ads

Khamis, 3 April 2014

05 di gemas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Atia Adina: Gambar <b>di</b> Sekitar Masjid Jamek <b>Bahau</b>

Posted: 31 Mar 2014 04:30 PM PDT

ini cerita sebulan yang lepas ... kami ke sini sebab nak berubat ... kat masjid jamek bahau ni ... imam dia boleh mengubati penyakit menggunakan kaedah perubatan islam....dulu masa ibu kecik-kecik selalu lah atuk tan bawa ke sini jumpa imam minta tangkal bila anak-anak dia tak juga  sihat lepas dah makan ubat doktor bagi..
kali ni kami ke sini sebab nak berubat untuk atuk tan ... dah sebulan dia demam malam ... tak der selera nak makan... dah banyak doktor dah jumpa...banyak ubat dah dia makan...tetap tak sihat.... last-last ibu ajak atuk tan gi jumpa imam bahau...terbalik lah pulak dah kan....anak dah besar...anak pulak bawa ayah...dulu ayah bawa anak....
adik adam ... cer teka dia tengok apa??? .... 
hahahaha ... dia tengok kolam ... ni ha kolamnya...dulu kecik-kecik ibu saya suka sangat main air kolam ni ... kali ni tukar ... anak plak main air...adik adam saya tak sudah-sudah nak amik air sembahyang
ibu ibu & bapa bapa kene pantau anak-anak k ... kang tak pasal-pasal terjatuh dalam kolam plak kang



dalam 4 gambar di atas ... adik adam buat hal dia jer ... orang lain kemain posing

ramai orang berubat ngan imam ni....so sementara menunggu giliran atuk tan...kami isi masa lapang dengan bergambar...

eh..dah habis dah gambar....ni gambar sebulan yang lepas...sekarang ni atuk tan saya dah sihat dah pun....Alhamdulillah....dengan izin Allah....



  


05 di seremban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Bilik gerakan bencana dibuka <b>di Seremban</b> - The Borneo Post Online

Posted: 19 Feb 2014 01:45 PM PST

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bertindak membuka bilik gerakan bencana di Seremban sejak empat hari lepas berikutan masalah kekeringan sumber air mentah dari Sungai Batang Benar, Pantai dekat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata semua jabatan dan agensi kerajaan turut berganding bahu untuk memastikan bekalan air terawat dan bersih kepada pengguna dapat berjalan dengan lancar.

"Walaupun kita tidak dapat bekalkan seperti biasa melalui paip, tapi kita nak pastikan lori tangki sentiasa ada dan memenuhi tangki statik yang diletakkan di kawasan terjejas.

"Walaupun kita belum lagi mengalami secara menyeluruh, tetapi sesetengah kawasan terutamanya di Seremban, kita telah mulakan catuan air kerana beberapa isu dan masalah yang kita hadapi," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohamad berkata catuan air telah dimulakan antaranya di kawasan Sendayan, Mambau dan Rasah melibatkan 7,000 pengguna.

Katanya rumah pam di situ pada hari-hari biasa mampu membekalkan air mentah sebanyak tiga juta gelen sehari tetapi kini bekalan airnya telah kering.

Mohamad berkata antara langkah kontigensi yang diambil untuk mengatasi masalah ini ialah membekalkan air ke kawasan berkenaan menerusi 25 buah lori tangki dan lebih 40 buah tangki statik.

"Selain itu, kita telah memasang jajaran paip baharu dari kolam imbangan di Bandar Springhill, Lukut terus ke Sendayan. Kolam imbangan Bandar Springhill ini mendapat air daripada loji Bukit Tunggal dan kolam tersebut mempunyai kapasiti untuk menampung kira-kira dua juta gelen sehari.

"Kawasan di Mambau dan Rasah, kita telah pun membuka semula laluan paip lama dari loji rawatan Kuala Sawah, Rantau," katanya menambah empangan Sungai Terip dekat sini, hanya boleh bertahan 41 hari, jika keadaan kering berterusan.

"Oleh itu, saya meminta orang ramai supaya berhemah menggunakan air. Saya harap orang ramai sama-sama membantu dalam keadaan cuaca panas sekarang yang tidak tahu bila akhirnya," katanya. — Bernama

05 di teluk kemang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Kisah cuak keciciran Lens Hood Sigma <b>di Teluk Kemang</b> | AkuBiomed

Posted: 28 Mar 2014 10:54 PM PDT

Masih lagi berkisar mengenai percutian keluarga minggu lepas. Berasa cuak apabila keciciran Lens Hood Sigma secara tidak sengaja semasa mengambil gambar BBQ di Teluk Kemang ketika menyertai Hari Keluarga yang dianjurkan disana.

lens hood sigma

Mood untuk mengambil down selepas lens hood tercicir didalam gelap

Sebelum beli lensa Sigma ada terbaca mengenai Lens Hood Sigma ini mudah tertanggal kerana longgar disebabkan 'wear & tear'. Saya tidak sangka akan mengalami situasi cuak bakal kehilangan lens hood Sigma ini. Ia berlaku ketika sesi mengambil gambar BBQ untuk makan di Teluk Kemang. Saya mula rasa kelainan apabila UV Filter longgar dan ketika mengetatkan UV Filter baru perasan lens hood sudah tertanggal serta hilang didalam suasana gelap dipantai. Puas cari didalam kegelapan dengan mengunakan lampu flash dari telefon bimbit. Ia mengundang 'mood' terus 'down', maklumlah walau kehilangan lens hood ini adalah kecil tetapi tetap rasa gajet seperti tidak lengkap. Merata mencari dari sudut ke  satu sudut tetapi tidak jumpa.

lensa sigma

lensa sigma

Mencari pengantian Lens hood di ShaShinki.

Pada malam selepas BBQ terus mencari info untuk membuat pengantian lens hood  yang hilang. Saya terjumpa lens hood pihak ketiga di ShaShinKi yang dijual pada harga RM28. Memandangkan saya mendapat diskaun kupon RM10 kerana mendaftar buat kali pertama hanya perlu membayar RM18 sahaja. Pastikan membelikan lens hood pihak ketiga ini dengan mengenal pasti saiz ring kerana ia adalah jenis skru mudah untuk dipasang sama secara terus kepada lensa atau pada UV filter. Kelebihan lens hood ini boleh ditarik keluar untuk 3 mode yang berbeza.

lens hood pihak ketiga

lens hood pihak ketiga

lens hood pihak ketiga

lens hood pihak ketiga

Keesokkan seawal pagi saya dan isteri telah ke lokasi BBQ pada malam sebelumnya. Puas cari merata tidak jumpa memang sudah berasa kecewa sangat kerana bimbang sesi pagi ada sesi mengambil gambar untuk sukaneka dengan ketiadaan akan memberikan masalah 'flare'. Saya telah dikejutkan abang Long berjaya menjumpai lens hood terbenam didalam pasir pantai dan tiada kerosakkan. Alhamdulillah apabila semua kembali lengkap.

AkuBiomed: Satu peringatan kepada saya supaya lebih berhati-hati setiap kali mengunakan lensa Sigma ini.

191 total views, 4 views today

05 di lukut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2014 03:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2014 03:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2014 03:28 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

fy: Santai Pemuda Gombak <b>di</b> Kelong Fauzi, <b>Lukut</b>...

Posted: 20 Nov 2013 12:30 AM PST

Terlupa pulak aku nak cerita pasal pengembaraan grup pemuda ni di Kelong Fauzi, Lukut. Dok tengok gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan aku, terselak pulak album ni...
Apa pun, aku tetap suka memancing di kelong ni. Walaupun hasil tangkapan tidak berapa, kelong ni tetap menjadi pilihan aku kalau aku nak pi memancing lagi.
Pada brader Fauzi, terima kasih kerana menyediakan tempat untuk aku melampiaskan otak. InsyaAllah aku dan rakan-rakan akan datang lagi.
 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved