TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli
2. Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei
3. Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial,
4. Ahli –ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru
5. Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
6. Pelajar – pelajar Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
7. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian
Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,
Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin- hadirat yang dihormati ,
Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, pensyarah dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.
Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah:
1. Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan para pensyarah yang mengajar anak mereka
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di kolej
4. Para Pensyarah dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan pensyarah kolej
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis dimulai dengan taklimat Yang dihormati YDP PIBG En Alwi Bin Sabtu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.
……………….Tamat Ucapan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati En Alwi Bin Sabtu YDP PIBG atas taklimat sebentar tadi
Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa
Program diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.
Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai sesi taklimat YDP PIBG, bagi ibu bapa tingkatan 5 dan 4 SKM diminta untuk berada dilokasi yang ditetapkan. Ibu bapa tingkatan 5 dikehendaki bertemu pensyarah pembimbing di kelas masing-masing iaitu bangunan di belakang dewan. Manakala ibubapa dan pelajar tingkatan 4 skm diminta mengadakan pertemuan di bilik mesyuarat
Manakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma kolej di kehendaki berada di dewan bagi sesi tak limat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan ibubapa pelajar tingkatan 4 SKM dan ibu bapa pelajar tingkatan 5 untuk meninggalkan dewan untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan…dipersilakan
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan
…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat sebentar tadi
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat ini, ibubapa dan para pelajar boleh lah mengadakan pertemuan bersama pensyarah matapelajaran d .....
Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan