ads

Khamis, 2 Februari 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


GERAKAN ANTI PKR: HIMPUN <b>DI NEGERI SEMBILAN</b>. SEBARKAN

Posted: 04 Jan 2012 07:00 PM PST

. Full content generated by Get Full RSS.

Komunitikini – Dua buah KR1M dibuka <b>di Negeri Sembilan</b> setakat ini

Posted: 11 Jan 2012 10:46 PM PST

Dua buah 'Kedai Rakyat 1Malaysia' (KR1M) telah beroperasi di Negeri Sembilan setakat ini, kata pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan, Mohd Talal Abu Bakar.

Katanya kedai KR1M yang pertama di negeri ini terletak di Port Dickson Gateway, Bandar Sunggala, Port Dickson yang dibuka pada 16 Nov lepas manakala terbaru dibuka hari ini di kawasan perusahaan Dioh, Kuala Pilah.

"Berapa banyak lagi KR1M yang akan dibuka di negeri ini bergantung kepada  keputusan pihak pengurusan KR1M iaitu Mydin. Setakat ini, kita telah membuat  lawatan tapak ke 39 lokasi di seluruh negeri ini.

Keputusan membuka KR1M ini juga bergantung kepada kesesuaian lokasinya. Tidak semua kawasan sesuai dan ia bergantung kepada banyak faktor," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Talal berkata di antara kawasan yang dikenal pasti sesuai ialah Nilai, Ampangan dan Senawang manakala dua KR1M yang sedang dalam pembinaan ialah di  Bandar Springhill, Port Dickson dan Pekan Lukut.

"Kita juga akan membuka KR1M di daerah dan satu kawasan yang dikenal pasti ialah di Simpang Durian, Jelebu. Kita akan terus mencari lokasi sesuai untuk KR1M di negeri ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah," katanya.

KR1M, projek usahasama kerajaan dan Mydin, merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full content generated by Get Full RSS.

32 Pendatang Asing Ditahan <b>Di Negeri Sembilan</b>

Posted: 11 Jan 2012 12:31 AM PST

SEREMBAN – Seramai 32 pendatang asing tanpa izin termasuk dua kanak-kanak ditahan dalam Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di sekitar Seremban Selasa malam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Negeri, Abdul Kadir Hussin, berkata kesemua mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain tidak membuat permohonan untuk mendapatkan permit kerja di bawah program 6P yang tempohnya berakhir semalam.

"Operasi ini dijalankan selepas tempoh pendaftaran dan pengampunan di bawah program 6P yang berakhir semalam dan kita mahu mengesan pendatang asing tanpa izin yang tidak membuat pendaftaran di bawah program itu.

"Kita telah menjalankan operasi di empat lokasi dari rumah ke rumah di Taman Desa Rasah, Kampung Batu 3 Mambau, Panchor dan Taman Cengal Utama Ampangan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini Rabu.

Mereka yang ditahan terdiri 29 warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh yang berusia antara 25 hingga 40 tahun manakala dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia itu pula berusia di bawah lapan tahun.

Mereka dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dekat sini untuk tindakan susulan.

Mengenai program 6P, Abdul Kadir berkata lebih 42,000 pendatang asing tanpa izin telah mendaftar di bawah program itu di Negeri Sembilan.

Operasi itu yang bermula tengah malam dan berakhir sekitar 4 pagi tadi melibatkan 20 anggota Jabatan Imigresen diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved