ads

Selasa, 19 Mac 2013

05 di port dickson - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan <b>Di Port Dickson</b>

Posted: 12 Mar 2013 01:00 AM PDT

Sesuatu yang agak unik kerana perkara seperti ini agak jarang terjadi. Sebatang pokok kelapa ditemui mempunyai lima dahan di kawasan Port Dickson. Biarpun ia sudah dianggap lama kerana saiz pokok yang sudah berusia, ia baru sahaja mendapat perhatian media. KisahBest.My difahamkan, pokok ini tidak ada perbezaan yang ketara dengan pokok-pokok yang lain kerana ia tetap masih berbuah dalam keadaan biasa.

PORT DICKSON – Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan.

Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan.

"Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

"Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ.

"Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun," katanya.

Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan Di Port Dickson 10 out of 10 based on 10 ratings. 10 user reviews.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved