ads

Isnin, 7 Januari 2013

05 di port dickson - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Penganjuran Pesta Seks <b>di Port Dickson</b> Tumpas.

Posted: 23 Dec 2012 06:13 AM PST

alt

 

PORT DICKSON  23 Dis. - Penganjuran Pesta Seks yang dirancang sekumpulan remaja di sini gagal diteruskan setelah diberkas pihak polis malam tadi.

Pesta Moon Soon Beach Party yang dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara dihidangkan dengan minuman keras dijangka disambut 100 remaja dari ibu Negara.

Pihak penganjur yang menawarkan tiket kepada setiap pengunjung dengan harga RM165 seorang telah menggunakan nama tema Tourism Malaysia dan sebuah Hotel terkenal sebagai daya tarikan pesta berkenaan.

Malah pihak pengunjung disaran berbikini dan berseluar pendek sebagai tema pakaian pada malam penganjuran tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun dalam satu kenyataan yang turut disiarkan menerusi akhbar Sinar Harian esok menjelaskan, satu siasatan bakal dijalankan bagi mengenalpasti tujuan Pesta tersebut dianjurkan.

Antara siasatan yang bakal dijalankan termasuklah mendapatkan maklumat orang awam yang mengetahui akan aktiviti tersebut.
 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved