05 di lukut - Google Blog Search |
menduga lubuk kelong mamud <b>lukut</b> - aku suka memancing Posted: 11 Mar 2013 09:50 PM PDT Keinginan aku ingin menduga lubuk kelong Mamud telah lama aku pendam kerana sibuk dengan pakej dan juga tugas. Dari kelong pozi jauh aku sentiasa memandang ke arah kelong Mamud. Terdetik dalam hati, Bila la aku boleh naik kelong Mamud? Nak jadi cerita, pada ujung bulan Feb dan bulan Mac 2013 tiada pakej yang perlu aku sibukan. Apa lagi, aku ambil kesempatan ini menjenguk Kelong Mamud. Dalam trip pertama aku naik ujung Feb sekadar nak servay tempat dan nak curi2 rahsia Kelong Mamud dari pemancing lain. Nampaknya tiada rahsia yang aku perolehi kerana rata2 pemancing yang naik kelong pada hari tersebut hanya pemancing biasa. Dengan berumpankan udang hidup dan tamban hidup, aku hanya dapat menaikan seekor tetanda sebesar tapak tangan dan aku pulang dengan hampa. Aku balik rumah dan cuba buat sedikit pencarian dan kajiselidik dengan botman2 kelong mamud. Selain itu, aku juga mengkaji sedikit teknik yang sesuai dengan kelong mamud yang agak dalam iaitu dalam anggaran 30 kaki lebih semasa air pasang penuh. Ke dalaman ini berbeza dengan kelong Pozi yang cetek sahaja. Selepas pulang dari kelong Bro Jas Melaka, aku repeat sekali lagi ke kelong Mamud. Pada kali ini aku tak bawa umpan langsung. Aku hanya bermodalkan apolo dan juga kolam takungan umpan. sesampai di kelong terus aku mengunjun apolo mencari tamban hidup. memang banyak yang aku dapat malah berlebih2 pula. Pada mulanya aku bercadang hendak menggunakan teknik pelampung tetapi masalahnya penggunaan pelampung mengikut arus mengganggu joran dan juga pemancing lain. Aku bertukar kepada teknik fly atau flying fox kerana banyak joran boleh di pasang mengikut arus. Aku lontar joran sejauh2nya lalu lepaskan tamban hidup pada perambut fly. Nasib aku baik kerana seekor gubal bersaiz hampir 2 kg dapat didaratkan semasa air surut setengah. Pada malam tu aku tidak tidur langsung kerana aku hendak menggunakan tek nik fly sekali lagi semasa air pasang penuh pada pukul 5 pagi. Air pasang penuh lebih kurang pukul 5 .30 pagi. Aku terus menghulurkan 3 batang joran menggunakan teknik fly. Selain itu aku turut menggunakan sebatang joran dengan teknik drift. Tetiba, kekili yang menggunakan teknik drift berdesing kuat tetapi sekejap sahaja sebelum sepi semula. Tetiba generator elektrik pula terpadam kerana kehabisan minyak. Dengan berpandukan kesamaran cahaya dari langit, aku perasan salah satu joran aku yang menggunkan teknik fly seperti tersengguk2. Aku cepat2 membuka ikatan lalu menyentak lalu terasa berat. Sah joran aku sudah mengena dan anggaran aku seekor senangin berdasarkan cari larian yang memberat. Memang seekor senangin atau gubal yang lebih besar dari yang gubal yang pertama. Pada kesiangan esok tiada apa2 ragutan langsung. yang aku tahu pada tengahari semasa air surut, seorang pemancing yang memancing arah darat berhampiran karang mendaratkan juga seekor gubal yang lebih besar dari yang aku dapat. Geram juga aku tengokan saiznya walaupun aku juga telah mendapat 2 ekor. Untuk trip ni, aku juga cuba merisik2 lubuk di kelong mamud. Mungkin lain kali, aku akan dapatkan lubuk dan teknik yang lain pula sebab aku ada juga mendengar ada lubuk ikan merah di kelong mamud. |
Gubuk Kecil Kembara Jalanan: Asal Usul Kampung Sri <b>Lukut</b> <b>...</b> Posted: 19 Feb 2013 08:17 AM PST Nama asal Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28 atau Kampung Kahang Bt 28. Kampung ini dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan di dalam hutan Endau Rompin. Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing. Jarak Kampung Sri Lukut dengan bandar Kluang ialah 45km atau 28 batu. Sejarah asal usul nama Kahang Menurut cerita orang-orang tua di kampung ini, nama "Kahang" diambil sempena nama seorang peniaga berbangsa Cina iaitu Ah Hang. Ketika itu, beliau sering bertandang ke kawasan kampung untuk membeli rotan, damar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampung. Akhirnya melalui masa, perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang. Juga berkenaan seorang Cina yang bernama Ah Hang. Kali ini beliau bukan dikenali sebagai peniaga rotan, damar atau pencari hasil-hasil hutan. Manusia Ah Hang yang dimaksudkan itu seorang pengusaha atau penembang kayu balak. Ketika itu kawasan Kahang dipenuhi hutan belantara dan dihuni oleh binatang-binatang buas. Nama Ah Hang akhirnya meniti di mulut lalu kawasan penerokaan hutan itu dikenali sebagai Kahang. Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan ladang lada hitam. Penduduk asal di kampung Melayu itu telah membuka ladang hitam dan menjualnya melalui jalan-jalan sungai yang menghubungkan Kluang, Endau, Rompin, Mersing, Kota Tinggi dan Johor. Lada hitam di dalam bahasa Banjar dipanggil SAHANG. Ketika itu lada hitam mendapat permintaan tinggi, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan. Begitu juga dengan penerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru turut tumbuh dengan hebat. Antara yang terlibat di dalam urusan penerokaan dan perdagangan di kawasan ini ialah orang-orang Melayu, Banjar dan Jawa. Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang. Versi ketiga ini maza dengar sendiri daripada penduduk asal kampung antaranya ialah arwah Atuk Sidin dan Kak Galoh. Maza kira, asal usul nama Kahang dalam versi ketiga ini lebih menyakinkan. Datuk dan arwah ayah maza antara peneroka awal Kampung Melayu Kahang Bt. 28. Mereka meneroka dengan menggunakan kapak dan beliung. Dahulu, kampung ini berjiranan dengan perkampungan orang asli. Menurut kata emak maza, orang-orang asli berkawan rapat dengan arwah ayah dan selalu singgah ke rumah untuk memberi atau menukarkan barang. Biasanya orang-orang asli itu berkehendakan sirih dan pinang yang kami tanam di halaman rumah. Sebagai pertukaran, orang-orang asli ini memberikan kami buah-buahan kayu hutan seperti petai, jering dan adakalanya binatang buruan yang masih hidup seperti napuh, kijang, rusa, landak dan ayam hutan. Disebabkan pembinaan empangan Temiggol, orang-orang asli itu dipindahkan ke beberapa kampung lain seperti di Kampung Orang Asli Peroh, Kampung Orang Asli Batu 26, Kampung Orang Asli Sedehok, Kampung Orang Asli Air Pasir, Kampung Orang Asli Sri Kenangan, Kampung Orang Asli Tanah Abang, Kampung Orang Asli Punjut, Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh. Kebanyakan orang asli di sini dari suku kaum Penan dan Jakun. Sebetulnya, sawah padi sudah ada lama di Kampung Melayu Kahang Bt. 28 iaitu sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun lagi. Sawah diusahakan secara 'tanaman sara diri' (makan sendiri). Taliair dibina dengan cangkul dan bersaiz kecil. Sehinggalah kerajaan membuat keputusan hendak menjadikan kawasan kampung kami sebagai pusat penanaman padi utama di Johor. Ia dirancang sedemikian rupa dan akan dijadikan lapangan makanan negeri. Cadangan awal itu mahu menjadikan kawasan sawah Kahang bersambungan dengan kawasan tanaman padi di Mersing dan Endau. Namun disebabkan keadaan muka bumi yang tidak begitu sesuai, racangan itu terbantut hinggalah sekarang. Dengan adanya rancangan penanman padi secara besar-besaran itu, kerajaan mula membawa orang-orang Kedah untuk menyertai Rancangan Pinggiran dan Penanaman Padi di Kahang. Tujuannya ialah untuk mengusahakan tanah sawah Kahang serta menjadi petani contoh kepada penduduk tempatan yang masih menggunakan kaedah penanaman padi secara tradisi. Oleh itu, penduduk asal Kampung Kahang Batu 28 terdiri daripada masyarakat majmuk. Selain orang-orang Melayu Kahang yang menjadi penduduk awal di situ, penduduk-penduduk Kahang juga terdiri daripada mereka yang berasal dari daerah-daerah lain di negeri Johor seperti Muar, Mersing, Endau, Pontian. Tidak kurang juga ada yang berasal dari luar negeri Johor seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Dahulu, berdekatan Kampung Kahang Batu 28 terdapat sebuah pengkalan pelabuhan dan pendaratan sungai. Berdekatan pengkalan tersebut berdiri penempatan orang-orang Cina yang berniaga dan meneroka tanah pertanian seperti lada hitam, pembalakan dan rempah ratus. Orang-orang Cina ini dibawa masuk ke sini melalui program 'Sistem Kancu' yang diamalkan oleh Bapa Pemodenan Johor, Maharaja Abu Bakar. Kawasan yang dimaksudkan itu ialah di pinggir sungai Kahang Batu 26. Jadi, tidak hairanlah apabila kita boleh bertemu dengan jirat Cina di tengah-tengah perkampungan Melayu di Kampung Kahang Bt 28 itu. Sekarang perkampungan di pinggir sungai Batu 26 itu telah dipindahkan. Perkampungan Cina itu dipindahkan ke Kampung Baru Kahang Bt.22 pada zaman darurat pengganas Komunis. Hari ini perkampungan Cina itu telah menjadi sebuah pekan. Pertukaran Nama Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampung ini pada tahun 1986/87. Ketika itu, penduduk kampung memohon perkenan dari Y.A.M. Tengku Mahkota Johor supaya nama kampung ditukar kepada Kampung Sri Lukut berdasarkan peristiwa D.Y.M.M Almarhum Sultan Ibrahim berburu badak sumbu di kampung tersebut. Pada waktu itu, Almarhum telah membuat istana sementara untuk bermalam di hulu Sungai Lukut yang terletak berhampiran kampung, iaitu KM 45 Jalan Mersing untuk mengesan perjalanan badak sumbu. Bagi mengenang peristiwa tersebut, penduduk memohon agar permohonan mereka diperkenankan. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kampung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut. Nama ini kekal hingga sekarang. Lantun-lantun menyingkap asal usul |
You are subscribed to email updates from di lukut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan