ads

Selasa, 19 Mac 2013

05 di gemas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Lebih 16 ribu tunggu kedatangan Timbalan Perdana Menteri <b>di Bahau</b>

Posted: 08 Jan 2013 03:48 AM PST

Bahau , 8 Jan : Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Negeri Sembilan diteruskan apabila beliau dan rombongan telah tiba di Padang Awam Majlis Daerah Bahau pada jam 2.30 petang dan beliau telah ditunggu oleh lebih dari 16 ribu penduduk tempatan dari Bahau dan persekitarannya.

YAB Dato' Seri  Utama Tan Sri Muhiyuddin Yasin yang diiringi oleh Menteri  Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan serta Isteri telah menyatakan kegembiraan  beliau menyaksikan berbagai kaum turut hadir menantikan kedatangan beliau.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Dato' Lilah Yasin, ahli Parlimen Jempul  dan seterusnya oleh Menteri Besar Ngerei Sembilan dan disudahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyuddin Yasin.

Timbalan Perdana Menteri mengumumkan  budget sebanyak 4.1 juta kepada penduduk di Bahau bagai melaksanakan projek yang bagi pembangunan pembelajaran. Beliau juga telah menyampaikan bantuan kepada sekolah sekolah di sekitar Bahau dan Jempol.

Turut serta dalam lawatan adalah isteri kepada Timbalan  Perdana Menteri Puan Sri Datin Seri Diraja Norainee dan isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin. Ahli Parlimen Jempol , Dato' Lilah Yasin dan pemimpin tertinggi Barisan Nasional Negeri Sembilan

BN optimis DUN <b>Bahau</b> ditawan kembali | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 06:49 PM PST

JEMPOL  - Kegagalan DAP menyelesaikan pelbagai masalah rakyat khususnya di Bahau memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin berkata, pihaknya mendapati banyak aduan terutama melibatkan masyarakat Cina di kawasan itu tidak dapat diselesaikan wakil rakyat DAP.

"Masyarakat di Bahau mengeluh dengan janji yang tidak ditepati DAP khususnya di Bahau.

"Kita optimis kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau akan kita rampas daripada DAP," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Parlimen Jempol, di sini kelmarin.

Tegas Lilah, sejarah membuktikan Bahau bukan milik sepenuhnya DAP kerana suatu ketika dahulu pernah dikuasai BN.

Kerusi DUN Bahau dimenangi calon DAP, Teo Kok Seong dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan majoriti 837 selepas memperoleh 6,188 undi berbanding calon BN, Lim Fui Ming yang mendapat 5,351 undi.

Beliau turut menjelaskan, BN telah memperlengkapkan jentera dan sudah pun bergerak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"BN sentiasa mendekati rakyat dan bukan hanya menanti tarikh pembubaran atau pilihan raya sahaja. Kita bekerja untuk rakyat setiap masa tanpa ada had waktu," jelasnya.

Ketika ini katanya, BN telah mendekati golongan pengundi atas pagar dan menyampaikan maklumat betul terhadap usaha baik Kerajaan BN.

"Golongan atas pagar ini lebih gemar mendapat maklumat di internet dan sebab itulah kita mendekati mereka supaya maklumat betul dapat disampaikan dengan cara bersemuka," jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved