Selasa, 2 Julai 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Cerita Dia: Disebabkan <b>Jelebu</b> bagaikan berada <b>di</b> Genting <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 03:14 AM PDT

Jerebu ! Akibat daripada jerebu saya rasa macam berada dekat Genting Highlands jew , Syokk. Banyak la punyaa syokk kann? Tahu tak jerebu aka 'Genting Highlands' tuu menyebabkan penyakit?Haha. Semoga dijauhkan penyakit dari keluargaku, Amin ^_^ Bila saya da habes belaja. Ayah cakap, kalau nak sambung belaja lepas ni tukar coz lain . Daripada dulu lagi suruh sangat saya tukar coz laen. Die cakap Akaun susah. Masalahnya saya nak amek coz apa? Dahnya sekarang da takde mood nak belaja. Uwaa. Saya rasa nak kerja tapi terasa takod sangat. Haha. What happens with me? Hadoiiii -_-

Masa hari terakhir jumpa En R kann, die ade nyanyi lagu Disaat Aku Mencintaimu- Dadali Mengapa kau pergi,Mengapa kau pergi,Di saat aku mulai mencintaimu,Berharap engkau jadi kekasih hatiku,Malah kau pergi jauh dari hidupku.. Serius, Sebak gilaa dia nyanyi lagu ni. Lepas die nyanyi lagu tuu. Dia carik saya . Dia tak nampak saya kan. dia panggil la saya kan, Manja, Manja? Mana Manja ni? Shafiqa Nadya !! *tengok sesuka dia je kan terbalikkan nama saya? Haha :P Semalam adek angkat tidur rumah saya sampai la lusa kot. Soo kalau saya call dengan En R mesti kena kacau la kan, Hahaha. Disebabkan sekarang Musim Jelebu. Saya asyik cakap je kat En R jangan nak kuar malam je. Maklomlaa die tuu suka sangat kua malamII kan. Siang kerja kan. Malam tuu dia kate tak kuar. cuba untuk bertahan knonnye ! Haha. Die cakap macam tuu MEMANG saya tak percaya langsung. Tapi cuba fikir positif. Yela, mulaII mesej je dengan die, LastII die diam. Saya fikir positif la Dah tidur kot die ni, nanti aku nak tido call die la*kiteorang memang akan call tak kire waktu, HAHA* Oke, tengok perbualan kami. ni semalam saya call die ;
Saya ; Ada orang cakap kat kita. Kononnya semalam taknak kuar. Ada hati nak tipuu orang konon! Haha
Dia ; *gelak* Sorii la, semalam sampai kul 9.30 saya memang taklee tahan la. HarapII la nadya tak tahu saya kuar ni. .
Saya ; *CepatII saya cakap* Akhirnya saya tahu kann? Hahahaha
Dia ; A,ah . Akhirnya Nadya tahu. Dia call kita.
Saya ; Hah ! Tuuulaaa, ada haty nak rahsiaII dengan kite. akhirnya kantoi jugak! *selalunya Die kalau nak kuar memang akan bagitahu saya. Tuulaa namanya nak sorokII kan! Akhirnya jatuh ke tanah jugak :P*

dua peragut mati disembelih orang ramai <b>di jelebu</b>,negeri sembilan

Posted: 11 Jun 2013 04:24 AM PDT

[Image: 283627_469847429752407_2090987711_n.jpg]
Kuala Lumpur 24 oktober
begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh
penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi, haji Jamal Razak 61,
salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua dua peragut itu telah
membawa keluar sebilah parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu,
akan tetapi sempat dihalang oleh jirannya.

Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa apa barang
yang berharga yang didapati pada peragut itu, salah seorang penduduk tempatan yang juga
ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintahkan
anak buahnya menyembelih kedua dua peragut ini, kaki peragut itu diikat dengan takbir
yang bergema, dia telah menyembelih peragut itu tanpa rasa belas kasihan
dan darah telah menyembur keluar,

orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu,
kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu condo
yang meragut rumput di sembelih untuk hari raya korban. sekian terima kasih

RChuhRCverysadRCverysad

RCtongue

Once a Sdarian...: Satu pagi <b>di Jelebu</b>

Posted: 20 Apr 2013 07:17 PM PDT

Saya memutuskan untuk ke Jelebu untuk melihat proses penamaan calon Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) negara kita pada 20 April 2013. Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
  1. Dua orang kampung saya akan bertanding, seorang untuk kerusi Parlimen dan seorang lagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
  2. Bandar Kuala Klawang, iaitu bandar pentadbiran Daerah Jelebu cuma setengah jam perjalanan dari rumah saya di Sikamat, Seremban.
  3. Tempat letak kereta tidak menjadi masalah.
  4. Kesesakan sudah pasti kurang jika dibandingkan dengan Bandar Seremban, jadi saya tidak ada masalah untuk mengambil gambar-gambar. 
Berikut adalah gambar-gambar yang menceritakan pengalaman saya berada satu pagi di Jelebu.

Papan tanda alu-aluan ke Daerah Jelebu. Sebenarnya gambar ini diambil semasa saya hendak pulang ke Seremban. Di waktu pagi kawasan ini berkabus dan kenderaan dikehendaki memasang lampu.

Senang untuk mendapatkan tempat letak kereta di Kuala Klawang, walau pun di hari penamaan calon. Saya letak kereta di sebelah kereta penyokong PAS. Sila perhatikan bendera di keretanya.
Walau berlainan fahaman politik, mereka boleh duduk se meja.
Tempat berkumpul penyokong BN di kanopi putih itu. Astaka tidak boleh digunakan dan dijaga anggota Polis.
Seorang calon BN dengan para penyokongnya.
Inilah orang kampung yang saya hendak jumpa. Hj. Zainudin Ismail anak kepada arwah imam kampung saya Hj. Ismail, kita panggil Lobai Mae.
Hj. Zainudin bergambar dengan penyokong-penyokong berbangsa Cina.
Dengan penyokong-penyokong lain pula.
Dua calon dengan penyokong-penyokong mereka.
Ini pula Datuk Jalaludin, calon ADUN Pertang, di mana letaknya kampung saya. Seorang lagi orang kampung saya Razi Ali, calon DUN Sg.Lui.
Calon-calon berjalan beriringan bersama Dato' Seri Utama Rais Yatim yang menyerahkan kerusi Parlimennya kepada Hj. Zainudin. Kebetulan Dato' Rais memulakan kerjaya politiknya dengan mengambil alih kerusi DUN Pertang pada tahun 1978 dari orang kampung saya juga arwah Dato' Aminuddin Manaf.  
Para penyokong mengikut di belakang.  

Melalui jam Merdeka dan bangunan lama Pejabat Daerah Jelebu. Di bangunan itulah saya mengangkat sumpah memegang jawatan Kerajaan di hadapan Pegawai Daerah Jelebu pada bulan November 1968. Sekarang ia menjadi Mahkamah Majisteret Jelebu.

Dewan yang menjadi Pusat Penamaan Calon. Tak payah dijelaskan. Seperti biasa Daerah Jelebu di kelililingi kabus. Pak Ali dan isteri, orang kampung saya yang juga ayah dan ibu kepada calon Razi Ali. Antara penyokong, Orang Asli. Para penyokong Pakatan Rakyat. Bendera Pakatan Rakyat.
Sebenarnya dewan penamaan calon telah ditempah untuk kenduri kahwin.
Tetapi terpaksa dipindahkan di saat-saat akhir kerana penamaan calon. 

Pencalonan diterima. Mereka bergambar di luar dewan. Mereka juga bergambar.  Setelah selesai saya pun menuju ke kereta.  Bendera PAS di kereta sebelah itu sudah tiada. Sudah pasti dibawa oleh tuan punya kereta ke pusat pencalonan. Antara bendera yang dicacak di tebing Bukit Tangga. Antara tugas pertama mana-mana YB yang dipilih ialah menggantikan huruf 'R' yang hilang itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads