Selasa, 2 Julai 2013

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


PERPADUAN ANTARA PAS DAN UMNO TERCIPTA <b>DI AMPANGAN</b>

Posted: 30 Apr 2013 11:22 PM PDT

Sejarah tercipta di Ampangan malam tadi di mana sekumpulan penyokong PAS menyambut kehadiran Haji Abu Ubaidah selaku calon N 14 Ampangan dalam satu majlis. Turut serta adalah salah seorang orang lama PAS iaitu Haji Kassim, pengasas Rembawi Khat yang anaknya adalah wakil calon kepada calon PKR Kamarul Baharin. Di sini Haji Kassim menegaskan akan menyokong Haji Abu pada PRU 13 ini bersama beberapa penyokong PAS tanda perpaduan sesama muslimin di Ampangan.


Mohamad Rafie Ab Malek: TANAH RUNTUH <b>DI AMPANGAN</b>

Posted: 01 Apr 2013 03:10 AM PDT

Mengapa kerajaan NS pimpinan Mohamad Hasan masih gagal mengambil tindakan?

     Beberapa kawasan di Ampangan telah mengalami tanah runtuh yang agak kritikal iaitu di Taman Bukti, Taman Bukit Klana dan Taman Dato Shahbandar. Namun sehingga kini tiada tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa untuk membaikpulih kawasan yang terbabit. Keadaan ini meresahkan penduduk setempat yang mempersoalkan mengapa kerajaan NS yang ditadbir oleh BN masih tidak bertindak walaupun mereka telah maklum mengenai permasalahan ini.
Tanah runtuh di Taman Bukti telah berlaku semenjak tahun 2011 dan pihak berkuasa tempatan hanya meletakkan kain kanvas

     Menteri Besar NS Mohamad Hasan pada awal Januari 2013 telah melawat kawasan tanah runtuh di Taman Bukti. Lebih memeranjatkan tanah runtuh ini telah mula berlaku semenjak tahun 2011 dan kini menjadi lebih kritikal ekoran hujan lebat pada bulan Disember 2012 baru-baru ini. Namun sehingga kini masih tiada tindakan untuk memperbaiki tanah runtuh yang berkedudukan amat berhampiran dengan jalan utama di taman berkenaan. Lawatan tanpa usaha segera untuk mengatasi masalah ini tidak membawa makna apa-apa, ujar Dr. Ahmad Azam Hamzah, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Seremban.
     "BN adalah pentadbir kerajaan negeri dan mereka bertanggungjawab jika berlaku sebarang malapetaka yang boleh mengorbankan nyawa manusia dan kerosakan harta-benda akibat kelambatan mereka mengambil tindakan membaikpulih tanah-tanah runtuh berkenaan." nyata Dr. Azam. Beliau menegaskan kerajaan baru PR akan memastikan segala permasalahan rakyat seperti permasalahan tanah runtuh ini akan diambil tindakan segera.
     Manakala di Taman Dato Shahbandar,  sekurang-kurangnya empat keluarga di sini hidup dalam keresahan apabila kejadian tanah runtuh merosakkan dua daripada empat rumah tersebut berlaku pada jam 7.15 malam, 2 November 2012 yang lepas. Rumah yang paling banyak mengalami kerosakan ialah rumah milik En. Nasir Abdul Jalil, 33, apabila bahagian dapur dihempap dengan bongkah batu dan diliputi dengan tanah akibat kejadian tanah runtuh tersebut.
YB John Fernandez, Ahli Parlimen Seremban menunjukkan kawasan ta
runtuh di Taman Dato Shahbandar
     Lebih malang lagi, Majlis Perbandaran Seremban hanya membekalkan kain-kain rentang "banner" yang dirampas mereka untuk digunakan menutup kawasan tanah runtuh berkenaan. Kain-kain rentang yang dibekalkan juga tidak mencukupi kerana sebahagian besar tanah runtuh tersebut masih terdedah begitu sahaja. Sebarang pergerakan tanah akibat aliran air akan boleh menyebabkan rumah-rumah bersebelahan rumah En. Nasir Abdul Jalil berada dalam keadaan yang cukup merbahaya.
     Kawasan permainan kanak-kanak di Taman Bukit Klana pula rosak teruk akibat tanah runtuh yang berlaku pada bulan Oktober 2012. Menurut En. Khirul, salah seorang penduduk di kawasan kejadian, "Sehingga kini, sudah 5 laporan dibuat kepada pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Seremban tetapi malangnya sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa."
Kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Klana telah meranapkan sebahagian besar padang permainan kanak-kanak
     Setakat ini, pihak berkuasa tempatan hanya meletakkan talian rentang kuning dan ini amat membimbangkan penduduk setempat kerana bermacam-macam perkara tidak dingini yang boleh membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak di taman ini. Usaha-usaha yang di ambil di lihat hanya tindakan "ala kadar" tanpa sebarang usaha serius memperbaiki masalah tanah runtuh ini.
           "Jelas pentadbiran BN tidak cekap yang menyebabkan kos pembaikan akan menjadi lebih besar kerana mereka lambat bertindak. Kos pembaikan sudah pasti lebih kurang jika usaha pembaikan dilakukan lebih awal sebelum tanah runtuh tersebut merebak lebih luas sehingga jalanraya yang berhampiran," tegas Dr. Azam. Faktor kecekapan pengurusan yang mengambil tindakan segera boleh mengurangkan kos perbelanjaan dan ia juga mengurangkan risiko kemalangan yang boleh berlaku kerana tempoh masa permasalahan tanah runtuh lebih pendek. Mereka gagal memahami bahawa wang negara yang diamanahkan kepada mereka untuk diuruskan datangnya dari rakyat. Kelemahan pengurusan menyebabkan ketirisan belanjawan negara yang akhirnya merugikan rakyat dan negara, jelas Dr. Azam.

Bazar <b>Ampangan</b> dijangka siap awal 2014 - N9Kini

Posted: 23 Jun 2013 09:21 AM PDT

SEREMBAN, 24 Jun – Projek pembinaan Bazar Ampangan bagi menggantikan Pusat Penjaja Ampangan, di sini, dijangka siap awal 2014.

Bazar Ampangan dijangka siap awal 2014
Abu Ubaidah (empat, kanan) melawat tapak projek Bazar Ampangan yang masih dalam pembinaan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam dan Alam Sekitar, Abu Ubaidah Redza, yang turun melawat tapak projek berkenaan berkata, projek bernilai RM8.72 juta itu menunjukkan perkembangan yang baik.

"Projek pembinaan ini sudah 32 peratus siap berbanding jangkaan yang sepatutnya 29 peratus.

"Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor yang dilantik dan berharap projek ini siap dengan segera dan mencapai standard yang diinginkan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Bazar Ampangan, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Sabaruddin Sulaiman.

Menurutnya, projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri itu mampu menempatkan 60 para peniaga sebelum ini.

"Bangunan yang mempunyai reka bentuk seperti istana lama Seri Menanti ini lebih sistematik, bersih dan akan menjadi bangunan tersergam indah di Ampangan.

"Kita mahu para peniaga dan pelanggan selesa dengan bangunan baru ini dan projek ini sebagai tanda prihatin kerajaan kepada peniaga dan orang ramai," katanya.

Abu Ubaidah yang juga Adun Ampangan, berkata, Bazar Ramadhan tetap akan dibuka di kawasan Ampangan iaitu kira-kira 200 meter dari tapak projek.

"Bazar Ramadhan akan dibuka di lokasi biasa seperti tahun yang lalu cuma kali ini kawasan tapak projek ini terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads