Sabtu, 25 Jun 2011

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di</b> beberapa daerah <b>di</b> Negeri Sembilan Rabu <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2011 03:23 AM PDT

SEREMBAN: 21 Jun – Beberapa kawasan di daerah Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air Rabu ini mulai pagi.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Azlan Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata gangguan di daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau akan berlaku selama 16 jam mulai pukul 9 pagi berikutan kerja penyelenggaraan berjadual kolam Air Bukit Tunggal.

Kawasan yang terlibat di daerah Seremban ialah Taman Cempaka, Kampung Linsum, Bandar Eka, Taman Delima Siliau, Kampung Sungai Sendayan, Kampung Sega, Taman Kristal, Taman Seri Damai, Rumah Rakyat Kuala Sawah, Pekan Rantau, Kampung Ulu Lalang, Rumah Rakyat Ulu Lalang dan Kampung Kanchong.

Di Port Dickson melibatkan Air Kuning, seluruh kawasan Linggi, Kampung Tampin Linggi, Kampung Takau, Ladang Tampin Linggi, Takau Estet, Rumah Rakyat Linggi, Pekan Linggi, Masjid Kariah Tampin Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian, Masjid Kariah Pengkalan Durian, Rumah Rakyat Pengkalan Kempas dan Kampung Permatang Pasir.

Di Rembau, ia melibatkan Jalan Tok Samad, Jalan Tanjung Semut, Lebuh Raya Pedas, Merbau 9, Minching B, Hentian Lebuh Raya Seremban, Hentian Tinggi Estet, Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Sekolah Teknik Chembong, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri dan Taman Pinggiran Pedas.

Gangguan selama sembilan jam mulai 8 pagi pula akan berlaku di daerah Tampin iaitu Gemas dan Gemencheh berikutan kerja pencucian kolam berjadual di kolam Imbangan Bukit Sialang, Tampin.

Kawasan yang terlibat di Gemas ialah Felda Sungai Kelamah Peringkat 1,2,3 dan 4, Kampung Maju Ternak, Ladang Tabung Haji Jelai, Felcra Jelai, Kampung Kurnia Diraja, kawasan perindustrian Hevea Board, Commercial Edge, KIMA dan kilang perindustrian Jalan Gemas-Tampin.

Di Gemencheh ia melibatkan Kampung Sungai Dua, Jalan Besar Sungai Dua Air Kuning, Kampung Baru Jelai, Kampung Gedok, Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Kampung Gedok Sawah, Kampung Tenai, Kampung Air Gelugor, Kampung Tenai Hilir dan kawasan sekitar.

Gangguan selama 16 jam mulai pukul 8 pagi akan turut berlaku di Tampin berikutan kerja penyelenggaraan berjadual loji rawatan air Gemas yang melibatkan Pekan Gemas, Taman Morris dan sekitar, Taman Desa Bakti, Taman Desa Permai Gemas, KTM Gemas, Taman Sungai Gemas, Rumah Rakyat Gemas, Kampung Tiong, Kampung Tiong Tambahan, Kampung Bukit Masjid, Kampung Londah dan Kampung Bangkahulu.

Kampung Bintangor, Kampung Ulu Ladang, Kampung Ladang, Kem Gemas, Bukit Jalur, Felda Bukit Jalur, kawasan Air Kuning dan Mantai, MRSM Gemencheh, kawasan Kampung Paya Lebar, Taman Sentosa, Taman Gemas Jaya, Taman Gemas Setia, Taman Gemas Indah, Taman Damai, Kampung Baru Gemas dan Industri Gemas.

Di daerah Jempol melibatkan Palong 2 hingga 16.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads