1] Jasazrin Jamaludin
70′ [0-2] Nurul Azwan Roya

05 di kuala klawang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 11:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 11:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2013 11:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 11:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 11:42 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 12:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 11:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

mayat tergantung menghantui pembangkang <b>di</b> <b>...</b> - Semut Hitam

Posted: 12 Mar 2013 08:45 AM PDT

Huh! Bahaya jugak ni. Nampak gayanya di Kuantan dah kena serangan Mayat Hidup. Semuanya akibat keceluparan Si Mayat Hidup tu jugak.

Siapa lagi kalau bukan Si Tian Chuak. Akibat kelantangan mulut dia yang tak berinsuran tu telah membangkitkan kemarahan rakyat.

Bagi menunjukkan kemarahan tersebut, patung berwajahkan Si Tian Chuak tu telah pun digantung baru - baru ni. Gempar jugak dibuatnya. Ingatkan mayat betul tadi.

Inilah akibatnya kalau ada mana - mana pihak yang tak reti bahasa dan tak tau nak menghormati orang ni. Ditegur cara baik, diorang tak nak dengar. Cara ini je yang menjadi.

Puak - puak Pakatan tu katanya tak puas hati dengan tindakan tersebut. Huh! Diorang tak puas hati apa pasal pulak. Bukan ke diorang jugak yang buat benda tu dulu?

Sebelum ni, diorang buat patung DS Najib dan TS Isa Samad dan disalib kat depan Pejabat Felda tu. Yang itu bukan tanda diorang tak hormat pada orang lain? Tolong la!!! Jangan setakat cakap je pandai. Kaji diri sendiri tu dulu baru nak salahkan orang lain!!!

Kemarahan orang ramai terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, hanya sandiwara UMNO belum reda dengan pelbagai pihak terus berhimpun dan membuat laporan polis. 

Di JELEBU, lebih 100 orang mengadakan demonstrasi bagi membantah kenyataan biadab Tian Chua sebelum membuat laporan terhadap pemimpin PKR itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu. 

Yang turut sama dalam demonstrasi di tapak Pasar Tani Kuala Klawang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Di TANAH MERAH, lebih 300 ahli beberapa NGO Kelantan dan Felda Kemahang di sini, berhimpun bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan kewarganegaraan Tian Chua. Mereka seterusnya membuat laporan polis. 

Kolonel Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Tanah Merah, Datuk Ir. Shahri Hassan berkata, kenyataan Tian Chua mempersendakan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu memalukan dan mengguris hati rakyat negara ini. 

Di PASIR MAS, seramai 200 orang penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal yang mewakili 15 NGO, berhimpun secara aman sambil membawa sepanduk dan membakar replika Tian Chua di luar pekarangan Balai Polis Bukit Yong dekat sini hari ini. 

Wakil NGO terbabit, Mohd. Ashari Daud berkata, penduduk membantah keras tindakan biadab Tian Chua itu kerana disifatkan sebagai berniat jahat. 

Di KAPIT, sekumpulan bekas anggota Iban Trackers dan ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kapit mengadakan demonstrasi aman dan membuat laporan polis bagi menuntut Tian Chua memohon maaf di atas kenyataan biadab terhadap anggota keselamatan negara. 

Pengerusi PBTM Cawangan Kapit, Wilfred Billy Panyau berkata, tindakan Tian Chua yang mendakwa pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO adalah keterlaluan. 

Di JOHOR BAHRU, seramai 50 orang penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara dan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat bantahan secara aman terhadap kenyataan biadab Ahli Parlimen Batu itu, semalam. 

Mereka yang mula berkumpul pada pukul 5 petang itu, membuat laporan polis sambil membawa sepanduk dan membakar patung yang dianggap sebagai Tian Chua.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di kuala klawang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Nov 2012 11:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Terowong Emas <b>di</b> Jelebu Bukan Dongeng | Hargaemas

Posted: 29 Oct 2012 08:21 PM PDT

lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu

JELEBU: Kerja menarah bukit di belakang pasar awam pekan Titi di Kuala Klawang, di sini, sejak awal tahun ini membawa penemuan empat terowong di situ yang menurut penduduk, dianggap sebagai kisah dongeng sebelum ini kerana lokasi sebenarnya tidak pernah diketahui dengan terperinci.

Sejak puluhan tahun lalu, kisah terowong berkenaan hanya diceritakan generasi tua di pekan didiami kira-kira 20,000 penduduk itu, namun tiada pihak tampil untuk melakukan kajian.

Tinjauan mendapati empat terowong itu terletak berasingan dengan setiap satu dibina kemas dengan dinding dibuat daripada batu dan boleh dimasuki secara berdiri oleh orang dewasa.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa terowong itu mungkin dibuat pencari emas berdasarkan kewujudan beberapa lombong sekitar kawasan itu dan menolak ia mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas komunis Penoreh getah, Siow Yoke Kim, 54, berkata generasi tua di pekan itu pernah bercerita mengenai terowong untuk mencari emas, namun tidak menyatakan lokasinya sehingga awal tahun ini, ada pihak menarah bukit di belakang pasar.

"Kami terkejut kerana terowong yang diceritakan itu terletak di belakang pasar yang penduduk kunjungi setiap hari.

"Saya percaya terowong itu dibuat pencari emas, malah jalan utama pekan ini dinamakan 'Kim Loong' atau naga emas dalam dialek Hakka," katanya ketika ditemui, semalam.

Peniaga, Lee Ah Chai, 51, pula mengaku pernah memasuki terowong itu, tetapi mendapati lubang itu terlalu panjang.

"Saya tidak masuk terlalu dalam kerana bimbang terowong runtuh. Pihak berkaitan terutama pengkaji sejarah wajar melakukan kajian terperinci bagi memastikan sejarah sebenar terowong itu sama ada digali oleh pelombong emas atau mempunyai kaitan dengan aktiviti komunis," katanya yang menolak kemungkinan terowong itu digali pengganas komunis.

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 16 May 2013 03:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2013 03:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Walkabout <b>di</b> Pekan <b>Lukut</b> oleh Saudara Ravi calon N33 Port Dickson

Posted: 27 Apr 2013 07:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SPR tidak telus!katanya dakwat kekal berjam-jam tapi sekali kene sabun abis dah! SELAMAT MENGUNDI KEPADA SETIAP PENGUNDI YANG PERGI MENGUNDI..JANGAN PANGKAH YANG LAIN PASTIKAN PANGKAH ...

Ubah kerusi DAP <b>Lukut</b> kepada BN - Utusan Online

Posted: 02 May 2013 12:03 PM PDT

Vincent Yeong Seng Wong (kanan) bersama barisan Gerak Gempur BN bersiap sedia untuk berkempen ketika ditemui di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 2 Mei - Pembangkang sudah lenyap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut. Calonnya dari DAP, Ean Yong Tin Sin sudah tidak ada pengaruh lagi.

Ini kerana, calon Barisan Nasional (BN) di situ, Vincent Yeong Seng Wong mula melebarkan keyakinan rakyat, malah kehadirannya di setiap pelosok sudah diterima kerana rakyat percaya dengan dasar yang dibawa BN, rakyat didahulukan dalam manifestonya.

"Teorinya mudah, DAP tidak buat kerja di DUN Lukut. Cakap bolehlah. Ini tidak serupa dengan BN, kita cakap penuh dengan isu. Bila janji, kita tepati," kata Seng Wong kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, sokongan masyarakat Cina di DUN Lukut sudah berubah dan prinsipnya mudah, jika mana-mana parti yang dapat meyakinkan kaum Cina dalam hal kesejahteraan, keamanan, ekonomi, maka mereka akan memilih parti itu.

"Dalam BN semuanya sudah terbukti dan kita punyai semua resipi itu. DAP tidak ada kerana mereka mengutamakan hak individu dalam parti dan sebab itulah krisis dalaman mereka kian meruncing," ujarnya.

Kata Seng Wong, BN pernah menang kerusi DUN Lukut pada 2004 dan ia bukanlah kubu kuat pembangkang.

"Rakyat mahukan perubahan di sini. Ini baru ubah namanya. Kita perlu memastikan kerusi DUN Lukut diubah kepada BN," ujarnya.

Seng Wong yang memegang pelbagai jawatan dalam persatuan Cina peringkat daerah dan negeri berkata, peranannya itu akan memberi peluang terbaik untuk menerang kepada ahli persatuan terutama kaum Cina mengenai perjuangan dan agenda BN.

Antara jawatan yang disandang beliau ialah Pengerusi Persatuan Cina Daerah Port Dickson, Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Negeri Sembilan, Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah Menengah Chun Hwa Port Dickson dan Penyelaras Pusat Khidmat BN DUN Lukut.

"Saya yakin dan percaya, ahli dalam persatuan yang saya sertai menyokong perjuangan BN. Saya juga melihat kaum Melayu dan India di kawasan ini juga telah kembali menyokong BN," katanya.

Menurut beliau, sebagai bekas Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) beliau mempunyai pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Seorang pengundi DUN Lukut, Liang Yock Chooy, 59, memberitahu, dia akan terus memberi sokongan kepada BN kerana kecewa dengan khidmat pembangkang selama ini.

"Saya berharap kaum Cina memberi sokong kepada BN memenangi DUN ini. Pembangkang tidak buat kerja selama mereka berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Cheok Wah Seng, 55, juga berharap BN menang kali ini berkata, rata-rata penduduk kesal mempunyai wakil rakyat pembangkang kerana beliau tidak mampu membawa sebarang pembangunan di pekan Lukut.

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved