Isnin, 4 Jun 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Persatuan Pandu Puteri bergerak aktif <b>di Negeri Sembilan</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 05:55 AM PDT

PAROI, 27 April –Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Pandu Puteri Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2012 berlangsung di Centre Court, Paroi sejak pagi tadi dan berakhir pada sebelah petang telah mendapat penyertaan dari dua puluh buah sekolah di Negeri Sembilan.

Tahun 2012 merupakan tahun kedua pertandingan ini berlangsung dan terdapat peningkatan jumlah penyertaan.

Ianya turut mendapat pujian Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, Yang di-Pertua, PPPM Cawangan Negeri Sembilan merangkap isteri Menteri Besar Negeri Sembilan juga perintis bagi pertandingan tersebut.

Beliau hadir bagi merasmikan majlis penutup seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Di dalam ucapan beliau, beliau berbesar hati dan berbangga menerajui Pandu Puteri Negeri Sembilan kerana mendapat kerjasama baik jawatankuasa di peringkat Negeri, peringkat sekolah dan ahli-ahlinya.

Menurut beliau, Persatuan Pandu Puteri Negeri Sembilan semakin bergerak aktif di negeri ini dan pencapaian demi pencapaian diperolehi. Ini bermakna, PPPNS semakin popular dan di terima ramai.

"Pertandingan kawad kaki ini misalnya, antara aktiviti yang dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin, toleransi, meningkatkan jati diri dan paling penting pembentukan pembawakan pasukan," tambah beliau.

Beliau turut menyeru agar setiap ahli perlu saling hormat menghormati di antara satu sama lain agar lebih banyak lagi kejayaan di perolehi di masa akan datang.

Terdapat dua kategori pertandingan kawad kaki iaitu kategori Tunas Puteri dan kategori Ranjer bagi merebut Piala pusingan YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.

Bagi kategori  Tunas Puteri, tempat pertama dimenangi oleh SK Wawasan, kedua SK Pedas dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Palong 8 (F). Ketua platon terbaik di menangi oleh SK Wawasan.

Bagi kategori Ranjer pula, tempat pertama dimenangi oleh SMJK (C) Chan Wa, kedua SMK Bukit Mewah dan ketiga dimenangi oleh SMK Seri Perpatih. Ketua platon terbaik di menangi oleh SMJK Chan Wa.

Tuan rumah bagi tahun ini ialah SMK Bukit Mewah, Seremban 2.

Turut hadir, Dato' Zainab Nasir , EXCO Kerajaan Negeri Sembilan dan En Amir Sharifuddin, wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads