ads

Khamis, 2 Februari 2012

05 di lukut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di lukut - Google Blog Search


Ejen Hartanah Satu Malaysia: Tanah Stesyen Minyak <b>di Lukut</b> <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 05:01 AM PST

















Keadaan Tanah: Telah diratakan & infra
Jenis Tanah: Pegagangan Bebas
Kesesuaian Tanah: Tapak Stesyen Minyak
Tanah telah di Gezetkan & di Gerankan sebagai Tanah Stesyen Minyak
Lokasi: Ditepi Jalan Utama Lukut ke Sepang
Bersebelahan: Taman Lukut Makmur
Berhadapan: Kawasan kedai-kedai di Lukut
Jarak ke Port Dickson: 2km sahaja
Harga Tawaran terkini: RM 1,950,000
Sebarang Tawaran Harga dirunding
Tanah ini adalah kepunyaan Pemaju asal.
Tanah ini bukanlah didalam pelelongan.
Syarikat kami adalah Exclusive Agent untuk pemilik Tanah ini.
Sila Lampirkan permohonan Tawaran kepada:-
Hp: 010-3056823 @ 012-2140156
E-mail: putra.iec.properties@gmail.com
Full content generated by Get Full RSS.

NEGERI PERPATIH: MUZIUM <b>LUKUT</b> DAN KOTA <b>LUKUT</b>

Posted: 25 Jan 2012 06:54 AM PST

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Lukut membawa maksud sejenis tumbuhan atau pohon renek. Pada awal abad ke-19, Lukut merupakan sebuah wilayah yang berasingan dari Selangor selain Kelang, Bernam dan beberapa tempat lain. Lukut pada asalnya didiami oleh Orang Laut yang menjalani kehidupan sebagai nelayan dan petani (bercucuk tanam).
Walaupun sejarah tidak begitu jelas tentang penguasaan Selangor terhadap Lukut, namun di bawah pemerintahan Sultan Salehuddin (Sultan Selangor yang per-1) sehinggalah ke pemerintahan Sultan Ahmad Shah (Sultan Selangor ke-3), Lukut adalah sebahagian daripada pengaruh penguasaan Selangor. Era pemerintahan Raja Bot merupakan permulaan era kemerosotan Lukut kerana terdapat pelbagai masalah yang dihadapi semasa pemerintahan baginda. Di antaranya adalah tuntutan wilayah Lukut oleh Sungai Ujong, penentangan Raja Sulaiman (Pembesar Sungai Raya), bebanan hutang yang semakin berat dan hasil pengeluaran biji timah yang semakin merosot.

Kota Lukut yang pernah mencapai kegemilangannya sejak dari pemerintahan Raja Jumaat bin Raja Jaafar (1847-1864).
Termeterainya Perjanjian Persempadanan Selangor – Sungai Ujong pada 31 Julai 1880, menandakan berakhirnya era pemerintahan pembesar Melayu di Lukut. Raja Bot menyerahkan Lukut kepada Sungai Ujong secara rasminya melalui perjanjian tersebut.
 Kebanyakkan isi kandungan dalam muzium ini berkisar tentang daerah Lukut yang terkenal dengan perlombongan bijih timah pada masa itu.
Full content generated by Get Full RSS.

TRAVELOG: Kota <b>Lukut</b>, Port Dickson, Negeri Sembilan

Posted: 14 Dec 2011 03:47 AM PST


Kalau anda dalam perjalanan balik dari Port Dickson jangan lupa singgah di Kota Lukut, Negeri Sembilan. Kota ini terletak di Bukit Gajah Mati dekat Pekan Lukut, Port Dickson. Menurut sumber sejarah, kota ini mula dibina oleh seorang pembesar Melayu  pada tahun 1820-an. Raja Busu yang merupakan salah seorang kerabat Diraja yang berasal dari Selangor dikatakan yang menjadi pengasas Kota Lukut. Oleh itu, dikatakan Raja Juma'at bukanlah pengasas sebenar Kota Lukut.
Selepas Raja Busu mati dibunuh oleh orang-orang Cina dan istana baginda dibakar dalam satu pergaduhan pada tahun 1845, peranan beliau di Lukut telah hilang begitu sahaja. Raja Juma'at lebih dikenali di Lukut kerana jasa baginda membina semula kota yang musnah dan memajukan Lukut sebagai pusat perdagangan yang mashyur pada ketika itu.

Raja Juma'at terkenal sebagai seorang pengusaha bijih timah terkaya di Lukut pada pertengahan abad ke-19. Malangnya setelah beliau meninggalkan dunia, puteranya Raja Bot gagal meneruskan kegemilangan Kota Lukut menyebabkan ianya mundur dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Raja Juma'at meninggal dunia dalam tahun 1864 dan disemadikan disuatu kawasan tidak jauh dari istananya di Bukit Gajah Mati (sekarang dinamakan Makam Diraja Lukut). Di sini juga bersemadinya kaum keluarga Raja Juma'at termasuklah permaisuru, bonda, dan putera-puterinya.
Di Lukut ini juga terletaknya Muzium Lukut. Muzium ini terletak kira-kira 12 km dari bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan 78 km dari Kuala Lumpur. Tujuan muzium ini dibina adalah untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah negara.



Di samping itu, ia turut memaparkan sejarah Lukut dari kurun ke-19 hingga 1880-an  iaitu sehingga Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Muzium ini dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari. Masuk adalah percuma. Muzium Lukut mempunyai beberapa galeri pameran antaranya Galeri Sejarah Lukut, Galeri Negeri Sembilan dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Muzium ini dibina di Lukut kerana terdapat sebuah kota/kubu pertahanan yang penting satu ketika dahulu. 


Pelbagai artifak telah ditemui di sekitar kubu ini. Pelbagai koleksi dan tokoh terbabit dalam sejarah Lukut dijelmakan semula dalam bentuk illustrasi, gambar dan artifak. Kota ini menunjukkan bangsa Melayu mempunyai tamadun yang membanggakan. Muzium ini dibina untuk tatapan masyarakat tempatan, pelancong asing, pelajar dan penyelidik sejarah.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved