Sabtu, 25 Jun 2011

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Tiga perompak ditembak mati <b>di Rembau</b> : N9 Kini

Posted: 20 Jun 2011 08:43 PM PDT

REMBAU: 21 Jun – Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 1, Pedas dekat sini awal pagi ini, kata Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh.

Beliau berkata, dalam kejadian 4.55 pagi itu, sepasukan anggota polis sedang meronda di kawasan itu apabila terserempak dengan tiga penjenayah terbabit sedang menolak motosikal masing-masing.

"Apabila dicabar, ketiga-tiga mereka yang bersenjatakan parang kemudian cuba menyerang polis dan dalam keadaan mempertahankan diri, polis menembak ketiga-tiga mereka dengan senapang patah.

"Susupek dipercayai warga asing berumur dalam lingkungan 20-an," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini.

Mayat ketiga-tiga penjenayah itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat.

Osman berkata, polis turut mennemui tiga motosikal, tiga parang pelbagai saiz, enam topi keledar serta beg bimbit yang mengandungi pelbagai peralatan pecah rumah iaitu dua pemutar skru, satu besi kuku kambing, satu pemotong, satu tukul besi, satu gergaji besi dan satu batu asah di tempat kejadian.

Katanya, polis juga menemui satu topeng ski dan sepasang sarung tangan kain dariapda salah seorang penjenayah itu dan semakan ke atas motosikal mendapati ia milik orang tempatan.
Beliau berkata, polis mengekori kumpulan penjenayah yang dipercayai terbabit dengan tujuh kes samun pecah rumah di sekitar Kuala Pilah dan Seremban sejak enam bulan lalu.

Katanya, kumpulan penjenayah itu juga terbabit dengan kegiatan samun di negeri ini, Selangor dan Melaka dengan modus operandi menyamun sebelah pagi antara jam 4 dan 5 pagi.

"Siasatan kita mendapati rumah yang cuba disamun ialah sebuah rumah pengusaha kebun dan haiwan ternakan. Dalam kes ini, polis dapat amaran daripada salakan anjing menyebabkan salah seorang anggota keluarga rumah pengusaha itu tersedar dan menjerit.

"Kerana itulah penjenayah terbabit lari dari kawasan rumah itu dan cuba lari senyap-senyap dengan menolak motosikal sehingga terserempak dengan pasukan polis," katanya.

Berikutan kejadian itu, Osman berkata polis sedang memburu dua atau tiga lagi anggota kumpulan terbabit yang melarikan diri di mana seorang daripada mereka dipercayai cedera. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads