ads

Rabu, 31 Julai 2013

05 di tampin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


Jangan sebar berita palsu kematian tahanan <b>di Tampin</b>: Polis ABN <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2013 05:04 AM PDT

SEREMBAN – Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.    

"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenalpasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementara menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya. – Bernama

Tanah Untuk Dijual <b>Di</b> Kampung Pondoi, <b>Tampin</b>. | Rumah untuk <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2013 09:46 PM PDT

Description

Price: RM85,000 (nego)
Type: Land
Daerah: Tampin
Mukim: Tebong
Land Area: 1.98 Ekar
Status: Pertanian
Title type: Leasehold
Other info: Rezab Melayu.

Keterangan :
– Lokasi: Kampung Pondoi, Tampin.
– Jalan Utama antara Tampin ke Gemencheh.
– Keluasan tanah adalah 1.98 ekar.
– Keadaan tanah rata serta sedikit berbukit.
– Jarak dari jalan utama lebih kurang 1km.
– Kemudahan asas jalan tar yang sedia ada.
– Kurang 20 minit ke Pekan Tampin.
– Kurang 20 minit ke Pekan Gememcheh.
– Kurang 40 minit ke Pusat Bandar Seremban.
– 45 minit perjalanan ke PORT DICKSON.
– 50 minit perjalanan ke KUALA LUMPUR melalui PLUS.
– Pembeli diperlukan SEGERA !!

Earnest Deposit 3% & Balance 7% masa sain S&P.
Lawyer & Loan akan diuruskan.

Adakan Anda Nak Jual Rumah?
Call sekarang untuk nasihat jual/beli PERCUMA*.

SERIOUS BUYER ONLY!!!!

Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Mr. Syahz 010-2212334

About The Poster

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187 Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban, Jalan Dato' Muda Linggi, Negeri Sembilan. Tel/Fax: 06-7620673

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved