Rabu, 4 September 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Rumah Terbuka Majlis Daerah <b>Jelebu</b> - Portal berita Negeri Sembilan

Posted: 26 Aug 2013 04:40 AM PDT

_DSC4737

Jelebu, 26 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan memenuhi undangan Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu (MDJ), Tuan Mohamed Roduan Ujang di Majlis Sambutan Aidilfitri 1434H Pentadbiran Daerah Jelebu di Dewan Majlis Daerah Jelebu, hari ini.

Majlis sambutan Aidilfitri tersebut berlangsung dengan meriah dan Menteri Besar meluangkan masa kira-kira sejam.

Di majlis sama, beliau turut beramah mesra dengan para pengunjung selain melawat setiap gerai yang menghidangkan juadah rumah terbuka.

Pelbagai agensi terlibat di dalam menghidangkan juadah hari raya antaranya, Lembaga Hasil Dalam Negeri Daerah Jempol, Tenaga Nasional Berhad Cawangan Jempol, Jabatan RISDA dan pelbagai lagi.

Majlis tersebut yang bermula dari jam 1:00 petang sehingga 4:00 petang menerima pengunjung lebih dari seribu orang.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Hj Mat Ali Hj Hasan, ADUN kawasan Pertang, Datuk Jalaluddin Alias, Ahli Parlimen Jelebu, Tuan Zainuddin Ismail, ADUN Kawasan Lui, Tuan Mohd Razi Hj Ali, ADUN Kawasan Klawang, Dato' Yunus Rahmat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads