Isnin, 26 November 2012

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Internal Hard Disk: Tertinggal <b>di Gemas</b>

Posted: 13 Nov 2012 08:30 AM PST


Ini pengalaman aku tertinggal keretapi di Gemas...

Kronologi 1
Aku naik keretapi dari Wakaf Bharu ke JB Sentral. Bertolak malam, dalam pukul 8.45. Tapi keretapi ni tak dapat sampai terus ke JB Sentral sebab landasan sedang dibaikpulih. Terpaksa turun di stesen Kluang. Nasib baik Denesh duduk Kluang, jadi dah berjanji dengan dia nak tumpang balik UTM.

Kronologi 2
Macam biasa, mulut aku terlebih ramah dan jumpa kawan baru, gadis kacukan Cina-Siam yang belajar kat UTM juga. Dia kelam-kabut sebab tak tahu yang keretapi tu berhenti kat Kluang saja. Dia tanya aku balik UTM macam mana? Jadi aku bagi tahu dia yang ada kawan ambil kat stesen Kluang. Dia nak tumpang sekali jadi aku telefon Denesh. Aku bagi Denesh bercakap sendiri dengan budak tu. Denesh cakap OK, boleh tumpang sekali.

Kronologi 3
Malam tu aku bermimpi, budak Cina-Siam tu tinggalkan aku. Lepas tu aku terus tersedar. Keretapi berhenti kat stesen Gemas. Tengok jam, dah masuk waktu Subuh. Aku tengok tandas-tandas keretapi terlalu basah dan kotor, baik aku turun ambil wuduk kat tandas stesen. Aku tanya akak-akak yang sama-sama turun di stesen tu, mereka cakap keretapi berhenti lama kat situ. Jadi aku ke tandas dan ambil wuduk. Masa ambik wuduk aku dengar siren keretapi dan semacam ada keretapi yang berlepas dari stesen. Seingat aku ada dua buah keretapi yang berhenti serentak tadi, pada fikiran aku mungkin keretapi lain yang dah berlepas. Nyata jangkaan aku salah. Aku dah tertinggal di Gemas ni! Mimpi malam tadi jadi kenyataan. Nasib baik aku bawa beg duit dan hp...

Kronologi 4
Tergamam seketika bila tengok keretapi dah tak ada. Lepas fikir-fikir balik, OK redha sajalah. Lagipun niat turun tadi memang atas niat yang baik. Allah akan permudahkan semuanya. Aku terus cari petugas KTMB untuk maklumkan yang aku dah kena tinggal dengan keretapi. Petugas tu bawa aku jumpa Ketua Stesen. Dia juga rasa bersalah sebab pagi tu dia tidak membuat pengumuman seperti biasa apabila ada keretapi hendak berlepas. Dia minta aku tumpang keretapi dari KL. Tak perlu bayar apa-apa. Dia juga uruskan agar semua barang aku diturunkan di stesen Kluang. Alhamdulillah selesai masalah tapi solat Subuh belum lagi! Bergegas ke surau stesen. Wah, nasib baik wuduk aku belum batal!

Kronologi 5
Telefon Denesh cakap aku ditinggal keretapi. Takut dia bimbang dan minta dia tolong cari gadis Cina-Siam tu. Lagipun kami dah berjanji. Denesh cakap dia akan tunggu budak tu kat stesen Kluang.  Sebenarnya, usaha ni agak susah nak berhasil sebab Denesh tak kenal budak tu dan no. hp dia pun kami tak 'saved'.

Kronologi 6
Tak selesa jalan-jalan kalau tak gosok gigi dan basuh muka, jadi aku 'survey' kawasan sekitar stesen tu untuk cari kedai. Nak beli berus gigi dan pencuci muka. Banyak kedai tak bukak lagi. Nasib baik ada sebuah yang buka. Jauh betul kena jalan. Hu3x. Ada restoren KFC kat belakang stesen tu tapi bukak pukul 7.30.

Kronologi 7
Lepas gosok gigi dan cuci muka, aku merayap lagi. Aku nampak ada stesen bas dan teksi. Aku tanya-tanya juga orang-orang kat situ macam mana nak pergi Kluang? Jaraknya berapa? Berapa jam sampai? Kalau naik bas henti-henti kena tukar stesen kat mana dan bla bla bla. Tapi orang kat stesen keretapi macam tak galakkan aku naik bas atau teksi. Bahaya agaknya... Terpaksalah tunggu keretapi dari KL. Pukul 11 baru keretapi sampai. Itupun kalau tak terlewatlah!

Kronologi 8
Perut lapar. Pergi sarapan KFC dulu. Dah kenyang mulalah rasa mengantuk. Takkan nak tidur kan? Aku merayau lagi. Best merayau sebab kebanyakan kedai dah bukak. Rambang mata aku tengok barang-barang yang dijual. Semua murah-murah. Banyak juga aku beli. Kira melencong dan melancong secara tak sengajalah ni. Ha3x.

Kronologi 9
Setelah letih bersiar-siar dan membeli-belah, aku kembali ke stesen Gemas. Aku dah tak rupa orang kena tinggal dengan keretapi dah sebab penuh barang kat tangan. Ha3x. Dalam pukul 12 baru keretapi datang. Akhirnya, bergerak meninggalkan Gemas dengan seribu kenangan. Ha3x.

Kronologi 10
Sesampai di stesen Kluang, aku pergi jumpa ketua stesen untuk ambil barang-barang yang tertinggal. Pegawai tu tanya aku ada beg duit ke? Aku cakap adalah sebab aku bawa sekali masa turun kat Gemas. Dia nampak keliru. Dan tiba-tiba baru aku teringat yang aku ada 'purse' tambahan dalam beg sandang aku. Memang terbiasa sediakan dua 'purse' sejak kes beg kena toreh dulu. Langkah berjaga-jaga, nanti kalau hilang satu, ada satu lagi 'backup'...

Kronologi 11
Lepas siap urusan tuntutan beg dan bagasi, aku telefon Denesh. Dalam 15 minit, Denesh sampai. Denesh cakap kami ada kelas petang tu. Aku memang ingat kelas tu dah dibatalkan. Bukan ke Ustazah cakap dia nak pergi kursus? Blur. Lepas congak-congak, kami rasa sempat sampai UTM dan boleh hadir kelas tu. Malangnya hujan kat lebuhraya. Trafik bergerak perlahan. Kami tiba di UTM agak lambat. Sampai CFirst, terus berlari ke kelas sebab waktu kelas dah hampir tamat. Kedatangan tu penting kan? Asal tunjuk muka kira OK la kan. Kami bukan sengaja pun...

Pergi kelas tak mandi, you all! Buat sejarah ni! Ha3x.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads