ads

Isnin, 27 Januari 2014

05 di jelebu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


dua peragut mati disembelih orang ramai <b>di jelebu</b>,negeri sembilan

Posted: 11 Jun 2013 04:24 AM PDT

[Image: 283627_469847429752407_2090987711_n.jpg]
Kuala Lumpur 24 oktober
begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh
penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi, haji Jamal Razak 61,
salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua dua peragut itu telah
membawa keluar sebilah parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu,
akan tetapi sempat dihalang oleh jirannya.

Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa apa barang
yang berharga yang didapati pada peragut itu, salah seorang penduduk tempatan yang juga
ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintahkan
anak buahnya menyembelih kedua dua peragut ini, kaki peragut itu diikat dengan takbir
yang bergema, dia telah menyembelih peragut itu tanpa rasa belas kasihan
dan darah telah menyembur keluar,

orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu,
kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu condo
yang meragut rumput di sembelih untuk hari raya korban. sekian terima kasih

RChuhRCverysadRCverysad

RCtongue

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di jelebu</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jan 2014 10:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MAJLIS SULH <b>DI</b> MAHKAMAH RENDAH SYARIAH <b>JELEBU</b>

Posted: 15 Nov 2013 02:13 PM PST


( HARI INI MAK CUTI TANPA REKOD UNTUK KE MAHKAMAH  )

7.00 PAGI  :     MAK HANTAR NILAM KE SEKOLAH.

7.30 PAGI  :     DARI SEKOLAH NILAM, MAK BERTOLAK KE JELEBU.  ADIK REZZA, MAK

                         BAWA BERSAMA.

8.30 PAGI  :     MAK TIBA DI RUMAH MAK CIK SALINA.  MAK TINGGALKAN ADIK REZZA

                         BAWAH JAGAAN MAK EMMA DI SANA.

8.45 PAGI  :     MAK BERTOLAK KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH JELEBU.

                         (  Bertahun-tahun tinggal di Jelebu, bertahun-tahun bekerja di SMK Undang Jelebu, Mak
                         tak pernah menduga Mak akan datang ke mahkamah ini  )

9.00 pagi  :       MAK MELANGKAH MASUK KE PEJABAT MAHKAMAH UNTUK

                        MENYERAHKAN KAD PENGENALAN.  ITU ADALAH PROSEDUR

                        MAHKAMAH.

Sempat Mak bertanya kepada staff pejabat mahkamah  :  BEKAS SUAMI SAYA DAH SAMPAI ?

Jawapan yang Mak terima  :  BELUM LAGI, PUAN.

Mak keluar dari pejabat dan menuju ke tandas.

Mak nampak papa di bangku berhampiran tandas, bersama seorang wanita jelita dan bergaya.

Rupa-rupanya papa baru  saja sampai, ditemani isteri barunya.  Alhamdulillah, mereka kelihatan sangat bahagia.  Bagaikan pinang dibelah dua.  Mak tumpang bahagia.

Perjalanan ke tandas Mak teruskan ...

( Perjalanan hidup ini jua Mak teruskan ... )

9'30 PAGI  :    MAK DAN PAPA DIPANGGIL MASUK KE BILIK SULH.

         

PEGAWAI SULH ADALAH PENGANTARA
BAGAIMANAKAH PERJALANAN PERUNDINGAN KAMI ?
Kalau Mak banyak duit, Mak tak ingin lalui semua ni.
Mak harap Nilam tak akan melalui hal sebegini dalam kehidupan Nilam.
NAFKAH ANAK DAN NAFKAH IDDAH DAPAT PERSETUJUAN BERSAMA DALAM MAJLIS
 SULH TAPI MUTAAH DISELESAIKAN DI HADAPAN HAKIM.
2.00 PETANG  :     MAHKAMAH RENDAH SYARIAH JELEBU MAK TINGGALKAN.  MAK
                               AKAN DATANG SEMUALA TJUH HARI LAGI UNTUK MENGAMBIL 
                               DOKUMEN PERINTAH MAHKAMAH.
Mak sangat lapar.  Dari pagi Mak tak makan.  Mak menuju ke medan selera berhampiran MRSM Kuala Klawang.  
Selesai makan, Mak ke MAYBANK KUALA KLAWANG.
Kemudian Mak ke rumah Mak Cik Salina ambil Adik Rezza.
4.00 PETANG  :     MAMA MENUJU SEREMBAN.  BUMI JELEBU MAK TINGGALKAN.
5.00 PETANG  :     MAK AMBIL NILAM DI SEKOLAH.
5.10 PETANG  :     MAK KE PEJABAT POS SEREMBAN UTARA UNTUK MENGAMBIL 
                               KIRIMAN POS LAJU.
5.30 PETANG  :     MAK TIBA DI RUMAH. 
                               LETIH SANGAT. 
                               LETIH FIZIKAL DAN MENTAL. 
                               LETIH HATI DAN PERASAAN .

Kisah Siti Aishah dari <b>Jelebu</b> yang menjadi hamba <b>di</b> London <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2013 02:47 AM PST

Sebuah keluarga  dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.



Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.

Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.

"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya ketika ditemui awal pagi ini.

"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog "TukarTiub" itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah adalah pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.

Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London.  Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai "Comrade Bala" dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai "Chairman Ara" dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.

Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.

Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada "perhambaan" selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved