Ahad, 17 Mac 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


0 Gangguan Bekalan Air <b>Di Jelebu</b> Esok - Anak-Anak Negeri <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 01:49 AM PDT


SEREMBAN: Sebahagian kawasan di Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air pada Selasa berikutan kerja-kerja penyelenggaraan kolam dan injap kawalan tekanan di kolam Bukit Cheriau, Titi dan kolam Juntai, Lakai.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan dari 8 pagi hingga 8 malam itu melibatkan FRI Gelami, Felda Titi, Pusat Serenti, kawasan Chennah dan Kenaboi (Puom, Pekan Chennah, Kampung Chalin, Kampung Esok).

"Selain itu, seluruh kawasan Durian Tipus; Simpang Durian; Gugusan Felda Pasoh 1, 2, 3, 4; Simpang Pertang; Pertang dan seluruh kawasan Geylang turut terbabit," katanya di sini, Isnin.

Katanya bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas itu kecuali di beberapa kawasan tinggi yang mungkin mengambil sedikit masa untuk kembali seperti biasa.

"Sains akan sedaya upaya mendapatkan sumber bekalan alternatif agar kawasan gangguan dapat dikurangkan. Pihak Sains ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para pelanggan semasa pelaksanakan penutupan sementara ini," katanya.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

IKLAN TEKS: Ingin menyertai produk Etiqa Takaful serendah RM70? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads