Isnin, 9 April 2012

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


400 orang <b>di</b> peringkat Dun <b>Paroi</b> menerima BR1M | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2012 04:57 AM PDT

SENAWANG : 06 April – Seramai kira-kira 400 orang di peringkat Dun Paroi menerima baucer Bantuan Rakyat  1 Malaysia (BR1M) hari ini yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.

Ahli Parlimen Rembau, Tuan Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut hadir bagi bersama-sama Menteri Besar menyampaikan baucer BR1M yang berlangsung di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang, petang tadi.

Dalam ucapan Menteri Besar, bantuan ini diberikan setelah meneliti dan mendapati ramai penduduk di negara ini berpendapatan sederhana dan ke bawah yang terbeban dengan masalah peningkatan kos sara hidup akibat krisis dunia.

Oleh yang demikian, kerajaan telah mewujudkan satu dasar transformasi ekonomi  di mana bantuan secara langsung akan diberikan kepada rakyat bagi menampung beban yang perlu mereka tanggung.

"Sehubungan itu, marilah kita bersyukur kerana hidup di negara yang aman damai ini dengan nikmat yang Allah Taala berikan. Kesusahan yang kita hadapi ini tidaklah sesusah jika hendak dibandingkan di negara lain yang mati akibat kebuluran," kata beliau.

Difahamkan, baucer BR1M ini dilanjutkan sehingga 15 Mei.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads