ads

Rabu, 8 Jun 2011

05 di linggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di linggi - Google Blog Search


Lupekanje: <b>Linggi</b> ku 3

Posted: 21 May 2011 10:29 PM PDT

Setelah Tok Awaluddin membuat keputusan begitu, beliau bersama rombongannya pun mendarat masuk ke Rembau dan tinggal di sana beberapa lama. Berkemungkinan sewaktu itu, mereka tidakpun mengikut adat perpatih yang di amalkan oleh penduduk Rembau.

Hingga satu ketika, saudara Tok Awaluddin dari Riau, iaitu Daeng Kemboja, datang memujuk mereka pulang semula ke Riau.  Namun Tok Awaluddin tetap berkeras tidak akan pulang ke Riau (majuklah tu...) .. Oleh yang demikian, Tok Janggut itu (Daeng Kemboja), tak kuasa lah lagi memujuk orang merajuk itu.  Tetapi menasihatkan mereka membuka penempatan sendiri....toksah lah menumpang tempat orang .... gitu lah...memang dah termaktub dalam sumpah Tok Awaluddin tu dalam mesyuarat sebelum mendarat, untuk mencari penempatan yang sederhana sebagai tempat bermastautin. Dan untuk tidak akan mengikut Adat Pepatih. Tapi lebih kurang 23 tahun jugak mereka menetap di Rembau, sebelum berpindah ke Linggi.../ membuka Linggi. Lama jugak tu kan..klu pendatang haram tu, dah blh dpt status penduduk tetap lah...

Antara sebab mereka lama juga di Rembau, adalah mungkin kerana Tok Awal telah diminta menjadi Guru agama untuk Datuk Rembau dan keluarganya.  Sebab itulah Datuk Rembau itu tidak mengizinkan Tok Awal dan kelompok Bugisnya itu meninggalkan Rembau.

Setelah Linggi dibuka (ada riwayat mengatakan yang membuka Linggi adalah Tok Awaluddin) pada tahun 1783, dan secara rasminya semua orang Bugis di Rembau telah berhijrah ke Linggi sekitar tahun 1798. Riwayat lain pula mengatakan bahawa Lebai Dolman, anak Tok Srilah yang membuka Linggi. Satu kisah yang menarik juga,  mengatakan orang-orang Bugis dari Rembau itu menaiki perahu kulit belayar dari Luak Rembau, menuju ke Siliau.  Sampai di Siliau, tiada siapa yang setuju untuk dijadikan penempatan.

Kemudian terus belayar menghilir ke kuala Sg Pengkalan Kundang, dari situ, masuk menumpang belayar 7 pasang suami isteri. ni bulih panggil Boatpool lah ni...Kira macam besar jugak la ye perahu kulit tu....ato...ntah-ntah, diorg ni konvoi kot...naik perahu memasing????

Yang mula-mula jumpa tempat nak dibuat penempatan adalah Tok Sulong Mahmud dn isterinya..kat Kg Pengkalan Kundang tu lah... kata orang tetua Linggi, Pengkalan Kundang tu, Linggi lah...huhu...acik keliru... Perahu terus belayar ke hulu, lalu mereka bertemu lah pulak dengan Tok Suboh dan isteri yang berasal dari Sumatera, yang memang dah lama tinggal di situ. Maka turunlah pulak Tok Jenu dan Tok Ibrahim somi isteri, join sama itu Tok Suboh .

Yang lain teruskan belayar lagi,menghulu, hingga sampai ke satu lokasi di tebing sungai itu , Tok Kanda Ali dan isterinya pulak berkenan, lalu mereka turun dan menetap di situ, dinamakan tempat itu Kg Hilir....manakala Lebai Dolman pulak, next check point....turun besama isterinya, lalu membuka pulak kg Tengah..

Baki penumpang perahu itu meneruskan kayuh perahu kulit mereka menghulu lagi, hingga sampai la pulak ke destinasi Tok Haji Mohamad Kassim untuk turun dan membina penempatannya di situ, dinamakannya Kg. Hulu. Seterusnya, Tok Khatib Musa dan isteri pulak turun setelah berkenan dengan satu tapak lokasi untuk dijadikan penempatan mereka yang mereka namakan Kampung Telok Rumbia. Puas Acik tanyakan kat orang2 tua di mana letaknya ini kampung, tpi sorang pun tk tau... aparaaa...yang tau mesti yang dah pergi ke alam barzakh...yg hidup tak tau langsung hal dolu2...


Acik suspek, Kg ni dedekat dengan Kg Tampin....yang mana, penumpang terakhir perahu kulit itu bertemu tempat yang layak untuk mereka membina penempatan...haruslah yang akhir ni yang mengayuh perahu tersebut kan... Tok Noh suami isteri..membuka pula Kg. Tampin/Tampin Linggi.. ada satu tempat lagi nama Tampin dalam negeri Sembilan ni...iaitu Tampin yang dokek Rombau tu...hehe..

Dah panjang cerita ni....nnt bepinau mata membaca.  Ok..kita break dulu.  Sambung di episod lain.  Harap2 episod akhir lah..letih memogang buku borek ni nk merujuk ha...

Acik nak kaitkan dengan persoalan, naper orang Linggi tak ikut adat pepatih. Dan nak ceritakan adat orang Linggi yang sebenar-benarnya. Melalut lak citer pasal pembukaaan Linggi. Wallahualam.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

gila nescafe: ~~Mandi manda <b>di</b> Pantai Kuala <b>Linggi</b>, Melaka

Posted: 30 May 2011 10:38 PM PDT

Assalamualaikum wbt....

dah lama kan aku x buat entry ??nak tau sebab apa x??coz blog tgh sengal b4 nie..aku x leh nk updated apa2 pun..sikalang blog sudah ok..hehehehe..so hari nie aku nk citer pasal mandi manda di Pantai Kuala Linggi nia...dulu2 klu balik kg Melaka jew mesti lepak & tumpang tidur umah sedara mara..kekadang2 tu sampai berhimpit2 la...tp la nie x perlu lg nk tumpang umah sedara mara coz kat Kuala Linggi tue sendiri dah ada byk chalet2..tp yg paling best & menjadi kegemaran kai sekeluarga tuk melepak di KM Chalet, Kuala Linggi..tmpt sgt2 la best coz dekat dgn pantai pastu suka hati korang la nak mandi or lepak2 kat pantai sampai kul brp pun...pantainya pun bersih ..owner dia pun baik hati...pakcik nie dia bekas askar, Mejar Kamaruddin...peramah orangnya...

utk info korang kat chalet nie ada beberapa jenis chalet & harga..mengikut keperluan & budget korang..ada yg serendah RM 60 & setinggi RM 250 tuk 1 mlm....tuk RM 60.oo tu hanya kipas sahaja la yg disediakan tp yg atas RM 60 ada kipas dan aircond sekali..so agak2 korang berbaloi x???mesti berbaloi punya kan...ok bg yg nak wat family day kat sini, mmg sesuai bangat...korang leh amik pakej sekali dgn makan..makan plak ada byk set dia...korang pilih jew la mana yg korang nak...dr serendah RM 8.00 hingga lah ke RM 15.00...lauk pauknya sgt2 sedap sehingga menjilat jari..giler best beb & klu korang nak bbq pun boleh, samada nak diorg siap2 masak or korang masak sendiri..semuanya boleh kalau dgn Pakcik nie...

masa aku wat family day deparment aku kat sini, dia siap bg hamper free 4 lg beb..siap ada karaoke lagi..pergh mmg best giler pakcik nie...klu nk wat game pun ada gak dia sediakan beberapa peralatan..& tempatnya sgt lapang tuk korang2 buat game..ok utk info2 or korang2 nk tgk harga chalet & sajian leh jew  click kat link KM Chalet nie ya , sekarang nie pun km chalet dh ada buat pakej penginapan & sajian..so sgt2 mudah tuk korang semua...

so sampai di sini saja la yg dapat aku bg info kat korang2 semua...percaya lah cakap aku, x rugi korang melepak kat sini....so selamat membaca dan jgn lupa sebar2 kan kpd kawan2 erk...babai...

www.tips-fb.com Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved