ads

Khamis, 15 November 2012

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


<b>Nilai</b> kembali pengertian hijrah – MB | N9 Kini - Portal Berita <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 08:53 AM PST

SEREMBAN, 14 Nov. – Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli untuk merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H peringkat Negeri, Negeri Sembilan yang diadakan di Masjid Negeri, malam tadi.

Turut hadir mencemar duli, Tuanku Ampuan Besar, DYMM Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Mahmud, Undang Luak Jelebu, Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman Dato' Musa Bin Wahab, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1433 Hijrah dan doa awal tahun 1434 Hijrah, sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti dengan ceramah khas yang disampaikan oleh  Dato' Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki dan sejurus kemudian solat Isyak secara berjemaah.

Dalam ucapan Menteri Besar, beliau menjelaskan bahawa walaupun pengertian hijrah itu berbeza dari sudut ejaan dan istilah namun yang pasti hala tuju yang hendak dibawa adalah matlamat yang menjurus kepada kebaikan.

Beliau menyeru agar pengertian hijrah perlulah dinilai kembali kerana ia bukan sekadar satu rutin tahunan yang disambut tetapi ia merupakan satu rutin menghayati semangat perubahan yang diinginkan untuk memantapkan ilmu keagamaan umat sejagat.

"Semangat jihad di hati sebahagian umat Islam kian luntur kerana mereka lebih mementingkan nafsu dan mengejar kebendaan daripada taat kepada Allah SWT," tegas beliau.

Beliau berharap semoga tahun baru ini memberi pengertian yang bermakna dalam diri masing-masing di semua peringkat dan jadikan hijrah Rasulullah SAW sebagai satu iktibar kepada kita mengenai fungsi dan peranan menjadi khalifah Allah.

Dalam majlis tersebut, DYMM YDP Besar Negeri Sembilan turut berkenan mencemar duli menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H peringkat Negeri Sembilan, Tan Sri Dato' Seri Md Raus bin Sharif berupa wang tunai RM10 ribu, pakej umrah bernilai RM6,ooo dan sehelai jubah serta sijil.

Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Kebangsaan bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved