Jumaat, 23 Mei 2014

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air <b>Di Seremban</b> 20 Mei 2014 <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 06:00 PM PDT

Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air Di Seremban 20 Mei 2014 | SEREMBAN: Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip.

Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer dan kawasan industri ringan Templer, Lobak.

Turut terjejas, Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar, hospital pakar KPJ, hospital Columbia, Hospital Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas, Jalan Labu dan Taman Desa Rhu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Kawasan lain, Taman Warisan Puteri, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Selatan dan Taman Seremban Jaya," katanya.

Bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mulai 8 pagi hari berikutanya (21 Mei).
Pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads