ads

Rabu, 8 Jun 2011

05 di kuala klawang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Ringgo Redz: <b>Kuala Klawang</b> , Jelebu , N9 .

Posted: 05 Jun 2011 06:00 PM PDT

Kuala Klawang mendapat nama melalui satu peristiwa yang berhubung kait. Adapun cerita ini tidak diketahui kesahihannya. Ia merupakan cerita yang disampaikan oleh orang tua-tua di sini. Terdapat dua cerita yang berbeza. Cerita pertama diceritakan oleh masyarakat Melayu manakala cerita yang kedua pula datangnya dari masyarakat Cina.

Menurut orang tua-tua, nama Kuala Klawang diperoleh sempena dengan penemuan siput kelewang yang banyak di kuala tersebut. Maka lama-kelamaan tempat itu dipanggil Kuala Klawang.

Orang-orang Cina pula percaya, dahulu, kuala sungai tersebut merupakan suatu kawasan yang sibuk dengan aktiviti perkapalan. Terdapat banyak kapal yang berlabuh di situ. Malah di kawasan tersebut telah berlakunya urus niaga dan perdagangan. Ia menjadi tempat 'orang mengira wang.' Dengan pelat sebutan Cina iaitu 'kila wang', lama-kelamaan sebutan itu menjadi 'Kelawang'. Mengikut sebutan lama 'Kuala Kelawang' namun kini dipanggil 'Kuala Klawang'.

Kuala Klawang tidak terkecuali daripada menerima cengkaman Inggeris. Malah terdapat batu tanda peringatan yang masih ada sehingga hari ini dan menjadi tapak sejarah. Batu Peringatan Inggeris Kuala Klawang Jelebu diasaskan secara bergotong-royong pada bulan Jun 1807 sebagai menunjukkan kesetiaan penduduk yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli, Melayu, Jawa, Cina, India dan Serani kepada pemerintahan Ratu Great Britain. Batu peringatan ini dibina di atas sebuah bukit yang diberi nama Bukit Undang yang terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Kuala Klawang dan kediaman Dato' Ladang Abu Bakar Maamor. Dari atas bukit, pengunjung dapat menyaksikan keseluruhan Pekan Kuala Klawang.

Perubahan arus yang semakin pantas telah memberikan rupa baru kepada Kampung Kuala Klawang, Pekan Kuala Klawang serta Daerah Jelebu khasnya. Arus pembangunan semakin dapat dirasai dan akhirnya Pekan Kuala Klawang menjadi pusat pentadbiran bagi Daerah Jelebu.

Kira-kira 40 kilometer dari bandar ini dihuni oleh masyarakat majmuk majoritinya Melayu diikuti keturunan Cina dan India. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung sementara kaum Cina tingal di bandar Kuala Kelawang menjalankan perniagaan dan perdagangan.

Oleh kerana Jelebu adalah sebuah daerah pertanian, kebanyakan ekonomi Kuala Kelawang adalah berkaitan dengan industri asas tani. Tanaman utama di sini ialah getah dan kelapa sawit serta buah-buahan seperti durian dan langsat . Durian Jelebu terkenal hingga ke bandar Seremban, Kajang, Semenyih dan Kuala Lumpur kerana saiznya yang besar dan baunya menyengat , tidak seperti Durian Siam.

Air terjun Jeram Toi , Jeram Gading menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk berkelah. Jalan raya yang bengkang-bengkok dan berliku berhampiran Jeram Toi telah dilurus dan dilebarkan bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke Seremban dan sebagainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved