Jumaat, 26 Ogos 2011

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Umat Islam <b>di</b> nasihatkan jangan &#39;Kufur Nikmat&#39; – Menteri Besar <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 11:03 AM PDT

JEMPOL, 17 Ogos – Malaysia merupakan sebuah Negara Islam dan termaktub dalam Perlembagaan Negara bahawasanya Islam merupakan agama Rasmi Malaysia yang diperakui dunia.

Majlis Berbuka Puasa yang di adakan di Masjid Qariah Felda Serting Hilir Kompleks telah turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan cukup bermakna apabila hari ini bersamaan 17 Ramadhan, umat Islam seluruh dunia mengenang peristiwa penting 'Nuzul al-Quran'.

Peristiwa di mana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W ketika 41 tahun keputeraan baginda secara berperingkat sehingga 22 tahun lamanya.

Menteri Besar, di dalam ucapannya menyeru umat Islam agar melafazkan rasa kesyukuran kerana Malaysia sebuah Negara Islam yang aman dan makmur dan rakyatnya sangat bertuah berbanding dengan Islam lain yang sedang dilanda pelbagai masalah.

Menteri Besar kesal apabila melihat semakin ramai rakyat telah 'kufur nikmat' dan seolah-olah tidak pandai bersyukur dengan kemajuan dan perpaduan yang diwarisi oleh pemimpin terdahulu malah dengan mudah menuduh serta menyalahkan apa saja yang dibuat oleh kerajaan.

Beliau dengan tegas menyeru rakyat Negeri Sembilan jangan sesekali terlibat dengan kumpulan yang mahu merosakkan akidah umat Islam dan mahu semua pihak sentiasa  melaksanakan kerja demi agama bangsa dan negara.

Di majlis ini, beliau telah menyampaikan bantuan tahunan FELDA  kepada 34 buah Masjid didalam gugusan felda Serting  berjumlah RM340,000, bantuan tahunan MAINS RM1500-00 setiap masjid  kepada 15 buah Masjid Daerah Jempol.

Menteri Besar juga mewakili  Jabatan Perdana Menteri menyampaikan bonus hari raya berjumlah RM6.13 juta kepada wakil-wakil dari lapan zon gugusan felda serting, bantuan JKM  dan juga bantuan baitulmal untuk fakir miskin.

Menteri Besar juga  berkesempatan menjawab temubual ringkas mengenai  'Cadangan Pembinaan Perumahan Mampu Milik oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dan menyatakan Kerajaan Negeri menyambut baik usaha ini demi kebaikan generasi kedua Felda pula.

Beliau berpendapat generasi kedua Felda yang mewarisi ibu-bapa mereka sebagai peneroka asal perlu diberi peluang mendapatkan rumah sendiri, dan  harga bermula serendah RM19,000 adalah yang terbaik masa kini dengan  dianggarkan sebanyak 160,000 unit bakal didirikan.

Sehubungan itu, Menteri Besar akan terus bekerjasama dengan pengurusan Felda bagi memastikan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya.

Menteri Besar turut mengakui Institusi Felda merupakan sumbangan terbesar Negara sejak zaman Tun Abdul Razak dan Kerajaan Negeri tidak akan mensia-siakan Warga Felda .

Turut hadir ialah Dato' Lillah Yasin, Yang Berhormat Parlimen Jempol, Dato' Shamsul Kahar Mohd Deli; ADUN Serting

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads