Selasa, 16 Julai 2013

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


JDT buru 3 mata berhasil <b>di Paroi</b> | Johor Fan Club

Posted: 02 Jul 2013 10:00 AM PDT

Pasukan kendalian Fandi Ahmad berjaya memperolehi 3 mata apabila anak buahnya berjaya membenam skuad Rusa 2-0 di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan. Kemenangan yang sememangnya diharapkan untuk pasukan bagi merebut Juara Liga dan Slot Piala AFC 2014 walaupun saingan semakin sengit diantara Lions XII dan Selangor.

JDT tampil cemerlang apabila meledak gol pertama hasil rembatan deras Jasazrin Jamaluddin pada minit 26′ meletakkan JDT didepan 1-0. Tuan rumah terlebih dahulu menyerang dengan beberapa percubaan pantas menerusi Nazrin hampir membuahkan hasil. Ketangkasan penjaga gol JDT berjaya menyelamatkan serangan.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa. Separuh masa kedua, pasukan tuan rumah seperti tenggelam dengan serangan bertubi pasukan pelawat. Hasilnya pada minit 70, JDT berjaya menambah gol kedua menerusi Nurul Azwan Roya hasil hantaran kemas Norshahrul Idlan.

Kemenangan ini sudah cukup untuk meletakkan JDT ditempat ketiga ketika ini dibelakang Lions XII dan Selangor. Bagaimanapun, dilaporkan Lions XII terlebih dahulu telah dinobatkan sebagai Juara Liga Super selepas membelasah Felda United dengan jaringan 4-0. Diikuti Selangor yang menewaskan T-Team 4-1. Bagi merebut slot APC 2014, JDT harus menewaskan Selangor di perlawanan terakhir pada 6hb Julai ini di Stadium Larkin.

Keputusan Penuh:

Negeri Sembilan (0)-(2) Johor Darul Takzim
26′ [0-1] Jasazrin Jamaludin
70′ [0-2] Nurul Azwan Roya

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads