Selasa, 30 Julai 2013

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Pengerusi NGO MyWatch Parah Ditembak <b>Di Bahau</b> 27 Julai 2013 <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2013 09:18 AM PDT


Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang tadi oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan, 27, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Pilah pada pukul 10.30 malam tadi dan Astro Awani dimaklumkan oleh sumber dari hospital bahawa keadaan beliau masih tidak stabil.

Kejadian tembakan itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang berhampiran persimpangan Taman Awana Indah, Taman Cempaka.

Menurut sumber, Sanjeevan keluar untuk minum petang bersama seorang rakan dan memandu BMW kelabu.

Beliau sedang merokok dan cermin keretanya diturunkan sebelum dua lelaki bermotosikal merah datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan.

Ketika dihubungi, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dia merasa sedih dengan kejadian tersebut.

"Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku terhadap beliau ketika usaha untuk mengurangkan jenayah sedang giat dijalankan," katanya kepada Astro Awani.

Sehubungan itu beliau menggesa polis menyiasat kejadian tersebut kerana Sanjeevan dikatakan pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini susulan beberapa pendedahan yang dilakukan beliau.

Sejak dilancarkan MyWatch lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah termasuk dakwaan rasuah dan salah laku anggota polis di semua peringkat selain mendakwa ada yang terbabit dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap - Astro Awani


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads