05 di jempol - Google Blog Search |
- Parang menunggu Tian Chua SUARAM <b>di</b> Felda <b>Jempol</b> | The <b>...</b>
- Kecoh <b>Di Jempol</b>: Penyokong PAS Bertindak Liar, Tian Chua Lari <b>...</b>
- UMNO Online - Misi Pemuda Realisasikan Sifar Pembangkang <b>Di</b> <b>...</b>
Parang menunggu Tian Chua SUARAM <b>di</b> Felda <b>Jempol</b> | The <b>...</b> Posted: 10 Mar 2013 07:56 PM PDT Diketuai oleh GMPN, NGO-NGO kawasan Jelebu akan menunggu pengkhianat Tian Chua sebaik dicuba turun ke Jelebu untuk memberi ceramah. Ceramah itu dianjur oleh PAS Kawasan Jelebu akan diadakan malam ini Mac 11hb di Maskas PAS Felda Pasoh 3, Jempol. Bekas-bekas askar yang diketuai oleh Mejar Bersara Razali Zakartia akan menyambut penggiat SUARAM ini yang kini ahli Parlimen PKR. Sesiapa yang tak tahan dan marah harus bersama tahan pengkhianat ini dari masuk ke kampong tersebut. Tian CHua bukan saja perkecilkan anggota keselamatan dalam sidang media yang mana You Tube telah ditarik turun dan juga dalam beberapa Twitter yang memperkecilkan kebolehan anggota keselamatan. Dia adalah penggiat SUARAM yang mana SUARAM ini dikatakan telah membiayai pengganas Jamaluil Kiram III. |
Kecoh <b>Di Jempol</b>: Penyokong PAS Bertindak Liar, Tian Chua Lari <b>...</b> Posted: 11 Mar 2013 06:00 PM PDT Jempol - Sikap biadab dan provokasi keterlaluan penyokong pembangkang pada ceramah Pas yang melontarkan telur ke arah penceramah Barisan Nasional (BN) di pentas berasingan kira-kira 20 meter dari situ, mencetuskan suasana tegang dalam kejadian di Felcra Ayer Hitam di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, ketegangan itu bermula apabila lebih kurang 15 penyokong Pas bertindak membaling telur ke arah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungi Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di pentas ceramah BN. Selain terkena lengan zainal, ia juga terkena badan Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ. Ekoran kebiadaban dan provokasi keterlaluan penyokong-penyokong Pas itu, para penyokong BN pula membalas dengan membaling botol mineral dan objek lain. Akibatnya, pihak polis terpaksa memanggil pasukan dari Unit Tindakan Ringan (LSF) untuk mententeramkan keadaan di lokasi tersebut. Kira-kira 30 minit kemudian, polis telah mengarahkan ceramah di kedua-dua pentas tersebut dihentikan dan semua penyokong diminta bersurai. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata: "Saya minta kedua-dua ceramah ini dihentikan serta-merta. Penyokong Pas diminta bersurai terlebih dahulu dan tinggalkan lokasi. Saya minta semua bersurai untuk elak kekecohan berterusan," tegasnya. Ceramah anjuran Pas di sini sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua. Bagaimanapun kelibatnya tidak kelihatan sehingga ceramah itu diarah dihentikan. -Utusan |
UMNO Online - Misi Pemuda Realisasikan Sifar Pembangkang <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 30 Jan 2013 02:01 AM PST Kategori Dari BahagianMisi Pemuda Realisasikan Sifar Pembangkang Di JempolOleh : Azman Abas KUALA LUMPUR 30 Jan – Pemuda UMNO Jempol bertekad untuk membantu mempertahankan kemenangan Barisan Nasional (BN) di tiga kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) dan satu Parlimen selain merampas satu DUN yang dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Ketuanya Nizam Aman berkata dengan pelbagai gerak kerja serta jalinan erat antara Pemuda-Pemuda parti komponen yang lain, misi berkenaan insyalallah akan menjadi realiti kelak. Menurut beliau dengan tumpuan serta pelbagai program yang menyentuh hati dan perasaan anak-anak muda, pihaknya percaya BN akan menjadi pilihan golongan itu apabila tiba masa hari mengundi kelak. "Sentuhan kita atau 'touch point' di peringkat akar umbi bukanlah bermusim…dan bukanlah hanya menjelang pilihan raya semata-mata sebaliknya kita mengambil inisiatif sentiasa bersama mereka. "Kenduri kahwin, kematian, majlis kesyukuran, doa selamat dan sebagainya antara penglibatan Pemuda Jempol untuk bersama-sama dengan anak-anak muda. Begitu juga dengan aktiviti sukan yang tidak dapat dipisahkan daripada orang muda. "Kita percaya dengan kaedah-kaedah sedemikian, tentunya golongan muda di akar umbi akan dekat dengan kita dan itulah yang kita laksanakan sepanjang masa," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini. Ketika ditanya mengenai persiapan pilihan raya dan misi mereka seperti yang disebutkan diatas, Nizam seterusnya menambah pihaknya hanya menunggu masa daripada pucuk pimpinan untuk menggerakkan jentera. "Kita yakin dengan kerjasama Pemuda-Pemuda komponen yang lain, kekuatan kita akan ampuh dan jitu untuk memastikan hasrat dan impian kita tercapai," ujarnya. -MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 30 January 2013 6:01 PM |
You are subscribed to email updates from di jempol - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan